RESULT SPM

Nooroo : Fulamak! *terjah pintu* Assalamualaikum, kau orang semua!

Nooroo : Eh, apa fasal kau orang macam berhabuk semacam? *pandang bilik yang sunyi semacam*

Dark Nooroo : *bersihkan habuk pada badan* KAULAH! BERKURUN TAK SENTUH BUKU NI!

Nooroo : AHHH! Aku taip! Bukan sentuh! *cuba larikan diri*

Dark Nooroo : MELAWAN PULA, YA! *bawa keluar batang penyapu*

Pembaca : *pasrah melihat Nooroo dikejar oleh dirinya sendiri*

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Ush, semua belek bab ini mesti nak tahu keputusan SPM aku, ya? Wah, wah, wah! Bayarlah sedikit. Satu subjek, 50 ringgit. Amacam?

*Bunyi cengkerik*

Dasar tak nak keluarkan duit. Nak juga aku keluarkan ayat.

Okeylah, mula-mula sekali... pada pukul 10 pagi, ketahuilah semua warga Malaysia yang berumur 18 tahun tak cukup bulan berdebar melihat keputusan masing-masing. Sementara aku duduk sibuk baca komik Gaza isu 7 dan mencarut pada Israel.

Namun, sebelum itu aku ada muat naik sesuatu dekat status what's app aku.

Iaitu...

- - -

Okeylah!

Kalau dapat 4A dan ke atas, aku lukis Solar dan Sori.

Kalau dapat 4A dan ke bawah, aku lukis Kanroji Mitsuri.

Dan kalau tak dapat A langsung, aku lukis Zenitsu 😔✨

- - -

Aku memang tak ada harapan tinggi sangat aku akan bergambar atas pentas hari ini. Tengoklah banyak mana air mata halimunan aku duduk dekat dalam dewan tu jatuh.

Walaupun adalah juga sebelum cek keputusan, terbayang aku naik pentas. Tetapi itulah. Setakat naik pentas atas katil tu kira okeylah.

Maka lepas puas marah dekat Israel dalam Komik Gaza 7, aku pun berniat untuk cek keputusan itu bila sampai ke sekolah. Siapa sangka aku dapat keputusan macam tu.

Adalah dalam diri aku bersyukur, dan ada juga kecewa sebab tak dapat berlagak atas pentas. Walaupun begitu, orang terdekat aku cuba yakinkan yang keputusan aku ni... kira okeylah.

Dan seperti dijanjikan, aku pun lukis Mitsuri Kanroji!

Apa hal sketch aku lagi okey dari lukisan lima minit aku?

Iya, keputusan aku 3A 2B 3C dan 1E!

Eh, okeylah. Dari markah 8 dalam Matematik Tambahan tetiba lulus.

Yang tak puas hatinya Matematik itu. Dia macam terkejut, terkedu semua itulah. Tetiba dapat B+

Padahal banyak tinggal kot.

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Pada mulanya adalah aku rasa kecewa dan patah hati bila tengok keputusan aku. Sebab dia macam tak capai apa yang aku harapkan. Lagi-lagi 2B+ itu. Sikit lagi nak dapat A!

Lepas mukadimah dan tenung dinding selepas Zohor sampai tertidur, aku pun tidak semena-mena disentak oleh sesuatu.

Mungkin keputusan aku bukan boleh membuatkan aku naik ke pentas, tapi tak bermakna aku tak boleh pegang segulung ijazah atau tak mampu capai apa aku nak.

Lagi-lagi, kalau kita ada matlamat yang tinggi... dan sikap tidak berputus asa. Semuanya akan boleh. Yang penting kita ada usaha, doa dan tawakal.

Kalau rezeki itu dituliskan untuk kita. Tak akan ada siapa dapat menghalang!

Mana tahu, nama aku tak terkenal di hadapan orang. Namun, aku ada matlamat untuk wujudkan sebuah studio animasi sendiri. Siapa sangka, beberapa tahun akan datang, animasi aku boleh terkenal ke seluruh dunia! Ushh!

Tetapi janganlah kenal sangat. Risau pula kau orang kenal aku dekat mana-mana. Tak fasal-fasal kena berlatih bahasa kucing supaya orang buat-buat tak kenal.

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Itu sahaja celoteh selepas membiarkan buku ini berhabuk buat beberapa bulan lamanya. Rasanya aku akan cuba meriahkan buku ni sementara tunggu keputusan UPU kelak.

Dan mungkin aku akan sambung buat cover nanti.

Okeylah, begitulah. Ada lagi budak tahun 2005 dekat sini? Kalau tak segan, bolehlah tunjukkan keputusan SPM kau orang kat sini!

Ada soalan yang mahu ditanyakan Nooroo? Insya-Allah, akan dijawab dengan segera. Hahaha...

Yang soal subjek apa dapat apa tu, satu subjek 50 ringgit en. Ceh, gurau je. Tapi kalau nak bayar boleh je. Hehehe...

Bye! Assalamualaikum! Jumpa kau orang lagi!














Dark Nooroo : *malu-malu* Tahniah!

Nooroo : Eh, takkan tahniah je? Belikanlah aku game! Ha, meh aku nak cek. *keluarkan senarai* Aaaa... ha aku nak beli game Omori, game Franbow, Little Nightmares. Ha, Lost and Play pun nak beli juga!

Dark Nooroo : Malaslah.













.
.
.
.
.

NOOROO: LATE NIGHT TALKS
-----------------------------------------
"Yakninya orang berjaya bukanlah orang yang cemerlang keputusannya. Tetapi hakikatnya orang yang berjaya ialah orang-orang yang beriman. "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top