♡ 11 ♡


Misun dan Puan Shin ketawa riang sambil mengadun tepung bersama. Sisa tepung yang terkena pada hidung dan pipi, mereka biarkan sahaja.

"Ibu, tepung dah sebati..lepastu buat apa?" Misun menoleh ke arah Puan Shin yang sedang memanaskan oven.

"Masukkan dalam loyang..pastikan letak kertas tu dulu" ujar Puan Shin. Misun buat seperti apa yang di suruh.

Puan Shin datang mendekati Misun untuk melihat gadis itu tuang adunan ke dalam loyang yang disediakan. Setelah itu, mereka sama-sama membawa adunan tersebut ke oven untuk dibakar.

"Hati-hati panas" pesan Puan Shin. Misun hanya mengangguk dan berhati-hati masukkan loyang ke dalam oven.

Sementara menunggu kek dibakar, mereka berdua sempat mengemas dapur yang agak sedikit bersepah.

"Kamu pergi tukar baju dulu..biar ibu yang kemas semua ni" Puan Shin menolak tangan Misun dari menolongnya.

"Taknak..nak kemas sama-sama" ujar Misun. Dia tetap berkeras ingin menolong walaupun Puan Shin menolaknya berulang kali.

"Tak apa ibu boleh kemas sendiri. Tengok kamu, habis baju kena tepung" Misun melihat bajunya sendiri sebelum mata mengalih pandangan ke arah baju wanita dihadapannya. Ternyata baju Puan Shin juga terkena tepung. Itu sebab tadi Misun tumpahkan tepung semasa ingin menuang ke dalam bekas.

"Eleh kata orang..ibu pun sama" Misun membuat muka. Terus Puan Shin melihat bajunya sendiri. Akhirnya, mereka berdua ketawa melihat baju masing-masing.

"Ibu" Misun memegang tangan Puan Shin.

"Hm?"

"Terima kasih..terima kasih sebab terima Misun seadanya walaupun Misun hanya orang luar" Misun tersenyum ikhlas. Dia betul-betul maksudkannya. Dia sangat berterima kasih atas jasa baik Puan Shin terhadapnya.

Wanita separuh abad itu memberi senyuman hangat sembari mengangguk. Dia menatap mata gadis itu dengan penuh kasih sayang. Dia tidak tahu bagaimana mahu luahkan bertapa sayangnya dia terhadap Misun walaupun gadis itu bukanlah darah dagingnya. Walaupun baru kenal dua hari, dia betul-betul sayangkan Misun seperti anaknya sendiri.

Bangchan memarkir keretanya. Sebelum keluar, dia sempat memeriksa telefon. Dia menggeleng kepala apabila sedar yang Misun hanya membaca mesejnya tanpa membalas apa-apa.

Bangchan keluar dari kereta. Menuju ke arah lif untuk naik ke tingkat atas rumahnya. Dia terasa telefonnya bergetar di tangan. Terus dia melihat di paparan skrin. Ternyata panggilan dari Minho.

"Hello" Bangchan menjawab

"Hello brother! Happy birthday!!" Ucap Minho. Sungguh nyaring suaranya dari dalam panggilan.

Bangchan menjarakkan telefon dari telinga. Jeritan Minho boleh buat dia pekak sampai bila-bila. Tak ke nanti auto kena buat kad oku?

"Terima kasih bro..aku fikir kau lupa" Bangchan kembali mendekatkan telefon ke telinga. Dia tersenyum. Ada juga orang yang ingat hari pentingnnya.

"Eyy mana boleh lupa hari tua kawan sendiri" balas Minho kemudian ketawa.

"Dah lama hidup ke?" Bangchan mengeluarkan suara datar.

"Alahh jangan marah bro..apa-apa pun lagi sekali aku ucap selamat ulang tahun..hadiah nanti aku bagi..tak sempat nak beli" ujar Minho. Bangchan tersengih apabila mendengar perkataan 'hadiah'. Dia suka hadiah. Tak sabar rasanya.

"Okay Minho..thanks again bro" balas Bangchan.

"Okay la aku letak dulu..bye"

"Bye" mereka memutuskan panggilan.

Bangchan memandang telefonnya lama. Tiba-tiba sahaja dia memikirkan tentang Misun. Gadis itu tahu hari ini adalah hari ulang tahunnya kerana di pernah beritahu.

