♡ 14 ♡
Kini mereka berdua duduk di atas sofa rumah Bangchan, menghadap antara satu sama lain. Misun menongkat dagu. Sikunya beralaskan bantal kecil.
"Boleh tak kau jangan pandang aku macam tu?" Gugup Bangchan apabila Misun memandangnya seperti mahu menggoda lelaki itu.
"Tch, tak akan nak pandang dinding pula" Misun berdecit. Masalah betul orang tua ni. Tak akan nak pandang dinding semasa lelaki itu bercerita? Nanti terasa macam dinding itu pula yang bercerita dengan dia.
Misun menyelit rambutnya ke belakang telinga. Hal itu dapat perhatian dari lelaki itu. Wajahnya berkerut kerana baru perasan yang dahi Misun ada kesan lebam.
"Sekejap, kenapa dengan dahi-" dia menegur sembari jarinya ingin menyentuh dahi gadis itu. Dengan pantasnya Misun menepis.
Bangchan ternganga kerana tangannya ditepis terlalu kasar.
"S-sorry" ucap Misun. Dia betul-betul tidak sengaja. Dia tak ada niat pun untuk menepis dengan kasar. Dia cuma terkejut.
"Macam mana boleh lebam?" Bangchan soal. Dia abaikan kata maaf tadi. Salah dia juga kerana tiba-tiba saja mahu memegang dahi orang tanpa izin.
"A-abaikan..saya nak dengar cerita bukannya complaint" Misun cuba abaikan benda kecil yang terjadi padanya. Bagi dia, itu tidak penting sekarang. Yang penting sekarang ni adalah Bangchan.
Bangchan mengeluh. Suasana di sekeliling mereka kini suram. Misun dapat lihat dari riak wajah Bangchan yang kian berubah. Dia risau jika lelaki itu tidak berapa yakin untuk membuka cerita kepadanya.
"Chan, tak apa kalau awak rasa tak bersedia untuk cerita hal keluarga awak pada saya..kita boleh abaikan saja" Misun mula rasa serba salah.
"Tak apa, lama kelamaan nanti kau akan tahu juga..huh" dengan hambarnya Bangchan membalas.
"Aku ingat lagi, masa umur 14 tahun macam tu..ayah kahwin lain seminggu selepas kematian mendiang isteri pertama dia. Tak sangka kan? Paling tak sangka bila orang yang dia kahwini tu adalah kawan baik isteri pertama dia sendiri" Misun menekup mulut tanda terkejut apabila mendengar cerita daripada Bangchan.
"Aku tanya dia, ibu tak bermakna ke bagi dia sampaikan kawan baik ibu sendiri pun dia nak dijadikan isteri? Memang tak ada orang lain ke selain perempuan tu? Kenapa tak tunggu lama sikit untuk cari pengganti baru? Kenapa seminggu selepas kematian ibu? Dia macam lelaki tak ada otak nak berfikir masa tu"
"Dia cakap, dia sayang isteri pertama dia dan dia buat untuk kebaikkan keluarga..kebaikkan untuk aku. Huh, aku cakap dia pengkhianat. Ibu mati sebab dia. Jadi, mula dari situ lah kami bergaduh besar lepastu aku jarang sekali jumpa dengan dia"
"Kau nak tahu? Sebelum ibu mati, dia memang dah tahu yang suami dia curang dengan kawan baik dia sendiri. Apa dia buat? Dia buat tak tahu. Sebab apa? Dia tahu yang dia akan pergi dulu..i-ibu ada cancer perut tahap empat..dia langsung tak nak buat pembedahan..jadi memang tak boleh nak buat apa" Bangchan sebak. Air mata yang sudah bertakung mula mengalir kedua belah pipinya.
"Setiap kali aku tengok muka perempuan tu, hati aku jadi sakit. Aku tak boleh terima langsung dia sebagai ibu tiri" cerita Bangchan berhenti di situ. Dia mengelap air mata menggunakan telapak tangannya. Cecair yang mengalir di dalam rongga hidung, disedut naik semula.
Misun berdiri dan berlari ke dapur untuk mengambil tisu. Dia kembali bersama sekotak tisu lalu memberi kepada Bangchan.
Bangchan mencapai sehelai tisu kemudian mengelap air matanya. Dia berasa lega. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa leganya apabila rasa sakit yang dia tanggung selama beberapa tahun kini terlepas juga pada Misun.
