1 : Benci Tapi Cinta

Calling... AloeVeyrra03
.

.

.

.

.

.

Hai, Kak.

Sihat?

Hope you r fine lah eh. 😊

Pertama sekali, saya nak minta maaf sangat kalau review buku ini mengguriskan hati awak ya.







1) Cover

Untuk cover book awak, saya tak ada apa-apa sangat nak kritik sebab semua okey je. Nak puji? Of course boleh... 😌 Cantik sangat sampai saya tak berkedip memandang. UwU... (Angkat bakul sendiri jap)

9/10

pfft...

2) Sinopsis

Good job! Sinopsis awak dapat menarik perhatian para reader untuk meneruskan pembacaan mereka.

Cuma, saya nak tegur sedikit tentang panggilan nama untuk mama kepada Qaisarah Elina iaitu Maisarah. Kalau boleh, gunakan 'Puan Miasarah' ya. Sebab kita nak membezakan watak muda dan tua.

Uhukkk.

Teguran kedua untuk sinopsis lagi... Untuk dialog Fariz Hakimi.
Kalau boleh, gunakan bahasa baku ya.

"Apa yang mama kau dah buat ek sampai dia dapat pikat papa aku?" - Fariz ❌

"Apa yang mama kau dah buat sampai dia dapat pikat papa aku?" - Fariz ✔️

18/20

3) Gaya Penulisan.

Tahniah kerana awak menggunakan bahasa inggeris dengan mencondongkan perkataan-perkataan tersebut. 👏

Kesalahan gaya penulisan?

Ada... Semua penulis pasti akan bermula dengan gaya penulisan yang tunggang langgang. Bukan terus jadi penulis yang berjaya tanpa ada kesalahan langsung. 😊

Baiklah. Saya sudah gariskan kesalahan-kesalahan yang ada. So, saya harap awak edit semula kesalahan-kesalahan gaya penulisan pada buku awak ya.

a. Nombor.

Nombor 1-10, awak perlu tulis secara perkataan. 😊

*Yang lain, kalau aku salah, sila tegur. Huhu.*

b. Penggunaan bahasa baku.

Oh ye! ❌
Oh ya! ✔️

Sekor ❌
Seekor ✔️

Tau ❌
Tahu ✔️

Kat ❌
Dekat ✔️

Diari ku ❌
Diariku ✔️

Tulah ❌
Itulah ✔️

Perangai nya ❌
Perangainya ✔️

Punggung ku ❌
Punggungku ✔️

Bagitau ❌
Bagitahu ✔️

Giler ❌ (ini untuk budak twitter bolehla... 🤣)
Gila ✔️

Sebok ❌
Sibuk ✔️

Diaorang. ❌
Diorang / dia orang ✔️

Kitaorang ❌
Kitorang / kita orang ✔️

puan Miasarah ❌
Puan Miasarah ✔️

datin Aminah ❌
Datin Aminah ✔️

Nak guna bahasa rojak? Eh, boleh... Nak wujudkan watak-watak kita, memang kita guna bahasa rojak sikit. Kalau asyik guna perkataan-perkataan formal sangat, tak syok lah. Baiklah. Bagi penggunaan perkataan rojak, awak perlu mencondongkan perkataan berikut. Contoh :

'duk' ❌
duk ✔️

c. Mencantikkan ayat.

i. Ayah kandung aku dah lama meninggal sebab kemalangan masa umur aku 7 tahun. ❌

Ayah kandung aku sudah lama meninggal akibat kemalangan sewaktu/semasa umur aku tujuh tahun. ✔️

ii. Dah lama kan. ❌

Dah lama kan? ✔️

(Untuk ayat tanya, sila guna tanda soal. 😊)

iii. Tapi kadang-kadang aku tak sukalah duduk kat sini. ❌

Tapi, kadang-kadang aku tak sukalah tinggal dekat sini. ✔️

iv. Hampir 2 tahun lah sebab dia sambung belajar kat UK. ❌

Hampir dua tahun jugalah sebab dia dapat sambung belajar dekat UK.

d. Kata ganda.

