2 : Cinta Tak Akan Pudar

Calling naxeeeeeeeeee
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Assalamualaikum, Ya bakal ahli kubur...

Sihat?

Kalau sihat, alhamdulillah. Kalau tak sihat... Kaki tu gi dapur, amik ubat. Lepastu?

Lepastu, sumbat dalam hidung.

Ehem.

Hari yang berbahagia ini, saya dengan duka citanya... Akan review buku yang sangat owsem! (Ejaan sebenar, awesome) Huehue.

Maaf ya jika review saya pada buku awak membuatkan hati tisu awak terkoyak. Semoga anda menyambungkannya semula.

















1) Cover

I see... A pretty couple yang sedang memeluk each other dengan adanya payung dan pada waktu hujan yang renyai-renyai seakan-akan cerita hindustan. Eh? Hindustan tak perlu payung pun kan? Diorang redah je hujan tu. Pastu, joget. Astaghfirullah... Berterabur bahasa inggeris plus bahasa melayu aku ni...

What I can say is...

Wow! Beautiful cover. Beautiful gold font. Siapa buat? Sendiri ke buat, wak?

9/10

2) Sinopsis

Good Job! Sinopsis yang menarik. Sinopsis cerita ni nampak gaya macam... Luar biasa. Hmm... Adakah storyline juga luar biasa?

Hmm... Wanna know? Let's take a look...

Ehem.

UwU... waima... Boombastic word! Bagus ini penulis ya.

Untuk sesiapa yang tak tahu apa itu 'waima'. Ia diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud walaupun dan sama ada.

Pembetulan :

Kemasukkan ❌
Kemasukan ✔️

Sinopsis awak menarik. Semua cukup rasanya.

1. Kronologi ✔️
2. Konflik ✔️
3. Dialog (Tak ada... Tapi, tak apa kalau tak ada dialog pada sinopsis. Tak penting sangat. Cuma nak mencantikkan sinopsis saja.)
4. Persoalan ✔️

Bagus!

19/20

3) Gaya Penulisan

Alhamdulillah. Setakat ini, sejuk je mata membaca karya awak. Not bad... Hmm...

Saya dengar, awak penulis yang baru sahaja muncul ke dunia oren ini. Ada khabar angin mengatakan yang awak ialah penulis yang jatuh dari langit ke dunia oren ini... Mantap eh penulis macam awak ni.

Baiklah. Sesi puji-memuji sudah tamat. Mari mulakan dengan pencarian kesalahan gaya penulisan pada karya anda...

But... First thing first, I want to say...

Tahniah kerana anda mencondongkan perkataan bahasa inggeris.

Tahniah juga kerana anda menggunakan tiga titik elipsis sahaja. Tak lebih dan tak kurang. Good!

Saya akan rungkaikan sedikit demi sedikit ya kesalahan gaya penulisan awak. Awak boleh perbaikinya semula.


*Pin... Pin... Abaikan iklan shopee di bawah gambar! Dia selalu sibuk dalam wattpad aku.*


a. Nombor

Nombor 1 hingga 10, anda perlu menggunakan perkataan manakala nombor yang seterusnya anda hanya perlu menulis nombor sahaja.

not lima puluh ringgit ❌
not 50 ringgit ✔️

b. Kedudukan dan arah tuju.

"Terima kasih bang." ucap si peragut sambil menundukkan sedikit badannya tanda terima kasih ke atas duit yang diberikan. ❌

"Terima kasih, bang." Ucap si peragut sambil menundukkan sedikit badannya tanda terima kasih atas duit yang diberikan. ✔️

Nampak tak apa yang awak salah? 'Ke atas' ialah perkataan arah yang hendak dituju. Lepastu, nak guna apa?

Awak hanya guna 'atas' sahaja, ya. Saya akan bagi contoh yang lebih terperinci untuk mudah difahami sikit. Contoh :

Kedai buku berada antara kedai bunga dan kedai alat telekomunikasi. ❌

Kedai buku berada di antara kedai bunga dan kedai alat telekomunikasi. ✔️

(Kedudukan. Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.)

