17


Haeyoon's+

"Sebenarnya, kita nak ke mana ni?" Soal aku apabila kami berhenti di sebuah stesyen bas yang asing bagi aku.

"Sekejap lagi awak akan tahu.." Balas Chan sebelum melangkah maju ke depan.Aku yang masih tertanya-tanya sekadar mengikuti  langkahnya yang sedang menuju masuk ke kawasan perumahan berdekatan.

Selang beberapa minit berjalan,akhirnya aku dan Chan tiba di hadapan sebuah rumah kampun yang sederhana sahaja saiznya.Aku toleh pandang ke arah Chan sebelum dia membuat isyarat tangan untuk mengikutinya masuk ke dalam rumah tersebut.

"Eomma!ada tetamu istimewa datang ni.." Kata Chan sebaik sahaja memasuki rumah.Aku mengikuti belakangnya sambil memerhatikan sekeliling ruang dalam rumah tersebut.

Cantiknya.Walaupun,style dah macam era Joseon tapi tetap cantik sebab nampak antik.

"Ya Chan,tunggu sekejap eomma tengah buatkan air ni.." Jerit eomma Chan dari dapur buatkan aku tersenyum.

"Susah-susah saja nak awak buatkan air.."

"Tak ada yang susahlah..awak tak perlu risau.. Duduklah sini."Kata Chan sambil mempelawa aku untuk duduk di atas kusyen diatas lantai.

Keluar sahaja eomma Chan dari dapur, reaksi terus bertukar terkejut.Dia meletakkan dulang yang dipenuhi dengan cawan dan air ke atas meja dengan kelam-kabut sebelum menerpa ke arahku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan.

" Kang Haeyoon? Kamu Haeyoon ke?"soal eomma Chan kepadaku.Aku juga terkejut apabila eomma Chan tiba-tiba sahaja mengalihkan air mata dan terus memelukku.

Aku pandang ke arah Chan untuk meminta jawapan tetapi dia hanya tersengih.

---***---

"Mianheyo.. Yoon tak tahu pun sebenarnya ahjumma ni mak tiri Yoon..sebab appa pun tak bagitahu apa.." Jujur aku setelah eomma menceritakan kepadaku bahawa dia telah mencari aku selama ini setelah kematian mamaku.

"Gwenchanayo.. Yoon jangan panggil ahjumma.. Panggil eomma je.Arasseo?" Kata eomma Chan membuatkan aku mengangguk kekok.

"Sebenarnya, eomma dah lama cari kamu selepas eomma terima surat dari Haemin untuk jaga kamu seminggu sebelum dia meninggal..eomma pun tak syak apa-apa dan setuju dengan permintaan mama kamu..dan tak sangka rupanya ada maksud yang tersirat di sebalik surat yang dia bagi pada eomma."

Aku mendengar dengan khusyuk sebelum menghirup Teh hijau yang dibancuh eomma.

"Maafkan eomma sebab tak jumpa dengan kamu pada hari pengebumian tu..Papa Won ada beritahu pada eomma yang dia sendiri akan bawa kamu jumpa eomma bila emosi kamu dah stabil.Tapi,baru sekarang eomma dapat jumpa kamu dengan pertolongan Chan.." Terang eomma buatkan aku mengangguk faham.

"Kiranya, Chan adik tiri Yoon?" Soalku seraya melihat ke arah Chan yang sedang tersenyum kearahku.

Eomma senyum seraya mengangguk.

"Jadi,sekarang Chan kena panggil saya,noona!Arasseo!" Kataku ke arah Chan diselangi tawa.

"Aip aip noona Yoon!" Jawab Chan sebelum mengikuti aku dan eomma ketawa.
.
.
.

"Kalau boleh datanglah sini selalu..bolehlah eomma ajar kamu masak makanan tradisional.." Kata eomma sambil memeluk aku.

"Arasseo.. Yoon akan datang sini selalu..gomawo eomma sebab cari Yoon.Kalau tak sampai bila pun Yoon tak tahu Yoon ada ibu tiri yang baik macam eomma.."Kataku sebelum meleraikan pelukan.