Itu pun sebab Misun yang paksa dia. Jika tidak, memang tak la dia nak bagitahu. Kalau boleh dia mahu rahsiakan segala hal peribadinya daripada Misun.

Wajahnya tiba-tiba masam mencuka. Tanpa dia sedari, rasa sakit hati muncul serta merta apabila wajah Misun muncul di dalam mindanya.

Bangchan masuk ke dalam rumah. Mata memandang ke arah kasut yang asing baginya. Kemudian dia mendengar suara gelak tawa di dalam rumah. Dia segera menapak dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Misun bersama orang yang paling dia benci sedang bergelak tawa di ruang dapur. Hal itu, mengundang kemarahannya.

"Misun" Bangchan memanggil. Dia cuba mengawal amarah yang semakin meningkat.

"C-chan?" Misun panik. Tidak menyangka seawal itu Chan pulang ke rumah.

"Korang buat apa ni?" Bangchan memandang Misun dan Puan Shin silih berganti.

"Chan" Misun berjalan mendekati Bangchan. Dia ingin memegang lelaki itu tetapi ditepis.

"Chan, ibu minta maaf..tolong jangan salahkan Misun" Puan Shin bersuara. Dia menapak keluar dari dapur menuju ke arah di mana Bangchan sedang berdiri.

"Apa kau buat dekat sini? Aku dah kata jangan jejakkan kaki kau dekat rumah aku" Bangchan memandang Puan Shin dengan wajah yang benci.

"Chan-"

"Kau keluar sekarang sebelum aku panggil pengawal" Bangchan memberi kata amaran. Tetapi Puan Shin masih tidak berganjak dari tempatnya. Dia mahu kata sesuatu tetapi tidak dapat.

"KELUAR AKU KATA!" Bangchan menjerkah. Terjungkit bahu Misun.

Tidak berkata apa, Puan Shin mengambil barangnya dan terus keluar dari rumah. Panggilan dari Misun langsung diabaikannya.

"Chan, apa awak buat hah!"

"Kau pun keluar dari rumah aku" tidak cukup mengahalau Puan Shin, kini dia menghalau Misun pula. Gadis itu mula tidak puas hati.

"What?, sekarang ni nak halau saya pulak? TAK CUKUP HALAU IBU SENDIRI NAK HALAU SAYA PULAKK!" Kini Misun pula naik melenting kerana tindakan Bangchan.

"DIA BUKAN IBU AKU, MISUN!!"

Misun terdiam apabila Bangchan membalas dengan suara yang naik seoktaf.

"She's not my mom. You heard it?" Bangchan mengulangi ayatnya. Mata mereka berdua bertembung. Misun melihat dalam mata lelaki itu. Bergetar. Kesakitan yang ditanggung sendiri oleh Bangchan tidak dapat Misun baca dan tidak tahu apa punca sebenarnya.

Akan tetapi, Bangchan tidak boleh buat begitu kepada Puan Shin walau sebenci mana pun dia terhadap wanita tua itu. Setiap manusia ada hati dan perasaan. Tipu la jika Puan Shin tidak tersinggung dengan perlakuan Bangchan terhadapnya.

"Chan, saya tahu awak marah tapi..awak tak boleh buat dia macam tu..ibu pun ada perasaan"

"Ibu? Sejak bila kau panggil dia perkataan yang murah macam tu?"

'Pap!'

Tamparan kuat hinggap di pipi kiri lelaki itu. Tercengang dia apabila Misun melayangkan tamparan hebat di pipinya. Dia mengetap bibir kuat. Rasa pedih menyengat di pipi bukan kaleng-kaleng.

"Jaga kata-kata awak Chan! Walaupun dia ibu tiri awak sekali pun, jangan pernah keluarkan perkataan 'murah' pada wanita yang cuba untuk beri kasih sayang."

"Awak patut bersyukur ada orang yang masih sayangkan awak walaupun gelarannya hanyalah tiri semata-mata. Daripada saya? Saya ada mak, tapi? Dia langsung tak anggap saya sebagai anak." Misun berkata sembari air matanya mengalir di pipi.

