E Major F Minor

Afif dan Marjina; ada segugus awan kelabu di antara mereka.

Dari luar nampak seperti pasangan ideal, dari dekat jelas mereka sahabat karib. Kalau rapat lagi, pasti dapat kesan, ada sesuatu yang tak dapat dibaca.

Biarpun jiwa terlalu mahu, jauh dalam kalbu hati tetap tahu yang mereka perlu kalahkan sejarah silam jika mahu bersatu.

Malang sekali cinta tak seperti Matematik, jawapannya tak lurus dan jelas. Formula hubungan Afif dan Marjina tak seringkas 4 tolak 2 jadi 2...

Terlalu banyak pembolehubah.

Bila termasuk elemen baru, Afif dan Marjina jadi mati kutu. Tapi demi seorang puteri, keluarga dan teman-teman paksa mereka pilih: seteru, atau sekutu.

Kata Afif, lebih baik bersekutu.

Bagi Marjina, lebih selamat berseteru.

Link ke E Major F Minor ada di sini, sudilah jenguk ya.. Update at least once a week hari Selasa. Kalau rajin lebih dari satu chapter.
http://my.w.tt/UiNb/pbqsJP5cvE

💜

(Nota khas untuk pembaca: Bab 1 novel E Minor F Major baru publish ni 1 bab minggu lepas. Tersangkut lama di Marikh tempoh hari. Sampai Bumi, aura geng gerila Sarah dengan Luth tebal sangat... Pink, merah, hijau dan biru. Sampai tersadung Kamus Dewan.)

Dan...

Page ini untuk promosi karya emerging writers Wattpad yang lain, berdasarkan bacaan/request yang saya dapat. Yang mana saya sempat baca saya letak status rating saya sendiri, OK.

Yang dah established, rasanya para pembaca Nujum Casiopeia dah kenal dan dah enjoy pun kan, kita follow sama-sama ok!

1. Da Capo by sthehu
Antara favourite, saya suka gaya bahasanya yang bersahaja namun visualnya kuat. Mood cerita konsisten dalam setiap bab. Harap penulis update.

2. Pakcik Pepot by notjea
- Status: Fiksyen tentang realiti dunia pekerjaan refreshing. Gara-gara penyakit mengampu kronik yang dialami oleh rakan sekerja watak-watak dalam cerita ni, saya sendiri teringin nak lempang sedas watak antagonis tu. Harap penulis update.

3. Mecha dan Ardh by Eclipse_Soul
- Status: I can't believe these stories are written by such young people!! Gaya bahasa ringkas tapi jelas. Khas untuk yang minat genre saifai. Harap penulis-penulisnya update.

4. His Fault by akyelrahim
- Status: What is the world without Ying and Yang kan. Kalau stories saya semuanya kategori alusmitai, for a dose of balance go here.

5. Kerana Kau Aku Sayang by ainur
(Promo by request) Promising. Saya belum khatam. Tapi you guys check it out dulu OK.

6. Hey!... My Love by kakgee
- Status: Gaya bahasa ringkas, tempo cerita laju. Harap penulis update.

7. Works by haaaniyyy
(Promo by request) Alternative relationship story. Kalau minat, sila cuba.

Rasanya ramai dah kenal comradenami, aksaraDanKopi dan annaleejue kan. I enjoyed their writing, maybe you guys will too.

P/S: Para penulis, kalau mahu saya promote dan mention, jemput request ya. I'll do what I can. Tapi kita pun bukannya ramai follower pun, jadi setakat termampu ya.

Salam hormat!

A. Li

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top