♡ 1 ♡
Sepasang mata coklat pekat sedang fokus ke arah komputer yang berada dihadapannya, manakala jari pula sibuk menaip sesuatu di papan kekunci.
"Bos" seseorang mengetuk meja membuatkan lelaki itu tersedar dari terus fokus ke arah komputernya. Pandangan dialihkan ke arah gerangan yang mengetuk mejanya sebentar tadi.
"Bila awak masuk? Kenapa tak ketuk pintu dulu?" Dua soalan ditanya sekali gus. Gadis yang berada di hadapannya tergamam seketika sebelum memberi jawapan.
"Er saya dah ketuk banyak kali dah..mungkin bos yang pekak?" lancang sahaja mulut gadis itu mengutuk majikannya sendiri. Bangchan membuat muka tidak puas hati apabila dikutuk oleh pekerjanya sendiri. Secara berdepan pulak tu.
"Tak ada la, saya gurau je ehehe..oh ni, saya lupa pulak ehehehe" gadis itu menghulurkan sebuah fail yang agak tebal kepada Bangchan.
"Okay thank you Mira" ucap Bangchan kemudian memberikan senyuman. Gadis yang bernama Mira itu hanya mengangguk kemudian berlalu pergi.
'Bzzzz! Bzzz!'
Bangchan melihat ke arah telefonnya yang sedang bergetar menandakan seseorang sedang membuat panggilan. Segera dia mencapai telefon tersebut lalu menjawab apabila dia melihat nama yang tertera di panggilan tersebut.
"Daging atau ayam?" Bangchan tersenyum sehingga ke telinga apabila ditanya soalan begitu.
"Tentulah daging..aku dah lama tak makan daging" jawab Bangchan kepada si pemanggil.
"Kalau macam tu datang la cepat" panggilan dimatikan dengan segera. Bangchan mengemas mejanya yang sedikit berselerak dengan fail. Komputer yang menyala di shutdown terlebih dahulu sebelum dia bangun dari duduk. Kot yang tersangkut elok di kerusi diambil lalu memakainya dengan kemas dan dengan segera dia keluar dari bilik pejabatnya.
Apabila sampai di pintu utama bangunan, seseorang menyapanya dengan sopan.
"Annyeonghasaeyo hyungnim" sapa orang itu sambil menunduk hormat. Sebuah senyuman tidak lupa juga diberikan kepada Bangchan.
"Nae" Bangchan sekadar hanya mengangguk.
"Hyungnim baru nak pergi makan ke?dengan Minho hyungnim?" tanya pekerjanya sopan.
"Yup, hyung pergi dulu ye..oh ya Jay, nanti tolong aturkan mesyuarat esok tau" sempat Bangchan memesan kepada pekerjanya sebelum pergi dari situ. Manusia yang bernama Jay itu hanya mengangguk kemudian menyambung perjalanannya masuk ke pejabat semula.
Bangchan mengambil tempat di hadapan rakannya iaitu Lee Minho sambil tersenyum lebar. "Aku lambat ke?" Soalnya.
"Ermm lebih dari satu minit dikira lambat la" terbit rasa tidak puas hati dalam diri Bangchan. Ingin sahaja dia mengetuk kepala rakannya itu.
"Aku gurau je bang..ni, aku dah order makanan untuk kau..berterima kasih dekat aku" dengan angkuhnya Minho berkata sambil tangan memeluk tubuh manakala badan disandarkan di kerusi.
"Terima kasih" ucap Bangchan tetapi kedengaran seperti tidak ikhlas. Order makanan pun nak tunjuk diri dia angkuh. Setakat order makanan, dia pun boleh la.
"Misun, jom la pegi beli air..aku dahaga ni" Sunghoon menarik tangan rakannya dari terus berjalan. Mereka berhenti seketika.
"Alah kau ni..nah" Misun memberi botol air yang bercorak unicorn berwarna biru kepada Sunghoon. Tekaknya tidak terasa dahaga, jadi lebih baik dia memberi kepada orang yang memerlukan darinya.
"Aku nak air manis" Sunghoon memberi pandangan kosong ke arah botol air Misun. Tidak terasa mahu mengambil dari tangan gadis itu.
"Tch, cepat la" Misun berdecit. Benci pulak dia melihat perangai rakannya yang tidak tahu erti bersyukur dengan pemberian orang. Dia dah sedekah air dia taknak pulak.
"Starbuck jom" ajak Sunghoon apabila dia ternampak sebuah kafe sturbuck yang tidak jauh dari mereka.
