22

Author's+

"Aku sukakan kau.."

Taehyung yang berada di sebalik pintu bilik stor tersebut terus memberhentikan perbuatannya yang mahu membuka kunci pintu tersebut.

Telinganya dapat menangkap jelas setiap bait yang dikatakan oleh Yeonjun. Kemudian, dia bersandar di sebalik pintu tersebut untuk mendengar apa yang bakal Haeyoon katakan untuk luahan Yeonjun.

" Yeonjun..aku.."

Suasana jeda seketika.Taehyung berfikiran Haeyoon mungkin tiada jawapan memandangkan dia hanya senyap.

Tanpa menunggu lagi,Taehyung terus membuka kunci bilik stor tersebut dan membukanya.

Jelas wajah terkejut Haeyoon dan Yeonjun terkejut dengan kehadirannya tapi tak lama kemudian mereka sama-sama tersenyum lega.

"Hyung!"

"Abang Tae!"

Jerit mereka serentak sambil berjalan menghampiri Taehyung.

Tiba-tiba, Taehyung menarik Haeyoon masuk ke dalam pelukannya. Lalu,rambut gadis itu diusap lembut.

"Maafkan aku..aku lambat.Aku tak sangka Irene tu macam tu...aku tak tahu dia kurung kau dalam ni sebab nak bagi amaran dekat kau untuk jauhkan diri kau dari aku.." Kata Taehyung dengan nada bersalah.

Haeyoon yang shook dengan perbuatan Taehyung,perlahan-lahan mengukirkan senyuman.

"Gwenchana.. Lagipun bukan Haeyoon sorang je terkurung.. Yeonjun pun ada sekali..hahaha.." Jawab Haeyoon diselangi tawa

Yeonjun yang menjadi pemerhati, memandang ke arah Taehyung dan Haeyoon dengan wajah cemberut. Lantas,dia berdehem kecil apabila Taehyung masih lagi memeluk Haeyoon.

"Dah jom balik.."Ajak Taehyung usai dia melepaskan pelukan.

"Irene macam mana?"Soal Haeyoon seraya memandang Taehyung dan Yeonjun bersilih ganti.

"Dia dah diberi amaran supaya tak kacau kau lagi or else aku akan tamatkan kontrak syarikat dia dari bekerjasama dengan syarikat aku." Jawab Taehyung tenang.

"Gwenchana.. Abang Tae baliklah dulu..Yoon nak tunggu Yeonjun habis kerja.." Jawab Haeyoon sebelum memberi isyarat bagus kearah Yeonjun yang sudah terpinga-pinga.

"Kenapa taknak balik lagi?kalau diorang kurung kau dalam ni lagi macam mana?aku tak tolong dah .." Kata Taehyung mendatar membuatkan Haeyoon menggaru kepala yang tidak gatal.

"Erm,gwenchana Haeyoon.. Yeonjun boleh balik sendiri.. Baliklah dulu ya?betul juga kata hyung tu..kalau diorang apa-apakan kau lagi macam mana?Aku juga susah...dah pergi balik,nanti aku nak buat kerja pun susah sebab nak kena perhatikan kau je.." Pujuk Yeonjun seraya menyerabutkan rambut Haeyoon.

"Eh?kau ingat aku budak kecil lagi ke?" Soal Haeyoon geram seraya mencubit lengan Yeonjun.

"Auchh..sakitlah.. Kau pakai sepet ketam ke apa ni?" Adu Yeonjun sambil menggosok lengannya yang terasa pedih.

Haeyoon menjeling Yeonjun sekilas.

"Dahlah bergaduh..jom balik." Ajak Taehyung sebelum mula mengorak langkah meninggalkan Yeonjun dan Haeyoon yang masih bergaduh mulut.

"Haa dengar tu..pergi balik..budak kecil blekk!" Ejek Yeonjun sebelum berlari meninggalkan Haeyoon yang sudah mencebik geram dengan kata-katanya.

×××××

"Kau dah makan ke belum?" Soal Taehyung apabila mereka sudah menaiki kereta.

Haeyoon mencebik sebelum menggeleng.

"Kenapa tak cari aku tadi?" Soal Taehyung tanpa menoleh kearah Haeyoon kerana fokus kepada pemanduan.

