31
Playing now : Hey you by mcnd
♥♥♥
"Yah Haeyoon.."Gadis itu menoleh dengan kening sebelah yang dijungkitkan memandang kearah Yeonjun yang sedang merenungnya dengan pandangan tajam.
"Bwo?sesuai apa kau pakai topi tu."Yeonjun menanggalkan topi berbentuk beruang di kepalanya dan meletakkan di atas kepala Haeyoon.
"Aku ni lelaki macho tahu..tak sesuai dengan imej budak-budak.."Haeyoon berdecit halus seraya menjentik lengan Yeonjun geram.
"Itu denda kau sebab muntah lepas naik rollercoaster mini tadi..aduh,aku rasa nak ketawa lagi lah.."
"Yah! Geumanhe.."
"Emm..maafkan saya.Kamu berdua ni suami isteri ke?"Haeyoon dan Yeonjun memandang antara satu sama lain dengan riak pelik.
"Jangan salah faham,saya cuma nak minta encik dan cik jadi model kami..sekejap saja.Kami betul-betul terdesak."
"Kejap..semua ni untuk apa?"soal Yeonjun.
"Encik nampak booth di hujung sana?sebenarnya kami dari butik pakaian pengantin..butik kami telah keluarkan edisi pakaian pengantin untuk musim luruh.Model yang sepatutnya datang untuk menjadi model tak dapat hadir sebab keduanya ada alasan tertentu yang tak dapat dielakkan.Jadi—"
"Arasseo!"ujar Haeyoon tiba-tiba buatkan Yeonjun menarik gadis itu menjauhi wanita tadi.
"Kau biar betul?jadi model pengantin kot."
"Ala..apa salahnya kita tolong diorang kan?jomlah cuba.."balas Haeyoon selamba sebelum menarik Yeonjun mendekati wanita itu semula.
"Erm puan..kami setuju!"Yeonjun disebelah sudah memasang muka tidak percaya.
🍁🍁🍁
"wah bagus.."
"Yeppeuda!"
"Nampak serasi.."
"Jelesnya aku..nak boyfriend macamtu juga.."
"Hensem weh dia!"
Pelbagai pujian dilemparkan kearah Haeyoon dan Yeonjun yang sedang menjalani sesi photoshoot di booth tersebut.
Usai sahaja mereka berkhidmat sebagai model sementara,wanita yang menegur mereka tadi datang mendekati mereka berdua dengan senyuman yang lebar.
"Wah..tak sangka kamu berdua berbakat dalam permodelan macam ni.."
"Ah..terima kasih.."
"Kalau boleh saya tahu apa nama kamu berdua?"
"Saya Haeyoon..ini Yeonjun..."Jawab Haeyoon dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Wanita itu mengangguk kecil sebelum memberikan satu sampul surat bersaiz sederhana beserta kad bussiness butik tersebut.
"Dalam ni,ada beberapa keping gambar yang sempat saya cuci dan juga ini kad perniagaan saya.Kalau boleh ,kami nak ambil kamu berdua jadi model butik Tearose.."
Haeyoon terus mengambil huluran wanita tersebut sebelum menunduk kecil.
"Terima kasih sebab beri kami peluang tapi..kami tak berminat dalam bidang permodelan ni..maaf."Ujar Yeonjun sopan.Wanita itu hanya tersenyum sebelum mengangguk kecil.
"Gwenchanayo..tapi kalau kamu ubah fikiran.Silalah hubungi kami ya.Terima kasih sekali lagi sebab sudi membantu kami."
Haeyoon dan Yeonjun serentak menunduk hormat sebelum berjalan keluar dari booth tersebut.
"Wah,cantik gila gambar ni..Yeonjun,cuba tengok ni.."Haeyoon menunjukkan gambar tersebut kearah Yeonjun dengan teruja.
"Eung..kalaulah gambar ni gambar perkahwinan betul kita..mesti lagi cantik.."
"Eo?kau kata apa tadi?"Haeyoon bertanya semula kerana tidak dapat menangkap butiran kata Yeonjun dengan jelas.Lelaki itu pantas menggeleng sebelum menarik Haeyoon mengikutinya.
