11
Haeyoon's+
Aku bingkas bangun selepas hampir setengah jam aku bertapa di gelanggang tenis ni.Aku harap Yeonjun dengarlah apa yang aku minta tadi.
Yelah,tadi terus sahaja si Yeonjun tu pergi.Sampai tak menyempat aku nak menyatakan hasrat si Minji.
Sedang aku berjalan sambil menatap skrin telefon aku,tiba-tiba bahu aku terlanggar seseorang. Telefon yang terlepas dari tangan aku segera diambil oleh orang yang melanggar aku tadi dan dihulurkan ke arah ku.
"Mian,saya tak perasan..eh,Haeyoon?—"
Aku angkat muka memandang kearahnya dengan mata yang disepetkan.Al maklumlah mata aku ni bukannya nak berapa nampak sangat bila waktu malam macam ni.
Dia pula membuka penutup hoodie dan tersenyum memandang ke arahku seraya melambaikan tangan.
"C-Chan?buat apa dekat sini?"
Dia tersengih lalu memasukkan kedua tangannya ke dalam poket hoodiesnya pula.
"Saja jalan-jalan..erm,alang-alang dah terserempak dekat sini..jom Chan belanja minum dekat kedai hujung jalan sana tu.." Katanya sambil menunding jari ke arah satu arah.
Minum?
Aku menggosok leher kerana segan untuk menolak pelawaannya.Dia yang ternampak aku yang seolah tidak selesa terus sahaja menghamburkan tawa kecil.
"Bukan minum tu..kita minum air susu je..Chan tak suka minuman haram ni.." Balas Chan sebelum menarik tangan aku mengikuti langkahnya.
---***---
Bump!
Bunyi hempasan pintu menarik perhatian Taehyung yang kebetulan ingin keluar dari biliknya.
Dia mengerutkan dahinya seraya berjalan menuju ke arah bilik Yeonjun.
"Jun..kau okey tak?" Soalnya dari luar.
Yeonjun yang sedang terbaring sambil memeluk anak patung pororo itu mengerling ke arah pintu sekilas.
"Ada apa hyung?"Soalnya tanpa langsung bergerak dari katil.
Taehyung bersandar di pintu sambil memeluk tubuh.
" Kau..ada masalah ke?cuba share dengan hyung..jangan pendam dalam hati sorang-sorang.. "Kata Taehyung lagi dengan nada lembut.
Yeonjun bangun dari pembaringan dan menuju ke arah pintu seraya membukanya secara perlahan-lahan.
Dia mengintai di sebalik daun pintu memandang ke arah Taehyung yang sedang berpeluk tubuh sambil menjungkitkan kening sebelahnya.
" Hyung..sudi dengar?"Soal Yeonjun dengan nada persis anak kecil yang sedang meminta sesuatu.
Taehyung tidak menjawab sebaliknya menghadiahkan Yeonjun satu anggukan dan senyuman nipis.
"Okay..jom Yeonjun cerita,tapi janji jangan bagitahu Yoon tau.."Kata Yeonjun lagi sebelum membuka pintu dengan lebih luas untuk keluar dari bilik.
" yelah.."
---***---
"Sedap juga air coklat ni.." Kata aku selepas menyisip sedikit air coklat bercampur tiramisu di hadapan aku.
Chan sekadar tersenyum nipis mendengar kata-kata aku sebelum turut menyisip airnya.
"Erm..Boleh tak Chan nak tanya?" Soal Chan membuka bicara.Aku angguk kecil lalu fokus kearah Chan.
"Ayah Haeyoon..Kang Mo la kan?"
Pertanyaan Chan membuatkan aku hampir tersedak saliva sendiri.Aku mengerutkan dahi.Mana dia tahu nama ayah aku?
"Ya..tapi—"
"Sebenarnya, Chan kenal dengan keluarga Haeyoon.. Tapi,Haeyoon jangan salah faham..niat Chan baik.." Cantasnya sebelum menggapai tangan kananku.
