OBS|08
KERTAS laporan diselak nya tekun.
membaca setiap butir penting tentang kes baru yang diterimanya tadi.
Kes besar yang melibatkan artis ternama iaitu songjihyo.
pihak YG tidak akan sekali berdiam diri ,mereka meminta polis besar Seoul untuk menyelesaikan kes penculikan song jihyo.walaupun Jihyo sudah selamat di pangkuan YG namun demi keselamatan artis mereka.kes ini perlu diselesaikan secepat mungkin.dan pelaku mestilah ditangkap
Jikalau tidak, mungkin mengalami kesukaran untuk artis mereka itu dalam menyertai mana-mana program mahupun membuat fanmeeting
Kes itu dibaca satu persatu.pengakuan yang dibuat songjihyo sendiri.
gadis itu menjelaskan bahawa dia diculik.
Baca sahaja nama suspek,dia mengerutkan dahinya .
"Tak mungkin"
Walaupun pengakuan itu dibuat oleh songjihyo.namun tiada bukti-bukti yang kukuh untuk memburu suspek.gambar suspek juga tiada,hanya tahu nama suspek sahaja.ianya sangat menyukarkan kerja dia sebagai ketua penyiasat.
Kedua-dua belah pipinya ditepuk kasar.
"Think positif suga.nama macam dia banyak kat dunia ni.bukan dia sorang je nama kim taehyung"
Suga meyakinkan dirinya sendiri.dahinya diurut pening.beberapa kes yang lain sudah selesai.kini pula kes songjihyo,kes yang berat ini tentulah dia mahu membuat sebaik yang mungkin.
Pihak YG juga tidak terlalu mendesak.kerana mereka tahu kes song Ji Hyo bukan mudah untuk diselesaikan tambahan pula tiada sebarang bukti.
namun mereka sengaja ingin mengambil langkah berjaga-jaga.
Mahu ataupun tidak dia sebagai ketua penyiasat.dia perlu bersama song jihyo juga.
membuat hubungan yang rapat agar senang kerjanya untuk memerhati sesuatu yang tidak kena
Dengan cara itu mungkin senang dia untuk menjejaki suspek.lihat dari laporan songjihyo,suspek tersebut terlalu obses dengan jihyo.jadi secara tidak langsung mungkin setiap pergerakan gadis itu diperhatikan suspek bukan?
Bukan pertama kali dia mendapat kes sebegini.tapi kes yang dulu lebih kurang sama tapi ianya hanya sasaeng yang gilakan artis mereka,yang memerhati gerak geri artis kesayangan mereka tapi tidak sampai menculik seperti kes songjihyo ini.
Mungkin kes ini mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan.
TING!
bunyi mesej masuk menyebabkan segala pemikirannya tentang kes song Ji Hyo terhenti.
Jungshook
Yow batu free tak Harini? Nak ajak keluar ni
-jk.
Suga mendengus kasar, sebelum membalas mesej dari jungkook
tak.aku busy
-suga
Busy je kerja kau! Jum jelah keluar tenangkan fikiran.berhenti lah kejap kerja kau tu! Menyampah aku
-jk
Kerja aku,bukan kerja kau
-suga
Balas suga.jungkook yang disana sudah menyumpah seranah suga.dia yang artis pun tak sebusy suga.tch annoying
Kau kalau tak teman aku keluar Harini,aku heboh kat media sosial yang kau pernah curi underwear aku
-jk
Jungkook tersenyum sinis, teringat pula dia dulu suga pernah menumpang tidur dirumahnya untuk beberapa hari.semasa suga ingin mengambil underwearnya yang sudah kering dia tertukar underwear milik jungkook,memandangkan underwear mereka hampir sama.namun apa yang beza size underwear.kesilapan suga dianggap "mencuri" oleh jungkook.dan sudah tentu setiap kali dia memaksa suga dia akan kaitkan tentang underwear.dia yakin kemenangan akan berpihak pada dia.licik sungguh arnab ni..
Suga menyerabutkan rambutnya.stress dengan perangai kawan sendiri
Babi.yelah ii ambik aku
-suga
Suga mampu pasrah.nak melawan tiada guna .menyesal pula dapat kawan artis.semua Mende nak up kan ke media social.sungguh dia menyampah
Kertas-kertas yang berselerak di meja disusun rapi dan disimpan kedalam laci.
Dia mengatur langkah keluar.
sambil-sambil menunggu kehadiran jungkook dia melihat sekeliling.tiada apa yang menarik,
Entah kenapa hari-harinya dirasakan kosong sahaja.
kawan dengan jungkook pun jarang juga dia keluar bersama,tak seperti dia bersama taehyung dulu.dimana-mana mesti berdua.
Andai saja dia tidak tamakkan pangkat.mungkin sekarang taehyung dengan dia masih berhubung baik sebagai teman baik.
Namun semua berubah,ini juga semua kesalahan dia sendiri.setiap hari dia berharap tuhan menemukan kembali dia dengan kim taehyung.sungguh dia mahu mengungkapkan kata maaf kepada lelaki itu.entah macam mana lelaki itu sekarang?tidak dinafikan kim taehyung seorang yang baik.sifat negatif tiada langsung pada lelaki itu.
Sungguh dia menyesal dengan sikap tamaknya sendiri.kalau lah masa boleh diundur semula..
Pin !
Lamunannya terhenti tatkala kereta milik jungkook betul-betul dihadapannya.jungkook tersengih seperti kerang busuk.suga sudah menjeling menyampah sebelum mengambil tempat disebelah pemandu
"Kau nak ajak aku pergi mana?"
Soal suga tanpa basa basi,sudahlah kena paksa mana tak geram dia.
