Bab 3 : Kejadian Aneh

Pagi berikutnya bermula dengan suasana yang tegang. Azman tidak kelihatan di balai raya, tempat kesemua para pelajar berkumpul untuk mendengar taklimat serta memulakan aktiviti hari kedua. Rizal, sebagai ketua kumpulan dan rakan rumah seangkat Azman, memutuskan untuk kembali semula ke rumah angkatnya untuk mencari Azman. Jarak antara kawasan balai raya dengan rumah angkat mereka tidaklah terlalu jauh, hanya tujuh minit jarak jalan kaki.

Sesampai sahaja Rizal di perkarangan rumah angkatnya, dia mendapati keluarga angkatnya bersama Azman kelihatan panik dan cemas.

"Azman sudah keluar tadi, lepas Rizal gerak pergi balai raya." kata Pak Salim dengan loghat Jawa yang cukup pekat.

"Katanya, dia nak ke sungai sekejap nak mandi, letak baju kotor kat rumah, lepas tu baru pergi balai raya. Tapi, sampai sekarang, dia belum balik lagi nak letak baju kotor."

Rizal segera memanggil beberapa pelajar lelaki untuk membantu mencari Azman. Farah dan Aina turut sama membantu untuk mencari Azman. Mereka pergi ke kawasan sungai, tempat terakhir Azman dikatakan pergi, namun tidak menemui sebarang jejak.

Tiba-tiba, Farah menemui sesuatu di celahan bongkahan batu besar berdekatan kawasan jeram sungai - telefon pintar Azman beserta powerbank. Skrin telefonnya retak, dan telefon pintar Azman dalam mod kamera terbuka. Apabila dibuka, didalam aplikasi perakam video, terdapat satu rakaman terakhir. Farah menyerahkan telefon pintar Azman kepada Rizal.

Ketika Rizal menekan butang untuk memeprdengarkan semula rakaman video, rakaman suara Azman yang terdengar cemas kedengaran:

"Aku tak tahu apa yang aku nampak. Tapi... benda tu ikut aku. Jangan cari aku."

Suara Azman yang berada dalam rakaman sambil berlatarbelakangkan bunyi aliran sungai terhenti, disusuli bunyi jeritan yang panjang. Bunyi itu membuatkan semua yang mendengarkannya meremang bulu roma. Rizal memutuskan untuk segera memaklumkan kehilangan Azman kepada Pak Leman.

Wajah Pak Leman kelihatan muram apabila mendengarkan berita kehilangan Azman di sungai.

"Saya sudah agak dah perkara ini akan terjadi," katanya perlahan.

"Pantang larang telah dilanggar, dan kini penjaga kampung ini mungkin sedang marah. Saya hanya boleh berdoa agar tidak ada perkara yang lebih buruk terjadi kepada Azman."

Berita kehilangan Azman membuatkan pelajar yang lainnya merasa gelisah, terutamanya apabila memikirkan keselamatan diri masing-masing. Farah, individu yang paling dekat dengan Azman ketika insiden di patung kayu wanita itu, mulai menunjukkan gelagat yang aneh. Dia sering termenung, dan matanya meliar melihat sekeliling. Kadang-kadang kelihatan seperti sedang memandang sesuatu yang tidak kelihatan oleh orang lain.

Malam itu, Farah terbangun daripada tidur dengan nafas yang tercungap-cungap. Wajahnya kelihatan terkejut selepas bangun daripada tidur. Aina yang ketika itu belum lagi tidur menegur Farah kerana kelakuannya yang cukup pelik.

"Kau kenapa ni, Farah?" Aina menegur Farah. Aina merasa ada sesuatu yang tidak settle.

"Aku nampak Azman, Farah! Aku nampak Azman!" Farah memberitahu Aina, rakan biliknya bahawa dia telah bermimpi mengenai Azman.

"Dia berdiri di tepi hutan. Tapi muka dia... tak macam Azman," katanya sambil menangis.

"Azman macam... kosong. Tak ada mata, tak ada mulut."

Aina cuba menenangkan Farah, tetapi dia sendiri merasa seram dengan apa yang diceritakan oleh Farah sebentar tadi. Malam itu, mereka berdua tidak dapat tidur nyenyak. Di luar rumah, angin malam bertiup kencang, membawa suara seperti tangisan halus yang menyeramkan.

Keeseokan harinya, Farah semakin gelisah. ketika mereka sedang membantu penduduk kampung dikawasan surau, dia tiba-tiba menjerit dan jatuh pengsan.

