♡ 6 ♡
Awal pagi lagi Misun sudah keluar dari rumah Bangchan untuk pulang ke rumahnya sendiri. Walaupun dia kerap tidur di rumah lelaki itu, dia perlu sedar diri yang dia mempunyai tempat tinggal yang tetap.
Apabila melangkah sahaja kaki ke dalam rumah, kepalanya terus di pukul dengan sesuatu benda yang keras.
"Auwh" Misun merintih kesakitan sambil tangannya naik mengusap kepala. Matanya memandang ke arah senduk kayu yang berada di lantai kemudian beralih ke arah Puan Song yang sedang bercekak pinggang.
"Kau memang tak ada tempat tinggal sendiri ke sampai pergi bermalam rumah orang?" Puan Song mula bersuara.
Misun hanya mengabaikan suara itu, dia melangkah masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Bebelan panjang wanita tua itu dapat didengari sehingga ke dalam bilik sehinggakan Misun terpaksa memakai headphone dan memasang lagu dengan volum yang kuat untuk menghilangkan bunyi suara yang sumbang baginya.
Dia merebahkan badan ke atas katil. Baru saja mahu terlelap, tiba-tiba deringan telefon memenuhi corong telinganya. Nasib tak pekak. Tidak sempat mahu mengangkatnya, pemanggil mematikan panggilan.
"Tch" Misun berdecit tidak suka. Dia paling benci kalau ada orang selalu betul buat missed call.
Sunghoon👽
Misunnn
Apa kau nak?
Datang sini
Kau tak pergi sekolah ke?
Datang la cepat!
Right now!
....
Misun menukar baju terlebih dahulu sebelum keluar. Terlupa pula, dia pakai baju yang sama ketika datang ke rumah Bangchan semalam. Tak terfikir pula waktu tu dia nak bawa baju lebih. Jadi, memang semalaman la dia memakai baju yang sama.
Misun menapak keluar dari bilik terus menuju ke arah pintu utama. Sneakers yang berada di rak kasut diambil lalu memakainya.
"Itu la masalah kalau ada anak yang suka sangat bebankan orang dalam rumah ni" Puan Song bersuara secara tiba-tiba dan membuatkan pergerakan Misun terhenti.
Tahu la Puan Song membencinya tapi perlu ke cakap yang dia beban keluarga. Kalau ya dia beban mereka, kenapa tak dari dulu lagi Puan Song hantar dia ke rumah anak yatim? Tak pun tinggalkan saja dia di bawah jambatan. Biar dia mati kesejukan disitu.
"Eomma, masak apa?" Kelihatan Jisun yang baru sahaja keluar dari biliknya. Rambut yang masih basah menunjukkan yang dia baru sahaja usai mandi.
"Eo Jisun, kelas kamu petang kan? mari, makan dulu..eomma masakkan nasi goreng telur mata saja" suara Puan Song lantas berubah apabila munculnya anak sulung kesayangannya.
Jisun duduk sambil tersenyum memandang Puan Song kemudian pandangannya kini beralih ke arah Misun yang masih berdiri tegak disitu.
"Tak nak sarapan dulu ke?" Jisun bertanya. Misun menoleh memandang kakaknya lalu menggeleng kepala. Tanpa membuang masa, dia terus keluar dari rumah.
Setelah tiba di destinasi dimana Sunghoon berada, dia berpusing merata mencari kelibat rakannya namun bayangan lelaki itu masih tidak kelihatan. Sesekali dia berdecit kerana geram. Suruh dia datang tetapi bila dah sampai entah hilang ke mana pula. Penat dia nak mencari.
"MISUN!!" dari jauh Sunghoon memanggil sambil kaki mengayuh basikal menuju ke arah Misun.
Apabila berhenti sahaja betul-betul depan Misun, terus gadis itu memukul kuat belakang lelaki itu. Muka geram cukup jelas terpancar di wajah Misun.
