♡ 13 ♡
Mata Misun melilau melihat setiap sudut di ruang tamu sementara menunggu Puan Shin. Katanya mahu mengambil sesuatu.
Tidak sampai beberapa minit, Puan Shin kembali bersama beg kertas di tangan. Dia terus hulurkan kepada Misun.
"Ambil ni dan pergi tukar dalam bilik yang sebelah kiri." arah Puan Shin. Misun hanya memandang beg kertas tersebut tanpa rasa ingin mengambilnya.
"Tapi Misun okay saja kalau pakai baju sekolah" ujar Misun. Bukan dia mahu menolak, tetapi selagi dia selesa dengan baju itu..dia okay.
"Tapi ibu tak okay..tak akan Misun nak pakai baju sekolah sampai ke malam? no no no..pergi tukar sekarang..tingkat atas bilik sebelah tangga. Oh, kamu nak mandi situ pun boleh" Puan Shin mengambil tangan Misun untuk memegang beg kertas itu dan terus berlalu pergi. Tidak sempat Misun mahu berkata apa lagi.
Misun mengorak langkah naik ke tingkat atas dengan pasrah. Dia mencari bilik yang diberitahu oleh Puan Shin tadi. Dia masuk ke dalam bilik tersebut dan menguncinya.
20 minit berlalu dan kini dia memantulkan dirinya di hadapan cermin yang besar. Dia membelek baju yang tersarung di badan. Selesa.
Setelah itu, dia mengambil baju sekolah dan masukkan ke dalam beg kertas. Kakinya terhenti apabila dia betul-betul berada di hadapan rak yang dipenuhi buku-buku dan gambar. Dia tergamam.
"Chan?" Nama lelaki itu keluar dari mulutnya.
Terus dia melihat sekeliling bilik itu dan perasan ada satu bingkai gambar yang terletak di sebelah katil. Baru dia tahu yang sekarang ini dia berada di dalam bilik lelaki itu.
Satu bingkai gambar seorang budak lelaki menarik perhatiannya. Dia mengusap gambar tersebut dengan jari terlunjuk.
"Comel" bisik Misun.
Jujur dia katakan yang dia rindu akan lelaki itu walaupun ada rasa marah dan sakit hati di dalam hati.
Hatinya kian meronta-ronta kerana kerana terlalu rindu. Dia berharap yang Bangchan muncul di hadapannya sekarang namun, dia juga berharap yang lelaki itu tidak muncul kerana dia belum bersedia untuk menghadapnya. Dia masih marah tentang hal yang terjadi sebelum ini.
Misun letak semula bingkai gambar tersebut. Kaki mengorak langkah keluar dari bilik itu. Apabila keluar sahaja, dia bertemu dengan seorang budak lelaki.
"Awak siapa? Saya tak rasa orang luar boleh masuk dalam bilik orang sesuka hati" Lucas bercekak pinggang dan memandang Misun atas bawah.
"Saya? Err saya Misun..s-saya cuma tumpang untuk tukar baju saja" jawab Misun. Lucas tidak berkata apa malah dia terus turun tangga. Misun terpinga-pinga disitu buat seketika sebelum mengikuti langkah budak lelaki tersebut.
"Eo? Ibu baru nak panggil kamu berdua..jom makan" Puan Shin muncul di hadapan tangga sebaik saja mereka berdua tiba.
"Kamu dah jumpa Misun?" Puan Shin bertanya kepada Lucas. Terus budak lelaki itu memusing ke belakang melihat Misun yang berada di belakangnya. Dia hanya mengangguk. Hal itu sukar untuk Misun tafsir, sama ada Lucas suka ataupun tidak suka dengan kehadiran dirinya.
"Dah jom..ayah dah tunggu di meja makan" Puan Shin berkata. Mereka bertiga masuk ke ruang makan. Kelihatan Tuan Bhang sedang menongkat dagu menunggu mereka. Misun mengambil tempat di sebelah Puan Shin.
"Jadi, awak la Misun?" Tuan Bhang bersuara. Dia memandang Misun.
"Ya saya" jawab Misun. Sopan.
"Misun, kenalkan ini anak ibu yang kedua..Bhang Lucas" Puan Shin perkenalkan anaknya kepada Misun.
Misun menghadiahkan satu senyuman buat Lucas namun lucas tidak membalasnya. Dia hanya diam dan memerhati sahaja gerak geri gadis itu. Hal itu buatkan Misun tidak berapa senang kerana dirinya diperhati.
"Abaikan saja dia..dia memang suka tenung orang lama-lama" ujar Tuan Bhang.