Sebelum ini dia ada bercerita kepada Minho. Tetapi hanya separuh. Rakannya itu tidak tahu keseluruhan cerita. Yang dia hanya tahu, ibu kandungnya mati kemudian bapanya kahwin lain.
Begitu juga Somi, bekas tunangnya dulu. Walaupun mereka pernah bersama, itu tidak bermakna dia buka sepenuhnya apa yang berlaku dalam kehidupannya.
Tetapi kali ini, dia berjaya menceritakannya kepada Misun. Dia tidak tahu kenapa dia begitu terbuka dan percaya pada gadis itu. Apa jadi dengan dia?
"Chan" Misun memanggil. Bangchan berdehem sebelum kembali fokus kepada Misun. Tisu yang diguna tadi dicampak ke atas meja begitu sahaja.
"Saya minta maaf kalau sebelum ni saya hanya pandang sisi gelap awak. Sekarang baru saya faham kenapa awak buat begitu pada ibu tiri awak" ucap Misun.
"Tak apa" balas Bangchan.
"Tapi, tak akan tak ada langsung peluang untuk awak maafkan segala perbuatan ibu tiri awak? Saya tahu itu berat bagi setengah orang...tapi tak ke semua orang layak untuk dimaafkan?" Misun cuba nasib.
Dia memang simpati apa yang berlaku pada Bangchan, tetapi dalam masa yang sama dia juga simpati dengan Puan Shin. Walaupun wanita itu buat kesilapan, dia tetap anggap Bangchan seperti anak kandungnya. Tidak pernah sekali pun dia burukkan Bangchan.
"Misun-"
"Chan, dia tak pernah sekali pun cerita hal buruk tentang awak, tentang keluarga dia. Dari pandangan saya, dia ibu yang baik Chan. Saya tahu apa yang dia buat selama ni salah..dia khianat kawan baik dia sendiri. Tapi, apa salahnya beri dia peluang untuk tebus segalanya?" Pujuk Misun.
"Aku tak tahu la..kalau aku maafkan dia sekali pun, aku tetap tak boleh hadap dia. " Bangchan menunduk. Misun mengangkat alis. Dia tidak berapa faham sebenarnya.
"Apa maksud awak?" Misun soal.
"Bhang Yena. Sebelum wujudnya Lucas, dia tengah mengandungkan anak perempuan pertama. Bhang Yena namanya"
"A-aku bunuh anak perempuan dia" Bangchan berkata. Setelah itu, matanya kembali berkaca apabila mindanya mengimbas kembali peristiwa di mana Bangchan tidak sengaja menolak Puan Shin jatuh tangga ketika wanita itu mengandungkan anak perempuan.
Misun ternganga. Dia tidak mampu berkata apa buat masa ini.
"Aku jahat Misun" sambung Bangchan. Hal itu mendapat gelengan dari Misun. Dia tidak setuju dengan pernyataan yang dibuat Bangchan.
"Bagi saya awak tak jahat, Chan. Awak cakap je la apa awak buat..saya tetap cakap awak baik" ujar Misun tulus.
"Tapi-"
"Itu cuma kisah silam awak, Chan. Saya tahu semua orang ada kisah silam yang mereka tak dapat lupakan, begitu juga saya. Orang cakap kita tak boleh lari dari kisah itu. Ya, memang betul! Nak cakap parut masih ada? Ya, betul! Tetapi, kalau kita maafkan diri kita dulu.. pujuk diri kita ni baik-baik..maafkan orang sekeliling kita..semuanya akan baik-baik saja" Misun memandang dalam mata Bangchan. Dia cuba memujuk lelaki itu dengan kata-katanya. Kalau berjaya..dia betul-betul bersyukur.
"Aku tak nak fikir pasal ni lagi buat sementara waktu..bagi aku masa" ujar Bangchan. Misun mengangguk. Tidak mahu memaksa.
"Saya faham"
"Dah lewat malam..kau nak bermalam dekat sini ke?"Bangchan menyoal. Dalam hati berharap Misun akan setuju. Tetapi bila difikirkan balik, kenapa dia berharap pula? Misun siapa bagi dia?
"Tak..mungkin saya balik saja" Misun menolak tawaran itu. Wajah lelaki itu serta merta berubah. Jelas sekali dia sedang kecewa. Namun apakan daya, Misun tak nampak itu.
"Oh" itu sahaja yang mampu dia membalas.