"Setiap kali, Chan!! setiap kali!!! Saya balik rumah..saya dimarah, dicaci oleh mak sendiri. Sebab tu! Saya sentiasa datang sini..awak tempat saya bergantung, Chan. Kemudian Puan Shin muncul. Walaupun saya ni orang luar, dia anggap saya sebagai anak dia sendiri. Beri kasih sayang yang tak pernah pun saya rasa dari mak kandung sendiri. Awak patut bersyukur, Chan"

Panjang lebar Misun meluahkan apa yang dia rasa selama ini kepada Bangchan yang masih mendiamkan diri. Kata-kata itu buat dia diam seribu bahasa. Otaknya cuba mencerna dengan baik.

Misun melangkah cepat masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu meninggalkan Bangchan bersendirian di ruang tamu. Tidak sampai seminit, Misun keluar bersama barang-barangnya di tangan. Bangchan melihat Misun.

"Misun, kau nak pergi mana?" Bangchan bertanya.

"Awak yang suruh saya keluar kan? terima kasih sebab izinkan saya tumpang dalam rumah ni..and one more thing, kek BIRTHDAY dalam oven tu dah hangus..tolong tutupkan..thanks" Misun tekankan perkataan 'birthday' itu untuk mengingatkan Bangchan.

Baru dia perasan yang dia ada terbau sesuatu yang pelik. Rupanya kek hangus.

Kaki Misun laju sahaja melangkah keluar dari rumah Bangchan.

Setelah perginya Misun, Bangchan menapak ke arah dapur. Suis oven ditutup. Pintu oven dibuka, maka kepulan asap keluar dari dalam dan bau hangus menusuk ke rongga  hidungnnya.

Dia melepaskan keluhan berat.

Misun melentokkan kepalanya di atas meja berlapikan lengan. Suasana bising di dalam kelas dia abaikan saja.

Semenjak Misun masuk sekolah semula, satu kelas abaikan dia dan anggap seperti dia tidak wujud di dalam kelas. Adakah ini karma setelah apa yang dia buat pada Jina bulan lepas? Tetapi itu bukan salah dia.

Bunyi loceng sekolah membuatkan semua pelajar berpusu-pusu keluar untuk makan tengah hari. Kini hanya tinggal Misun yang masih dalam posisi yang sama.

"Misun!" Sunghoon muncul di ambang pintu kelas. Berkali-kali dia memanggil nama rakannya tetapi tiada sahutan.

"Misun? Eh tidur mampus ke?" Sunghoon mula buat andaian sendiri. Dia menapak ke arah meja rakannya.

"Misun?" Sunghoon menggoncang bahu rakannya. Tidak bergerak. Dia terus beralih tempat untuk melihat wajah Misun.

"Lah aku fikir kau tidur mampus" Sunghoon berkata disaat dia sedar yang Misun tidak tidur, malah termenung jauh.

"Kau termenung jauh dah kenapa? Ada masalah ke?" Sunghoon bertanya apabila Misun tidak memberi apa-apa respon kepadanya. Risau kawan dia jadi begitu.

"Misun? Misun? Hey Misunnn" selagi Misun tidak memberi respon..selagi itu dia memanggil nama Misun berulang kali.

"Kau bergaduh dengan sugar daddy kau ke?" Misun memandang Sunghoon. Topik itu berjaya membuat Misun memberi respon kepadanya.

Misun menegakkan badan sembari memberi jelingan tajam pada rakannya. Suka hati saja Sunghoon gelar Bangchan sebagai sugar daddy dia. Fikir dia nak sangat ke duit orang tua tu?

"Jadi betul la kau bergaduh dengan dia? Apa kes?" Sunghoon soal.

Maka, waktu rehat itu Misun hanya ceritakan tentang kejadian semalam tanpa mengisi perut masing-masing.

Seminggu sudah berlalu, Bangchan kerap sekali melihat telefon. Seakan itu adalah hobi barunya. Mesej Misun dia buka berkali-kali. Takut tidak perasan mesej yang mungkin bila-bila masa sahaja gadis itu akan hantar.

"Kau fikir dengan tenung ruang mesej dia macam ni tanpa menaip sesuatu akan pulih ke hubungan korang?" Minho bersuara dari belakang. Dia dapat lihat segalanya apa yang rakannya sedang lakukan.

Bangchan terus mencampak telefon ke tepi lalu memeluk tubuh. Dia memasang wajah egonya. Minho sudah menggeleng kepala. Agak-agak la kalau nak berlakon pun.