Huru hara ❌

Huru-hara ✔️

Contoh kata ganda :

rama-rama
kucar-kacir
cerai-berai
warna-warni
gunung-ganang
lauk-pauk
batu-batan
sayur-mayur
hina-dina

Kata ganda mesti letak sengkang (-). Awak boleh tahu dengan lebih lanjut kata-kata ganda ini di Internet. Jadi, rajin-rajinkanlah jari untuk mencari maklumat di Internet. 😊

e. Penggunaan dari/daripada

Panggilan dari mama ku membuat kan aku berhenti menulis. ❌

Panggilan daripada mamaku membuatkan aku berhenti menulis. ✔️

Jika awak mahu menggunakan 'dari', awak perlu memastikan perkataan sebelum 'dari' adalah untuk ARAH, TEMPAT dan MASA.

Selain daripada ARAH, TEMPAT dan MASA, awak perlu menggunakan 'daripada'.

f. Titik elipsis.

- Untuk penggunaan titik elipsis, hanya 3 titik sahaja dibenarkan. Tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang.

- Setelah penggunaan titik elipsis, awak perlulah memulakan huruf besar untuk membuat ayat yang baru.

- Cth :

Aku kan..suka kat abang tiri aku, Faris Hakim..bukan Fariz Hakimi tu ye..sorry to say..aku rindulah kat abang Faris..dah lama tak jumpa. ❌

Aku kan... Suka kat abang tiri aku, Faris Hakimi. Bukan Fariz Hakimi tu ya. Sorry to say... Aku rindulah dekat Abang Fariz... Dah lama tak jumpa. ✔️

"Kak Sarah...duduklah sebelah Aisyah" ini Aisyah adik kepada Fariz yang baru berusia 17 tahun. Comel aje. Tapi abangnya. Hanya Tuhan yang tau perangai nya macam mana. ❌

"Kak Sarah... Duduklah sebelah Aisyah." Panggil adik Fariz, Aisyah yang sudah berusia 17 tahun. Comel aje. Tapi, abangnya... Hanya Tuhan yang tahu macam mana perangainya. ✔️

g. Penggunaan tanda.

Jangan gabungkan dua tanda ya. Contohnya, awak menggabungkan tanda seru dan titik noktah. Jika tanda soal dan tanda seru juga tidak boleh.

Jika awak menggunakan tanda seru atau tanda soal, pastikan satu sahaja awak guna.

Menyampah!. ❌

Menyampah! ✔️

h. Dialog.

Bagi ayat dialog biasa, awak boleh guna tanda noktah atau tanda koma sahaja.

Kalau ayat seru, guna tanda seru.

Kalau ayat tanya, guna tanda tanya.

Yang tak bolehnya...

KALAU TAK LETAK APA-APA! Memang confirm salah terus. Hahahaha.

Cth :

Ayat tanya -

"Riz! Kenapa kau ada dalam bilik Sarah?" Soal Faris dengan riak terkejutnya.

(Nampak tak? Selepas sahaja buat dialog ayat tanya, terus huruf besar.)

Ayat seru -

"Woi, senget! Masuk bilik aku sekarang!" Suara Fariz mula menyapa gegendang telinganya.

(Lepas sahaja dialog tu, kena ada 1 jarak. Then, huruf besar.)

Ayat dialog biasa -

Elakkan dialog terus tanda noktah, ia bermakna tanda perbualan tamat. Kena letak tanda koma biar seimbang. Contoh :

"Kau dah makan belum?" Soal Amira.

"Belum," jawab Airin.

"Jom! Aku belanja kau makan dekat kedai mamak tu," ajak Amira.

Faham?

Baiklah... Saya akan terangkan dengan lebih terperinci.

