14


Haeyoon's

"Minji,Tunggu!!"

Akhirnya dia berhenti apabila aku menahan lengannya.Dia menepis kasar tangan aku seraya berpeluk tubuh.

"Ka-kau salah faham.."

"Salah faham apa?aku dengarlah apa yang Yeonjun cakap tadi.Telinga aku belum pekak lagi tau." Jawabnya dingin tanpa menoleh ke arahku.

"Minji..aku.."

"Sudahlah Yoon..sekarang baru aku faham kenapa kau  macam acuh tak acuh bila aku minta tolong kau haritu..kau  sebenarnya sukakan Yeonjun juga kan?" Soalnya.

Aku menggeleng laju seraya mengeluh halus.

"Bukan macam tu..sebenarnya, aku dengan Yeonjun tu.."

"Sebenarnya apa? Rahsia apa yang kau pendamkan selama ni?" Soal Minji seraya mengerling aku sekilas.

"Aku tak ada niat pun nak rahsiakan apa-apa tapi aku terpaksa.."

Minji mengeluh berat sebelum berura-ura ingin meninggalkan aku.

"Okey,kalau sampai macam ni jadinya.. Nampaknya,aku kenalah beritahu kau hal yang sebenar.."kataku dengan nada rendah mengharap Minji akan faham dengan situasi aku.

----****----

"Yah! Choi Yeonjun!" Aku menjerit kecil memanggil namanya sebaik sahaja aku memasuki rumah.

Dia yang kebetulan sedang menonton televisyen di ruang tamu memandang ke arahku dengan kening yang dijungkitkan.

"Kau kenapa jerit-jerit ni?" Soalnya tanpa mengalihkan pandangan dari skrin TV.

Aku berdecit seraya melangkah mendekatinya.

"Apa maksud kau tadi haa?" Tanya aku sambil berpeluk tubuh.

Dia memandang aku sekilas lalu menutup TV dan kembali memandang ke arahku semula.

"Permintaan aku tadi dah cukup jelas dah..maksud apa laginya?oh,lupa..ni adalah wishes kedua aku.."

Aku melemparkan pandangan yang tajam kearahnya.

"Jangan nak merepek boleh tak?permintaan lain boleh lagi..Tapi yang ini?macam mana aku nak jadi kekasih kau sedangkan aku hanya anggap kau macam abang kembar aku je?kalau nak prank aku sekalipun, carilah idea lain.."

Hamburku dengan nada geram.Disebabkan dia,Minji salah faham dengan aku dan akhirnya aku terpaksa cerita tentang kisah silam aku dan hubungan aku dengan Yeonjun yang sepatutnya menjadi rahsia.

"Kau memang tak nampak lagi kan?" Soalnya seraya berjalan menghampiri aku.

"Nampak apa?" Soal aku kembali.

"Kau memang takkan nampak kan?" Soalnya sekali lagi.Aku diam cuba untuk berfikir apa yang cuba disampaikannya.

"Kalau kau nak tahu,aku tak pernah fikir macam yang kau fikir.Aku tak pernah anggap kau sebagai adik kembar aku.." Balasnya dengan nada mendatar.

"Yeonjun, Haeyoon? Korang berdua kenapa?"

Belum sempat aku ingin membalas, seseorang datang menegur.Serentak itu,kami berdua menoleh.

Taehyung memandang ke arah kami dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

"Tak ada apa-apa..Yoon masuk bilik dulu.." Pinta aku sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua.

Taehyung berjalan mendekati Yeonjun sambil berpeluk tubuh.

"Hyung nasihatkan kau..cuba untuk tawan hati dia perlahan-lahan.. Terus -terang tak salah,cuma perkara macam ni perlu step by step.." Pesan Taehyung sebelum menepuk bahu Yeonjun.

"Hyung dengar perbualan kami?" Soal Yeonjun.

Taehyung hanya mengangguk.