"Jomlah..aku lapar."
🍁🍁🍁
"Cantik betul pemandangan Sungai Han waktu malam dari atas ni."
Yeonjun mengangguk setuju.Dia juga membuang pandangan kearah sungai Han yang terbentang luas yang dapat dilihat dari atas roda ferris yang sedang berpusing.
"Aku dengar nanti ada bunga api..bolehlah kita tengok sama-sama dari atas ni.."Kata Haeyoon teruja.
Yeonjun perasan Haeyoon sering tersenyum selepas mereka berdua lari dari majlis pertunangan tadi.Dia asyik merenung Haeyoon yang ralit melihat pemandangan di luar.
"Yeonjun?Choi Yeonjun?"
"eo?"
"Kau dengar tak apa aku cakap tadi?"Yeonjun menggeleng.Sejujurnya dia langsung tak mendengari apa yang dikatakan Haeyoon.Fikirannya asyik melayang kesana-sini.
"Kau nak cakap apa tadi?"
"Anniya..tak penting."lelaki itu mengangguk.Kemudian dia menoleh semula kearah Haeyoon.
"Yoon..kau okey ke?"soal Yeonjun buatkan Haeyoon tergelak kecil.
"Kau dah kenapa?aku okeylah.."
"Kau memang dah tiada perasaan langsung dekat hyung ke?"
Haeyoon yang asyik tersenyum perlahan-lahan mematikan senyumannya sebaik mendengar persoalan Yeonjun."Kenapa tiba-tiba pula kau tanya.."
"Jebal..jawab pertanyaan aku.."
"Eopseo.."
"Sejak peristiwa tu?"Haeyoon diam seperti berfikir.
"Haih..aku tak tahu nak jelaskan macam mana dekat kau..tapi aku rasa aku perlu bagi peluang pada orang lain pula.Tak adil jika aku pilih orang yang tak pernah peduli tentang perasaan aku."
"Tapi hyung selalu bela kau..contohnya macam haritu..yang aku bagitahu papa yang kau kena denda tu.."
"Apa maksud kau Yeonjun?bukankah lebih mudah untuk kau jika aku beritahu yang aku dah tiada perasaan pada abang Tae.."
"Aku tahu..tapi hati aku rasa tak sedap..aku rasa macam kau seolah-olah terpaksa pilih aku sebab kau dah tiada pilihan lain."
"Yah Choi Yeonjun..apa maksud kau?"
Yeonjun menghela nafas berat sebelum bersandar ke belakang.
"Aku bukan nak sakitkan hati kau tapi aku nak kau pastikan betul-betul tentang perasaan kau."
Haeyoon mengeluh sebelum dia berpeluk tubuh membuang pandangan kearah luar.Selang beberapa saat dia memandang kearah Yeonjun semula.
"Aku buat semua ni..sebab aku sukakan kau Yeonjun..maaf sebab aku tak beritahu tentang perasaan aku lebih awal tapi..aku jujur dengan kau yang aku tak pernah larikan diri dari majlis tu sebab rasa bersalah tapi sebab aku nak ikut kata hati aku untuk pilih kau dan—"
Kata-kata Haeyoon terhenti apabila Yeonjun tiba-tiba memeluknya.Degupan jantung yang tak menentu buatkan Haeyoon menjadi gelabah.
"Gomawo..Haeyoon-ah.."bisik Yeonjun.Lambat-lambat Haeyoon membalas pelukannya kembali sambil mengukirkan senyuman lebar.
Serentak itu bunga api mula memenuhi dada langit dengan pelbagai corak.Seolah-olah meraikan mereka.
Tanpa mereka berdua ketahui,seseorang sedang memerhati mereka dari bawah bersama takungan air mata.
"Mianhe Haeyoon-ah..aku lepaskan sekali lagi peluang tu..jinjja mianhe.."Rasa sedih dalam diri tidak dapat dibendung lagi buatkan dirinya menangis semahunya bersama rantai berbentuk bintang yang digenggam kemas di dalam tangan.
To be continued..
A/n:Arghh..kenapa aku rasa part ni klise sangat😭😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top