Di antara Damia dan Dinie, saya lebih suka akan perwatakan Damia yang sopan santun itu. ❌

Antara Damia dan Dinie, saya lebih suka akan perwatakan Damia yang sopan santun itu. ✔️

(Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan.)

c. Dialog.

Bagi ayat dialog biasa, awak boleh guna tanda noktah(.) atau tanda koma(,) sahaja.

Kalau ayat seru, guna tanda seru(!).

Kalau ayat tanya, guna tanda tanya(?).

Yang tak bolehnya...

KALAU TAK LETAK APA-APA! Memang confirm salah terus. Hahahaha.

Cth :

Ayat tanya -

"Kau kenal Cikgu Aryan?" Soal Iffah dengan riak terkejutnya.

(Nampak tak? Selepas sahaja buat dialog ayat tanya, terus huruf besar.)

Ayat seru -

"Wah, cantik betul kau hari ni!" Pujian dari Iffah membuat pipinya mula berona merah.

(Lepas sahaja dialog tu, kena ada 1 jarak. Then, huruf besar.)

Ayat dialog biasa -

Elakkan dialog terus tanda noktah, ia bermakna tanda perbualan tamat. Kena letak tanda koma biar seimbang. Contoh :

"Kau dah makan belum?" Soal Amira.

"Belum," jawab Airin.

"Jom! Aku belanja kau makan dekat kedai mamak tu," ajak Amira.

Faham?

Baiklah... Saya akan terangkan dengan lebih terperinci.

Apabila awak menggunakan 'tanya', 'ujar', 'kata' atau apa-apa sahaja kata kerja, maka dialog harus berakhir dengan tanda koma(,) dan diikuti dengan hurf kecil.

"... ," tanya Amira.

Kalau tidak menggunakan kata kerja setelah habis dialog, maka dialog akan berakhir dengan tanda noktah(.) dan diikuti dengan huruf besar.

"... ." Tangisnya.

Ini secara format. Ada segelintir penulis tidak mengikut kaedah ini termasuk saya sendiri. Ia terpulang.

Tetapi, inilah cara yang betul untuk penggunaan tanda koma(,) dan tanda noktah(.) dengan cara yang betul.

d. Mencantikkan ayat.

"Maaf bang, adik saya sakit, saya perlukan duit nak bawa adik saya ke klinik bang," ujar si peragut lirih. ❌

"Maaf, bang. Adik saya sakit. Saya perlukan duit nak bawa adik saya ke klinik bang," lirih si peragut. ✔️

e. Kesalahan ejaan

Kesalahan ejaan awak tak banyak sangat pun. Cuma, saya akan perbetulkan la eh.

tau ❌
tahu ✔️

Kemasukkan ❌
Kemasukan ✔️

sorang-sorang ❌
seorang ✔️

jaelous ❌
jealous ✔️

f. Perenggan

Baiklah. Bagi dialog yang cantik, kemas dan tersusun, awak perlu mengasingkan ya. Ini supaya para pembaca dapat membaca dengan selesa. Saya juga seorang reader. Awak juga seorang reader. Jadi, awak mesti faham kan jika author awak membuat dialog yang tidak diasingkan... So, Saya harap awak dapat mengasingkan dialog yang awak gabungkan dengan konteks naratif.

Secara ringkasnya, dialog adalah naratif disampaikan melalui ucapan oleh dua atau lebih watak-watak. Dialog yang berkesan perlu melakukan banyak perkara pada satu masa, bukan hanya menyampaikan maklumat. Ia perlu menetapkan tempat kejadian, memajukan tindakan, memberikan wawasan ke dalam setiap watak, dan membayangkan tindakan dramatik masa depan.

Dialog tidak perlu tatabahasa yang betul; ia perlu membaca seperti ucapan yang sebenar. Walau bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara ucapan realistik dan pembacaan. Dialog juga merupakan alat untuk pembangunan watak. Pilihan perkataan memberitahu pembaca banyak tentang seseorang: penampilan mereka, etnik, seksualiti, latar belakang, walaupun moral. Ia juga boleh memberitahu pembaca bagaimana penulis merasakan tentang watak tertentu.

