30

Playing now : Orbit by Hwasa

♥♥♥

News article:

Seorang CEO termuda yang bakal melangsungkan majlis pertunangan pada hari ini terpaksa dibatalkan.Wanita yang dikatakan bakal tunangnya telah melarikan diri bersama seorang lelaki yang dipercayai merupakan adik angkat kepada CEO tersebut.

Untuk berita lanjut..
Swipe up

Telefon ditangan yang memaparkan tentang majlis pertunangannya dicampak ke atas katil dengan perasaan kesal.Rambut yang mengurai di dahi dikuak ke belakang dengan kasar.

Bunyi ketukan pintu menyentakkan Kim Taehyung yang sedang melayan perasaan.Tanpa disuruh,papa won masuk ke dalam bilik dan melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Taehyung..gwenchana?berita tentang majlis pertunangan kamu sudah habis tersebar ke seluruh media..haih,papa memang patut jumpa Haeyoon nanti.."Taehyung memandang ke arah papa won seraya menggeleng kecil.

"Tak perlu..nanti Taehyung sendiri akan bercakap dengan dia.Tentang berita tu,biarlah dulu..esok lusa orang dah lupakan."

"Haih..kalau dah itu yang kamu inginkan..papa tak kisah.Asalkan semua ni dapat diselesaikan dengan cara yang baik."Ujar papa won sambil menepuk bahu Taehyung dan melangkah keluar dari bilik.

Taehyung sekadar menghantar pemergian papa won dengan ekor matanya sebelum dia bangun dan merebahkan badan yang masih lengkap bersuit ke atas katil.

Flashback -

Turun sahaja dari bas awam,Taehyung terus sahaja melangkah masuk ke kawasan sungai Han seperti yang dia janjikan dengan Haeyoon minggu sebelum itu.

Mata memerhati sekeliling mencari figura gadis kecil tersebut.Namun sebaik sahaja dia mahu menghampiri kawasan festival itu,panggilan telefon menghentikan langkahnya.Serta-merta panggilan diangkat selepas mendengar suara cemas seseorang di hujung talian.

"Taehyung-ah..eodisseo?boleh tolong aku tak?"

"Aku dekat sungai Han..kau nak apa Miyeon?"

"Jebal datang sini..aku perlukan pertolongan kau.."

"Send location..dalam masa 15 minit aku sampai sana.."

Usai sahaja mati panggilan tersebut.Dia segera berpatah balik tanpa memikirkan apa-apa.

Sedangkan Haeyoon cuma beberapa langkah sahaja darinya setia menunggu kehadirannya.

Taehyung terus menaiki bas dan berlalu ke tempat yang dikatakan Miyeon melalui mesej ringkas.

Sebaik sampai di tempat itu,Taehyung menjadi tertanya-tanya.Tempat tersebut sunyi sepi dan gelap.Tiada langsung orang yang lalu -lalang di situ.

"Miyeon?"

"Jawab aku..mana kau?"

"Siapa kamu?"tegur seorang wanita paruh baya sambil mendekati Taehyung yang kelihatan risau.

"erm makcik kenal Miyeon?"

"ouh..kenal.Kalau kamu nak jumpa dia.Dia tak ada di sini..baru beberapa minit yang lepas dia ke hospital."

"Kenapa dia ke hospital?apa yang berlaku pada dia?"

"Ada seorang lelaki asyik mengekori dia..makcik tak tahu sangat tentang ni tapi makcik dengar Miyeon cedera teruk lepas ditikam lelaki gila tu.."Membulat mata Taehyung sebaik mendengar penjelasan tersebut.Dia menunduk hormat sebelum beredar dari tempat tersebut.

"Terima kasih makcik.."

🍁

"Hyung..macam mana dengan festival tu?best tak?eo?mana Haeyoon?"soal Yeonjun sebaik sahaja Taehyung masuk ke dalam rumah.

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya merebahkan badan yang terasa lelah di sofa ruang tamu miliknya.

"Hyung..Jun tanya ni..mana Haeyoon?"

"Molla.."

"Yaish jinjja?hyung tak pergi festival tu ke?"

"Mian..aku ada hal kecemasan tadi sampai terlup—"

"Yah hyung..dekat luar sekarang sejuk tau tak..kenapa hyung biarkan Haeyoon macam tu?"Yeonjun mula naik geram.Tanpa menunggu balasan Taehyung,dia segera bergegas pergi mencari Haeyoon.

Taehyung di sofa hanya membiarkan sahaja soalan Yeonjun.Perlahan-lahan air matanya jatuh menimpa tanah.Gadis yang menelefonnya tadi telah pergi meninggalkan dunia tanpa sempat dia berjumpa.

"Mianhe Miyeon..aku terlambat.."

Dia menangis semahu-mahunya.Miyeon merupakan adik kandungnya yang telah lama terpisah.Dia baru sahaja bertemu semula dengan adiknya apabila mereka berdua bersekolah di tempat yang sama.

Tiada siapa yang tahu apa hubungannya dengan Miyeon.Begitu juga Yeonjun dan Haeyoon.

Kini,dia tak mampu berbuat apa-apa.Tidak dapat selamatkan Miyeon dan juga melukakan perasaan Haeyoon.Sesungguhnya dia benar-benar tersepit ketika itu.

Kalaulah boleh diputarkan masa.Dia tak akan berjanji dengan Haeyoon dan datang pada awal waktu untuk selamatkan Miyeon.

End flashback-

🍁🍁🍁


Tin minuman dibuka lalu dihulurkan kepada Haeyoon yang sedang duduk melihat pemandangan sungai yang terbentang luas di hadapan mata.

"Eo?gomawo Yeonjun.."Yeonjun mengangguk sebelum mengambil tempat di sebelah Haeyoon.

"Bukan kau kata dah taknak jejak festival musim luruh ni?"Soal Yeonjun sebelum meneguk air tin ditangan.

"Aku tak kata pun tak nak jejak tempat ni selamanya..cuma aku dah tak nak datang sini tahun lepas sebab —"

"Kau masih sakit hati tentang tu?"Haeyoon sekadar mendiamkan diri.Tidak mengangguk mahupun menggeleng.

"Haeyoon..aku bukan apa..aku rasa macam tak patut kau larikan diri dari majlis tadi macam tu je..aku cuma taknak pihak media sebarkan yang bukan-bukan.."

"Mianhe..aku dah tak tahu nak buat apa..pada mulanya aku takut nak buat semua ni,tapi lepas berkali-kali aku fikir..aku cuba kumpulkan keberanian untuk lari.Aku tahu papa won akan marah tapi aku tak kisah asalkan tiada orang lain terluka."

Yeonjun memandang sisi wajah Haeyoon dengan senyuman tipis.Rasa bersalah mula terbit di hati.

"Sebenarnya kau lari sebab rasa bersalah dengan aku kan?"

Haeyoon pandang Yeonjun sebelum menunduk memandang tanah."Tak..aku cuma ikut kata hati aku je.."

"Kata hati kau?"

"Eung..dahlah,jom masuk festival tu..dahlah setahun sekali je..kajja!"ujar Haeyoon dengan semangat sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan festival tersebut meninggalkan Yeonjun yang masih terpinga-pinga.

" bwoya? Apa yang dia cuba rahsiakan?"monolognya sendiri sebelum berpeluk tubuh.

"Yeonjun-ah!kau buat apa lagi tercegat dekat situ..jomlah masuk!"

"Arasseo!sabarlah kejap!"


To be continued...

A/n : Taehyung ada sebab tersendiri kenapa dia tak ke festival tu..hmm😌

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top