"Aduh! Sakit la! Misun" Sunghoon merintih kesakitan. Habis beribu bakteria mati di belakang badan lelaki itu akibat tamparan hebat Misun. Jangan dibuat main dengan tamparan Misun ni, silap hari bulan sekali dengan manusia mati bersama bakteria di badan.
"Kenapa kau tak pergi sekolah? Kau ponteng ke? Dengan baju sekolah tak bertukar!" Misun sudah mula membebel.
"Ala relax laaa...bukan selalu aku ponteng macam ni..lagipun aku bosan la sejak tak ada kau" Sunghoon mencebik. Jujur dia katakan, dia memang betul-betul bosan sejak Misun digantung sekolah.
"Sunghoon, kalau mak kau dapat tahu macam mana? Dia akan salahkan aku tahu tak kalau kau buat perangai macam ni..tolong la..aku tak nak dipersalahkan lagi" ujar Misun seakan merayu kepada rakannya supaya jangan membuat perangai yang boleh membabitkan dirinya.
"Jangan risau, kau tak akan dipersalahkan lagi lepas ni..aku janji" Sunghoon berkata kemudian mengangkat tangan separa bahu berjanji untuk tidak membabitkan Misun.
"Apa pun sekarang ni, jom aku bawak kau pusing satu tasik ni" Sunghoon menepuk tempat duduk di belakangnya. Tanpa berkata apa, Misun hanya menurut. Baju lelaki itu dipegang seerat yang mungkin. Risau pula nanti tiba-tiba Sunghoon terangkat tayar. Jatuh bergolek dia nanti.
"Okay let's go" Sunghoon mula mengayuh setelah Misun bersedia. Pada waktu itu, mereka berdua hanya meluangkan masa bersama dengan hanya menunggang basikal di kawasan Sungai Han.
"Bangchan-ah~" Minho masuk ke dalam pejabat Bangchan tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Kelihatan rakannya sedang tumpukan perhatian sepenuhnya ke arah komputer. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Minho malah dia hanya menggumam sahaja.
Tidak mengganggu rakannya membuat kerja, Minho menuju ke arah sofa lalu merebahkan punggungnya disitu. Kaki kanan menyilang ke kaki kiri sembari tangan kanan menongkat kepala. Matanya fokus melihat ke arah Bangchan.
"Tch, dah tua pun masih bekerja ya" Minho bicara seorang diri. Senyuman sinis menghiasi wajahnya.
20 minit berlalu dan akhirnya Bangchan berhenti dari membuat kerjanya. Sibuk betul dia akhir-akhir ni sejak syarikatnya bergabung dengan syarikat Somi.
Bangchan memandang ke arah Minho yang sedang tersengih seorang diri sambil menaip sesuatu di telefon pintar. Dia bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah Minho.
"Erm manusia zaman sekarang..kalau ada telefon kerja pun tak jalan" Bangchan memerli. Minho mendongak memandang rakannya yang masih berdiri.
"Kau nak cakap aku tak ada kerja ke? Kau fikir aku ni penganggur?" Minho membalas. Muka polos yang ditayangnya.
"Aku tak kata kau penganggur..aku kata kerja tak jalan saja..jauh bezanya, Minho" ujar Bangchan yang cuba menjelaskan lagi maksudnya tadi. Kadangkala dia tak faham kenapa dia perlu berkawan dengan orang yang kurang cerdik ni.
"Ermm apa-apa saja la. Jom pergi makan..dah lama aku tunggu kau ni" Minho mengetepikan perbalahan kecil mereka tadi dan mengajak Bangchan makan tengah hari bersamanya.
"Sorry bro, hari ni aku makan tengah hari dengan Somi" Bangchan menolak. Macam sia-sia saja dia menunggu tadi.
"Somi?? Kauu....." Minho mengerutkan dahi sembari mengangkat alis. Dia mahu menghabiskan ayat tersebut namun tidak kesampaian.
