3

" Esok kita keluar lagi okay. Tanak muncung macam ni sayang. Juyeon mencubit pipi Mingyu geram.

" Okay tapi kena stay rumah Gyu. " Juyeon mengangguk. Lantas dicium kedua belah pipi Mingyu sebelum keluar dari kereta.

Tangan dilambai pada Mingyu. Dia terus memasuki rumahnya. Sampai saja dihadapan pintu. Juyeon teragak-agak untuk masuk kedalam rumah.

Sepasang kasut milik abangnya yang berada dilantai dipandang dengan rasa takut. Habislah dia kalau abangnya tahu dia pulang lewat ke rumah.

' Hish Juhyun bodoh ni bukan bagitahu oppa dah balik. '  Juyeon membuka telefon bimbitnya.

'9 missed called from KangJuhyun'

" Tch macam mana aku boleh silent telefon ni!! Bodoh! Terus saja dia tekan punat password untuk masuk ke dalam rumah.

Pintu ditutup perlahan tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Bunyi televisyen yang kuat menggetarkan langkah kaki untuk ke ruang tamu.

' macam mana aku nak masuk bilik kalau dia ada dekat ruang tamu! '
Juyeon mencebik geram.

" Kang Juyeon!! Kau dari mana hah?
Pagi baru nak balik?! " Terhinjut bahu Juyeon mendengar suara garau abangnya.

" Ju- juyeon pergi rumah kawan. Juyeon belajar dengan dia lepastu Juyeon terlelap pulak. Tak sedar pulak dah pagi hehe. Juyeon ketawa kekok untuk hilangkan rasa takutnya.

Pang!!

" Kau ingatkan aku ni apa? Kau kalau nak bodohkan orang, bodohkan si Mingyu tu! Rumah kawan kau tu kat mana?! Kelab malam?! Kau belajar apa dengan dia sampai lewat pagi?! Belajar minum arak!! "

Juhyun yang melihat ketegangan dihadapan matanya hanya diam. Dia mahu meleraikan ketegangan itu. Takut Daniel memukul Juyeon.

" Hikk..hikkk Juyeon tak pergi sana pun. Juyeon masih menafikannya walaupun semua telah terbongkar.

Pang!!

Tamparan kedua membuatkan Juyeon jatuh terduduk. Juhyun yang melihat itu terus menarik tangan Daniel apabila lelaki itu mahu meluru ke arah Juyeon.

" Oppa berhenti!! " Juhyun menarik lelaki itu kasar. Sudah lah Daniel itu masih separa mabuk. Juhyun bimbang kalau Daniel akan membelasah adiknya itu.

" Eh perempuan! Dengar sini, aku taknak kau bergaul dengan budak Mingyu tu lagi! Daniel terus pergi meninggalkan Juhyun dan Juyeon.

                       _•_•_•_•_

" Hikk.. hikk... Tersedu Juyeon menangis didalam bilik sambil memeluk kedua kakinya erat. Tamparan abangnya masih terkesan dipipinya.

Tak sangka abangnya boleh
mengamuk seperti singa kelaparan malam semalam.

Krekk!

Pintu biliknya terbuka. Terpacul wajah Juhyun. Juyeon mengesat air matanya dengan kasar.

" Kau nak apa huh?  Keluar dari bilik aku sekarang. " ujar Juyeon mendatar tanpa memandang muka Juhyun.

" Ini unnie bawakkan ais. Letak dekat pipi tu. Bengkak sangat unnie tengok. "

" Biarlah kalau nak bengkak sekalipun! Kau keluar! Aku taknak tengok muka kau perempuan kotor. " Jerkah Juyeon.

" Kenapa benci sangat dengan un- "

" Sebab Taehyung! Kau mengandung anak Taehyung! Juyeon menangis kembali. Inilah sebab dia bencikan Juhyun. Dia sukakan Taehyung, tapi lelaki itu tak pernah notice dirinya.

Kesian.... lainkali jangan huduh sangat.

   

                             _•_•_•_
Juhyun leka membasuh pinggan hingga tak sedar dirinya sedang ditenung oleh Daniel.

" Juhyun kau patut duduk. Kau tu tengah mengandung. Jangan buat kerja banyak-banyak. Juhyun segera menghentikan aktivitinya tadi. Dia tersenyum nipis pada Daniel. Abangnya sungguh prihatin terhadapnya.

" Tak berat pun. Nanti saya duduk. Oppa sarapan je dulu. Daniel hanya diam. Juhyun memang keras kepala.

