20
Keesokannya ~
Haeyoon's+
Angka jam menunjukkan pukul 7 malam.Maknanya,aku ada lagi sejam untuk bersiap-siap sebelum ke majlis makan malam yang diadakan oleh syarikat milik kawan Taehyung.
Usai sahaja bersiap-siap dalam masa setengah jam,bunyi ketukan pintu menghentikan perbuatan aku yang sedang sibuk menyisir rambut.
"Haeyoon, aku tunggu dekat bawah dulu..dalam masa 5 minit kau tak turun,aku tinggal." Kata Taehyung dari luar bilik tanpa sempat aku mahu membuka pintu.
"Nae!"
Beg kertas yang Taehyung beri semalam aku langsung tak sentuh.Jadi,aku bawa turun sekali dengan beg kertas tu menuju ke tingkat bawah.
Sebaik aku ingin mengambil kasut di rak,Yeonjun turut mengambil kasutnya dengan tergesa-gesa. Aku memandangnya dengan riak pelik.
"Kau kelam kabut ni nak ke mana?" Soal aku kearahnya apabila dia sibuk mengikat tali kasut.
Dia memandang aku lama seolah terpaku.Aku sekali lagi menjungkitkan kening melihat reaksinya.
"Yeonjun?" Aku panggil dia dan dia juga lambat-lambat mengangguk.
"Ahh,haa aku lambat nak pergi suatu tempat..aku kena ganti orang.." Balas Yeonjun sebelum berdiri menghadap aku.
"Ganti orang buat apa?kau kerja?" Soal aku dan Yeonjun mengangguk mengiyakan.
"Part time..ermm,k-kau nampak cantik..eh,dahlah aku lambat dah ni..jumpa nanti!"
Belum sempat aku nak jawab apa-apa, Yeonjun terus keluar meninggalkan aku.Eh,kenapa pipi aku panas ni?
"Gomawo.." Bisik aku perlahan kearah Yeonjun yang sudah keluar dari kawasan rumah.Aku juga yang baru tersedar dah lambat,terus berlari ke arah Taehyung yang sudah berada di dalam kereta.
"Mian.." Kataku selepas memasuki perut kereta.
"Lambat 10 minit,apa yang kau buat lama sangat?"
Aku sekadar tersengih apabila Taehyung memandang aku dengan pandangan tajam.
"Kenapa kau tak pakai rantai tu?"
"Huh?rantai?"
"Bagi sini.." Taehyung terus sahaja merampas beg kertas di tanganku sebelum mengambil rantai yang berbentuk kunci dari dalam beg tersebut.
"Pusing.." Arah Taehyung. Aku sudah mengangkat kening sebelah. Buat apa nak pusing?
"Pusing, aku nak pakaikan rantai ni.."katanya lagi dengan nada mendatar.
"Aah?ouh okey.." Aku hanya menuruti sahaja apa yang disuruhnya.
Sebaik dia selesai memakaikan rantai kepadaku,dia terus menghidupkan enjin sebelum bergerak keluar dari kawasan rumah.
Tch,ingatkan pusing untuk apalah tadi.
---****----
Majlis yang diadakan di hotel ini dihadiri oleh ramai orang ternama.Aku hanya mampu menunduk malu sebab tak biasa dengan situasi macam ni.
"Behave your attitude..Dekat sini ramai orang-orang ternama dari syarikat besar-besar..Aku bagi amaran,jangan bercakap dengan sesiapa yang kau tak kenal.Just smile and blah dari situ.Biarlah orang nak kata kau sombong sekalipun.."
Pesan Taehyung sebelum menilik penampilannya untuk kali terakhir di pantulan cermin kereta.
"Hmm, okay.." Balasku sambil mengangguk kecil.
Tiba-tiba,Taehyung menghulurkan lengannya buatkan aku tertanya-tanya.
"Pegang tangan aku.."
"Untuk apa?"
Taehyung mengeluh halus seraya menarik tangan aku lalu berjalan menuju ke arah hotel mewah tersebut.
"Taehyung!thanks for coming.. I thought you tak datang.." Kata wanita tersebut lalu memeluk Taehyung.
Taehyung berdehem kecil sebelum melepaskan pelukan wanita tersebut dengan senyuman yang dibuat-buat.
"So,who is that girl?your sister?" Soal wanita itu sambil menilik aku atas bawah dengan senyuman manis.
Cantiknya dia.Nak dipadankan dengan aku?hmm,cuma potato hangus je.
"Erm Irene,she's not my sister..she is my future fiance.." Mendengarkan sahaja jawapan Taehyung buatkan jantung aku berdegup laju mengepam darah.Irene juga turut terkejut dengan pengakuan Taehyung.
Maknanya, Taehyung pun dah tahu tentang permintaan Papa Won? Weh,kemerapuan apa yang sedang terjadi ni?
Aku siku tangan Taehyung sebelum memberinya pandangan,'kau dah kenapa bagitahu dia?'
