t w o

« aurora's pov »








"Yah, kau okay ke ?"

Belakang badan aku digosok. Sumpah aku tak tahu kenapa mual tu secara tiba tiba datang. Aku jatuh terduduk akibat keletihan. Jejaka itu mencangkung disebelahku.

"Kau pahal duh? Dah macam pregnant pon ade. Apa muka aku ni hodoh sangat ke?"  Soalannya aku biarkan tanpa jawapan dahulu.

Aku langsung takleh tengok muka dia.

Nanti mual tu datang tiba tiba. Tapi, perasaan nak tengok muka kacak dia membuak buak. Serious.

"Aku cakap dengan tunggul ke ?"

Sindirannya membuatkan aku tersentak. Aku menggelengkan kepala aku perlahan lahan.

"Kau okay tak ni? Kalau tak okay, aku bawak pergi klinik"

"T-tak payah. Saya okay" ucapku.

"Okay, kalau cam tu aku pergi dulu. Bye" Aku berpaling. Kelibatnya hilang.

Wajah dia kacak sangat. Sumpah, aku tak tahu kenapa aku rasa nak fangurling gila gila sekarang ni. Aku berdiri. Kotoran dipunggung aku disapu.

"Moga berjumpa lagi, my hero"

Senyuman kecil mula menghiasi bibir aku.

____





"So how ?"

Taehyung mengurut dada kerana terkejut dengan sergahan Hoseok. Matanya tajam menjeling. Hoseok tersengih sambil menggaru lehernya.

"How what ? Ape kau merepek?" Dahinya dikerutkan tidak mengerti. Hoseok menepuk dahinya bengang.

"Cepat je kau kenal bakal isteri sendiri"

"Amnde kau mengarut, duh?"

"Seyes ah Tae ! Takkan kau buat buat tak kenal dengan perempuan kau tolong semalam ?" Riak wajah terkejut ditayangkan.

" kau cakap ape duh? aku tolong sebab seven eleven tu nak kena rompak al duh"

" dia ! perempuan yang kau sentuh tu, duh ! So, kau rasa dia mengandung anak aku ke tak?"

Taehyung ternganga. Kepala yang tidak gatal, digaru dengan wajah berkerut. Lantas mukanya pucat. Wajah Hoseok dipandang perlahan lahan.

"A-aku rasa dia mengandung. Seyes weh” ucap Taehyung. Firasat dia kuat mengatakan kenyataan tersebut. Dia dapat rasakan.

“Eh, asal kau cakap macam tu duh?" soalan Hoseok dibiarkan seketika. Taehyung diam. Nafas ditarik dan dihembus secara perlahan lahan. Tangannya meraup rambut kebelakang.

"Aku tak bodoh lagi tak tahu simptom wanita mengandung, hyung. Dia muntah bila tengok muka aku. Tu mungkin sebab bawaan bayi"

Taehyung melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Kopi dihirup tapi secara tiba tiba tersembur.

Ayat bangang apekah.

"Kau pahal dho, Tae ?!" marah Hoseok geram. Nasib baik dirinya sempat mengelak dari terkena semburan penuh suci Kim Taehyung itu.

"Air ni tak sedap lah !Eee" Rengek Taehyung. Muka berkerut ditayangkan. Hoseok mencapai cawan Taehyung. Kopi itu dihirup. Kening Hoseok terangkat.

"Sedap, bodoh.  Lidah kau apahal ?" Hoseok masih lagi minum kopi tu dan tergoda dengan rasanya yang sedap.

"A-aku tak tahu. Rasa dia tak sedap lah ! ish. Hyung, jom lah keluar lunch. Lapo lapo lapo" Taehyung merengek lagi. Bagi wanita, telatahnya itu comel. Tapi, Jung Hoseok rasa nak sepak dia.

"Ha jom jom."

____



Bau busuk mula menusuk ke dalam hidung Taehyung. Wajahnya dikerutkan.

"Ha pahal pulak ?" Soal Hoseok melihat perilaku pelik Taehyung.

"Eee suruh pekerja buang bunga ni. Bau dia busuk siak. Macam bangkai najis mughalazoh !" kutuk Taehyung. Hoseok sekali lagi tercengang.

"Bau dia wangi jelah !"

"Aku taknak la bunga ni ada dalam syarikat aku. Busuk kau tahu tak ? Ee" Taehyung menghentak hentakkan kakinya ke lantai geram.

"Ya allah, Tae. Bunga ni baru tukar pagi tadi, apa kes kau nak tukar lagi sekali ?" Hoseok buat muka tak puas hati. Pening pun ada dengan perilaku Taehyung yang tah pape.

"Ah, aku tak kira ! tukar tukar tukar ! nanti aku bayarlah, asalkan hidung aku tak bau benda busuk tu lagi.Hish. " Taehyung sekali lagi bersuara. Bahu Hoseok ditolak geram.