"Kau fikir aku ni ada hubungan dengan dengan dia ke? Tch" Bangchan berdecit tidak suka.

"Aku tak cakap pun yang korang ada hubungan special..korang kan rapat? Tak rasa ke macam adik dengan abang?" Ujar Minho. Dia tak maksudkan ayat tadi ada lain maksud.

Bangchan menjeling manakala Minho sudah tersenyum senget.  Hampir sembilan tahun mereka kenal, tipu la jika Minho tidak mengesyaki apa-apa yang pelik setakat ini. Bangchan seumpama buku baginya. Senang untuk di baca.

"Chan" Minho duduk disebelah dia.

"Kau tak rasa apa-apa ke?" Soal Minho. Wajahnya betul-betul ingin tahu apa yang ada dalam isi hati si tua baran ini.

"Ada. Aku rasa macam nak lempang kau"

Baru sahaja ingin rasa teruja tetapi wajahnya berubah apabila Bangchan kata begitu kepadanya. Dasar kawan tidak berguna.

"Sudah la..lebih baik aku balik. Banyak benda aku nak kena buat selain hadap kau" Minho bingkas bangun mahu meninggalkan Bangchan seorang diri.

"Oii kata nak order pizza?" Bangchan meninggikan suara apabila Minho sudah berada di pintu utama. Siap sedia mahu keluar dari rumah Bangchan.

"Kucing aku kebuluran..esok saja la" ujar Minho. Dia melambai dan kemudian hilang dari pandangan.

Kini Bangchan seorang diri. Dia terus baring di sofa dengan kasar. Siling rumah ditatap dengan pandangan kosong. Tiba-tiba saja rasa sunyi.

"Kenapa kali ni rasa sunyi lain macam?" Bangchan bicara seorang diri.

"Sunyi? Mungkin sebab saya tak ada" Bangchan terus melihat ke hujung kakinya. Kelihatan Misun sedang tersenyum ke arahnya.

"Misun" Bangchan bingkas bangun. Dan dengan sekelip mata bayangan itu hilang begitu sahaja.

Dia sedar yang itu hanyalah khayalan sahaja. Ingatkan Misun betul-betul muncul di hadapannya.

"Apa kau cuba buat ni Chan" Bangchan mengetuk kepalanya sendiri. Nampak sangat yang dia banyak fikirkan Misun sehingga bayangan Misun muncul tanpa dipinta.

Puan Shin tersenyum seorang diri sambil melihat gambarnya bersama Misun di dalam telefon. Rasa rindu pula dia pada Misun.

"Ibu" Lucas muncul di ruang tamu. Melihat ibunya sedang tersenyum seorang diri membuatkan dia ingin menegur wanita tua itu.

"Hmm?" Puan Shin hanya menggumam.

"Ibu tengok apa sampai tersenyum macam ni sekali?" Lucas bertanya. Dia duduk di sebelah ibunya dan cuba intai apa yang Puan Shin sedang lihat.

"Siapa tu? Lucas tak pernah jumpa dia pun?" Lucas mengerut dahi apabila melihat gambar seorang perempuan bersama ibunya.

"Ini? Ini anak baru ibu..Misun namanya" ujar Puan Shin. Senyuman sentiasa terukir di bibir.

"Misun? Sejak bila? Ayah tahu tak?" Bertalu-talu soalan Lucas.

"Sejak minggu lepas. Ayah tahu tentang ni..ibu ada bagitahu dia haritu" Puan Shin menjawab.

"Wah, ibu ada anak baru..Lucas ni nanti ibu campak ke?" Lucas mencebik. Dia cemburu sebenarnya kerana ibunya telah dirampas.

"Apa cakap macam tu? Ibu sayang anak-anak ibu" ujar Puan Shin. Lucas tersenyum.

"Ibu tak nak cerita ke macam mana ibu boleh terkenan nak ambil dia buat anak angkat?" Lucas tertanya juga bagaimana gadis di dalam gambar itu boleh menang hati ibu kesayangannya.

Maka dengan itu, Puan Shin menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan Misun. Sesekali itu dia selitkan sedikit penipuan kerana dia tidak mahu Lucas tahu tentang Bangchan ada kena mengena dengan kisah itu. Maklum lah, dia tahu yang Lucas dengan Bangchan benci antara satu sama lain.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top