21
Author's+
"Haeyoon!! Kau dekat dalam ke?jawab aku?"Panggilnya namun tiada sahutan.Rasa risau mula menyerang dirinya.Tombol pintu cuba dibuka tetapi tidak berjaya kerana pintu tersebut berkunci.
Tanpa membuang masa,dia terus melanggar pintu tersebut dengan badannya.Berkali-kali ia mencuba akhirnya berjaya untuk kali kelima.Disebabkan pintu tersebut adalah pintu automatik,Yeonjun meletakkan kasut yang dipakai sebagai penghadang agar pintu tersebut tidak tertutup semula.
Suis lampu dibuka sebelum berjalan menghampiri Haeyoon yang sedang duduk melutut sambil menangis teresak-esak.
" Yoon,gwenchana?"Soalnya seraya mengangkat muka Haeyoon.
"Kau lambat ..Yeonjunie Pabo..kau tahu tak aku takut gelap?kenapa kau lambat sangat?" Kata Haeyoon sambil memukul-mukul dada Yeonjun dengan perlahan.
"Aku minta maaf..dah jom keluar..sejuk dekat dalam ni.." Ajak Yeonjun sebelum dia mula berdiri sambil membantu Haeyoon untuk bangun.
"Well,dah ada hero datang rupanya? It's okay,please have fun in here.." Tegur seseorang apabila mereka berdua sudah berdiri.
"Irene?"Soal Haeyoon.Wanita itu hanya tersenyum sinis tanpa menjawab panggilan Haeyoon.
Kasut Yeonjun yang menjadi penghadang ditendang olehnya menyebabkan pintu tersebut terkunci semula.
"Yah!!Aish..tak guna!" Jerit Yeonjun lalu menumbuk pintu tersebut.
"Gwenchana Yeonjun.. Kau bawa telefon tak?" Soal Haeyoon dan mendapat gelengan Yeonjun.
"Tak,lepas kawan aku bagitahu kau diseret masuk ke dalam ni..Aku terus tinggalkan kerja aku...telefon pun lupa nak ambil.." Balas Yeonjun menyebabkan Haeyoon menghela nafas berat.
"Telefon aku pun tak ada..mungkin jatuh waktu diorang tarik aku."
"Mian Yoon..sebab kecuaian aku,kita sama-sama terkurung dalam ni sekali lagi."
Haeyoon menghela nafas berat entah buat kali berapa.Tidak sangka dalang di sebalik semua ni rupanya adalah Irene.
" Agaknya berapa lama kita akan terkurung dalam ni?"soal Haeyoon sebelum melabuhkan duduk di atas lantai yang agak berhabuk.
"Tunggu kejap, aku cuba tolak pintu ni dari dalam.." Balas Yeonjun sebelum menghentak pintu tersebut dengan bahunya.
Haeyoon sekadar mengangguk setuju.Berkali-kali, Yeonjun mencuba akhirnya dia pun putus asa.
"Pintu ni automatik terkunci..kecuali kalau ada orang guna kunci dan buka dari luar baru boleh.."Balas Yeonjun lalu melabuhkan duduk di sebelah Haeyoon.
----***---
Berkali-kali Taehyung cuba menelefon Haeyoon malangnya satu panggilan pun tidak berangkat.
" ish,aku suruh ambil makanan..dia pergi mana pula?"Omelnya sendiri sebelum mencuba menelefon Haeyoon untuk kali kelima.
Sambil itu,matanya melilau memerhati sekeliling sebelum kelibat Irene yang baru keluar dari tandas dihampirinya.
"Irene..did you see Haeyoon?" Soal Taehyung dengan riak cemas.
"Ouh,actually, tadi dia kata ada hal kecemasan.. so,dia balik dulu..sorry for not informing you earlier..you okay?kenapa nampak risau je ni?"
"Really? Kenapa dia tak bagitahu saya?"
"Sebab tadi dia kata, nampak you sibuk dengan yang lain..jadi dia taknak ganggulah.." Balas Irene tenang sambil mengukirkan senyuman tidak bersalah.
Taehyung sempat menghantar mesej kepada Haeyoon sebelum menyimpan semula telefon tersebut ke dalam poket seluarnya.
"Erm,jom masuk?you dah makan?" Soal Irene dan mendapat gelengan dari Taehyung.
"Tak sempat..cari Haeyoon tadi.." Balas Taehyung sebelum berjalan semula masuk ke dalam dewan bersama Irene.
Tanpa dia sedar,tidak jauh dari tempat dia berdiri tadi terdapat telefon Haeyoon yang menyala.
---****----
"Macam mana kau boleh tahu aku Kat sini erk?"Soal Haeyoon memecahkan kesunyian.
Yeonjun kerling Haeyoon sekilas sebelum tersenyum nipis.
" kau bernasib baik..sebab apa?sebab aku kerja part time untuk majlis ni..Tak,tadi kawan aku kata ada perempuan pakai baju warna merah jambu lepastu rambut panjang warna coklat kena culik..aku pun teringat kau sebab kau je yang pakai macam ni..sebab tu aku datang sini..berterima kasihlah dekat aku.."
