"TAK FAHAMLAH!"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

Fuh, lama juga aku tak menaip cerita ini. Yalah, aku pun rasa macam tak ada idea mahu menaip. Tidur sahajalah, wey!

Cakap fasal tidak faham. Aku pun banyak benda tidak faham masa kecil. Macam mana aku tidur dekat ruang tamu, bangun atas katil? Macam mana Naruto berjalan atas air?

Ada dunia lain ke dekat bawah telapak kaki kita ini? Betul ke kita nyanyi lagu Nina Bobo... muncul Nina Bobo versi pasir depan mata aku?

Eh, seram pula teringat. *Buka sedikit pintu bilik*

Tetapi itu bukan untuk dibincangkan. Lagi-lagi soalan terakhir. Jangan berani kau tulis lirik sini. Ambil masa seminggu zaman kanak-kanak aku cuba lupakan sebab takut punya fasal.

Addmath? Math? Bagi yang ambil aliran tinggi macam Sains, Akaun... fuh, kau orang okey, kan? Tidak meletup otak setakat ini kan?

Jangan risau, aku akan tukarkan segala kebodohan kita menjadi kebijaksanaan kita malam ini.

Tanpa buang masa, ayuh kita lanjut ke bahagian lain!

...

SEJARAH

Cakap fasal Sejarah, jujur aku kata. Aku suka membaca. Jadi walaupun aku tidak suka mengingati kenangan lalu, tetapi disebabkan minat aku hendak membaca dan duit poket aku kering, aku bacalah buku teks Sejarah.

Mula-mula aku baca buku Teks Tingkatan 1 dengan 2 berulang kali sampai nak hari peperiksaan pun tak payah buka buku teks. Sebab dah hafal semua.

Lepas masuk tingkatan 3, otak aku dah tak berfungsi dah. Anak manalah pergi singkatkan fakta Sejarah itu. Aku jadi blur bila baca. Macam... apa natang ini merepek.

Cikgu aku kata. "Ini untuk meringankan beban kamu."

Celah mana meringankan beban? SIAPA PERGI PENDEKKAN? AKU TAK FAHAM! Sampai aku nak highlight benda penting, aku rasa macam nak highlight satu mukasurat sebab dia memang dah pendekkan fakta jadi penting.

AAAAAH! (Masih tak puas hati.)

Aku salin nota pun, aku tak faham. Rasa macam nak gali kubur sendiri kemudian tulis dekat batu nisan, 'Nooroo yang tak puas hati dengan fakta yang dipendekkan'.

Satu hari itu, aku diberi ilham daripada langit. Bukan ayah Pin yang bagi. Mu jangan salah faham pula.

Aku guna bakat menulis dan bakat lawak aku yang aku dapat dari gen mak dan ayah aku, untuk tulis balik berdasarkan nota pendek Sejarah.

Ehem, macam ini!

______

Nota Sejarah Buku Teks (Original)

1.1 - Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat

Kemunculan dan kemahsyuran Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa telah bermula sebelum kedatangan Barat. Proses pembentukan, aduh... aku tulis sedikit berpinar mata aku.

Proses pembentukan bangsa mengambil masa yang lama dan melalui beberapa tahap berdasarkan sesebuah kerajaan. Kehebatan dan keagungan kerajaan Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Negara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit menunjukkan ciri-ciri negara bangsa berkembang dan diwarisi oleh kerajaan Alam Melayu selepasnya.

Eh, kau orang dah tidur ke?

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KERAJAAN ALAM MELAYU

Pembentukan ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu...

Okeylah, sebelum aku tertidur semasa menaip, baik kita berhenti di sini sahaja.

______

Nota Yang Diubah Nooroo

Kenal kerajaan Funan, Champa, Gangga Negara, Angkor, Majapahit, semua itu? Eh, bukan kerajaan Barat itu! Kerajaan ini telah wujud bermula sebelum kedatangan sek-sek Barat lagi. Ha, inilah janji Melayu! Eh, silap... kerajaan Melayu!

Hendak dijadikan cerita, ada seorang encik ini punya nama Ciri-Ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu. Fuh, panjangnya nama dia. Kenapa? Mana aku nak tahu... dah mak ayah dia yang bagi nama.

Encik ini ada empat orang anak, tau!

Anak sulung dia miliki nama Raja. Masuk sahaja ke universiti Kerajaan, terus jadi tonggak utama. Dekat sana, dia jadi orang besar. Kedudukan dia diperkukuhkan lagi dengan kehadiran bodyguard (para pembesar).

Lepas itu, dapat ketaatan pula dari adik bongsu (rakyat). Malah, abang nama Raja itu sentiasa ditaati dan dianggap suci. Pandai kau menipu adik mu, ya? Lepas belajar, terus ke Champa si Raja ini.

Sampai sahaja di Champa, Raja terus dianggap sebagai pemerintah yang suci sebab ijazahnya (beli ijazah) dan dikaitkan dengan Dewa Siva.

Anak kedua pula namanya Undang-Undang. Undang-Undang ini, bila dia besar, terus bertindak memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan. Baik budaknya ini!

Apa lagi? Seluruh wilayah pengaruh pun selalu minta tolong pada Undang-Undang serta menjadikannya panduan dalam pentadbiran kerajaan. Sampai kerajaan Majapahit panggil di Kutara Manawa, tau!

______

Jadi, begitulah cara aku untuk belajar Sejarah. Setiap orang ada lain cara. Ada yang salin nota, sudah faham. Kalau ada orang macam itu... letak alamat sekejap. Nak tukar otak.

