2

"Jom balik dengan saya."

"Tak apalah. Saya boleh balik sendiri."

Seul menolak tawaran Jeno itu dengan berhati-hati. Bahkan Seul menggunakan nada suara yang lembut. Tidak mahu Jeno berkecil hati dengannya.

"Kenapa awak nak kena balik sendiri kalau saya boleh hantarkan awak balik?"

"Sebab saya tak nak susahkan awak."

Jeno tersenyum kecut. Menurut Jeno itu balasan yang sangat klise yang pernah dia dengar selama ini. Pun begitu Jeno faham kenapa Seul membalas seperti itu.

"Cakap sajalah awak sebenarnya tak selesa nak balik dengan saya." ujar Jeno masih lagi dengan senyuman kecilnya.

"Bukan macam tu─"

"Habis tu, macam mana?"

Seul membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Tidak tahu mahu membalas apa. Sesekali Seul bermain dengan tali beg sandangnya.

"Saya tahu awak tak suka saya. Tapi saya tak kisah sebab saya tahu perasaan tak boleh dipaksa. Tapi saya ni teruk sangat ke sampai awak tak nak bagi peluang pada saya langsung untuk dapatkan hati awak?" soal Jeno dengan nada perlahan.

"Awak tak teruk. Awak baik. Baik sangat-sangat. Tapi saya ni yang bermasalah. Saya tak boleh nak terima awak atau mana-mana lelaki dalam hidup saya buat masa sekarang ni, Jeno."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top