t h e e n d
aku tak pasti sedih ke kelakar ke lawak ke hambar ke tah pape. sekian ;)
❀❀❀
"MAMA ! DENGAR CAKAP TAEHYUNG SEKALI JE ! DENGAR ! " Taehyung menjerit sebelum Puan Kim ingin mengatur langkah keluar. Langkah wanita tua itu terhenti. Keluhan dilepaskan.
"Mama.. k––kalau tae cakap ni please jangan benci tae. Tae tahu silap Tae sebab tae nak tebus silap lah tae buat semua benda ni" air mata satu satunya anak lelakinya itu membuatkan dia tergamam.
Mana pernah Taehyung menangis begini di hadapannya.
"Okay, sayang. Jangan nangis. M-mama dengar " Puan Kim cuba berlembut hati. Hati keibuannya lemah melihat si anak menangis teresak esak.
"A-Au.. hiks"
"Au apa tae ?"
"Aurora ! "
" Kenapa dengan perempuan tak guna tu ? kamu nak bela apa lagi?" Puan Kim menjeling sekilas. Amarahnya ditahan supaya tak dihambur kepada Taehyung.
" Mama patut label Tae ni jantan tak guna. T-tae s-sentuh dia. Tae yang me-mengandungkan dia ma ! " Puan Kim tergamam seketika. Lantas ketawanya pecah.
" Nonsense, Kim Taehyung ! Jangan mengarut waktu macam ni !"
" Tae tak mengarut ! anak yang dia kandungkan tu anak tae ! dia tak pernah tahu, lelaki yang calarkan maruah dia sampai mengandung anak luar nikah tu ni, suami dia sendiri !" jarinya ditudingkan pada diri sendiri.
Taehyung menangis sepuas hati. Cukuplah dia menipu dan menyimpan rahsia ini lama dan menyeksa banyak hati dan perasaan.
"Tae bodoh, ma. T-Tae rasa bersalah dan kasihan kat dia. J-jadi Tae bertanggungjawab secara diam diam dengan ajak dia kahwin tanpa beritahu anak tu anak tae "
Puan Kim masih tergamam. Air matanya juga mengalir. Tidak menyangka perempuan yang dihina kotor itu dikotorkN oleh anak kandungnya sendiri !
"M-mama.. MAMA TAK AJAR KAMU ROGOL ANAK DARA ORANG, TAEHYUNG ! SUMPAH MAMA KECEWA DENGAN KAMU !"
"ARGH !" teriakan kesakitan seseorang membuatkan Taehyung memandang ke arah pintu. Dia kenal dengan suara tu. Kenal sangat.
Laju sahaja, taehyung memaksa diri sendiri turun dari katil . Walaupun sakit dikaki kian terasa, langkahnya tetap diteruskan kerusi dan meja dijadikan sebagai sokongan.
Pintu dikuak. Terpampang wanita kesayangannya sedang terduduk di atas lantai menahan sakit yang semakin terasa. Taehyung mendekati isterinya.
"Sayang, no sayang no ! tahan sayang" pesan Taehyung. Matanya merenung mata hazel wanita itu yang penuh linangan air mata.
"tae, awak tipukan ? awak bukan lelaki tu kan ? CAKAPLAH ! saya taknak benci awak !" Taehyung diam. Aurora mengetap bibirnya.
"Tae, tolong cakap awak tipu. Saya tak mampu nak benci awak ! awak bukan ayah budak ni kan ? tae––argh!" Taehyung mula gelabah. Celahan peha wanita itu mula mengalirkan darah yang banyak.
"Sayang, please bertahan !" tangan Aurora digenggam erat.
"Mama ! panggil doktor mama !" arah Taehyung. Wanita tua itu tidak percaya dengan apa yang berlaku dihadapan mata. Langkah kakinya laju meninggalkan mereka.
"Tae.. taehyung. Bukan awak kan ? Huh, bu-bukan awak kan?" taehyung menangis teresak esak.
"Tae, cakaplah bukan awak ! SAYA TAK NAK BENCI AWAK ARGHH !" menjerit dan meraung kesakitan itu sahaja yang Aurora mampu buat masa ni.
"Sayang, tahan sayang"
"N-no, sa-saya nak awak jawab. Sakit taehyung sakit" Taehyung tak mampu bersuara. Hatinya luluh melihat wanita dihadapannya.
"Sakit sangat, tae. T-tolong saya" wanita itu mula mengerutkan dahi. Manik manik peluh mula membasahi.
Doktor dan jururawat mula datang dengan ape tah benda tu, tubuh Aurora diangkat dan diletakkan di atas benda tu.
Suara Aurora mengerang kesakitan membuatkan Taehyung diserang rasa bersalah yang amat. Taehyung mengetap bibir. Air matanya mengalir dengan deras. Menyalahkan diri sendiri akibat berlakunya semua ini.
❀
Taehyung menarik nafas dalam dalam dan dihembus kuat. Cuba menenangkan diri yang diserangi rasa bersalah dan debar dalam satu masa.
Bahunya ditepuk tapi Taehyung menepis kasar. Tak ingin diganggu disaat dia sedang gelisah. Hoseok mengeluh berat. Punggungnya dilabuhkan disebelah Taehyung.
"Tenang Tae, Aurora okay" Langsung Taehyung tak ambik kisah pesanan Hoseok tu. Dirinya dalam dunia penuh air matanya sendiri.
Jeritan dan pekikan nyaring Aurora membuatkan Taehyung menggigit bibirnya resah. "Sayang, kuat please. Please kuat demi anak kita"
Lagi dan lagi pekikan itu kedengaran. Taehyung masih lagi resah. Rambutnya dibasahi peluh yang banyak. Puan Kim memandang anaknya.
Tak sangka, anaknya sudah dewasa dan bakal menjadi ayah kepada anak sendiri.
Sunyi secara tiba tiba. Rasa resah Taehyung mula bertambah secara drastiknya. Pintu yang terbuka membuatkan Taehyung segera bangun.
Seorang doktor dan dua orang jururawat yang sedang mendukung dua bayi membuatkan Taehyung tergamam. Kembar ?
"Tahniah, Tuan. Isteri tuan selamat melahirkan anak kembar lelaki dan perempuan yang sihat" Esakan Puan Kim kedengaran kuat.
Taehyung terketar ketar menahan syukur.
"I-isteri saya?" Soal Taehyung. Automatik senyuman doktor wanita itu mati. Kepalanya ditundukkan sedikit. Taehyung menelan air liur pahit.
"Isteri tuan tidak dapat diselamatkan. Kami mintak maaf. Kami cuba usahakan tapi, tuhan lebih sayangkan isteri tuan"
BUKK!
Tubuh Taehyung rebah di atas lantai tak sedarkan diri. Puan Kim menjerit nyaring terkejut. Hoseok dan Puan Kim laju mendekati Taehyung.
❝ Auroraku, terima kasih sebab bagi saya gembira dan tanam rasa cinta saya pada awak. I'm happy because of you. You're my happiness, you're my euphoria. My eternal euphoria❞
T A M A T
akhirnya impian aku tercapai untuk habiskan cerita merapu ni. ending yang hebat bukan hoho?
aku berterima kasih kat korang yang support cerita ni dari awal sampai akhir. so, pendapat korang ? komen tepi ! ↠↠
special akan datang ! stay tuned ;)
tags
-syusyu -blairnae nanables NALTTARAWA Heynana_na luvsnisth CHIMDAY_
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top