Tapi dia hanya buat tak tahu lalu menarik aku masuk ke dalam selepas Irene menyuruh kami untuk pergi mengambil makanan yang sudah disediakan.
Sempat aku kerling wajah Irene yang jelas nampak sedih.Dia suka abang Tae ke?
"Abang Tae!apa maksudnya haa?future fiance?Abang Tae dah tahu tentang permintaan Papa Won tu ke?" Soal aku separa berbisik memandangkan ramai orang yang berada di sekeliling kami.
"Nanti bincang dekat rumah..Kau pergi ambil makanan dulu.." Balas Taehyung dengan riak kosong sebelum berjalan mendekati rakan sekerjanya yang lain meninggalkan aku di belakang.
Aku sudah mengetap bibir geram.Tch,kalau tahu dia nak suruh aku makan sorang-sorang,baik aku ajak Yeonjun ikut sekali.
Disebabkan perut aku dah berbunyi dari tadi,aku terus menghampiri meja buffet yang penuh dengan makanan yang menyelerakan.
Wah,ada stik,donut,kek,macaron dan macam-macam lagi.Erm,baru saja niat tadi nak diet.
Sedang aku sibuk mencedok dan mengambil makanan-makanan yang ada,tiba-tiba datang seseorang menegur aku.
"Hi!dari tadi saya perhatikan awak..datang seorang saja ke?" Soalnya buatkan aku mengangguk lalu terus fokus untuk ambil makanan.
Ingat pesan Taehyung, Haeyoon..
Aku cuba abaikan dia dan acah-acah sibuk mengambil makanan tapi dia terus sahaja mengikuti aku.Sebab dah geram sangat, aku toleh kearahnya sebelum meletakkan makanan tadi di atas meja dan berpeluk tubuh memandangnya.
"Apa yang awak nak?" Soalku dingin.Dia pula hanya tersenyum.
"I want to know you,can I?by the way,my name is Rowoon..and you?" Dia menyoal aku tetapi aku menjelingnya tajam sebelum berura-ura untuk meninggalkannya.
"Tunggu,saya cuma nak kenal awak je..takkan itu pun tak boleh?don't play too hard to get..because I like it.." Bisiknya perlahan di telingaku sebaik dia menahan lengan aku dari terus berjalan.
"Sakit.." Desisku buatkan dia tersenyum sinis.
Tch,phsyco.
Tangannya yang masih memegang tangan aku dengan kuat,aku tepis kasar seraya memijak kakinya hingga dia melepaskan tangan aku.
"Saya tak berminat.. Maaf.." Balasku dengan nada mendatar sebelum meninggalkannya dan menuju ke arah kolam renang yang ada di luar hotel.
Aku cuba cari figura Taehyung tapi aku langsung tak nampak dia di mana-mana.
"Dia pergi mana?tinggalkan aku macamtu je?" Omelku sendiri.
Tapi tak lama kemudian,datang dua orang berpakaian serba hitam menarik aku keluar dari kawasan kolam renang tersebut sambil menutup mulut aku.
Paling malangnya adalah,semua orang dah pergi ke arah dewan utama menyebabkan tiada siapa yang sedar aku sedang bergelut dengan dua orang lelaki yang berbadan besar.
"Lepaskan saya..abang Tae tolong!" Jerit aku.Tapi masih tiada siapa yang mendengar jeritan aku kerana bunyi musik yang kuat di dalam hotel mewah tersebut.
Aku bertambah menggigil apabila mereka menolak aku masuk ke dalam bilik stor yang gelap.
"Ini padahnya kalau cari pasal dengan boss kami." Kata salah seorang dari mereka sebelum mengunci pintu bilik stor ini dan meninggalkan aku seorang diri.
"
Tolong jangan tinggalkan saya!!abang Tae!" Aku mengetuk pintu berkali-kali mengharapkan seseorang datang menyelamatkan aku.
"Haa,telefon.."aku berkata sambil meraba-raba poket dress yang aku pakai.
" Bwo?hilang? Tsk tsk tsk..abang Tae,tolong Yoon..Yoon takut.. "Akhirnya aku jatuh terduduk.Aku fobia duduk dalam gelap.Setiap kali,aku duduk dalam gelap,mesti aku mula terbayang macam-macam.
" jebal..Yeonjun.. "
Tch,tak mungkin akan ada sesiapa yang dengar aku.Dahlah,stor ini jauh dari dewan utama tadi.
Selang 10 minit,bunyi ketukan pintu berkali-kali mengejutkan aku.
"Haeyoon! Kau ada dekat dalam ke?jawab aku!"
Aku hanya tersenyum lemah.Tiada tenaga untuk menjawab.
Akhirnya, ada juga yang datang selamatkan aku.
To be continued...
A/n; curious tak siapa yang selamatkan Haeyoon..
Team TaeYoon
Vs
Team YeonYoon
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top