Apabila awak menggunakan 'tanya', 'ujar', 'kata' atau apa-apa sahaja kata kerja, maka dialog harus berakhir dengan tanda koma(,) dan diikuti dengan hurf kecil.

"... ," tanya Amira.

Kalau tidak menggunakan kata kerja setelah habis dialog, maka dialog  akan berakhir dengan tanda noktah(.) dan diikuti dengan huruf besar.

"... ." Tangisnya.

Ini secara format. Ada segelintir penulis tidak mengikut kaedah ini termasuk saya sendiri. Ia terpulang.

Tetapi, inilah cara yang betul untuk penggunaan tanda koma(,) dan tanda noktah(.) dengan cara yang betul.

Ada lagi satu yang anda boleh guna... Iaitu perkataan-perkataan kata kerja yang selalu digunakan penulis untuk menghasilkan karya.


10/20

4) Jalan cerita.

Adakah cliché atau luar biasa?

Ya Allah... Rasa macam tak layak pula nak jujur sebab buku saya pun Cliché bin Hambar. Tapi, saya akan jujur ya. 🤧

Storyline anda cliché. Selalu ja para reader jumpa dekat mana-mana buku. Tapi...

Saya pun tak tahu jika anda mungkin membuat penghujung cerita ni gempak dan menarik. 🙀🙀🙀 Jadi, saya tak nak judge untuk permulaan cerita awak. Saya baru sahaja membaca 15 bab. Mana tahu kan... Next chapter mesti gempak teruk. UwU.

Kesimpulannya di sini, awak perlu buat lebih menarik lagi jalan cerita awak. Jangan buat cerita yang selalu sangat para reader baca.

Antara cerita yang selalu dijumpai :

- Lelaki kaya dan perempuan miskin.
- Mafia. Bla... Bla... Bla...
- Innocent girl, bad boy.
- Innocent girl, caring boy.

Selalu para pembaca sudah muak membaca cerita-cerita sebegini. Kenapa diorang still baca?

Yelah... Dah semua cerita sama je, dah tak ada yang lain. Kena bacalah juga. Hahaha. Jadi, saya sarankan anda mencantikkan lagi jalan cerita anda ya.

Boleh je awak mula dengan benda-benda yang cliché, sebab kebanyakan penulis memulakan cerita-cerita yang cliché, tetapi di hujung cerita sangatlah menarik. Saya harap, awak juga begitu!

15/20

5) Komen

Apa yang saya mahu awak buat ialah mengedit semula gaya penulisan awak.

Kedua, awak perlu membaca banyak buku novel untuk tahu cara penulis mengarang ayat-ayat mereka.

Eh. Bukan saya suruh meniru ya. Saya mahu awak berpengalaman dahulu sebelum melanjutkan lagi dalam bidang penulisan awak.

Ketiga, jika awak terlalu buntu untuk menyambung cerita, tolong jangan sambungkan. Kalau tidak, jadi macam saya. Hambar teruk. Hahahaha. Cara untuk awak hilangkan kebuntuan awak tu, saya sarankan awak baca dahulu novel-novel ke, baca cerita dalam wattpad ke (asalkan tidak meniru ya), mandi ke, makan ke, study ke, tidur ke. Yelah... Mana tahu bangun je terus dapat idea.

Keempat, awak nak tahu cara yang paling berkesan untuk membuat pembaca awak mahu lebih meneruskan pembacaan mereka pada cerita awak? Baiklah. Caranya ialah... Tinggalkan persoalan pada sinopsis, dan setiap bab yang awak buat. Ini ialah cara paling berkesan sekali! Persoalan yang awak buat itulah yang akan tersarang di fikiran mereka. Mereka pasti akan simpan buku awak di dalam library. Hehe.

Kali ni, saya nak puji awak sikit. Nak sikit ke melambung-lambung?

Pertama sekali, saya nak ucap tahniah kerana awak menggunakan tiga titik elipsis sahaja untuk bab 8 dan seterusnya. Tak lebih dan tak kurang seperti sebelumnya. Congrats!