"Jangan fikir lain Minho, aku dengan dia cuma keluar makan saja..tak lebih dari tu" Bangchan dapat menangkap apa yang mahu diperkatakan rakannya. Dia bukannya mahu mengorat Somi semula. Mereka cuma keluar makan atas sebab mahu berbincang sesuatu mengenai hal kerja.
"Oh okay kalau macam tu aku ajak Mira la" Minho bangun dari duduk dan membetulkan kotnya.
"Mira?"
"Ye la Mira, staf kau yang comel tu" beritahu Minho. Tiada siapa lagi yang dia kenal di dalam syarikat itu kecuali Jay dan Mira. Nampak sangat jarang bersosial.
"Kenapa kau tak ajak staf kau makan? Kenapa mesti staf aku?" Bangchan mula rasa pelik. Minho ada syarikat sendiri dan staf sendiri tetapi kenapa dia perlu makan dengan staf orang lain sedangkan dia boleh saja mengajak staf dia yang lain keluar makan bersama.
"Alah, alang-alang aku dekat sini..lagipun Mira kenal aku la. Nak ajak Jay huh banyak tanya la budak tu" ujar Minho. Sudah merampas staf orang lepas itu memilih pula. Memang gila dia ni.
"Haih aku tak faham la kau ni..eh tapi kan, Mira tu dah ada teman lelaki tau..kau jangan buat hal, Minho" Bangchan memberi amaran kepada rakannya. Risau juga takut rakannya dibelasah teruk oleh teman lelaki stafnya.
"Tahu..yang badan dia besar dan boroi tu kan?" Minho meneka ciri-ciri bentuk badan lelaki tersebut.
"Itu sado" jawab Bangchan yang cuba membetulkan perkataan yang disebut Minho tetapi rakannya itu tetap tidak mahu mengalah.
"Eh sama la tu! Lagipun dia boroi!" Minho meninggikan suaranya sedikit.
"Ah sudah la keluar cepat, pergi keluar sana...makin bodoh pula aku bila berbalah dengan kau" Bangchan menolak Minho keluar.
"Hyungnim, hari ni langit cerah kan?" Jay memandang ke langit sambil mengerutkan wajahnya akibat pancaran matahari yang menerpa ke matanya.
"Erm" minho hanya menggumam. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia pasrah. Baru saja dia mahu makan tengah hari bersama Mira malah digantikan dengan budak banyak bertanya pula.
Mereka hampir tiba ke destinasi restoran yang sentiasa mereka kunjungi. Mata Minho terpaku ke arah seseorang yang dia kenali. Senyumannya melebar sebelum dia mendapatkan manusia tersebut.
"Hai, Misun" Minho menyapa membuatkan gadis itu menoleh ke arahnya.
"Minho oppa!" Senyuman Misun melebar apabila Minho menyapanya. Sunghoon yang berada disebelah memandang mereka silih berganti.
"Awak buat apa dekat sini, Misun?" Minho bertanya.
"Saja..kitorang sebenarnya dari Sungai Han datang sini nak cari makan tapi tak tahu la" ujar Misun tujuan datang ke situ.
"Oh kalau macam tu jom la makan sekali dengan oppa" pelawa Minho. Misun memandang Sunghoon sebelum membuat keputusan. Belum sempat rakannya ingin berkata sesuatu Misun terus mengangguk setuju dengan ajakan Minho.
Sunghoon menahan tangan Misun dari mengikut Minho yang sudah melangkah ke hadapan bersama Jay. "Nak makan dengan mereka berdua tu ke?" Sunghoon bertanya ingin kepastian. Sudah la dia tidak berapa kenal dengan dua lelaki itu.
"Ye la..orang kata rezeki jangan ditolak..tak apa..duit kita selamat ehehehehe" ujar Misun yang sudah memasang niat tidak baiknya.
"Misun" Minho memanggil. Baru saja mahu berborak dengan gadis itu tapi apabila dia menoleh ke kiri, Misun tiada di sampingnya. Misun yang mendengar namanya dipanggil terus menarik Sunghoon berjalan bersama Minho.