"Noona suka bergaduh ke?" Ayat itu tiba-tiba sahaja keluar dari mulut Lucas. Misun ternganga. Dia memandang semua orang yang sedang tumpu ke arahnya.
"Dahi noona lebam..sebab itu Lucas tanya" sambung Lucas.
"Lebam? Mana?" Puan Shin yang berada di sebelah terus memegang kedua pipi Misun menarik menghadapnya. Misun kaku. Dia memandang wajah Puan Shin yang jelas kerisauan.
"Macam mana boleh lebam ni sayang? Kamu dah letak ubat ke? Aigoo anak ibu..sakit tak?" Puan Shin berkata sambil mengusap perlahan dahi Misun.
"Ibu, Misun okay" ujar Misun sembari memegang jari jemari Puan Shin yang masih melekat di pipinya.
"Macam mana boleh lebam?" Kini Tuan Bhang pula bertanya.
"Misun terhantuk pintu dekat sekolah..salah Misun juga sebab jalan tak tengok depan" tipu Misun. Bukan sengaja dia menipu keluarga Bhang. Tak akan la dia mahu membuka kisah sedih dia. Nanti kata menagih simpati pula. Itu yang dia takut sebenarnya.
"Misun buat ibu risau..lain kali jalan tengok depan ye sayang" pesan Puan Shin. Dia kembali ke posisi asal. Misun mengangguk.
Lucas diam-diam masih memerhati gadis di sebelah ibunya. Rasa cemburu mula menyerang apabila melihat ibunya mengambil berat tentang Misun.
"Oh ya, awak boleh panggil saya ayah juga kalau nak..saya izinkan. Kalau dah isteri saya ni anggap awak sebagai keluarga..kami pun akan anggap awak sebagai keluarga" ujar Tuan Bhang. Misun hanya mengangguk. Tidak tahu lagi ingin membalas apa.
"Makan la" arah Puan Shin dan dengan malu-malunya Misun menyantap makanan di hadapannya.
Bangchan memandu pulang ke rumah. Dalam perjalanan itu, telefonnya berdering minta diangkat. Mujur telefon bersambung pada keretanya jadi senang untuk dia lihat siapa yang telefon di skrin.
Nama 'ayah' tertera pada skrin. Dia abaikan saja kerana malas. Dia dapat agak yang Tuan Bhang menjemputnya untuk makan bersama. Memang tidak la dia mahu pergi.
Tiba di lampu isyarat, Bangchan memberhentikan kereta. Sementara menunggu lampu bertukar hijau.. dia mengambil telefon dan membuka aplikasi kakao. Mesej daripada ayahnya di tekan.
Ayah
Datang sini
7.30 pm ✓✓
Misun ada sini
7.30 pm ✓✓
...
Bangchan membuntang mata apabila nama Misun tertera pada mesej tersebut.
'PINN'
Bangchan terkejut apabila kereta di belakangnya berbunyi. Ternyata lampu sudah pun bertukar kepada hijau. Keretanya mula bergerak.
Tanpa berfikir panjang, keretanya berpusing membuat pusingan U. Sambil itu dia tertanya, mengapa Misun berada di sana? Apa dia buat di sana? Macam mana ayah boleh kenal dia? Pelbagai soalan yang terlintas di benak fikirannya.
Misun ketawa kerana lawak jenaka yang dibuat oleh Tuan Bhang. Kali pertama dia melihat wajah Tuan Bhang, dia agak sedikit takut kerana wajah yang dibuat itu nampak garang. Ditambah pula badan yang sasa. Tak ke boleh terkencing?
"Oh Chan, sampai juga kamu..mari sertai makan sekali" tawa Misun mula memudar apabila Tuan Bhang bercakap dengan orang di belakangnya. Terus dia menoleh.
Kelihatan Bangchan sedang tercegat di belakangnya. Kalau nak dibandingkan dia dengan patung mannequin memang tak ada beza. Dua dua berdiri mengeras.
Mata iris Bangchan bertemu dengan mata Misun. Terus gadis itu melarikan pandangan. Dia membetulkan posisi duduknya.
Bangchan melangkahkan kaki menuju ke meja makan. Dia mengambil tempat di sebelah Lucas di mana dia bertentangan betul-betul dengan Misun. Gadis itu mengerdip mata berkali-kali kerana terkejut. Kenapa mesti di hadapannya?
