♡ 7 ♡


Bangchan menarik tangan Misun menjauhi meja yang didudukinya. Mata tertumpu ke arah Minho yang sedang memerhati sambil menghirup ais americano. Terus dia menarik tangan Misun menuju ke arah Minho. Sementara itu, Somi hanya kaku di tempat duduknya sambil melihat situasi yang bikin dia keliru.

"Hai bro" Minho menyapa. Namun, sapaan itu tidak dibalas malah diganti dengan soalan.

"Kau ke yang bawa budak ni sekali? Korang buat apa dekat sini?" Bangchan bertanya dua soalan sekali gus.

"Ya, aku yang bawa dia...kitorang datang ke sini untuk makan la tak akan nak berjoget" Minho membalas. Diselit sedikit lawak hambarnya. Namun apakan daya, lawaknya sedikit pun tidak memberi kesan kepada Bangchan. Fikir kelakar?

Misun yang masih berada di sebelah Bangchan menahan dari tersenyum seorang diri. Mahu tidaknya, Bangchan memegang tangannya begitu lama sehinggakan dia terasa seperti rama-rama sedang berterbangan di dalam perutnya.

"Misun, kau duduk sini diam-diam dan makan..kalau kau datang kacau aku lagi, aku tak akan benarkan kau datang rumah" Bangchan memberi amaran. Dia melepaskan tautan tangan kemudian menolak Misun ke hadapan mengarahnya duduk di tempatnya semula.

Sunghoon memandang Bangchan tidak berkelip. Dalam fikirannya sudah berfikir benda yang tidak sepatutnya. 'Apa maksud dia datang ke rumah? Dia sugar daddy Misun ke? Sejak bila Misun ada sugar daddy?' Soalan itu berlegar di kotak fikirannya.

"Puas pergi kacau dia, huh?" Minho memandang Misun.

"Misun bukan kacau dia, Misun cuma pergi menyapa saja" ujar Misun. Dia langsung tiada niat lain selain ingin menyapa.

"Saya harap ni kali terakhir awak buat macam tu sebab hyungnim akan hilang sabar kalau awak terus ganggu dia. Dia kalau marah, semut pun takut nak keluar dari sarang" Jay menyampuk, mengeluarkan amaran dan juga fakta tentang Bangchan.

Misun mengemam bibir. Apa yang dikatakan Jay tadi disimpan kemas ke dalam kotak memorinya. Dia sudah terfikir bagaimana wajah lelaki itu ketika marah.

"Siapa budak tadi tu?" Somi bertanya disaat Bangchan kembali duduk di hadapannya. Dia tertanya juga sejak bila Bangchan mempunyai adik perempuan.

"Kenapa?" Bangchan membalas dengan pertanyaan.

"Saya tak nak berteka-teki sendiri sebab itu la saya tanya" ujar Somi dan Bangchan hanya tersenyum nipis sebelum menjawab soalan wanita itu.

"Dia cuma budak sekolah yang nak berkawan dengan orang dewasa" jawab Bangchan. Hal itu mendapat undang tawa kecil dari Somi. Tiba-tiba dia dapat bayangkan kecomelan Misun.

"Lama saya tak tengok awak ketawa macam sekarang ni, Somi" ujar Bangchan dan terus Somi mati tawa.

"Encik Bhang" tanpa sedar, Bangchan telah membuat Somi berasa tidak selesa. Segera lelaki itu meminta maaf. Dia tidak sepatutnya melontarkan ayat seperti itu.

"Maaf, saya tak sengaja" ujar Bangchan dan Somi hanya memberikan senyuman kekok kepadanya.

"Saya harap ini kali terakhir saya dengar..ini permintaan saya, Encik Bhang" pinta Somi. Dia memaafkannya. Mungkin lelaki itu tidak sengaja. Tidak mengapa.

Bangchan mengangguk setuju. Selepas ini dia perlu berfikir sebelum melontarkan sesuatu ayat kepada wanita itu. Tipu la kalau dia kata dalam dirinya sudah lupakan wanita dihadapannya itu sepenuhnya. Masih ada lagi saki baki yang melekat pada hatinya. Walaupun perit, dia tetap juga kena terima yang wanita dihadapannya itu bukan lagi miliknya.