"Ingat apa yang aku pesan tadi..bukan apa, aku cuma takut Haeyoon tu takkan faham apa yang kau cuba sampaikan kalau kau terus tanya dia macam tadi...Arasseo?"

Yeonjun mengangguk akur.Tiba-tiba sahaja dia diserang rasa bersalah kerana terlalu mendesak Haeyoon untuk mengetahui isi hatinya.


---****----

"Ugh..geram betul aku dengan Yeonjun ni..permintaan lain boleh lagi.Ingat benda ni main-main ke?"

Aku membebel sambil berjalan kehulur-hilir di dalam bilik tidur yang agak luas ini.

Kemudian, aku melabuhkan punggung seraya tersandar lemah di sofa yang berada di hujung katil aku.

Leher yang terasa gatal digaru,dan baru aku perasan ada sesuatu yang kurang.

Rantai bulan tu!

Tanpa membuang masa,aku bangkit untuk mencarinya di ruang tamu tadi.Mungkin tercicir di situ.

Baru sahaja aku membuka pintu,tersembul pula wajah abang Tae dengan riak terkejut serta tangannya yang mungkin baru ingin mengetuk pintu aku.

"Err..ada apa abang Tae?" Soal aku dengan gugup. Yelah,rantai yang dia bagi hilang kot.Kalau dia perasan rantai tu hilang,mesti dia tak nak bagi aku hadiah dah.

Taehyung membetulkan pita suaranya sebelum matanya jatuh pada leher aku.

"Mana rantai tu?" Soalannya terus buat aku jadi seram satu badan.

"A-ada dalam bilik Yoon..rasa gatal-gatal tadi lepastu Yoon bukalah..betul tak tipu.." Jawabku sambil tersenyum segaris.

Dia sekadar mengangguk.Aku pula sudah mengeluh nafas lega.

"Boleh aku cakap sikit?" Soalnya.

"Cakap banyak pun tak apa.." Jawabku cuba untuk membuang rasa kekok di antara kami.

"Sebenarnya, aku nak ajak kau jadi partner dinner syarikat kawan aku minggu depan.." Katanya membuatkan aku memandangnya seolah tidak percaya dengan apa yang baru dia cakap.

Weh,first time in life dia ajak aku pergi dinner.

"Kau setuju tak?" Pertanyaan yang seterusnya buat aku keluar dari angan-angan lalu terus mengangguk tanpa sedar.

"Baguslah kalau macamtu.. Nanti,aku bawa kau pergi cari baju yang sesuai.."katanya lagi sebelum melangkah menuju masuk ke biliknya yang berhadapan dengan bilik aku.

Aku pula terus merebahkan badan ke atas katil tanpa ingat lagi sebab apa aku nak keluar tadi.

----***----

" yeobseyo.."

"Ini encik Yeonjun anak kepada Tuan So Ya ke?" Soal seseorang di hujung talian.

Yeonjun yang sedang terbaring terus bangun apabila suara pemanggil itu seperti di dalam situasi cemas.

"Ya..ada apa ya?"

"Begini.. Bolehkah, encik datang ke hospital Seoul esok?Tuan So Ya ingin berjumpa dengan encik..Dia sekarang berada di dalam unit ICU.Dia minta saya supaya menelefon encik kerana ada hal mustahak yang ingin dibincangkan."

Yeonjun berfikir sejenak.Timbul pula rasa risau apabila ayahnya tiba-tiba sahaja dimasukkan ke ICU.Sebenci mana pun dia terhadap ayahnya,dia masih lagi simpan rasa empati jika sesuatu yang tidak baik menimpa ayah kandungnya itu.

"Hmm,baiklah.Besok,saya akan segera ke sana..terima kasih sebab beri info."Balas Yeonjun sebelum menamatkan panggilan.

Rantai berbentuk bulan serta sekeping surat diambil bersama sebelum dia meletakkannya di bawah pintu bilik Haeyoon.

" Maaf kalau aku buat kau tak selesa.."


To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top