9

"Kenapa awak nampak sedih?"

Seul automatik memberikan gelengan kecil. Bermaksud yang Seul ingin menafikan soalan yang baru saja terkeluar dari mulut Jeno sebentar tadi.

"Awak tipu. Tapi tak apa. Saya takkan sesekali paksa awak untuk bercerita kenapa awak sedih sekarang ni. Cuma saya nak awak tahu yang saya akan sentiasa ada di sisi awak kalau awak memerlukan seseorang untuk bercerita."

Seul masih lagi mengunci mulut sendiri dengan rapat. Tiada tanda-tanda mahu bersuara walaupun sekarang ini Jeno sedang menunggu Seul membuka mulut.

Sejak kebelakangan ini ingatan Seul kembali dipenuhi dengan Haechan membuatkan Seul jadi susah untuk membuka hati buat mana-mana lelaki di dalam dunia ini termasuklah dengan Jeno.

"Masa zaman sekolah dulu, saya ada seorang kawan. Nama dia Lee Haechan. Awal-awal dulu, saya tak suka Haechan. Saya benci Haechan sebab Haechan selalu kacau saya dan buat saya marah."

Jeno membuat keputusan untuk mendiamkan diri apabila merasakan yang Seul mula membuka cerita tentang masa lalu gadis itu sendiri.

"Lama-kelamaan saya sedar yang saya sebenarnya dah mula sukakan Haechan. Tapi malangnya Tuhan lebih sayangkan Haechan. Haechan pergi tanpa tahu yang saya ada perasaan pada dia."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top