Bangchan kembali ke pejabat setelah selesai makan tengah hari bersama Somi. Dia merehatkan badan di kerusi selama seminit sebelum dia kembali membuat kerja.

'dzzz dzzz'

Telefon pintar bergetar di dalam poket seluarnya. Dia menyeluk tangan ke dalam poket dan mengeluarkan telefon. Nama yang tertera di panggilan itu dilihat sebelum menjawabnya.

"Hello, Chan" si pemanggil memanggilnya.

"Hmm" Bangchan hanya menggumam. Sejujurnya dia malas mahu menjawab tetapi disebabkan si pemanggil itu adalah bapanya, dia perlu menjawab.

"Malam ni Chan sibuk ke? Ayah ingat nak kamu balik untuk makan malam bersama" pinta sang bapa. Lama dia menunggu balasan dari anak terunanya. Dia berharap Bangchan turut serta.

"Boleh Chan menolak?" Bangchan bertanya.

"Chan, ayah baru balik dari Australia..ayah rindu nak tengok muka anak lelaki ayah ni..kamu tak rindu ayah kamu sendiri ke? Chan, tolong jangan kecewakan ayah" sayup sahaja suara dalam panggilan itu masuk ke dalam corong telinganya.

"Erm iya la..malam nanti Chan datang" Bangchan membuat keputusan untuk setuju sahaja. Ini kalau bersemuka mahu lagi tidak sampai hati untuk menolak.

"Baik, ayah tunggu kamu" pesanan terakhir sebelum Bangchan sendiri yang memutuskan talian pemanggil. Bangchan meletak telefon pintarnya di atas meja. Keluhan berat dilepaskan. Daripada mahu menyambung kerja terus tertangguh. Dia kembali merehatkan badannya di kepala kerusi. Mata dipejam buat seketika bagi menghilangkan rasa tertekan yang tiba-tiba sahaja datang.

Seperti yang dijanjikan, kini Bangchan telah tiba di hadapan rumah banglo yang dulu pernah dikatakan rumah pertamanya, dan kini telah bertukar menjadi rumah keduanya.

Pintu rumah dibuka kemudian kaki melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Kehadirannya disambut oleh ketua pembantu rumah atau lebih tepat dengan panggilan mesranya, makcik Moon.

"Chan-ah" ketua pembantu rumah datang mendekati Bangchan. Senyuman lebar menghiasi wajah wanita separuh abad itu. Lama betul dia tidak bersemuka dengan anak majikannya.

"Apa khabar, Makcik Moon" Bangchan bertanya khabar. Senyuman tidak lupa diberi.

"Makcik sihat..Chan macam mana? Kenapa lama tak balik sini? Makcik rindu betul dengan kamu, Chan. Tengok la sekarang ni bila dah lama tak jumpa..makin kacak kamu makcik tengok aigo, aigo" sambil itu Makcik Moon menepuk lembut kedua bahu lebar lelaki itu. Bangchan hanya tersenyum malu apabila dipuji.

"Ehe, Chan sihat Makcik Moon..maaf sebab dah lama tak jenguk Makcik Moon dengan ayah" ujar Bangchan dan mendapat anggukan dari Makcik Moon.

"Chan" Bangchan memandang ke arah ayahnya yang sedang berjalan ke arahnya.

"Makcik Moon pergi dapur dulu ya..jumpa nanti" Makcik Moon meminta diri. Dia memberi ruang kepada dua beranak itu untuk bertegur sapa.

"Dah lama sampai?" Sang ayah bertanya.

"Baru sampai..ayah pula, bila mendarat di Korea?" Bangchan membalas dan bertanya semula.

"Malam semalam..ayah ingat bila dah keluar dari kapal terbang tu ayah nak telefon bagitahu kamu tapi ayah terlupa pula" ujar Tuan Bhang dan Bangchan hanya mengangguk faham. Tahu ayahnya seorang lelaki yang sibuk sampai terlupa walaupun perkara itu perkara yang kecil. Contohnya, "terlupa ada anak".