Sekali lagi dahi aku berkerut.
Dia ni nak cakap pun,boleh tak cakap je terus.Dari tadi asyik berkias-kias.Sebab tu,jalan cerita author pun meleret.Adui.
"Chan cuma...nanti sajalah Chan bagitahu ya..boleh tak kalau hujung minggu ni ikut Chan pergi satu tempat.." Pinta Chan sambil melihat aku dengan penuh pengharapan.
Aku berfikir sejenak.
Kalau boleh aku nak terima, tapi Minji ajak aku teman dia.
Hmm,tapi kalau difikirkan semula.Aku rasa nanti aku jadi penyibuk pula.Dia kan nak confess dekat Yeonjun nanti.
"Kalau macamtu..okey.."
---***---
"Dari tadi kata nak cerita,tapi sampai sekarang..kau tak buka mulut..Aduh.." Omel Taehyung sebelum menggosok kedua tangan akibat angin sejuk kerana mereka berdua sedang berada di gazebo berdekatan kolam renang.
Yeonjun tersengih sendiri.Memang dia nak luahkan apa yang dipendam tapi takut pula abangnya ini fikir lain pula.
"Errr.."
"Cerita jelah..kalau ada yang aku boleh tolong, aku tolong.."kata Taehyung kali ni dengan nada memujuk.
Yeonjun mengeluh halus sebelum mula untuk bercerita.
" Sebenarnya.. Jun tak faham dengan perasaan Jun sendiri..kadang-kadang Jun rasa dia dah macam adik Jun sendiri tapi bila lama-kelamaan ,setiap kali Jun dekat dengan dia mesti benda ni berdebar..Dan bila dia cuba nak kapalkan Jun dengan orang lain,Jun jadi marah sangat.."
Yeonjun menjedakan ayatnya lalu mengeluh berat.Taehyung masih lagi setia mendengar tanpa apa-apa reaksi.
"Jun kalau boleh taknak kehilangan dia..Cukuplah dulu,appa Jun tinggalkan Jun lepastu eomma..sekarang Jun dah tak ada siapa-siapa melainkan korang bertiga.Tapi,masing-masing dah besar.Suatu hari nanti mesti kita akan bergerak ikut haluan kita sendiri.Tapi,Jun nak bersama dengan dia sampai bila-bila..sebab Jun dah mula sayang—tak ..Jun cintakan dia."
Luah Yeonjun panjang lebar.Tiba-tiba sahaja,cecair hangat mula jatuh di pipinya.
"Hyung janji tak akan tinggalkan korang sampai bila-bila sebab aku dah janji dengan Papa Won akan terus bersama dengan keluarga ni walaupun kita semua langsung tak sedarah...
Tapi,keluarga ni berharga buat hyung..Sekurang-kurangnya, Jun masih lagi ada appa kandung tapi aku dah tak ada sesiapa.Dari umur aku 3 tahun,aku membesar dengan Papa Won..
Dia jaga hyung dengan penuh kasih sayang walaupun dia bukan Papa kandung hyung.."
Kini giliran Taehyung membuka cerita.Tidak berniat untuk membuka kisah silamnya tetapi..apa salahnya jika dia memberitahu Yeonjun hal tersebut.Dia juga berharap semua orang akan kekal bersama walaupun mereka bukanlah saudara kandung yang sebenar.
"Terima kasih hyung sebab sudi dengar luahan Jun tadi..rasa dah kurang sikit beban ni.." Kata Yeonjun sebelum memeluk Taehyung.
Taehyung menolak dari terus dipeluk Yeonjun.
"Ish tak payah nak berdrama sangat siap peluk bagai,adui..lagipun benda kecil je.."Balas Taehyung seraya tersenyum.
" Yelah hyung...thanks again and I lobe you..goodnight! "Kata Yeonjun sebelum menghadiahkan Taehyung blow kiss lalu berlari masuk ke dalam rumah.
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top