B-2-M
Tinggal satu hari ja lagi sebelum aku bertolak ke New York.
Beg baju? Mestilah belum kemas lagi. Kau pikir aku rajin nak pilih baju , lipat elok-elok masuk beg. Memang taklah.
"Wook Wook!" Jerit aku. Tu bukan menyalak , tapi aku panggil abang sulung aku , Lee Dong Wook.
"Ya adikku" Sahut Dong Wook. Rasanya dari bilik dia kot.
"Meh sini jap" Panggilku. Nak suruh dia kemaskan beg ni heheheheh
Pintu bilik aku dia buka dan terpancullah wajah sembam dia yang baru bangun tidur.
"Nak apa pulak ni?" Soal Dong Wook. Mata dia perhatikan bilik aku yang dah serupa tempat perlupusan sampah.
"Tolong kemas barang-barang Min boleh?" Soalku. Mata sengaja dikelip-kelip nak ambil hati si abang ehe.
"Ha yelah. Lepasni jangan kacau abang. Abang ada banyak kerja nak siapkan"
Aku agak dah Wook Wook akan tolong sebab dia memang baik orangnya.
Kadang-kadang rasa nak buat suami pon ada tapi nasib teringat tu abang hek.
Dia ni bukan macam Jeno. Jeno tu menyusahkan , minta penyepak. Jauh beza dengan Dong Wook.
Incheon International Airport
Aku berjalan masuk ke dalam airport dan hantar bagasi di kaunter.
Selesai hantar aku terus masuk ke ruangan menunggu.
Seronok aku tengah stalk instagram Kim Taehyung tiba-tiba aku rasa macam permandangan aku dilindung.
"Kau pon naik plane yang ni?!" Soal seseorang yang berdiri di hadapan aku , nada dia macam tengking aku ja.
Aku angkat kepala dan pandang manusia tersebut. Heh Jungkook si duda anak 6 rupanya -,,-
Dah jumpa jiran bukanlah nak tegur elok-elok ke tanya khabar ke ni tengking eyyy ni panas ni!
Aku bercadang untuk palau Jungkook dan terus berlari ke arah pintu untuk masuk kapal.
Tapi belum sempat aku nak lancarkan idea aku , Jungkook dah memintas.
"Hah nak palau aku lah tu. Baik kau jawab sebelum aku suruh pramugara kat situ rog—-"
"Erk—-maaf saya dah berkahwin tak boleh. Tapi apa-apa pon nice body cik" Sampuk pramugara yang memakai tag nama 'Kim Namjoon'. Sempat jugak wink ke arah aku.
Uishh lain macam! Dah kahwin tapi still gatal! Sah termasuk dalam golongan Aliff Aziz ni! Dahlah dia senyum nampak lesung pipit dia! Japgi ada pulak kes Aliff Aziz ver.2 dekat Korea.
"Woi! Jawablah soalan aku! Asyik nak palau ja. Pramugara tu pon suami orang takyah ahh miang sangat" Marah Jungkook. Emo dia harini.
Mungkin sebab baru tinggalkan anak-anak dia dekat rumah omma dia.
"Tak. Bukan rumah omma aku tapi rumah ex wife aku" Jungkook menjeling. Wah hebat dia ni! Boleh baca fikiran aku lagi.
Tapi kenapa hantar rumah ex wife. Mungkin betullah kata orangkan bila kita dah susah baru nak cari orang yang selalu ada untuk kita dulu.
"Macam mana dia? Sihat tak? Makan minum dia terurus tak?" Soalku secara tiba-tiba. Acah prihatin sekali sekala padahal bukan nak tahu pon.
"Okeylah. D-dia nampak makin c-can—" Belum sempat Jungkook nak habiskan ayat dia aku dah berlari tinggalkan dia.
Malas aku nak dengar pujian murahan dia. Aku tahulah bekas isteri dia lawa pon tapi tak setanding aku huehue.
"Woi jangan tinggal aku!" Marah duda anak 6 yang mengejar aku dari belakang.
John F. Kennedy International Airport
Turun sahaja daripada pesawat aku terus berlari ke tempat mengambil bagasi.
Bukan tak tahu kalau tak cepat nanti ada jebon ikut dari belakang.
Selesai mengambil bagasi aku terus meluru keluar daripada airport.
"Ni kau pergi hotel naik apa?" Soal Jungkook entah daripada mana datangnya.
"Pandai-pandailah aku tahan teksi kejap lagi" Balasku malas. Tak rajin nak layan duda ni sejak hal haritu.
"Jomlah ikut aku pergi hotel tu dengan kawan aku—-"
"Taknak—-" Belum habis aku nak melawan cakap dia dah tutup mulut aku dengan tangan dia yang besar gedabak tu.
"Arghh takda takda. Kau ikut jugak. Dekat New York ni dahlah banyak perogol diorang rogol kau aku tak tahu!" Ugut Jungkook yang membuatkan aku sedikit takut.