"Dah-dahlah tu..nanti Chan bawa noona datang sini lagi..tapi, Biarkan rahsia dulu dari Yeonjun hyung.." Kata Chan.Aku sekadar mengangguk akur.

"Eomma,Yoon balik dulu ya!"

"Ya,hati-hati jalan tu.."

---***---


"Terima kasih Chan..kalau bukan sebab Chan,mesti noona tak tahu tentang eomma.." Kataku sebaik sahaja kami tiba di hadapan rumah aku.

"Takde apalah..hal kecil je..ingat tau,jangan bagitahu Yeonjun hyung.." Kata Chan buatkan aku angguk sambil tertawa kecil.

"Nae..bye!jumpa nanti!" Kataku sambil melambai kearahnya.Aku tunggu sehingga Chan hilang dari pandanganku sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Baru sahaja aku ingin meletakkan kasut di rak,teguran seseorang membuatkan aku hampir nak terjerit kerana terkejut.

"Seronok nampak keluar dengan junior.." Katanya sambil perkataan junior itu ditekankan sebelum dia tersenyum nipis.

"Ish kau ni Yeon..bagilah salam ke apa..ni tak,terus terjah je.." Kataku dengan nada geram apabila berjalan melepasinya.Dia sekadar tergelak kecil melihat reaksi aku.

"Ikut aku.." Tanpa amaran,Yeonjun terus menarik tangan aku menuju ke kolam renang di luar rumah.

Sampai sahaja di situ,dia terus melabuhkan duduk di tepi kolam renang sebelum aku juga mengikuti langkahnya walaupun aku agak geram dengan tindakannya yang tiba-tiba.

"Apa benda kau nak sampai tarik aku datang sini?" Tanyaku setelah beberapa saat berdiam diri.

"Sampai hati kau setkan blind date tanpa minta izin aku." Jawab Yeonjun sambil mencebik.

Aku toleh pandang dia seraya tergelak kecil.Lah,itu je dia nak cakap?

" soal tu..kalau diikutkan aku ikut kau sekali tadi tapi sebab aku janji dengan Chan tak jadi teman Minji..So,apa dia cakap dekat kau tadi?"

"Dia confess."

"Okeylah tu..kau terima tak?" Soalku sambil memandangnya dengan teruja.

"Tak,sebab aku sukakan orang lain." Jawab Yeonjun tanpa riak bersalah.

Aku menunduk sambil memikirkan betapa broken Minji bila luahan kali pertama dia ditolak.Minji tu memanglah mudah suka dekat orang tapi taklah serius macam dia suka dekat Yeonjun.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku pun yang kau ada sukakan orang lain?Kesian Minji..kali pertama tahu tak,aku tengok dia serius sukakan seseorang. Dapat dekat kau,sia-sia je."Kataku dengan nada sedikit kecewa.

" Aku pun ada hak nak pilih siapa yang aku suka..jadi,dia tak boleh salahkan aku kalau aku tolak luahan dia."balas Yeonjun buatkan aku berdecit.

"Masalahnya,Minji tu susah nak suka dekat orang dengan serius macam mana dia suka dekat kau..faham tak?" Balasku tanda tak puas hati dengan jawapan yang diberikan Yeonjun tadi.

"Kenapa kau kisah sangat pasal perasaan Minji tu?ada kau kisah tentang perasaan aku?kalau aku kata aku tak suka,aku tak suka.." Kata Yeonjun dengan nada sedikit tinggi dari sebelumnya seolah geram dengan kata-kataku.

"Sudahlah Kang Haeyoon.. Patutnya kau fikir pasal perasaan kau sebelum kau fikir pasal perasaan orang lain..aku tak tahu nak cakap macam mana lagi dekat kau.." Kata Yeonjun sebelum melangkah meninggalkan aku keseorangan di sini.

Aku menunduk apabila nama penuh aku disebut oleh Yeonjun. Dari situ,aku dapat tahu dia betul-betul kecewa dengan aku.

"Maaf Yeonjun.. Aku cuma tak nak kau terluka je.." Bisikku perlahan sebelum setitis demi setitis air mata aku jatuh.

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top