" Taehyung ada hubungi kau lagi? "
Juhyun menggelengkan kepalanya. Hampir dua minggu sejak lelaki itu pindah ke Amerika, langsung tiada khabar. Biarlah apa Taehyung buat sekarang. Itu bukan hal Juhyun lagi.

" Kalau lepasni jangan berhubungan lagi dengan dia. Aku tak suka. Kalau anak kau dah lahir nanti, jangan letak nama keluarga Kim.

Juhyun bagai lembu dicucuk hidung saja. Terus mengangguk mendengar arahan abangnya. Lagipun memang dia tak mahu letak nama Kim pada nama anaknya nanti.

" Oppa boleh tak kalau saya nak kerja. Lagipun saya ada dua bulan lebih sebelum tempoh denda kolej habis. "

" Tak payah susah-susah nak cari kerja. Aku boleh kerja. Kau mengandung. Bukan diri kau je yang perlu dijaga. Anak tu pun. Nanti kalau kau penat, dia yang terkesan.

" Pakcik Jung dah datang minggu lepas nak kutip duit sewa rumah. Juhyun cuma nak tolong bayar sikit-sikit je. Lagipun Juhyun bosan duduk rumah ni. "

" Boleh. Tapi biar aku yang cari kerja untuk kau. " Juhyun tersenyum saja. Memujuk lelaki bernama Kang Daniel bukannya mudah.

" Okay Juhyun setuju!! " Tersenyum suka dia mendapat greenlight dari Daniel.

    
                          _•_•_•_•_
" Kita buat apa dekat sini? " Juhyun membuka seatbeltnya sambil mata memerhati rumah mewah dihadapannya.

" Kau nak kerja kan? Ini lah tempat kerja kau. " Berkerut dahi Juhyun melihat pintu pagar rumah mewah tersebut. Kereta milik Daniel memasuki halaman rumah tersebut.

Enjin kereta dimatikan lalu Daniel terus keluar dari kereta. Juhyun juga ikut dari belakang. Matanya membulat melihat seorang lelaki mendekati mereka. Terus dia berdiri dibelakang Daniel.

" Jimin kenalkan ni adik aku Kang Ju- yahh kenapa menyorok belakang aku ni. " Jimin tergelak kecil melihat kelakuan Juhyun. Semakin jatuh cinta dia melihat Juhyun. Betapa bersyukurnya dia apabila Taehyung melepaskan Juhyun.

" Yah tegur la Jimin. Dia ni bakal majikan kau. " Juhyun mencebik. Kalau dia tahu dia akan bekerja sebagai pembantu rumah di rumah kawan Taehyung, dah lama dia lari balik rumah.

" Saya dah kenal Jimin. " Jimin mengiyakan saja.

" Baguslah. Jimin aku balik dulu. Jaga adik aku baik-baik. " Pesan Daniel dengan tegas.

" Aku tahulah. Dah kau boleh balik. "
Daniel berdecit sebelum mengambil bagasi Juhyun di bonet.

" Oppa tak boleh ke saya tak tinggal dekat sini. " ujar Juhyun. Segan pula kalau nak tinggal dirumah Jimin. Teringat dulu dia pernah menolah cinta Jimin.

" Tak boleh. Nanti siapa nak jemput kau. Datang sini pun hampir dua puluh minit. Lagipun aku sibuk, banyak kerja. Juyeon pun sibuk belajar. Nanti tak ada siapa nak tengokkan kau kat rumah. Dekat sini Jimin boleh tengokkan kau. " Juhyun angguk saja.

" Aku pergi dulu. " Daniel masuk dalam kereta. Juhyun menghela nafas berat apabila kereta Daniel mula beredar pergi.

" Jomlah masuk dalam. Aku tunjukkan bilik kau. " Ujar Jimin sambil tangannya menarik bagasi milik Juhyun.

" Eh tak payah. Saya boleh bawak beg saya masuk. " Juhyun mahu menarik beg tersebut daripada Jimin tetapi cepat-cepat dihalang oleh Jimin.

" Biar aku tolong. Kau mengandung, jangan bawak barang berat. " Juhyun abaikan kata-kata Jimin. Beg ditarik tapi ditahan lagi oleh Jimin.

" Biarkan aku bawak atau aku cium kau. " Perlahan-lahan dia melepaskan beg tersebut. Takut dia mendengar ugutan Jimin. Nasib baik Daniel dah pergi, kalau tak dah lama dia suruh abangnya itu memukul lelaki pendek ni.

TBC
[08/01/2019]p

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top