"Dia ada di sini! Dia tengok kita!" jerit Farah sebelum tubuhnya rebah di perkarangan surau.

Pak Leman yang berada di situ segera memanggil penduduk terutamanya penduduk wanita untuk membantu.

"Ini bukan lagi perkara biasa-biasa," katanya dengan nada yang tegas.

"Kita perlu buat sesuatu sebelum semuanya bertambah buruk dan keadaan semakin meruncing."

Pada malam yang sama, Rizal dan Aina berbincang secara serius disalah sebuah rumah angkat mereka. Mereka sepakat untuk menyiasat sendiri punca-punca kejadian aneh ini. Rizal turut mengajak beberapa pelajar lain untuk turut serta, dan mereka memutuskan untuk pergi ke tempat patung kayu wanita yang disentuh oleh Azman tempoh hari.

Ketika mereka tiba di sana, suasana terasa agak menyeramkan. Cuaca yang pada mulanya cerah dengan biasan sinar rembulan, tiba-tiba menjadi gelap dan berangin. Patung kayu wanita yang disentuh Azman tempoh hari kelihatan lebih menyeramkan- seakan-akan ada kesan retakan pada wajahnya, dan ukiran bunga tanjung pada tangan dan kaki patung berkenaan telahpun hilang.

Rizal mendekati patung itu dengan berhati-hati sambil memegang lampu suluh. Di sekelilingnya, suara angin berdesir seolah-olah membisikkan sesuatu suara yang langsung tidak difahami.

Tiba-tiba, Aina menemui sehelai kertas lusuh yang tertanah dibawah patung tersebut. Tulisan di atasnya kelihatan kabur tetapi tetap masih boleh dibaca:

"Yang menganggu, akan diganggu. Yang mengambil, akan diambil."

Mereka memutuskan untuk membawa kertas itu pulang dan menunjukkan helaian kertas lusuh itu kepada Pak Leman. Namun, ketika mereka berpaling untuk berjalan pulang, Rizal mendapati bahawa salah seorang daripada mereka-- seorang pelajar bernama Hamid- tidak lagi berada bersama mereka.

"Hamid?" Rizal cuba memanggil rakannya yang dipercayai tiba-tiba menghilangkan diri sambil mengarahkan lampu suluh disekelilingnya.

Tidak ada jawapan suara. Yang kelihatan hanyalah kegelapan didiringi kesamaran lambaian pokok-pokok tinggi melampai yang bergerak ke kiri dan ke kanan mengikuti arah angin yang berdesir dibalik sinaran rembulan. Mereka berpecah dan cuba mencari Hamid disekitar kawasan pinggir hutan itu selama setengah. Namun, hanya bunyi cengkerik hutan yang bersahut-sahutan. Kegelapan malam dan juga keadaan pinggir hutan agak menyukarkan kerja-kerja pencarian Hamid.

Kemudian, mereka pergi ke rumah ketua kampung Pak Leman untuk menceritakan hal kehilangan Hamid. Pak Hamid yang ketika itu sudahpun tidur, bangun dan menemui pelajar-pelajar ini di kawasan tangga rumahnya. Dengan wajah yang kusut masai, berbaju pagoda dan berkain pelikat, Pak Leman nyata terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Rizal tentang kajadian malam itu.

"Kamu semua tak sepatutnya pergi ke kawasan itu pada malam hari. Bahaya." ujar Pak Hamid di tangga rumahnya sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kamun semua baliklah ke rumah angkat masing-masing. Pasal Azman dan Hamid tu, besok je lah kita bincang balik."

"Samada kita nak mulakan misi pencarian tu. Nanti Pak Leman bawak sekali dukun untuk permudahkan proses pencarian rakan-rakan kamu tu." Pak Leman memberikan jaminan.

Rizal dan rakan-rakan lainnya beransur-ansur pulang ke rumah angkat masing-masing dengan pelbagai perkara sedang bermain-main dikotak fikiran mereka. Selamatkah mereka apabila berada lebih lama di kampung ini? Apakah sebenarnya yang terjadi kepada Azman dan Hamid sehingga mereka tiba-tiba hilang tanpa jejak? Adakah keputusan untuk membuat Program Bakti Siswa di Kampung Lembah Geruh ini adalah satu langkah yang mengundang nasib malang?

Malam itu, mereka kembali ke rumah dengan perasaan penuh kegelisahan. Kini, dua orang pelajar telah hilang, dan mereka mulai sedar bahawa sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di Kampung Lembah Geruh--sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan logik akal.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top