Baiklah. Itu je kot rasanya yang saya boleh terangkan pasal dialog dan konteks naratif. Actually, awak dah buat okey sahaja pasal perenggan ni. Hanya segelintir sahaja yang awak menggabungkan dua-dua ini.

g. Titik elipsis

- Untuk penggunaan titik elipsis, hanya 3 titik sahaja dibenarkan. Tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang.

- Setelah penggunaan titik elipsis, awak perlulah memulakan huruf besar untuk membuat ayat yang baru.

h. Tanda

Jangan gabungkan dua tanda ya. Contohnya, awak menggabungkan tanda seru(!) dan tanda soal(?).

Jika awak menggunakan tanda seru atau tanda soal, pastikan satu sahaja awak guna.

Dalam dialog awak ini, awak hanya perlu letak tanda seru(!) sahaja.

"Kau kenal ke weyh cikgu tu? Kau tak pernah pun bagitahu aku. Baik kau cakap siapa dia?!" ❌

"Kau kenal ke wei cikgu tu? Kau tak pernah pun bagitahu aku. Baik kau cakap siapa dia!" ✔️

Untuk gaya penulisan, susah juga untuk saya mencari kesalahan awak. Tapi, alhamdulillah... Jumpa juga kesalahan tu😈. Tapi tak berat sangatlah kesalahan awak tu. Sesuailah untuk reader membaca. Cuma, awak perbaiki ya kesalahan awak tu.

14/20

4) Jalan cerita.

Adakah cliché atau luar biasa?

*inhale*


*exhale*

Baiklah... Saya akan jujur ya. To be honest, buku awak dikategorikan sebagai cliché. Tetapi!

Saya baru baca sampai bab 3... Saya tak nak lah awak givap terlalu awal ya. Yeh... I know you need a support. I always here support you, k. So, don't give up too early, cuyunk! Chaiyok!

Manalah tahu kan... Tetiba awak buat cerita ni... Hmm... Ni tekaan sahaja eh. Manalah tahu awak buat heroin dengan hero terpisah bertahun-tahun lamanya... Lepastu awak buat heroin ni ditinggalkan bersama anaknya dan tabah menghadapi hidup dan cabaran sendiri tanpa pertolongan sesiapa pun. Eh. Pertolongan daripada Allah itu wajib eh...

Ha... Mana tahu awak buat lagu tu kan. Cliché awal itu normal, babe. Gempak di penghujung cerita itu yang luar biasa.

Sebenarnya, cerita yang awak buat ini selalu dijumpai. Percintaan antara cikgu lelaki dan anak murid perempuan. Cikgu lelaki itu pula kacak, hot stuff... Bagi anak murid perempuan pula mesti comel, nakal, innocent. Macam mana pula kalau nak lebih menarik bagi cikgu dan pelajar?

Hehe. 😎

Ini ialah cadangan untuk pembaca-pembaca yang sedang membaca ini ya! Mana tahu awak nak buat cerita romance antara cikgu dan pelajar juga. Tapi awak tak nak cliché one kan...

Cuba kita ubah sikit. Sikit jelah. Like... Hero; Cikgu lelaki yang nerd, miskin, pemalu dan tidak selalu sangat bercakap dengan perempuan. Heroin; pelajar perempuan yang happy-go-lucky , comel, hyper dan sudah jatuh cinta pada cikgu low class tu. Auch. Gituw... Lepastu, pepandailah rangkakan cerita tu.

Second, cuba buat cerita heroin; cikgu perempuan yang strict, garang sikit, susah untuk tersenyum dan yang paling gempak kalau dia cikgu disiplin. Huish! Ganas! Hero; pelajar yang selalu buat masalah, degil, suka membantah, tapi dalam masa yang sama... Dia ada masalah kekeluargaan. Ha... Gituw... How sweet kan? 

Kesimpulannya, awak jangan berhenti bila awak dapat tahu cerita awak macam ni. Teruskan ya. Saya hanya mahu membantu awak cara untuk menarik perhatian reader untuk tekan butang 'read' pada karya awak je. Diorang mahukan cerita yang lain dari yang lain. Ha... Macam tu lah. Akhir kata, saya nak awak buat yang terbaik lagi untuk bab yang akan datang! Chaiyok!

