♡ 10 ♡

Rumah yang sunyi itu dipenuhi dengan gelak tawa Misun. Itu kerana dia terhibur mendengar cerita Sunghoon dari corong telefon.

"AHAHAHAHAHA! kau ni Sunghoon, tak baik kau buat dia macam tu" Misun berkata dengan sisa tawa yang masih ada.

"Biar la dia..apa aku kisah? dah canang nama kawan baik aku, ada hati nak confess dekat aku huh!" Sunghoon membalas. Misun hanya ketawa. Dia dapat membayangkan wajah buruk Jina setelah ditolak cinta oleh kawan baiknya. Padan muka! biar dia rasakan.

"Misun, lagi berapa hari kau boleh masuk sekolah? setahu aku dah dekat sebulan ni" Sunghoon bertanya.

"lagi dua hari bro..aku tak sabar nak tengok muka kemurungan Jina lepas kau tolak cinta dia AHAHAHAHAHA" Misun ketawa jahat.

'ding! dong!'

Bunyi loceng ditekan dari luar rumah. Misun berhenti berborak dengan Sunghoon dan menoleh ke arah pintu utama. "Nanti kita borak lagi ya, ada orang datang" Misun berkata sebelum memutuskan talian.

dia berjalan mendekati pintu sambil meneka siapa yang datang. tak mungkin Bangchan, kerana itu rumahnya. Minho? Dia tidak tahu apa itu fungsi loceng. Lelaki itu suka menerjah masuk seperti perompak.

Misun memeriksa terlebih dahulu di paparan skrin sebelum membuka pintu. Misun tidak pelik kerana wanita itu pernah berkunjung sebelum ini, jadi dia buka saja.

Kelihatan Puan Shin sedang tersenyum ke arahnya dan dengan kekoknya Misun membalas senyuman.

"Boleh saya masuk?" Puan Shin meminta izin. Misun mengangguk dan memberi ruang kepada wanita itu masuk ke dalam rumah. Kini mereka berdua duduk bertentangan di sofa. Misun menggaru lehernya yang gatal sembari tersenyum kekok.

"Err kalau makcik nak cari Bangchan, dia kerja hari ini" Misun cuba berbual dengan wanita di hadapannya.

"Saya tahu dia kerja..tujuan saya datang sini bukan nak cari dia. Tapi kamu" Puan Shin berterus terang. Sejak kali pertama mereka bertemu, Puan Shin tidak sempat untuk berkenalan dengan Misun..jadi ini lah peluang yang ada.

"Saya?" Misun menunjuk diri sendiri. Terkejut dia apabila wanita itu ingin berjumpa dengannya.

"Ya, kita tak sempat nak berkenalan haritu kan? siapa nama kamu?" Puan Shin bertanya.

"Nama saya Misun" Misun memperkenalkan diri.

"Dah lama ke kamu dengan Bangchan?" Puan Shin bertanya lagi. Misun bermain jari sambil otak cuba menyusun ayat yang sesuai untuk menjawab pertanyaan ibu kepada Bangchan.

"Sebenarnya, saya dengan Bangchan tak ada apa-apa hubungan yang istimewa pun..saya cuma tumpang saja" Misun menjawab. Dia melihat Puan Shin sudah membulat mata mendengar penjelasan itu.

"S-saya minta maaf kalau saya tinggal dengan dia.. tapi ini buat sementara waktu saja..kadang saya balik juga ke rumah sendiri..saya tak ada niat lain selain-"

"Kamu budak sekolah ke?" Puan Shin memotong percakapan Misun.

"Ya" Misun menjawab lalu menundukkan kepalanya. Adakah dia akan dimarahi?

"Tak apa..saya tak marah kamu, Misun. Saya cuma tertanya sebab kali pertama kita jumpa, memang ada satu tarikan untuk saya nak tahu tentang kamu" Puan Shin berkata jujur. Dia betul-betul ingin tahu tentang Misun.

Misun mengangkat kepala memandang Puan Shin yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Misun dah makan tengah hari?" Puan Shin bertanya.

