1

"Kenapa bagi saya makanan?"

"Sebab saya tahu awak tak makan lagi."

Balasan dari Jeno itu membuatkan Seul melepaskan keluhan berat. Lagi membuatkan Seul mengeluh sakan apabila melihat Jeno yang nampak selamba itu.

"Sebelum ni kan saya dah pernah bagitahu awak yang awak tak perlu susah-susah nak belikan apa-apa saja untuk saya."

"Saya tahu. Tapi─"

"Tapi apa?" soal Seul.

"Tapi saya tak peduli dan saya tetap akan terus belikan apa saja yang saya suka untuk awak walaupun saya tahu awak tak suka terima pemberian saya."

Jujur Seul sudah tidak tahu bagaimana mahu memberitahu Jeno yang dia sebenarnya tidak selesa apabila terus menerima pemberian dari lelaki itu.

Jeno itu sebenarnya sukakan Seul. Tapi Seul tidak. Pun begitu Jeno membuat keputusan untuk cuba memikat hati Seul. Membuat Seul jatuh cinta dengannya.

"Kenapa awak buat macam tu?"

"Awak tak perlu tanya soalan yang awak sendiri dah tahu jawapannya."

"Tapi awak tahu kan yang saya tak ada perasaan yang sama pada awak?" soal Seul berhati-hati kerana risau dalam diam dia akan melukakan hati Jeno.

"Saya tahu. Tapi macam saya cakap pada awak tadilah. Saya tak peduli awak sukakan saya atau tak. Tapi selagi saya boleh cuba, saya akan cuba untuk buat awak jatuh cinta dengan saya, Seul."

·

pergi baca fanfic first love (haechan) tu dulu sebelum baca fanfic ni

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top