Kedua, ini ialah teguran. Tetapi, ringan sahajalah... Awak perlu periksa semula bab 9 kerana awak tidak mencondongkan perkataan bahasa inggeris. TETAPI! Awak dah berjaya membuat para pembaca beremosi pada bab ini! Aaaaaa! Dengan saya sekali teremo. 😭 Kenapalah mama dia mati?

Huwaaaaa.

Ketiga, tahniah! Kerana awak membuat persoalan pada bab 11. Persoalan itulah yang membuat para pembaca tertanya-tanya apa yang bakal terjadi selepas ini! Yeah! Good job, sis!

Last, cerita awak ini boleh dikategorikan sebagai comedy + romance tau. Sebab cerita ini ada part yang menghiburkan. 😂 Good!

19/20

6) Hidup ke tak watak-watak tu?

Hmm... Sejujurnya, watak yang awak tulis itu hidup. Tetapi, awak perlu describe lebih lagi ciri-ciri watak yang awak buat.

Untuk menghidupkan watak-watak cerita awak ni lah, jangan ambil ringan. Mata hati awak perlu tajam begitu juga dengan deskripsi tentang sifat mereka melalui penulisan. Watak-watak yang hidup ni... Jangan ambil lewah sangat. Sebab pembaca mahukan realistik, menarik, pelik seolah-olah mereka kenal dengan sifat watak-watak cerita awak.

Merekalah tunggak gerak cerita. Dialog, gerak badan, sifat, reaksi mereka harus awak tulis dengan berkesan. Di dunia penulisan kita merakamkan secara serius wajah jelita, gigi jongang, tahu lalat, hidung mancung, mulut muncung, kulit cerah, Dan macam-macam lagi. Rajin-rajinlah merakam semua itu kerana itulah resipi yang tidak pernah berubah dalam dunia penulisan.

Jadi, awak sudah tahu cara untuk mengikat pembaca untuk tahu lebih lanjut lagi.

Okey. Dekat sini, saya akan ulaskan sifat yang ada pada watak-watak dalam cerita awak. Bagi watak Fariz, dia seorang yang ego, kepala keras dan nakal. Tahniah ya kerana awak berjaya membuat pembaca mengenali sifat watak ini. Bagi watak seterusnya iaitu watak Qaisara, dia seorang yang nakal, comel, sayang akan ibunya dan setia orangnya. Apa yang saya mahu kritik di sini ialah... Hehe. Kritik pula. Hmm... Tak tahulah. Baca ajelah. Heroin seperti Qaisara ini sudah banyak kali dijumpai pada kebanyakan semua cerita-cerita dalam wattpad ini.

Huhu. Please jangan terguris hati ya. But, it's okay. Saya pun tak tahu apa rancangan awak selepas ini. Mungkin awak akan membuat watak antagonis menyimbah asid pada wajah heroin? Ha... That's why I don't want to judge too early. Nanti termalu sendiri. Tapi, gempaklah kalau awak buat macam tu... 🙀

Bagi watak-watak yang lain pula(watak sampingan tidak kisahlah watak antagonis mahupun protagonis), jangan fikir mereka tidak penting. Watak sampingan inilah yang akan menjadi bantuan untuk proses cuit-cuit kisah, menjadi galur plot yang menarik. So, awak boleh tambahlah watak-watak sampingan punya sifat ya.

7/10

7) Rating. 000/100

Ready?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

UwU...

Tahniah, sis! 🎉🎉🎉

78/100

Saya doakan semoga sis akan berjaya dan maju dalam bidang penulisan selepas ini. ❤️❤️❤️

Buku : Benci Tapi Cinta

Author : AloeVeyrra03

Marks for now : 78%

Genre : Romance.

Kalau akak nak saya review semula pun boleh. Saya akan tengok keimprovean akak. Hehe. Bye.

1788 words

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top