NT - Font
_________________________
Soalan dari hollla07
- Font apa eh akak pakai... hiks, sedihlah bila dowload font ni font tu tapi tak sesuai -
_________________________
Okey, soalan pertama bakal dijawab! Ha, teruskan... teruskan sahaja membaca. Yalah, kalau nak tahu jawapan kenalah membaca, tak akan aku nak lukis pula.
Okey, jangan minta aku lukis. Takut tak cukup had gambar nanti.
Bila topik fasal font ini, aku sebenarnya sejenis pelupa. Kalau ada orang tanya... font apa akak guna... lawanya font, font apa ini? Otak aku akan proses muat semula dalam masa tiga saat dan terus ke Phonto.
Ini sebab aku merupakan spesies manusia yang main pilih sahaja font yang aku nak guna. Nama dia terus aku tolak tepi. Aku hanya pilih berdasarkan rupa.
Hiks... nampak sangat aku pilih rupa. Nak buat macam mana, taste aku memang pelik.
Dark Nooroo: *pandang Elias Ainsworth, Zenitsu, oc Nooroo yang hensem* Buat pertama kalinya, aku bersetuju.
Tetapi, aku tak adalah pro sangat atau berbakat dalam graphic. Huhuhu, aku buat pun pada mulanya sekadar suka-suka sahaja. Dan banyak kerja sekolah aku kena ada bakat Graphic.
Abad ke-21 katakan.
Namun, aku harap tips ini dapatlah bantu kau orang TvT.
___
FONT APA YANG NOOROO GUNA SELAMA NI?
Hrm, nampak sangat kau orang macam tak sabar-sabar nak tahu isi Phonto aku. Setelah bertahun... ke berapa bulan je, ah sama sahajalah tu.
Ehem! Setelah dalam tempoh yang lama, akhirnya aku akan bongkarkan font-font aku. Bersedialah *tarik langsir pentas*
Kasihan pula kau orang terpaksa habiskan internet nak load sepuluh gambar ini. Tetapi bukannya Wattpad boleh buat berbagai font pun. Letak emoji dekat message board pun tak boleh (mengutuk tanpa sedar).
Eh, tapi kejap... mana aku dowload semua font ini? Jawapannya ada di Google. Satu websites bernama Dafont.com
Terima kasih, sahabat. Tanpa kau, cover aku tak..
Dafont : Kau habiskan dua jam semata-mata nak tengok aku je! Pukul dua pagi pula tu! Penat aku! Kau memilih sangat.
Nooroo: Kau ingat pilih font macam nak pilih nasi kandar ke?
___
MACAM MANA NAK PILIH FONT YANG SESUAI?
Kalau kau orang perasan, kebanyakkan font yang aku selalu guna untuk tajuk ialah Hanbinger_Caps, Lemonmilk Medium, Blacklisted dan Cinzel. Kalau tajuk berangkai aku akan guna Hey October, Burnfolk dan Classy Beautiful.
Dan bagi kata pendek, ditulis oleh bla bla bla... aku akan guna Champagne, Lemonmilk Light dan Cicle (font Cicle dah ada kat Phonto).
.
Tips 1 - Pastikan font jelas
Kau orang gunalah font mana-mana, dia akan sesuai berdasarkan kreativiti kau orang. Yang penting pada font ini sebenarnya pilih warna.
Pastikan font kau orang tak sama warna dan kontra dengan latar belakang. Kalau background kau orang warna biru, kau orang pun guna warna ungu. Memang tak lawalah.
Gunakan warna kontra. Contohnya...
Biru
- Kuning
- Emas
Ungu
- Kuning
- Merah gelap (kalau ungu cerah)
- Coklat gelap
Hijau
- Kuning
- Coklat gelap
- Biru tua
Merah
- Coklat gelap
- Merah jambu tua
Dan warna hitam dan putih sesuai untuk semua warna. Jadi jangan kau tanya lagi mak cik saudara kenapa tudung aku kebanyakkan warna hitam.
.
Tips 2 - Buat eksperimen
Kau orang kena sendiri kena bermain dengan font. Cuba try... eh, cuba cuba? Cuba buat cover orang lain. Kalau dah bosan sangat, tukar cover sendiri.
Misalnya, font Vanishing, Nervous... sesuai untuk novel Science Fiction. Kalau untuk Horror, boleh pakai warna merah dengan background warna hitam.
Sambil sambil itu dua bulan sekali jenguk dafont. Hahaha boleh tengok mana tahu ada font baru ke nak dicuba. Yang penting, kau orang kena ada keberanian untuk cuba benda yang kau orang nak buat.
Boleh tengok kedudukan font orang lain. ( Jangan ko ambil seratus peratus sudah) Aku selalu sangat belek Cover Shop orang lain kerana malas nak fikir kedudukan font salah satunya. Yalah, semua benda aku malas.
Huhuhu... mohon jangan ditiru.
___
"Kok! Kok! Koook! (Semuanya nampak macam susah sehingga ianya selesai!) "
Hahaha, harap tips ini dapat menjawab soalan kamu deh. Lama benar aku tak jawab soalan engkau. Tangan aku inil...
Tangan: Asyik aku sahaja! Kenapa kau tak salahkan diri kau je?
Nooroo: Eh, tapi kau kan aku?
Kalau ada orang nak tanya soalan berkaintan cover, boleh tanya di segmen "Kau Tanya, Ku Jawab". Pandai-pandailah kau orang cari. Bak kata Amato, berdikari.
Okeylah, jumpa lagi di tips seterusnya kalau kau orang ada tanyalah.
Tataaa...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top