"Cari tapi tak jumpa.."Jawab Haeyoon jujur.Mendengar jawapan Haeyoon buatkan Taehyung menghela nafas berat.

" Mian..kalau aku tahu benda nak jadi teruk macamni..aku takkan ajak kau datang tadi.."ujar Taehyung terselit nada bersalah.

Haeyoon hanya tersenyum nipis. Marah tu adalah juga,tapi nasib baik tak ada perkara yang lebih buruk berlaku.Kalau tidak,hmm.

"Aku bawa kau makan Takoyaki kegemaran kau tu nak tak?" Soal Taehyung sebelum mengerling sekilas kearah Haeyoon disebelahnya.

Haeyoon yang mendengar nama makanan kegemaran dia disebut,terus sahaja menoleh kearah Taehyung sebelum mengangguk laju.

"Nak nak nak!" Jawab Haeyoon teruja.

Dalam diam,Taehyung tersenyum melihat karenah Haeyoon yang seperti kebudak-budakan.

"Nasib comel.." Bisiknya perlahan agar tidak didengari Haeyoon.

×××××

"Maafkan saya..saya janji perkara macam ni tak akan berulang lagi.Saya betul-betul minta maaf." Ujar Yeonjun sambil membongkokkan badannya berulang kali.

"Disebabkan kamu seorang,satu team kena..nasib baik pihak penganjur tak mengadu apa-apa.." Kata pengurus hotel tersebut dengan nada dingin.

Yeonjun hanya menunduk dari bertentang mata dengan pengurus hotel tersebut.

"Sudahlah, pergi sambung kerja balik..tapi gaji kamu untuk harini saya potong separuh.."katanya tegas sebelum meninggalkan Yeonjun.

" nae..cheosomhamnida.."

Yeonjun mengeluh halus.Bahunya yang tiba-tiba ditepuk perlahan buatkan dia menoleh ke arah empunya tangan tersebut.

" gwenchanayo.. Aku tahu kau tak sengaja terponteng kerja.."Pujuk Changbin seraya menghulurkan sepinggan makanan.

"Untuk apa?"

"Untuk makanlah..untuk apa lagi..adui kau ni.." Balas Changbin sebelum ketawa kecil.

"Hee,gomawo chingu.." Kata Yeonjun sambil tersenyum.

××××××

"Sedapnya Takoyaki ni.." Kata Haeyoon sebelum menyumbat Takoyaki yang ketiga kedalam mulut yang masih penuh.

Taehyung yang baru menyisip air berdecit halus melihat mulut Haeyoon yang penuh dengan makanan.

"Aish..makan elok-elok boleh tak?sumbat satu-satu.. " Tegur Taehyung sebelum turut menyumbat satu biji Takoyaki ke dalam mulutnya.

Haeyoon pula sudah tersengih mendengar teguran Taehyung.

Sedang sibuk Haeyoon membalikkan Takoyaki, mata Taehyung tertancap pada pergelangan tangan Haeyoon yang kemerahan.

"Kenapa tangan kau?" Soal Taehyung .

Haeyoon hanya menggeleng kecil.

"Sikit je ni..tak ada apa-apalah.."jawab Haeyoon seraya tersengih.

Taehyung mengeluh halus sebelum bangun dari duduk.Haeyoon hanya mengangkat bahu dan meneruskan fokus kepada aktiviti makannya.

Selang beberapa minit, Taehyung kembali duduk sambil membawa kotak first aid yang tersedia di dalam keretanya.

" Bagi tangan.."Pinta Taehyung. Haeyoon pula mengerutkan dahi  tidak mengerti.

Taehyung dengan mengeluh halus sebelum menarik tangan Haeyoon untuk dirawat.

Haeyoon terkedu dengan perbuatan Taehyung yang tiba-tiba.

Dengan fokus Taehyung meletakkan ubat sebelum membaluti tangan Haeyoon.

"Dah siap..ha,cepat makan.."Tegur Taehyung apabila melihat Haeyoon yang leka melihat balutan kemas di pergelangan tangan.

" gomawo.."ucap Haeyoon sambil tersenyum sebelum kembali makan.

To be continued...

A/n: Double update sempena FF HYT dapat 4k+ reads and 1k+vote.

Thanks for singgah baca FF yang tak seberapa ni ><

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top