"Em.. cari barang pompuan"
Terbeliak mata suga terkejut dengan balasan jungkook
"Jangan cakap kau nak tukar jantin-"
Pak!
"Auch! sakit bodoh!"
Kepalanya yang sakit di tampar jungkook diusap kasar.
"Padan muka kau.jangan bengap sangat boleh"
Suga mendengus kasar sebelum tangannya bergerak memukul kepala jungkook bertubi-tubi.jungkook yang menjerit kesakitan itu diabaikan.yang penting dia puas dapat membalas dendam
Setelah dapat dirasa benjolan dikepala jungkook baru lah dia berhenti.hampir menangis jungkook dibuatnya nak tahan dia tengah memandu terpaksa lah dia tadah pukulan tangan berbisa suga
"Menyesal aku pukul kau."
Jungkook mencebik sedih.manakala suga dah tersenyum kepuasan seperti selepas membunuh orang.siapa suruh cari pasal dengan dia dulu jadi terimalah padahnya.
Sampai sahaja disana,suga melopong tak terkata.apa yang dia lihat sekarang ialah sebuah kedai kosmetik yang boleh menjatuh kan maruahnya sebagai seorang lelaki yang terpaling swag bila sahaja kakinya masuk dalam sana.

dinding yang bergabung warna putih dan pink itu sangat meloyakan tekaknya.
"Serius lah bangang kau bawak aku ke tempat camni?"
Suga memandang jungkook tak percaya.jari juga menunding kemukanya berkali-kali menandakan muka dia tak sesuai jejak ditempat itu.
Jungkook mengganguk sebelum suga diheret nya paksa masuk ke dalam Etude house
"Yah ! Tak payah heret aku lah setan! Aku sumpah kau jadi arnab nanti yah!!!"
Dengan sadisnya suga dipaksa masuk kedalam Etude house.mahu sahaja dia menyepak bontot si arnab neraka ni laju -laju namun terbatal niatnya apabila seorang pekerja disana menegur mereka
"Ya encik berdua mahu apa ye?saya boleh tunjukkan barang yang paling popular disini"
Terkulat-kulat keduanya.jungkook tersengih kekok,dia sendiri tidak tahu kebanyakan barang apa yang perempuan sukakan.manakala suga menjeling jungkook tajam
"Err saya taktau barang apa yang perempuan suka.boleh suggest tak?"
Soal jungkook,mulut suga terkumat kamit mengutuk jungkook,geram.
'aku bunuh kau nanti juon!'
'datang sini pastu taktau nak beli apa ! menyusahkan ergh!'
Mulut nya tak berhenti bergerak mengutuk jungkook.jungkook yang disebelah hanya menadah telinga.dah masak dengan perangai suga yang suka mengutuk.kutuk pulak bukan perlahan,orang sebelah pun boleh dengar kata-kata kesat lelaki itu.
Pekerja perempuan tadi mula mengambil langkah menuju ke bahagian liptint.Satu set liptint yg berisi 3botol dan 3jenis warna iaitu peach,red dan pink itu dihulurkan
"Ni encik liptint ni paling terhangat di pasaran.ramai serbu beli ni,saya rasa encik perlu beli"
Jungkook menyambut kotak yang berisi liptint itu.tangannya membelek-belek botol kecil liptint hairan.
" Weh suga..kau rasa sesuai tak kalau beli ni kat Jihyo?"
Suga yang dari tadi menguap bosan, tersentak.terkejut juga dia nama Jihyo disebut.patutlah si jungkook Beria sangat ajak pergi tempat barangan perempuan rupanya nak beli untuk Jihyo.
Suga mengeluh kasar.
" Kau beli jelah,tu pun nak tanya aku"
Jawab suga malas.jungkook mengeluh sakit hati dengan suga yang langsung tak membantu.untuk seketika matanya tertancap pada perempuan yang sibuk mencuba liptint dibibir.
Idea nakal mulai muncul.dia memandang suga dan tersenyum jahat.dapat dirasakan aura tidak baik berlaku.
"Kau kenapa shialll ?"
Naik terkeluar biji matanya apabila liptint berwarna merah yang dipegang jungkook ingin mendarat dibibirnya yang masih suci
Jungkook menekup rahang suga dengan kejam.
"Kau duduk diam.kalau tak aku heboh pasal underwear kat media sosial"
Ugut jungkook.suga mampu pasrah,penat nak melawan mesti isu underwear juga disebut.menjijikan.
Liptint berwarna merah itu diselek sedikit dibibir suga.mahu sahaja dia bunuh jungkook sekarang juga
virgin bibir dia telah diambil dengan kejam oleh jungkook yang tak berguna
Jungkook ketawa mengekek,lucu pula dengan hasil liptint dibibir suga.bukan kerana buruk,tapi suga persis yeoja yang cantik dimata nya .tergugat pula iman tengok
Eh- ingat Jihyo
Suga yang jelas tak berpuas hati menenyeh kuat bibirnya.berharap kesan liptint tadi hilang.namun langsung tiada tanda -tanda warna merah dibibirnya pudar.masih terang menerang.
Nak menangis dia dibuat nya.
"Aku benci kau juon! cepat beli sebelum aku bunuh kau kat sini"
Suga mencerlung tajam jungkook.dirasakan setan- setan mulai berada disebelah nya membisik-bisik untuk melakukan kejahatan.
Gulp
Air liur ditelan kasar.gerun pula tengok suga.dia cepat-cepat mengambil satu set liptint dan terus membayarnya.
Suga terlebih dahulu keluar sambil menekup bibirnya.
Niat jungkook mahu beli barangan yang lain lagi terbatal.menyesal pula mengusik suga tadi.tak pasal-pasal hanya liptint saja dibelinya.
To be continue...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top