10

"Haechan tu beruntung."

Seul hanya mampu mendiamkan diri. Menunggu Jeno kembali membuka mulut sambil membuang pandangan ke bawah. Menatap kedua belah tangan sendiri.

"Beruntung sebab dapat hati awak."

"Jeno─"

"Jujur saya tak pernah rasa cemburu macam ni. Lebih-lebih lagi dengan orang yang dah meninggal." Jeno terkekeh perlahan, mengenangkan nasibnya itu.

Kesudahannya lidah Seul menjadi kelu. Tidak tahu mahu berkata apa lagi. Membiarkan Jeno meludahkan apa saja yang Jeno mahu katakan padanya.

"Nampaknya saya memang tak ada peluang untuk dapatkan hati awak kan?" soal Jeno walaupun dia sudah tahu.

"Maafkan saya. Bukan saya tak pernah cuba buka hati saya untuk awak. Tapi sejauh mana pun saya cuba nak sayangkan awak. Saya akan tetap kalah dengan perasaan lama saya."

Jeno mengeluh lemah. Mata pula tidak lekang dari memandang muka Seul. Muka yang sudah berjaya membuatkan Jeno berada di ambang kehancurannya.

"Awak tak perlu minta maaf."

"Bukan salah awak pun."

"Tapi saya yang salah sebab dah jatuh cinta dengan seorang perempuan yang masih tak selesai dengan masa lalunya."

"Saya tetap nak minta maaf." ucap Seul sambil memandang mata Jeno.

"Saya betul-betul minta maaf sebab tak dapat nak balas perasaan awak."

"Awak lelaki yang baik."

"Dan saya doakan awak supaya satu hari nanti awak dapat hidup bahagia."

"Walaupun bahagia awak bukan tertulis dengan saya, Lee Jeno."

·

the end.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top