Kalau ada yang bakat menulis macam aku, bolehlah cerita balik dan gambarkan mengikut imaginasi kau nota-nota Sejarah yang berbelit itu. Mesti kau faham punya!

Kalau yang ada bakat melukis, boleh lukis dan lakonkan watak mengikut nota-nota itu. Nak buat fantasi sedikit pun tak apa. Asalkan faham!

Begitu juga dengan yang mahir dalam edit ini. Boleh edit tulis nota sejarah. Tambah jadi aesthetic bak kata... siapa cakap, ya? Ha, bak kata Pinterest.

...

MATH - ADDMATH

Tak adanya trend kena ada couple dengan boyfriend yang pandai Math, baru faham Matematik dan Matematik Tambahan. Haram lagi mengharamkan!

Buka Youtube. Bolehlah cari saluran untuk matapelajaran pengajaran Matematik ini. Antaranya... sekejap aku senaraikan.

1) Cikgu Chong
2) Cikgu Hasnulfikri

Dia orang ini ajar dalam 15 minit, beberapa minit. Aku rasa macam aku boleh naik atas pentas ambil ijazah dia punya pandai itu.

Jadi, kepada sesiapa yang lemah Matematik, Addmath. Boleh guna cara belajar ini. Kau orang tak bodoh sebenarnya. Cuma tempat kau orang belajar itu salah.

*Bagi bom* Nah, Tatakae (Fight)!

...

BAHASA INGGERIS

Aku dulu lemah bahasa Inggeris. Aku lancar bahasa Inggeris bila aku marah sahaja. Itu pun campur dengan loghat Kelantan. Tak adalah aku jerit 'Gomo Kelate Gomo' masa aku marah. Gapo diolah mu ni... (Apa bendalah kau ini...)

Tak apa, jangan risau. Boleh daki daripada bawah balik. Daripada kau terburu-buru sampai terjatuh tidak terkelu. Eh, ayat dia macam sedap sahaja bunyinya.

Aku cadangkan kau dowload aplikasi English Grammar. Dia ada bagi nota fasal benda yang asas kepada benda yang berbelitkan kepala kau sekarang.

Ha, macam dekat ataslah!

...

APLIKASI

Ha, cakap fasal aplikasi. Mari aku tunjukkan aplikasi pembelajaran yang berguna untuk terangkan masa hadapan yang terasa gelap itu.

Harap dapat jumpa bakal jodoh sekalilah.

1) NoteBloc - Selalu hantar gambar tugasan dekat cikgu, kaburlah. Apalah. Crop susahlah. Ha, pakai sahaja aplikasi. Boleh crop, jelaskan gambar semua apalah.

2) PhotoMath - Kau ambil sahaja mana soalan Math, lepas itu aku tangkap gambar soalan itu. Abang PhotoMath akan menerangkan segalanya untukmu.

3) Forest
- Walaupun konsep tanam pokok, tapi ini bukan game tanam pokok, ya? Aplikasi ini akan kira masa berdasarkan apa yang kau set itu.
- Setiap kali kau berjaya fokus dalam masa yang kau tetapkan, kau akan dapat pokok! Yay! Boleh buat taman!

4) Calculator
- Yang hilang kalkulator kompleks, dowloadlah sambil kumpul duit beli kalkulator baru.
- Jangan salah faham, kalkulator aku ada. Cuma aku sayang hendak delete aplikasi ini. Mana tahu kalau aku punya kalkulator habis bateri ke.

5) AiScan
- Kalau cikgu hantar logo macam kau jumpa kat pasar raya itu, ha, sesuailah aplikasi ini untuk kau. Jangan pergi pasar raya, scan logo cikgu hantar itu pula.

6) OSEM
- Tempat di mana pelajar dan guru berkumpul. Ada nota dan latihan yang disediakan oleh para guru di aplikasi ini.

- Bukan itu sahaja. Kau orang boleh lawan ujian dengan orang lain. Setiap kali kau lawan ujian, baca nota, buat latihan... kau akan dapat coin. Kumpul coin banyak-banyak dan encik posmen akan hantar hadiah untuk anda!

- Aku tak galakkan sangat sebab dia ada Premium Version. Terhadlah pembelajarannya.

7) FLIP
- Sama sahaja macam Forest tetapi lagi best.
- Kau boleh setkan goal kau. Bukan tiang gol dekat padang sekolah kau. Setkan masa. Tetapi lagi bestlah.
- Setiap hari, abang FLIP akan bagi kata-kata yang bersemangat di notifikasi aku. Huhuhu, terharulah juga aku.

...

Baiklah, itu sahaja tips yang aku kongsikan untuk malam ini. Ha?

Dark Nooroo: Matapelajaran yang lemah lain macam mana?

Itu senang! Bukan masalah aku.

Dark Nooroo: *Angkat kapak*

EH! EH! Maksud aku... boleh guna cara yang aku kata tadi! Gunakan bakat dalam menulis nota atau tengok Youtube.

Baiklah! Ehem! Teringat pula dekat Mono (The Little Nightmares II game) bila tengok si Dark Nooroo itu.

Baiklah, ini sahaja tips yang aku kongsikan untuk malam ini. Ada tips yang lain atau tidak? Sila taip di sini!

Ada soalan mahu ditanyakan Nooroo? Tanyalah! Nooroo akan jawab di lain malam!

Selamat malam, assalamualaikum dan sayonara everyone!



















.
.
.
.
.
NOOROO: LATE NIGHT TALKS
-----------------------------------------
"It doesn't matter how dark the past or present is, our future will be brighter than the stars."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top