"Taknak! Aku tak ada duit" Misun segera membantah.
"Habistu buat apa kau ajak aku jalan dekat tengah bandar ni kalau kau tak ada duit? Dah la dengan pakaian sekolah pun kita tak sempat nak tukar" bebel Sunghoon.
"Ala aku nak hilangkan stress sekejap..lagipun elok la aku ajak kau keluar pergi sini daripada aku ajak kau masuk kelab? Kau berani nak ikut?" Misun tersenyum senget manakala Sunghoon menggaru lehernya.
"Haih okay..aku belanja" mata Misun terus bersinar apabila mendengar Sunghoon mahu belanjanya.
"Okay jom..aku tak sabar ni nak order air mahal" Misun memeluk lengan Sunghoon erat lalu mengorak langkah mereka menuju ke arah kafe starbuck.
Selesai sahaja membeli air, mereka berdua keluar dari kafe tersebut. Sunghoon memandang Misun yang sedang mennyedut ais americanonya kemudian menggeleng kepala.
"Menyesal aku belanja kau Misun" ujar Sunghoon dan membuatkan Misun memandangnya pelik.
"Kau dah ada air kau sendiri tapi aku pulak yang gatal pergi belanja kau haih" sambung Sunghoon.
"Kau yang nak belanja aku kan..jangan tarik balik..nanti buruk siku kau" kata Misun. Sunghoon tersenyum sinis apabila Misun berkata begitu kepadanya.
"Ada aku kisah?" Sunghoon merampas ais americano dari tangan Misun lalu berlari dari situ.
"Yah! Park Sunghoon!" Misun terus mengejar lelaki itu untuk mendapatkan airnya kembali. Dasar kawan buruk siku. Sudah dibelanja dia ambil balik pula.
Sunghoon berhenti seketika untuk melihat Misun dibelakang. Ternyata gadis itu tidak berapa jauh darinya. Air Misun diangkat keatas lalu menggoncang beberapa kali. Sengaja dia mahu menguji kesabaran Misun.
Apabila dia memusingkan badannya ke hadapan semula tiba-tiba dia tidak sengaja melanggar orang yang berada di hadapannya. Air Misun yang dipegang tertumpah terkena baju orang di hadapannya. Yang peliknya, kenapa mesti air Misun? kenapa tak air dia saja yang tumpah.
"Alamak!!maafkan saya" Sunghoon menunduk meminta maaf berkali-kali atas kecuaiannya. Misun yang melihat dari jauh itu segera berlari ke arah Sunghoon.
"Sunghoon! Kau okay? " tanya Misun risau. Itu la derhaka lagi dengan dia. Kan dah dapat balasan.
"Aish tch" pandangan Misun dialihkan ke arah manusia yang berada di hadapannya.
"Maaf pakcik..kawan saya tak sengaja" kini giliran Misun meminta maaf bagi pihak Sunghoon.
"Pakcik? Siapa pakcik kau?" Kata lelaki itu dengan pandangan tajam. Misun terdiam apabila lelaki itu memandangnya sebegitu.
"Oi Bangchan kau- eh kenapa mesyuarat dekat tengah jalan ni?" Minho datang mendekati rakannya. Dia memandang dua orang budak sekolah yang berada di hadapannya.
"Ada apa-apa yang berlaku ke?" tanya Minho ingin tahu.
"Er saya tak sengaja tumpahkan air dekat baju dia, hyung" kata Sunghoon dengan sopan sambil kedua tangannya disatukan dengan erat. Takut katanya.
Minho yang mendengar itu memandang baju rakannya yang basah akibat terkena air tadi. Kepala diangguk-angguk kerana faham akan situasi yang berlaku.
"Alah sikit je ni..tak apa..korang boleh pergi" ujar Minho selamba. Bangchan memandang Minho tidak percaya. Baju siapa yang kena sekarang ni?
"Minho-"
"Aaa lalalala! Dah jom kita uruskan baju kau" Minho menarik Bangchan pergi dari situ. Misun dan Sunghoon hanya memandang pelik melihat gelagat dua orang itu berlalu pergi begitu saja.
"Dia taknak mintak ganti rugi ke?" tanya Sunghoon dan Misun hanya menjongketkan bahunya sahaja tanda tidak tahu.
"Dah la biar je..jom balik" malas hendak mengambil tahu. Misun jalan melepasi Sunghoon yang masih terpinga-pinga disitu.
Again and again and again and again~
I'm back
Okay bye~❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top