Balas Yeonjun sebelum tersenyum bangga.Haeyoon memandang dengan pandangan meluat seraya berdecit.
"Tapi akhirnya kita sama-sama terkurung dalam ni..hmm,tarik balik jelah ucapan terima kasih tu.."
"Tapi,kau tak cakap terima kasih pun dekat aku kan tadi?tiba-tiba nak tarik balik..gila!" Hambur Yeonjun geram membuatkan Haeyoon ketawa.
Yeonjun diam sebelum dia turut melakarkan senyuman nipis melihat Haeyoon ketawa. Sekurang-kurangnya, dia berasa lega jika Haeyoon tidak terlalu tertekan dengan situasi cemas yang mereka hadapi ketika ini.
Krukk krruik~
"Weh,bunyi apa tu?" Soal Yeonjun sebelum merapatkan kedudukannya ke arah Haeyoon.
Haeyoon memandangnya seraya tergelak kecil.
"Kau ni..badan je sado,tapi penakut..tu bunyi perut aku lah..aku mana sempat makan apa-apa tadi..tiba-tiba je diorang tarik aku masuk sini.." Balas Haeyoon sambil memegang perutnya yang asyik berbunyi.
"Apa masalah diorang ni eh?siapa perempuan cantik tadi tu?" Soal Yeonjun ingin tahu.Haeyoon sekadar mengangkat bahu.
"Aku cuma tahu dia tu partner share abang Tae atau lebih tepat penganjur majlis makan malam ni..aku pun tak tahu apa salah aku sampai kena kurung macam ni..Dahlah tadi ada mamat psycho kacau aku.."
Balasan Haeyoon seterusnya mengejutkan Yeonjun.Tangan Haeyoon ditarik apabila Yeonjun dapati pergelangan tangan Haeyoon terdapat kesan kemerahan.
"Siapa buat kau sampai macam ni?" Soal Yeonjun serius sambil memandang Haeyoon.
Haeyoon sudah menggaru kepala yang terasa gatal.
"Erm,mamat psycho tu lah..entah apa masalah dia ..baru jumpa je dah kata suka..lepastu paksa-paksa aku sembang dengan dia..aku cakap taknak, taknaklah..tapi,dia tetap ikut aku lepastu pegang tangan aku kuat-kuat.." Adu Haeyoon. Yeonjun sudah mengeluh halus.
Dahi Haeyoon dijentik sebelum gadis itu menampar bahunya semula.
"Auch,sakitlah.." Kata Yeonjun seraya menjeling Haeyoon disebelahnya.
"Kau yang mulakan dulu!"marah Haeyoon.
"Yelah..kenapa kau tak bagitahu hyung?"
"Aku cari dia merata tak jumpa!"
"Okey fine!"Balas Yeonjun mengalah dengan jawapan Haeyoon.
"Dahlah panas dekat dalam stor ni..kau boleh pula memanaskan hati aku..huh." Kata Haeyoon sambil mengipas-ngipas lehernya menggunakan tangan.
"Mian.." kata Yeonjun buatkan Haeyoon mengerutkan dahi.
"Aku tahu sikap aku ni buatkan kau rasa annoying dengan aku..aku tak fikir perasaan orang, apa yang aku fikir perasaan aku je..mungkin sebab tu kau selalu je kecewa dengan aku.." Luah Yeonjun sebelum melentok kepalanya ke atas bahu Haeyoon.
Haeyoon terkejut dengan perbuatan Yeonjun namun dia hanya membiarkan.
"Mian..aku tahu aku tak cukup bagus untuk kau..tapi aku nak kau tahu sesuatu yang bagus tentang diri aku adalah,perasaan aku tak akan pernah berubah walaupun kau akan tolak aku berkali-kali.."
"A-apa yang kau cuba nak sampaikan?" Soal Haeyoon apabila dari tadi Yeonjun asyik berkias-kias dengan dirinya.
Kadang kata-kata yang Yeonjun luahkan buatkan dia rasa serbasalah dan itu menyakitkan hatinya.
Yeonjun angkat muka dan memandang kearah Haeyoon dengan dua anak mata coklat hazelnya.
Haeyoon pula sudah memandangnya dengan riak muka yang penuh tanda tanya.
"Aku sukakan kau Kang Haeyoon.."
Bagaikan terkena renjatan elektrik, Haeyoon sudah jadi terkedu dan terkaku di kedudukannya.
Mahu sahaja dia luahkan apa yang telah dia pendamkan selama ni.Tapi,satu perkataan langsung tak keluar dari mulutnya.
"Gwenchana.. Aku tak perlu jawapan kau sekarang, sekurang-kurangnya hati aku lega kau tahu perasaan aku yang sebenarnya.."Kata Yeonjun lagi sambil tersenyum manis kearah Haeyoon.
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top