Misun bangun dari sofa. Begitu juga Bangchan. Dia mengikut langkah gadis itu ke pintu utama. Ingin saja dia memegang tangan gadis itu dan meminta untuk tetap di situ buat sementara waktu. Namun dia tidak mampu.
Dia keliru dengan perasaan dia sekarang. Dia hanya biarkan Misun pergi.
"Bye" Misun keluar dari rumah. Bangchan tidak membalas pun. Dia hanya berdiri tegak di depan pintu.
Misun tiba di lif dan menekan butang turun ke bawah. Tidak memakan masa untuk dia menunggu. Pintu lif terbuka dan seseorang keluar dari lif membuatkan mereka berdua terkejut.
"Eh, Minho oppa!" Misun menegur. Muka yang serius dibuat Minho tadi terus berubah manis apabila Misun menegurnya.
"Misun, lama tak nampak..dah berbaik dengan Chan ke?" Soal Minho.
Misun tetap tersenyum walaupun dia agak terkejut dengan soalan minho. Tak sangka yang Bangchan akan cerita hal mereka kepada Minho.
"Ermm hahaha ye" jawab Misun.
"Alang-alang Misun dekat sini jom pergi rumah dia lagi sekali. Oppa ingat nak lepak dengan dia sambil makan pizza dengan ayam" pelawa Minho tetapi ditolak mentah oleh Misun. Dia tak rasa nak lepak sekali.
"Tak apa..terima kasih saja. Misun tak rasa nak lepak sekarang sebab Misun kena balik..minta maaf sangat, oppa" ujar Misun dan Minho mengangguk faham. Dia tidak mahu memaksa.
"Okay, kalau macam tu hati-hati balik" pesan Minho buat kali terakhir sebelum Misun masuk ke dalam lift. Mereka berdua saling melambai tangan dan akhirnya berpisah.
Minho menekan loceng berkali-kali. Manakala Bangchan di dalam berjalan menuju ke pintu utama sambil membuat muka menyampah. Dia kenal sangat siapa yang tekan loceng bagai nak tercabut.
Apabila dia buka sahaja pintu, maka terpampang lah wajah kawan baiknya, Minho. Minho menyengetkan kepala memandang Bangchan.
"Kau okay tak? Kau menangis ke?" Tegur Minho, apabila perasan akan mata sembab rakannya.
"Aku okay lah..masuk la" Bangchan menjawab dan memberi ruang untuk Minho masuk ke dalam.
Misun duduk di perhentian bas. Jauh dia termenung memikirkan sesuatu yang dia tidak pasti. Dia menggeleng kepala, cuba mengetepikan masalah yang dia alami sekarang. Tetapi tidak boleh.
"Kenapa aku tak boleh berhenti fikir pasal benda ni? Tch" dia mengomel sendiri.
Dia mengambil telefon di dalam beg kemudian membukanya. Dia mencari nama Sunghoon. Setelah jumpa, dia terus menghubungi lelaki itu. Lama dia tunggu untuk rakannya itu mengangkat.
"Angkat la gila..aku perlukan kau ni" dia tamatkan panggilan kemudian cuba lagi sekali. Boleh cari gaduh Sunghoon ni tak angkat call Misun.
"Hello" akhirnya dia mendengar suara Sunghoon.
"Apa kau buat? Lama betul nak angkat?" Dengan kasarnya Misun bertanya. Geram dengan kawan dia yang seorang itu.
"Sorry la..aku baru lepas berak..sakit perut gila" adu Sunghoon.
"Okay..ermm aku nak jumpa kau sekejap boleh? Aku perlukan bantuan kau" pinta Misun. Ton suaranya mula berubah. Sunghoon sudah mula risau.
"Kau okay tak? Kau bagi lokasi kau dekat mana..sekarang juga aku pergi" Sunghoon mengambil dompet dan dimasukkan ke dalam poket seluar kemudian keluar bilik dengan segera.
"Okay" Misun menamatkan panggilan.
Dengan lajunya Sunghoon menuruni tangga. Dari jauh dia nampak Puan Lee seperti ingin bercakap dengannya. Matanya berubah arah. Tidak mahu memandang ibunya. Wanita tua itu memang pantang kalau anak lelaki dia tunjuk muka. Ada saja benda yang dia nak cakapkan.
"Nanti saja kita berborak mummy" awal-awal lagi Sunghoon membantah. Puan Lee tercengang. Belum apa-apa lagi anaknnya sudah menderhaka kepadanya.