"Belum lagi" Misun menjawab.

"saya pun belum makan..kamu nak ikut pergi makan sekali tak? saya berlanja" Puan Shin pelawa Misun. Tanpa berfikir panjang Misun mengangguk setuju dengan ajakan wanita itu. Dia meminta izin untuk mengambil barangnya di dalam bilik terlebih dahulu sebelum keluar.

Hoodie yang tergantung di dalam almari diambil lalu dipakai memandangkan cuaca sedikit sejuk diluar. Sebenarnya itu adalah hoodie Bangchan dan dia terlupa mahu pulangkan semula. Apa salahnya kalau pinjam. Dia mengambil dompet lalu dimasukkan ke dalam hoodie lalu keluar dari bilik.

Mereka berdua mula melangkah keluar dari rumah tersebut sambil berborak panjang. Masing-masing menceritakan latar belakang dan kisah hidup sendiri.

Misun senyum sampai ke telinga sambil membelek hadiah yang dibeli oleh Puan Shin kepadanya. Seutas rantai leher dan juga beg tangan yang berjenama. Hatinya sungguh bahagia tidak terkata.

Bunyi pin rumah ditekan dan pintu dibuka dari luar. Kelibat Bangchan muncul diambang pintu rumah. Misun melihat Bangchan yang berjalan ke arahnya.

"Hello" Misun menyapa.

"Hello" Bangchan membalas.

Misun kembali membelek beg tangan sehingga Bangchan menimbulkan tanda tanya. Dimanakah dia dapat barang mahal dan berjenama itu?

"Bahagia betul kau sampai tersenyum tak henti...mana kau ambil? Jangan cakap kau curi duit aku sudah" Bangchan bertanya. Diselitnya tuduhan tanpa bukti pada Misun. Dia duduk berhadapan dengan Misun.

"Saya tak ada la jahat sampai nak curi duit awak..kalau saya nak curi duit..saya akan curi tuan dia sekali" Misun sempat memikat dan Bangchan tersenyum senget. Macam dia tidak faham maksud terakhir itu.

"Habis tu?"

"Ibu awak ehehe..dia yang belikan untuk saya tadi masa-"

"What?" Bangchan sudah mengerut dahi. Baran dia sudah datang.

"Ibu-"

Belum sempat Misun ulang ayat, Bangchan bingkas bangun dan merampas beg tangan dari Misun lalu dimasukkan semula ke dalam beg kertas. Misun terkejut dengan perbuatan Bangchan yang secara tiba-tiba.

"Chan!"

Tidak berkata apa, dia membawa semua barang yang Puan Shin beri kepada Misun itu keluar dari rumah. Misun hanya mengikut ke mana Bangchan mahu membawa barang tersebut.

Dari dalam lif sehingga mereka tiba di lobi..Misun cuba merampas semula tetapi tidak berjaya. Banyak kali dia bertanya kemana lelaki itu ingin membawa barang itu pergi tetapi tidak dibalas.

Apabila tiba sahaja mereka di tempat perlupusan sampah, Bangchan mencampak ke dalam tong sampah yang besar. Membulat mata Misun melihat perbuatan lelaki itu.

"Apa masalah awak! Sampai hati awak buang hadiah saya!" Marah Misun.

"Sampah tu tak layak dalam rumah aku!!" Herdik Bangchan.

"Tapi itu pemberian mak awak dekat saya! Kenapa-"

"Masalahnya aku tak suka! Kau! Kalau aku nampak kau bawak masuk benda yang dia bagi lepas ni..aku halau kau keluar dari rumah aku" Bangchan memberi amaran keras sebelum beredar dari situ.

Setelah susuk tubuh lelaki itu hilang dari pandangan..Misun terus memanjat tong sampah yang besar itu semata-mata ingin mengambil semula barang berharga yang diberi oleh Puan Shin.

Sesekali dia mendengar bisikan makcik-makcik bawang yang sedang membahas dari belakang. Fikir dia pekak?

