SALAM PERKENALAN!

Assalamualaikum, abang-abang, akak-akak, adik-adik, yang single dan juga yang taken. Selamat Malam semua! Yahu!

Mesti tertanya? Kenapa waktu malam? Kenapa tak siang ke, pagi buta ke, petang ke. Dah nama tajuk Nooroo: Late Night Talks. Mestilah waktu malam.

Kalau pagi, petang, malam jadi Nooroo Talk lah jadinya. Tak sedap. (Budak ini nak ada kelainan.)

(Guna kau dan aku, okey saja, kan?)

Memandangkan aku ni agak pemalu sedikit untuk cakap di mb orang... (pemalu ke malas?) jadi aku buat buku ini! Harap kita boleh jadi kawan!

Malam ini kita nak chill-chill. Tak nak serabutkan kepala. Nak relakskan otak. Sebelum aku perkenalkan diri aku, apa kata aku tanya dua soalan  pada kau orang semua.

1) Apa nama cik awak dan hari jadi cik awak? (Teringin nak wish. HAHAHAHA)

2) Apa jawapan pada... (Dilarang menggunakan kalkulator)
80.25 × 5.2 - 3.6

Jawab! Jangan tak jawab. Hehehe...

𒊹︎︎︎----------❤︎----------𒊹︎︎︎

7 FAKTA TENTANG AKU

...

Nama sebenar aku ialah Mira Filzah. Aku sebenarnya Mira Filzah yang dah kahwin dengan Wan Emir. Aku tahu semua terkejut sebab itu hanyalah angan-angan aku sahaja.

Nama sebenar aku ialah Nurul Idayu. Selalu aku digelarkan oleh kawan aku Mas Idayu, penyanyi dangdut padahal aku tak minat dangdut.

Adik aku panggil aku, akak buruk (kurang ajar punya adik). Keluarga terdekat aku panggil aku akak. Memandangkan aku anak sulung. Jangan salah faham, aku bukan Ah Long walaupun aku keluar rumah asyik bawa kayu (Kawasan rumah dekat dengan perumahan India. Banyak anjing).

Dekat Wattpad, orang panggil aku Nooroo. Macam kau oranglah.

Sekejap...

Nooroo Edayu
Nurul Idayu

Ya, aku tahu. Malas nak buat nama samaran hebat-hebat.

...

Aku tak pernah couple, ya serius. Sepanjang aku single selama 15 Tahun, aku duduk tengok sahaja kawan-kawan aku clash, couple, clash, couple. Macam dalam drama.

Bak kata Mak Lang aku yang sudah menjadi doktor yang berjaya, 'Mak Lang kaya sebab Mak Lang tak kahwin'. Dan aku akan ikut kata-katanya.

Dan sebab aku single kerana aku terlalu hebat untuk dicintai seseorang. MUAHAHAHAHAHA...

Dark Nooroo: Erm... tapi crush banyak.

Hehehe. (Dalam kepala ada Eren Yaegar, BoBoiBoy, Amato, Ditektif Conan, Hanako-kun, Keita, Louis Robinson... dan banyak lagi.)

...

Aku tak suka make-up. Nak tepek bedak pun rasa malas. Pernah satu hari tu, keluarga perempuan belah ayah aku nak inai ramai-ramai. Aku memang anti dengan barang kecantikan, memang lari satu kampung. Hahahaha, tapi balik semulalah.

Barang kemas? Hurgh, dalam mimpi sahajalah aku pakai. Rasa macam kena ikat  dan tak selesa pakai gelang. Rasa rimas. Jadi, tunjuklah gelang cantik depan mata aku, aku tak akan pandang walau sebelah mata.

Mungkin, sebab semua adik-beradik aku lelaki kot.

...

Aku merupakan bekas pesakit depresi. Aku tak pernah jumpa doktor tapi ada seorang akak Anxiety Social... abang Personality Split, pak cik Skizofernia, ayah pada Hypersomnia, Isomnia. Halusinasi dan macam-macam lagi.

Yang aku keluar itu... masa bulan September tak silap. Aku ini takut nak beritahu orang masalah aku, jadi aku memang suka pendam.

Aku keluar pun sebab usaha sendiri untuk keluar dan tawakal sahaja, tau.

...

Kenapa Nooroo_Edayu03? Kenapa bukan Nooroo_Edayu sahaja? Okey, alkisahnya begini.

Aku ini seorang yang pelupa. Maklumlah makanan kegemaran aku maggi. Kawan aku ada reccomend aku app Wattpad ini masa aku 13 tahun, memandangkan aku selalu tulis novel pada buku tulis sahaja.

Akaun pertama aku, Nooroo_Edayu. Kemudian, telefon aku rosak sebab adik aku pergi rendam telefon aku dalam baldi air fasal aku makan kek dia. Kurang ajar betul. Sampai sekarang aku ingat.

Memang paniklah. Ambil masa beberapa minggu nak baiki. Kemudian aku buka Wattpad, tak ingat kata laluan. Jadi, Nooroo_Edayu02 diwujudkan.

Kali kedua ialah sebab aku tak sengaja terdelete Wattpad. Nak delete aplikasi lain, tetapi ternyahpasang pula aplikasi ini. Menangis aku sejam. Terpaksa buat akaun baru.

Inilah sejarah bagaimana Nooroo_Edayu03 dibuat.

...

Ambo ni ore Kelate narnyo. Sapo ore Kelate sini! Angkat kaki!

(Aku ini orang Kelantan sebenarnya. Siapa orang Kelantan dekat sini? Angkat kaki!)

...

Aku ini multibakat. Aku banyak bakat macam bertukang, melukis, menulis, buat cover, edit video, fotografi, memasak. Semua aku minat.

Tetapi, antara banyak-banyak itu. Aku pilih untuk jadi animator sahaja. Hehehe, animasi best apa?

𒊹︎︎︎----------❤︎----------𒊹︎︎︎

Dan, itulah! 7 Fakta Menarik tentang aku! Agak bosan, kan? Maaflah santai sangat sebab tengah tulis sambil makan Milo Nugget ini...

Ada benda lain yang ingin tanyakan pada aku? Tips penulisan? Tips melukis? Tipas... eh, silap pula. Tips lain-lain? Soalan mengenai aku? Ha, boleh tanya di bawah.

Soalan:

Aku akan jawab di malam yang seterusnya! Selamat malam!

.
.
.
.

NOOROO: LATE NIGHT TALKS
"Before going to sleep every night, forgive everyone and sleep with a clean heart."


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top