3

"Saya belikan coffee untuk awak."

Jeno tetap meletakkan kopi yang sudah dia beli selepas makan tengah hari tadi di atas meja kerja Seul walaupun dia tahu Seul tidak suka dengan pemberiannya.

"Aku belikan coffee untuk kau."

"Kenapa beli coffee untuk aku je?"

"Kau dah lupa ke aku ni dari dulu memang tak boleh nak minum coffee langsung? Nanti tak pasal-pasal aku mengantuk pula."

Untuk seketika waktu perbualan antara Haechan dan Seul dulu mula bermain-main di kotak fikiran Seul sendiri membuatkan dia mula diserang dengan rasa sebak.

"Saya tengah bercakap dengan awak ni." Jeno bersuara lagi apabila dia tidak mendapat sebarang balasan dari Seul padahal Seul ada saja di depannya.

"Maaf, saya teringatkan sesuatu tadi."

"Teringat pasal apa tu?"

"Tak ada apa-apa." balas Seul yang tidak mahu Jeno tahu tentang Haechan.

"Jangan lupa minum coffee yang saya dah belikan untuk awak tu."

"Terima kasih sebab awak dah belikan coffee untuk saya. Tapi saya harap ini kali terakhir awak belikan apa-apa untuk saya sebab saya betul-betul tak suka terima sebarang pemberian dari awak."

"Maaf. Tapi saya rasa saya tak boleh nak dengar cakap awak tu, Seul."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top