"Tengok gelandangan tu aduhaii..kesian aku tengok dia.."
"Mesti dia cari makanan dalam tu..."
"Ni mesti gelandangan yang dekat hujung jambatan sana tu..eh macam mana dia boleh sampai ke sini?"

Pelbagai bahasan yang didengarinya. Lantak lah makcik nak cakap apa pasal Kang Misun. Janji dia tak kacau orang.

Nasib menyebelahinya kerana barang itu tidak jatuh terlalu dalam jadi senang dia mahu mengambil. Setelah dapat, dia tersenyum gembira. Akhirnya!

Misun duduk mencangkung disitu sambil mengelap sedikit kotoran yang berada di kotak rantai dan juga beg tersebut.

"Benda macam ni, si tua baran lagikan kacak tu boleh buang korang berdua hmm..apa salah korang di mata dia? Korang ni dah la mahal" Misun mencebik. Seakan dua barang berharga itu faham apa yang dia kata.

Sesekali Misun terfikir, kenapa Bangchan benci sangat dengan ibunya sendiri sedangkan, baik sahaja akhlak Puan Shin itu. Mahu kata durjana tak adanya Kang Misun hidup sekarang ni. Mungkin tadi dia dah kena ugut atau bunuh.

Misun menggeleng kepala membuang segala benda negatif yang singgah di benak fikirannya. Dia mengangkat kedua harta yang sudah menjadi kesayangan itu dibawa kembali masuk ke dalam apartment.

Senyap-senyap dia menyelinap masuk ke dalam rumah lelaki itu. Nampaknya Bangchan ada di dalam bilik jadi, memang mudah kerja dia untuk membawa masuk barang itu ke dalam biliknya. Dia tersenyum apabila kerjanya terlalu mudah.

Di awal pagi, Misun sudah bersiap untuk sarapan di luar bersama seseorang.

"Kau nak pergi mana?" Bangchan menegur tatkala melihat Misun berpakaian cantik. Gadis itu menoleh ke arahnya.

"Keluar" jawab Misun sepatah.

"Dengan siapa?" Bangchan bertanya lagi. Seumpama polis trafik bertanya kepada pemandu kereta setiap kali mereka ditahan di tepi jalan.

"Kawan...Sekejap, kenapa banyak tanya sangat ni?" Misun memeluk tubuh memandang pelik ke arah Bangchan. Seperti ada yang tidak kena sekarang ini. Semalam bukan main marah lagi.

"Tch dua soalan dah kata banyak..pergi la keluar cepat" Bangchan menghambur dengan nada yang kasar.

"Apa-apa saja lah pakcik hmm..oh ya, esok saya dah mula masuk sekolah tau" ujar Misun dengan nada yang ceria. Senyuman tidak lupa diukir sekali.

"Hmm"

Misun ternganga. Itu sahaja yang dibalasnya? Dasar lelaki tak ada hati! Tidak boleh kah dia balas dengan kata-kata yang semangat ataupun menyenangkan? 'Hmm' tu semua orang boleh sebut.

Sementara Bangchan mengisi air ke dalam gelas, Misun sempat menunjuk buku limanya kepada lelaki itu sebelum pergi meninggalkan apartmen. Nasib Bangchan membelakangi dia. Jadi dia berani la untuk buat begitu.

Misun masuk ke dalam sebuah restoran. Kaki melangkah menuju ke arah susuk tubuh yang membelakanginya. Dia terus menyapa setelah tiba di meja tersebut.

"Annyeonghasaeyo, Puan Shin" Misun menunduk.

Wanita separuh abad itu mengangguk sembari tersenyum. Dia menjemput Misun duduk berhadapan dengannya.

Semalam sudah berjumpa, hari ini mereka berdua berjumpa lagi sekali. Saja dia mahu meluangkan masa lebih bersama Misun kerana semalam terasa masa terlalu singkat baginya. Rindu lah katakan.

"Puan Shin dah lama tunggu ke?" Misun bertanya.

"Pertama sekali, saya tak nak awak panggil nama saya macam tu..saya tak berapa suka sebenarnya" wajah Puan Shin kelihatan tegang sehingga membuatkan Misun rasa berdebar di dada.