Taknak kena rogol! Nak jaga dara demi Kim Taehyung—-eh
"Ha tu kawan aku dah sampai" Jungkook tarik aku sesuka hati dia ja ke arah sebuah kereta yang kelihatan agak mewah dimata aku.
Seorang lelaki berambut pink keluar lalu terus memeluk Jungkook erat.
Habis sahaja sesi melepaskan rindu diorang berdua , lelaki tu pandang aku pelik.
Dia membisikkan sesuatu ke telinga Jungkook yang membuatkan Jungkook bertindak mencubit perutnya.
Diorang bisik apa? Nak tahu gak T_T
"Hah nilah minah annoying tu" Ujar Jungkoon yang membuatkan hati aku sedikit panas. Tapi sebab ada lelaki handsome depan mata kenalah acah ayu.
"Hi I'm Park Jimin. Nice to meet you cute girl. What's your name?" Sapa Jimin ceria. Tangan dia hulurkan ke arah aku untuk berjabat. Sempat lagi dia wink ke arah aku.
Ya Tuhan! Cair dowh! Sabar Lee Haemin. Bukannya kau boleh pergi rogol dia pon. Dahlah dia panggil kau cute girl pikir aku ni anak Bahenol ke apa?!
"I'm Lee Haemin" Jawabku ringkas. Nak jawab lebih-lebih kejap lagi dia kata 'tak tanya pon' pulak kan. Aku sambut handshake dia dan dia tersenyum manis.
Cair 🤧
Rasa macam terkena renjatan elektrik weh waktu tangan kami bersentuh! Jari dia dahlah comel!
Aku perasan dia sengaja mengeratkan lagi genggaman pada tangan aku.
Aku pandang tangan kami yang masih lagi bertaut dengan riak pelik. Lain macam! Dia tak nak lepaskan tangan aku ke apa?!
Jungkook yang perasan dengan situasi tu terus berdehem. Bukan apa dia cemburu sikitlah. Dahlah baru bergelar duda nak pulak kena tonton aksi bergula tak berbayar.
"So how's your flight Kook , Haemin?" Soal Jimin. Eh dia ni speaking lagi. Muka Korea tapi speaking—-oh lupa Jungkook ada cerita dekat aku haritu pasal Jimin. Mungkin dah lama sangat duduk New York sampai speaking dengan orang Korea eheh.
Flashback
"Siapa Jimin weh?" Soal Haemin kepada Jungkook. Dia memang tak kenal. Maklumlah hidup bawah tempurung kan.
"Seriouslah kau tak kenal dia?!" Soal Jungkook terkejut. Siapa tak kenal kawan dia seorang tu?!
Boleh kata satu dunia kenal! Kalau tanya parents readers pon semua tahu sekali nenek atuk pon tahu!
"Cepatlah cerita duh" Haemin sudah hilang sabar dengan Jungkook yang seakan termenung. Pikir apa pon entahlah.
"Ohh ha! Dia ni kawan aku. Dia selalu speaking fuh meluat aku. Lepastu dia tinggal dekat New York lama jugaklah sebab dia berkerja dekat sana under sebuah syarikat ni"
"Syarikat apa?" Soal Haemin ingin tahu.
"Ermm...nanti kita pergi sana kau tahulah!" Terang Jungkook yang tidak mahu sebut pekerjaan sebenar kawan dia. Takkan nak cerita tentang pekerjaan kawan dia yang agak tidak senonoh tu dekat jiran dia pulak.
Kejap lagi si Haemin ni nak tengok pulak gambar dia. Dahlah semua gambar dia pakai box—-
"Alah ceritalah lagi—-Ha dia handsome tak?!" Soal Haemin kalut semacam. Nak try Jimin lah tu.
"Bolehlah tapi aku rasa aku handsome lagi sebab Jimin tu dari dulu tak laku. Single je sejak lahir"
Haemin menayangkan riak jijik kepada Jungkook yang sudah kembang kempis hidungnya.
Flashforward
"Weh kau baik cakap dalam bahasa Korea sebelum aku sula kau" Amaran Jungkook. Dia tak paham apa Jimin cakap sebab tu marah semacam.
Iyalah English dia dulu dapat 4% ja mana tak geram bila dengar orang speaking.
"Geez kau ni Kook. No fun lah. Biarlah aku nak speaking dengan awek ni" Jimin menjeling Jungkook kemudian kembali tersenyum apabila matanya bertembung dengan sepasang mata cantik milik Haemin.
Haemin tersenyum malu ke arah Jimin. Sumpah cair!
Jungkook dekat tepi dah menjeling 'pasangan bahagia'. Jijik dia dengan semua ni!
"So Haemin , nak tak malam ni dinner luar dengan saya?"
TBC
kejap lagi tuition lak sksjsksk boringnya life
btw chapter 23 Pervert Teacher InsyaAllah akan di update esok atau lusa wokayh!
Jimin : Suka tak I dah muncul?😉💕
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top