"Mana kamu belajar jadi macam ni? Apa kamu fikir mummy tunggul ke hah!" Puan Lee meninggikan suaranya. Dia perhatikan sahaja anak dia keluar tanpa memandang belakang. Berharap yang Sunghoon akan berpatah balik dan meminta maaf padanya. Namun apakan daya, fikir Sunghoon nak patah balik? Bermimpi saja lah.
"Tch" Puan Lee berdecit tidak puas hati.
Kini Misun berada di luar CU Mart. Dia duduk di meja yang disediakan sambil termenung memandang jalan di hadapannya.
Bunyi derapan tapak kasut menghentikan lamunannya. Dia memandang Sunghoon. Naik turun dada lelaki itu akibat berlari. Peluh merenik di dahi dilap dengan hujung lengan bajunya.
"Kau okay ke?" Sunghoon bertanya.
"Duduk dulu..aku pergi belikan air untuk kau" Misun berdiri kemudian masuk ke dalam kedai. Sementara itu, Sunghoon mengambil tempat berhadapan dengan tempat duduk gadis itu.
Tidak sampai dua minit pun, Misun kembali bersama dua botol air sparkling di tangan. Satu botol diberikan kepada Sunghoon. Sunghoon terus membuka penutup dan meneguk air tersebut sehingga separuh.
"Apa jadi?" Sunghoon fokus kepada Misun. Sedia untuk mendengar luahan hati Misun. Dia tidak kisah. Benda karut atau benar..telinganya memang setia untuk menadah segala luahan sahabatnya.
"Aku cuma...keliru" Misun menunduk bermain jari.
"Apa yang kau keliru? Cuba cerita habis..jangan lah buat cerita tergantung" Sunghoon berkerut muka. Dia paling pantang kalau orang cerita jenis suka tergantung macam ni. Dia tak ada masa lah nak berteka-teki.
Misun mengangkat wajah memandang Sunghoon.
"Tadi aku jumpa Bangchan dekat rumah keluarga dia..lepastu dia bawak aku balik rumah dia" ujar Misun. Hal itu, lagi bertambah kerut muka Sunghoon.
"Dah tu? Apa masalahnya? Apa yang buat kau keliru sangat?" Sejujurnya, dia langsung tidak dapat kesan apa punca disebalik masalah Misun berjumpa dengan Bangchan.
"Masalah bukan dekat situ" Misun cemberut.
"Pulak..habis tu dekat mana?" Dengan sabarnya Sunghoon cuba memahami rakannya.
"Dia minta maaf dan dalam masa yang sama dia cuba salahkan aku..ada juga dia macam berharap aku ada dengan dia. Tapi aku keliru..dia anggap aku sebagai apa sebenarnya? Lama aku fikir pasal benda ni tapi..sampai sekarang aku tak tahu jawapannya" akhirnya Misun dapat luahkan benda yang sudah lama dia fikirkan sejak tadi.
"Kenapa kau tak tanya dia?" Sunghoon membalas. Dia terfikir juga. Tadi kata jumpa Bangchan. Kenapa tak bertanya terus secara berdepan? Kenapa mesti tanya dia? Kalau dia ahli nujum memang dah lama dia bagitahu sahabatnya itu.
"Macam mana kalau dia salah anggap? Nanti dia fikir aku suka dia pula" Misun memberi andaian sendiri.
"Tapi memang betul kan kau suka dia?" Misun terdiam dengan fakta yang diberi Sunghoon.
"Aku kenal kau dah lama. Lagipun, kau punya suka tu terlalu ketara..aku rasa bukan aku seorang saja yang nampak" sambung Sunghoon lagi.
"T-tapi dia tak suka aku" Misun mencebik. Sebal rasanya apabila cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.
"Mana kau tahu dia tak suka kau? Tadi kau cakap keliru..lepastu buat andaian sendiri..mana satu kau ni?" Sunghoon memegang kepala. Cerita Misun ni betul-betul buat dia pening.
Masing-masing diam buat sementara waktu. Seorang cuba fikirkan bagaimana untuk selesaikan masalah. Seorang lagi cuba hilangkan rasa overthinking.
"Okay, macam ni. Apa kata kau test dia" Sunghoon memberi idea. Misun mengangkat alis.
"Kau buat dia cemburu? Tak pun apa-apa saja lah yang berkaitan dengan perasaan" terang Sunghoon ringkas. Misun mengangguk faham. Dia kembali termenung.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top