"Ish yelah, kau ni. Macam macam"

_____

Ini dah kali ke 20 lebih aku muntah. Sumpah weh, tekak aku perit sangat. Aku muntah tapi langsung takde isi sebab aku tak makan lagi. Dahla aku tengah otw pergi pasaraya ni.

Longkang je tempat aku berhenti.

Macam mana aku nak sampai ? 

Langkah kaki aku pun terhuyung hayang sejak dari tadi. Jap, baru aku perasan. Lorong apa aku lalu ni? Ni macam lorong belakang syarikat Kim tu.

Kalau aku kahwin dengan CEO dia mesti hidup aku bahagiakan,hm?

Dengar cerita dia tu dahla hensem, baik, ada gakla rumour yang cakap dia kaki club dan sentuh ramai perempuan. Kalau aku perempuan tu macam mana?

HAHAHAHHA BODOHNYA ANGAN ANGAN.

Mana mungkin aku mengandung anak CEO terkenal tu.  Rupa dia tu pon aku tak pernah tengok HAHAHA.

Readers dah tengok ke rupa dia ?

Kepala aku mula diserang rasa sakit dan pening dalam satu masa. Tangan aku memegang kepala.

Sakit, sangat sakit.

Mana Hero aku ? HAHA

Aku mula terjatuh dan semuanya menjadi gelap.

____



"Wehy, Tae !"

"Ha mende, tetan ? Aku tengah makan ni kan. Haish" Taehyung memukul lengan Hoseok geram. Creampuff yang banyak dimasukkan ke dalam mulut.

Taehyung craving gaes.

"Tu weh tu. Ade perempuan terbaring kat atas jalan tu. Cepat weh cepat !" Lengan Taehyung ditarik kasar. Habis jatuh makanan lelaki.

Niat Taehyung nak maki terkubur terhenti apabila melihat wanita yang terbaring itu.

"WOI PEREMPUAN NI DUH! PI START KERETA LA. ANAK AKU GUGUR NANTI SETAN ! DARAH NI DUH" Taehyung memarahi Hoseok.

Hoseok menayangkan muka tak puas hati dan terus laju melangkah menuju ke arah kereta mereka.

Taehyung merenung wanita itu. Satu perasaan mula muncul, perasaan risau yang amat. Darah yang mengalir dicelahan peha wanita itu membuatkan perasannya mula bertambah.

"Ish, kenapa kau tak reti jaga diri sangat huh? Kalau tak reti jaga diri macam mana nak jaga anak kita nanti? aku baru fikir nak biar kau hidup sorang sorang, tapi langsung tak boleh nampaknya.

Kau lemah sangat dimata aku. Aku takde pilihan duh selain lindungi kau. Tak kira jauh ke dekat. Kalau aku biarkan kau, sah sah boleh mampus diam diam budak dalam ni"

"KAU BEBEL APA DUH, CAKAP NAK CEPAT ? CEPATLAH" Jerkahan Hoseok membuatkan Taehyung tersedar dari dunianya sendiri. Tubuh wanita itu mula dicempung perlahan lahan.

Tubuh wanita itu diletakkan didalam kereta.

"Kau bebel apa duh?"

"Entah, aku tak sedar. Aku ikut perasaan sangat kot"



____

Aku membuka mata perlahan lahan. Kepala aku dipegang sebaik sahaja sakit itu menyerang. Wajah seseorang muncul memenuhi ruang mata aku.

Lelaki haritu?

"Aish, ha sedar pon. Kau memang tak reti jaga diri eh ? Dah tahu penat, kenapa kau kerja ? kau dah bahayakan nyawa sendiri dan anak kau sekali. Ish kau ni, kalau aku tahu macam ni jadi, dah lama aku ajak kau kahwin tahu tak.

Dahla degil. Doktor dah pernah pesan jangan buat kerja berat, kau buat jugak. Nasib baik baby takde pape. Kalau anak aku mati dengan sekali kau mati macam mana ?"

Aku diam. Bebelan lelaki itu cukup pelik bagi aku. Kenapa dia kedengaran risau ?

Anak dia ?

Mengarut apa duh.

"Tae, apa kau cakap ni ?" Bahu lelaki yang membebel tadi ditepuk.

"Lupakan apa aku bebel tadi. Aku ikut sedap ayat je. Takde maksud apa apa" terangnya. Aku hanya anggukkan kepala.

Air mata aku mengalir secara tiba tiba.

"A-awak, mintak doktor gugurkan anak ni boleh ? Saya kesiankan dia. Dia takde ayah. Ayah dia lari" Pintaku. Teresak esak aku menangis.

"Aku tak benarkan kau fikir langsung pasal gugur tu. Dan mulai harini,













































anggap lah anak dalam perut kau tu anak aku, atau lebih tepatnya anak kita"



bersambung

hambar siak masyaallah. ape bnde aku tulis ni HAHAHAHAHA.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top