16/20

5) Komen

Pertama sekali, saya nak awak edit semula kesalahan-kesalahan awak tu. Kalau awak busy, jangan edit lagi ya. Tunggu waktu free, k.

Kedua, saya nak awak rajin-rajinkanlah jari tu untuk update lagi. Ahahaha. Ceh. I is cakap dengan cermin. Lagipun, I am your reader kot... Huhu. Always waiting for your update. Tapi, kalau sibuk, jangan paksa diri untuk menulis. Takut awak buat cerita dalam keadaan stress. Take your time, k.

Ketiga, awak nak tahu cara yang paling berkesan untuk membuat pembaca awak mahu lebih meneruskan pembacaan mereka pada cerita awak? Baiklah. Caranya ialah... Tinggalkan persoalan pada sinopsis, dan setiap bab yang awak buat. Ini ialah cara paling berkesan sekali! Persoalan yang awak buat itulah yang akan tersarang di fikiran mereka. Mereka pasti akan simpan buku awak di dalam library. Hehe.

Puji pula ya. Hehe. Tak sabar mu ni...

Good job sebab awak buat cerita awak menarik walaupun cliché. Eh. Cliché pada permulaan... I know you will do the best flow next chapter.

Tahniah kerana awak buat saya tertunggu-tunggu untuk tahu bab seterusnya. Haih. Update pat kit!

Last, saya rasakan... Flow cerita awak ni macam ada unsur-unsur sad content lah... Betul ke? Sebab sinopsis awak tu buat saya berfikir sebegitu. Tapi, setakat ini, saya rasa cerita awak ialah romance + comedy. Good!

Dah habis dah kot rasanya untuk komen teguran dan pujian. Oh ya. Sebelum saya lupa, saya nak ucap... Syabas kerana awak membuat saya berasa tenang membaca. Tak sakit mata langsung membaca. Sebab tulah saya tak tangkap sangat kesalahan-kesalahan tu selama ini. Hehe. Good job!

18/20

6) Hidup ke tak watak tu?

Yes! Watak-watak awak semua hidup! Cantikkkk! Cuma...

Kalau boleh, wujudkanlah watak sampingan juga ya. Watak sampingan inilah yang akan menjadi bantuan untuk proses cuit-cuit kisah, menjadi galur plot yang menarik.

But, it's okay... Janji awak berjaya menghidupkan watak sudahla. Bagus ini author.

Baiklah... Saya akan ulaskan perwatakan yang saya dapat dan berjaya dinilai ya. Watak Aryan, cikgu kepada Hana, kacak dan baik. Apa yang saya tak boleh terima ialah... Mudahnya Aryan sukakan Hana? Baru bab 3. Teguran saya di sini ialah jangan terlalu tergesa-gesa untuk menghabiskan cerita awak ya. Bagilah fikiran pembaca bersarang dahulu dengan perkara yang bakal terjadi... Tapi, saya takut juga saya salah sangka. Jadi, kalau saya salah... Author... Bagitahu eh! 🤧

Untuk watak Hana pula, dia seorang yang friendly, happy-go-lucky, ceria selalu dan semestinya comel! Semua watak Hana selalunya cantik dan comel! Ahaks.

Saya harap awak menukarkan perwatakan ceria Hana ini menjadi muram... Huehue. Jangan ikut cadangan ni. Merepek. Cuma, kalau awak buat, I salute you. Sebab susah kot nak tukarkan perwatakan yang ceria kepada mendung.

7/10

7) Rating 000/100

Are you ready?

Dup

Dap
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

UwU...

Congrats, wak! 🎉🎉🎉

83/100 🎊

Saya doakan awak semoga awak berjaya dalam bidang penulisan ini. Maafkan salah silap saya kerana terlalu jujur mereview buku awak. Huhu. And one more thing... Awak sangat berani! Sebab awak menerima cabaran untuk saya mereview buku awak ni. Hati anda sangat kental. Luv u 😘

Buku : Cinta Tak Akan Pudar.

Author : naxeeeeeeeeee

Marks for now : 83%

Genre : romance

Bye, beauty!

2052 words

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top