Sunghoon duduk di sebelah Misun manakala Minho dan Jay duduk berhadapan mereka. Selepas memesan makanan mereka menunggu makanan sampai di meja, sementara itu Sunghoon memulakan langkahnya untuk bertanya.
"Bang, saya nak tanya..abang siapa?" Sunghoon bertanya kepada Minho kerana lelaki itu nampak seperti rapat dengan Misun. Dia perlu tahu lelaki disekeliling Misun supaya tidak berlaku apa-apa yang buruk.
"Minho" Minho memberitahu namanya.
"Saya Jay" Jay juga turut memberitahu namanya walaupun tiada siapa yang bertanya.
"Dia tak tanya kau..diam"ujar Minho dan Jay pula hanya mencebik. Sampai hati tak beri dia peluang untuk memperkenalkan diri.
"Aku rasa, aku kenal je kau cuma kau yang kenal aku" Minho memandang Sunghoon. Lelaki itu sudah berasa pelik, sejak bila pula mereka berdua berjumpa.
"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Sunghoon bertanya. Dia ingin mengingati semula dimana dan bagaimana mereka berjumpa.
"Alah, yang kau tumpahkan air dekat baju kawan dia tu..ingat?" Misun mengungkit peristiwa lalu untuk mengingatkan semula rakannya.
"Ohhh ingat! Tapi, abang ni yang mana satu?" Sunghoon bertanya lagi. Minho dan Misun membuat muka menyampah. Macam sia-sia saja ingatkan lelaki itu.
"Macam sia-sia je kau pergi sekolah" itu yang keluar dari mulut Misun. Terasa kecewa pula dengan rakannya.
Tidak lama kemudian, makanan yang dipesan mereka kini telah tiba. Mata masing-masing fokus ke arah makanan kecuali Misun yang sibuk memandang orang sekeliling di dalam kedai tersebut.
"Eh? Chan" Misun menyebut nama lelaki itu perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh mereka bertiga. Mereka memandang ke arah Bangchan yang sedang memilih tempat duduk bersama seseorang.
"Awak kenal Chan?" Jay bertanya tetapi soalan itu diabaikan Misun kerana dia terlalu fokus melihat ke arah Bangchan yang bersama dengan seorang wanita yang langsung dia tidak kenal.
"Eum jangan kacau diorang, Misun" arah Minho. Dia seakan tahu saja yang Misun ingin pergi menyapa Bangchan.
"Tapi, tu siapa? Diorang rapat ke?" Misun mula bertanya. Dia memandang silih berganti diantara Minho dan wanita itu. Dalam hatinya tidak lepas mengungkapkan perkataan cantik terhadap wanita itu.
"Bekas tunang" Jay menjawab. Minho yang berada disebelah mengangguk setuju apa yang dikatakan oleh lelaki disebelahnya.
"Oh" walaupun soalan telah dijawab, tetapi hatinya tetap merundum. Tidak menyangka yang Bangchan pernah menjadi tunang orang.
"Sekarang?" Misun bertanya lagi.
"Lebih kepada....kawan? Partnership? Entah la" Jay menjawab lagi dan Misun hanya mengangguk.
Lama Misun mendiamkan diri sebelum dia bangun dari duduk kemudian berjalan menghampiri Bangchan yang sedang sibuk berborak bersama wanita yang dikatakan bekas tunang.
"Yah, Misun!" Sunghoon memanggil tetapi diabaikan oleh gadis itu. Dia berdiri betul-betul depan meja Bangchan duduki. Senyuman melebar apabila Bangchan menyedari kehadirannya.
"Chan" Misun memanggil nama lelaki itu. Bangchan mendongak memandang wajah Misun yang sedang memberikan Senyuman kepadanya. Tangan kanannya automatik terus berada di dahi lalu memicitnya.
"Stress dah datang~" ujarnya tanpa didengari oleh sesiapa.
..
Ini ke yang dikatakan badan besar dan boroi tu?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top