"Ingat tak nak datang tadi..ayah call kamu tak angkat" Tuan Bhang bicara. Dia memandang anak terunanya itu. Dia berfikir lelaki itu akan fokus kepadanya apabila dia bicara, malah Bangchan lebih memilih menatap Misun di hadapannya.
Misun pula lebih memilih memandang makanannya apabila sedar dengan perbuatan Bangchan. Apa masalah dia?
Makcik Moon muncul membawa pinggan kosong dan berikan kepada Bangchan. Lelaki itu tersenyum dan ucap terima kasih.
"Can you past me the egg rolls?" Pinta Bangchan kepada Misun. Tanpa bicara Misun mengambil dan memberi kepada Bangchan. Lelaki itu menyambut dengan senyuman.
"Apa jadi dengan kamu Chan? Mood baik semacam" Tuan Bhang tegur. Pelik dengan anak lelakinya yang seorang itu.
Bukan dia sahaja yang pelik. Malah Puan Shin dengan Lucas pun pelik melihatnya. Lucas yang di sebelah dia mengerutkan dahi sambil memandang atas bawah abang tirinya. Selalunya baran Bangchan sentiasa bersama apabila dia menjejak kaki ke dalam rumah itu.
"Tak ada apa" Bangchan membalas kemudian menjamah makanan.
Kini Misun berada di luar rumah. Selepas habis makan tadi terus dia keluar dengan memberi alasan untuk mengambil angin luar. Padahal dia tidak mahu menghadap Bangchan lama-lama. Mata lelaki itu tidak habis menatap dia. Cabut biji mata baru tahu.
"Noona kenal dia?" Lucas muncul di sebelah Misun. Membuatkan gadis itu terkejut dengan kehadirannya. Lucas memandangnya atas bawah membuatkan Misun turut memandangnya atas bawah. Hal itu membuatkan budak remaja itu mengeluh kesal. Dia yakin bahawa Misun tidak mendengar yang dia katakan. Dasar pekak!
"Noona dengar tak apa saya tanya tadi?" Lucas menyoal dan mendapat gelengan dari Misun.
"Maaf tak dengar..boleh ulang balik?" Pinta Misun.
"Noona kenal dia ke?" Lucas mengulang pertanyaannya tadi.
"Oh ermm siapa? Ibu awak ke?" Misun tanya kembali. Lucas menggeleng kepala.
"Bangchan" sebut Lucas.
"Oh, orang tua tu? Ermm kenal la jugak" jawab Misun.
Sementara itu, Bangchan di ruang tamu bersama Tuan Bhang. Dia berfikir sejenak. Bila kali terakhir dia berborak begini bersama Tuan Bhang? Rasanya tidak pernah lagi kerana setiap kali sahaja dia datang mesti dia akan cepat-cepat mahu pulang.
"Macam mana kamu boleh kenal Misun?" Tuan Bhang membuka topik.
"Sepatutnya saya yang tanya soalan tu pada ayah. Macam mana ayah boleh kenal dia?" Soalan di balas soalan. Bapanya tidak perlu tahu bagaimana dia boleh kenal Misun atau dimana dia kenal Misun.
"Dah lama ayah kenal dia, tapi ini kali pertama kami bersemuka. Itu pun sebab ibu kamu. Dia banyak ceritakan Misun pada ayah" ujar Tuan Bhang. Dia ketawa kecil apabila ingatannya kembali mengimbas dimana wajah Puan Shin ceria apabila menceritakan tentang Misun kepadanya.
Bangchan hanya diam memandang bapanya. Dari riak wajah, dia dapat agak yang bapanya betul-betul dibutakan cinta oleh ibu tirinya. Mereka saling mencintai. Hal itu buatkan mata dan hatinya sakit melihat mereka. Dan apa yang paling menyakitkan adalah, mereka sepenuhnya sudah lupa tentang mendiang ibunya.
"Chan?" Tuan Bhang memanggil apabila sedar anak lelakinya memgelamun. Apa yang difikirkan Bangchan pun dia tidak tahu.
"Ya?" Bangchan kembali ke realiti.
"Ada yang tak kena ke?" Tuan Bhang mula risau. Tadi elok saja mood dia..sekarang lain pula.
"Chan okay...no worries" ujarnya. Dia tersenyum nipis.
"Rasanya Chan kena balik sekarang" Bangchan berdiri. Begitu juga Tuan Bhang turut berdiri dan mengikut Bangchan ke luar rumah.
Apabila keluar sahaja, dia nampak Misun sedang berbual mesra bersama Lucas. Wajahnya berubah masam. Baginya, Lucas adalah musuh. Dia tidak berapa berkenan melihat Misun berkawan dengan Lucas.
