5

"Kenapa pandang saya macam tu?"

Selepas hujan sudah berhenti tadi, Jeno dan Seul bukan pulang ke rumah. Sebaliknya mereka membuat keputusan untuk makan ramen di kedai 7E.

"Sebab hari ni awak nampak pelik. Selalunya awak tak pernah peduli pasal saya pun. Tapi kenapa hari ni awak tiba-tiba peduli pasal saya sampai awak sanggup tunggu hujan berhenti semata-mata awak tak nak tinggalkan saya seorang diri dekat tempat kerja tadi?"

Mendengarkan itu Seul meletakkan chopstick yang dia guna untuk makan ramen tadi sebelum dia memanahkan pandangan ke luar kedai 7E.

"Ya saya mengaku yang sebelum ni saya tak pernah peduli pasal awak pun. Tapi saya ni tak kejam lagi tahu? Saya masih ada hati dan perasaan. Takkan lah saya sanggup nak biarkan awak tunggu seorang diri dekat tempat kerja tadi? Sudahlah masa tu tengah hujan lebat." balas Seul yang kini sudah memandang Jeno.

Kedua hujung mulut Jeno terangkat ke atas. Membentuk satu senyuman manis membuatkan kedua belah mata Jeno turut menghilang dek senyuman itu.

"Kenapa awak senyum?" soal Seul.

"Sebab sekarang ni saya rasa gembira sangat. Walaupun awak tak ada perasaan pada saya. Setidaknya saya tahu awak masih risaukan pasal saya."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top