"Oh ermm m-maaf kalau-"

"Panggil saya ibu" Misun terkelu. Wajah tegang Puan Shin tadi berubah serta merta. Suaranya halus saja. Apa dia salah dengar atau dia salah jumpa orang?

"Tapi-"

"Saya tak mahu dengar alasan awak, Misun..anggap saja saya seperti ibu awak sendiri..boleh kan?" Pinta Puan Shin.

Dia tidak mahu mengecilkan hati wanita itu jadi dia terima sahaja apa yang dipinta. Puan Shin senyum gembira.

"Order la sebanyak mana kamu nak..jangan risau, ibu akan belanja kamu" Puan Shin memberikan sebuku menu kepada Misun.

Sementara di tempat kerja Bangchan, lelaki itu tidak lepas dari sesaat melihat telefonnya. Perbentangan yang dibuat oleh pekerjanya di hadapan langsung tidak diendahkan.

Tanpa dia sedari, tingkah lakunya diperhati oleh Somi sejak tadi. Wanita itu perhatikan saja apa yang lelaki itu lakukan. Hal itu timbul rasa ingin tahu, apa yang membuatkan Bangchan rasa tidak senang duduk? Muka lelaki itu jelas menunjukkan yang dia dalam kegelisahan.

Bangchan membuka mesejnya bersama Misun, gadis itu langsung tidak membalas mesejnya sejak dari tadi. Sudah lama dia menunggu.

Budak problem⚠️☠️

Misun..kau dekat mana?
10:30 ✓

Kau keluar dengan kawan laki kau tu ke atau orang lain?
10:30 ✓

Kau jangan melebih pulak! Aku tanya je!
10:31 ✓

___

"Tch haishh!" Bangchan berdecit tidak suka. Hal itu membuatkan semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu memandangnya.

"S-saya minta maaf kalau Encik Bhang tak suka plan ni..s-saya dengan team saya boleh ubah balik" Encik Kim bersuara. Dia panic. Takut dimarahi di hadapan semua orang.

"Hah?" Bangchan sedar dari alamnya. Dia memandang semua orang yang sedang melihatnya dengan wajah yang takut.

"T-tadi-"

"Tak apa, dah nak dekat waktu lunch..apa kata kita keluar makan sama-sama dulu?" Somi mengawal keadaan.

Semua orang setuju kecuali Bangchan yang masih terpinga-pinga disitu.

Semua orang mula beredar kecuali Bangchan dan Somi. Wanita itu berjalan mendekati dia.

"Encik Bhang okay ke?" Somi bertanya

"Huh? Ohh okay" Bangchan menjawab. Dia menggaru kepalanya yang tiba-tiba gatal. Manakala telinga yang semakin merah itu dapat dia rasakan kehangatan itu. Malu dengan sikapnya tadi.

"Jom lunch sekali" Bangchan berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju. Mereka berdua mula bergerak keluar meninggalkan bilik mesyuarat tersebut.

Selama lima jam Misun meluangkan masa bersama Puan Shin. Hari ini merupakan hari bahagia buat Misun.

"Ibu, tadi ibu cakap yang ibu pandai buat kek kan? Jom kita buat..alang-alang dah ibu singgah rumah" dengan terujanya Misun mengajak Puan Shin.

Puan Shin diam buat seketika. Senyuman tetap lekang di bibir. Dia masih berfikir jika keputusan yang dia bakal buat itu akan mengundang kemarahan anak terunanya yang baran itu.

"Jangan risau..pasal pakcik baran tu biar Misun yang uruskan. Lagipun ada kemungkinan jugak dia balik lewat" ujar Misun. Seakan tahu apa yang Puan Shin fikirkan.

Puan Shin mengangguk setuju. Demi apa yang Misun mahukan, dia akan turutkan dan serahkan saja apa yang bakal berlaku nanti. Yang pasti adalah dia perlu kekal positif.





Hola~sorry lambat update...lama kan tunggu? Hehe

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top