"Jom, semua dah tunggu kita" Tuan Bhang memberi isyarat tangan menyuruh anak terunanya itu jalan terlebih dahulu dan dia menyusul di belakang.

Apabila tiba di meja makan, wajah yang tadinya tenang kini berubah tegang apabila matanya bertentangan dengan dua pasang mata. Dia tidak suka suasana ini. Ingin saja dia mahu berlari pulang tetapi disebabkan Tuan Bhang, dia perlu bertahan.

Dia hanya mengabaikan manusia yang sedang memandangnya dan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan ayahnya.

"Tch, that behaviour" seorang remaja lelaki bersuara. Jelas sekali suara itu dikeluarkan dengan nada yang menyampah.

"Lucas!" Suara tegas dari sang ibu membuatkan remaja lelaki yang bernama Lucas itu mencebik. Tidak suka dan tidak boleh terima yang ibunya lebih menyayangi Bangchan daripada dia walaupun mereka hanya bergelar 'tiri'.

"Tujuan kita berkumpul macam ni hanya untuk makan.. please respect" Tuan Bhang bersuara. Jelas suara itu kedengaran tegas dan membuatkan suasana menjadi senyap.

Masing-masing hanya fokus dengan makanan yang berada di depan mata. Setelah selesai, Bangchan meminta diri ingin pulang ke rumahnya sendiri tetapi ditahan oleh ayahnya. Lelaki tua itu meminta untuk menunggu sebentar kerana ingin memberi sesuatu kepada Bangchan. Tidak sampai dua minit menunggu, kini Tuan Bhang kembali semula bersama beg kertas di tangan.

"Ini ada sedikit hadiah buat kamu. Maaf la kalau hadiah ni tak seberapa" ujar Tuan Bhang sembari menghulurkan beg kertas tersebut kepada Bangchan. Tidak lama itu, beg kertas tadi sudah pun bertukar tangan. Sempat dia mengintai apa yang ada di dalam. Ianya patung beruang koala yang diukir dengan kayu asli.

"Terima kasih, ayah" ucap Bangchan. Belum sempat dia ingin membuka langkah, Tuan Bhang memegang pergelangan tangannya.

"Chan, ayah tak minta banyak..Chan boleh berbaik dengan isteri ayah dengan anak dia?" Pinta Tuan Bhang dengan cara yang baik.

"Ayah-"

"Ayah tahu sukar untuk Chan tapi, sudah bertahun Chan..kesian mak kamu tu..dia berharap sangat yang kamu dapat terima dia sebagai ahli keluarga" Tuan Bhang memujuk.

"Ayah, dia.....tak..tak apa la..Chan balik dulu" tidak mahu menyambung ayatnya, dia terus mengangkat kaki keluar dari rumah. Dia risau jika dia meneruskan ayatnya tadi mungkin akan mengundang kemarahan atau kekecewaan ayahnya. Tidak memasal hubungan mereka kembali renggang seperti dulu.

Ya, dulu mereka berdua pernah bergaduh besar disebabkan ayahnya berkahwin lain selepas kematian ibunya 11 tahun yang lalu. Bangchan tidak boleh terima kerana, wanita yang ayahnya kahwini itu adalah sahabat baik ibunya sendiri dan benda yang dia tidak boleh terima sekali apabila mereka sah menjadi suami isteri selepas seminggu kematian ibunya.

Tuan Bhang hanya melihat anak terunanya pergi. Jelas sekali wajahnya kelihatan kecewa kerana niatnya buat Bangchan datang ke rumah bukan sekadar hanya makan malam, tetapi ingin cuba nasib mana tahu dia akan berbaik dengan isteri dan juga anak terunanya yang seorang lagi. Namun apakan daya, nasib tidak menyebelahinya. Bangchan masih dingin dengan mereka.