Bangchan meluru ke arah mereka berdua. Tangan Misun ditarik dan membuatkan dia terkejut dengan tindakan Bangchan yang tiba-tiba.
Tuan Bhang yang dari jauh melihat mereka hanya mampu menggeleng kepala. Dia kembali masuk ke dalam rumah.
"Eh dah kenapa tiba-tiba tarik orang ni!" Misun ingin melepaskan tautan mereka. Namun malangnya nasib kerana Bangchan memegangnya erat.
Lucas memerhati mereka sehingga bayangan dua manusia itu hilang. Dia rancak berborak dengan Misun tadi lepastu tiba-tiba muncul pula syaitan yang dengki bawa Misun pergi.
Mereka tiba di kereta milik Bangchan. Misun memandang lelaki di hadapannya tidak puas hati setelah lelaki itu melepaskannya. Habis sakit tangan dia kena tarik. Kalau putus macam mana? Dia nak tolong carikan tangan baru untuk Misun?
Bangchan mula rasa serba salah apabila melihat Misun mengusap tangannya yang ditarik tadi. Salah dia kerana pegang terlalu kuat.
"Misun-"
"Gila ke? Sakit tahu tak!" Belum sempat lelaki itu mahu katakan sesuatu, dia sudah dicop gila.
Bangchan memandang wajah Misun yang berkerut kerana marah. Dia tahu yang gadis itu masih marahkan dia disebabkan kes yang lepas.
"Kau marahkan aku lagi ke? Misun, aku tak sengaja marah kau..kalau tak disebabkan kau jumpa dia..ajak dia masuk rumah aku..aku pasti sekarang ni kau masih datang rumah aku macam biasa" wajah Misun yang tadinya berkerut kerana marah kini bertukar kepada kesal.
Dia keliru dengan Bangchan. Apa dia mahu meminta maaf atau mahu menyalahkannya lagi? Bukan itu yang dia mahukan. Dia tidak mahu dipersalahkan kerana itu bukan salahnya.
Lagi satu, kenapa lelaki itu seperti berharap dengannya agar kembali ke rumah itu?
"Saya fikir awak nak minta maaf tentang hal tu..tapi saya salah. Huh" Misun menunduk memandang jalan. Suaranya terlalu ketara menunjukkan yang dia memang kesal dengan lelaki dihadapannya.
"Tak Misun...aku betul-betul minta maaf" ucap Bangchan dengan bersungguh-sungguh.
"Chan, tak ada gunanya kata maaf tu kalau awak salahkan saya" balas Misun. Dia mendongak melihat lelaki itu kembali.
Bangchan terus terdiam. Dia berfikir semula dengan lebih mendalam. Memang ada dia mahu salahkan Misun tetapi bukan keseluruhannya.
"Chan" panggil Misun.
"Andainya kata maaf itu memang awak maksudkan dan bermakna, awak pergi masuk ke dalam semula dan minta maaf pada orang yang tepat. Bukan saya. Orang sana lebih perlukannya daripada saya" ujar Misun.
Dia maksudkan Puan Shin. Bangchan perlu meminta maaf kepada ibu tirinya jika dia memang betul-betul maksudkannya. Puan Shin layak medapat kata maaf itu daripada dia.
"No" Bangchan menggeleng tidak mahu. Kenapa degil sangat ni?
"Chan, tolong lah" Misun pula yang merayu walaupun dia tiada kena mengena mahupun tahu tentang masalah keluarga lelaki itu.
"Kau tak tahu apa aku lalui Misun...aku tak akan..never" Bangchan berkata sambil menggeleng kepala.
"Okay kalau macam tu, bagitahu saya..bagitahu saya segalanya masalah awak dan kenapa awak begitu angkuh sekali untuk maafkan orang lain" pujuk Misun.
"I-"
"Kenapa? Tak boleh kongsi? Tak apa, saya tak paksa..saya balik dulu kalau-"
"No! Please don't go, Misun.. I'll tell you the whole story but please..jangan pergi" Bangchan memegang tangan Misun apabila gadis itu mula melangkah satu tapak.
"Jadi?"
"Aku boleh cerita..tapi bukan sini" ujar Bangchan dan Misun mengangkat kening.
"R-rumah aku" sambungnya. Misun mengangguk setuju. Mereka berdua mula bergerak masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan sebelum kereta milik lelaki itu mula bergerak meninggalkan kediaman keluarga Bhang.
I'm sorry guys..lambat sikit ngehehe
Byebye
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top