Sebaik saja keluar dari rumah, Bangchan bertembung dengan adik tirinya, Lucas. Mereka bertentangan mata buat seketika sebelum Bangchan menjelingnya. Hal itu, membuatkan Lucas mengetap rahang tanda tidak puas hati.

"Hyung, kau fikir kau boleh buat sesuka hati ke dekat ibu macam tu? Aku pun tak faham apa yang buat diri kau angkuh sangat sampai tak boleh nak hormat dia" Lucas bersuara membuatkan Bangchan terbantut dari berjalan keluar dari kawasan rumah.

"Kau, budak tak tahu apa pun..jadi lebih baik kau diam saja" ujar Bangchan.

"Aku pun salah satu daripada keluarga ni juga! jadi aku berhak bersuara!" Lucas membalas dengan amarahnya. Bangchan tersenyum sinis. Dia mendekati Lucas yang tidak berapa jauh darinya.

"Setakat nama keluarga Bhang yang melekat pada nama kau, itu tak bermaksud yang kau layak" Bangchan berkata seakan mengejek adik tirinya. Lagi bertambah sakit hati dalam diri Lucas apabila Bangchan melakar senyuman sinisnya.

Mereka lawan menikam mata antara satu sama lain. Selagi tidak terkeluar biji mata, selagi itu mereka saling membalas renungan tajam. Mujur Makcik Moon datang meleraikan mereka sebelum renungan tajam tadi bertukar menjadi gelanggang WWE.

"Sebelum ayah kamu berdua nampak apa yang terjadi..lebih baik berhenti. Chan, kamu balik rehat ya..esok kamu kerja" Makcik Moon memegang bahu lebar Bangchan. Lelaki itu akur lalu beredar dari situ. Lucas yang masih berada disitu masih memandang tidak puas hati.

"Lucas, jom masuk" Makcik Moon menarik lembut tangan Lucas menyuruh remaja lelaki itu masuk ke dalam rumah. Tidak membantah, Lucas berjalan masuk terlebih dahulu dan dibontoti oleh Makcik Moon.

"Chan-ah" seorang wanita muncul sambil membawa potongan buah peach di dalam pinggan. Senyuman lebar yang menghiasi wajah seri itu tidak jemu dipandang.

"Ibu!" seorang budak lelaki sedang berlari menuju ke arah wanita itu. Mereka berdua duduk di bangku yang tersedia di bawah pohon yang rendang. Suara gelak tawa mereka dapat digambarkan bahawa mereka sedang menikmati hari bahagia bersama.

"Chan, jadi anak yang baik ya" wanita itu memesan seraya menyuap potongan buah peach ke dalam mulut anaknya.

"Eung" Bangchan mengangguk. Setia mematuhi apa yang dipesan oleh ibunya.

"Ibu~hiks"

"Ibuu"

Mata masih terpejam manakala mulut tidak henti dari memanggil ibunya. Peluh merenik di dahi walaupun penghawa dingin sudah sedia terpasang.

Wajah wanita yang dikatakan ibu kepadanya itu tidak henti muncul di dalam mimpi. Wajah yang sama, wajah yang sentiasa dirinduinya.

Satu tangan naik ke dahi Bangchan lalu mengelap peluh dengan menggunakan hujung lengan baju. Manakala satu lagi tangan menepuk lembut bahu lebar lelaki itu bagi menenangkannya semula. Mata pula tidak lepas memandang setiap sudut wajah lelaki itu. Air mata yang mengalir dari tepi mata lelaki itu dilapnya. Ternyata lelaki itu sedang menangis di dalam tidur. Hal itu membuatkan dia tertanya-tanya apa yang dilalui oleh lelaki itu di dalam mimpinya. Dia ingin tahu.

"Ibu" dia memanggil lagi. Tangan yang berada disisi tadi kini beralih memegang tangan seseorang yang sedang menenangkannya tanpa dia ketahui.

Tidak sampai beberapa saat, Bangchan sudah mula tenang. Kini dia tidak lagi memanggil ibunya. Tangan masih memegang erat walaupun tidak sedarkan diri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top