"PRANKESTER"

Hai semua! Dah tidur ke belum?

(Macam mana dengan PKP bagi negeri yang terkena? Huhuhu...)

Alamak, lamanya Nooroo tak update! Hahaha, al-maklumlah... si Nooroo ini dah kerap tidur awal sekarang.

Dan... Nooroo: Late Night Talks dapat ranking nombor satu dalam #talkbook. Macam... seriuslah, wey! Aku baru muat naik dua bab saja!

Huhuhu... terima kasih kau orang!

Ya, tajuk kita malam ini ialah macam dia atas. Prankester? Okey, kisah dia bermula dari begini...

Aku kalau jumpa diri aku masa lalu, memang aku hempuk dia punya kenakalan dulu. Bukan orang sekeliling aku sahaja tepuk dahi, dengan aku aku sekali tepuk dahi.

Ya, dulu aku ini memang suka mengenakan orang. Jadi 'queen prankester' bak kata orang putih. Tapi jangan risau, aku dah bertaubat, tak kenakan orang luar lagi. Aku kenakan adik aku sahajalah.

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Masa aku tingkatan satu dahulu, aku ini kira budak pediamlah kat sekolah. Tapi dia orang tak nampaklah tanduk aku setakat ini.

Nak dijadikan satu cerita, aku bosan. Yalah, aku dulu ada kebimbangan sosial sedikit, jadi aku tak tahu nak bergaul dengan orang. Kemudian, aku dapat idea untuk kenakan orang.

Mula-mula aku kenakan si Bayam, lelaki. Aku sengaja hantar surat cinta pada dia. Bukan surat cinta macam perempuan itu. Eww, geli aku.

Nak tahu apa isi surat dia. Begini...

Kepada, Bayam kelas 1 Matahari

Saya sebenarnya sudah lama minat pada awak. Setiap gerak-geri awak selalu saya perhatikan. Sampaikan tidur saya tak lena kerana terlalu menyintai awak.

Saya harap, kalau awak tak terima cinta saya, kita berkawan sahajalah.

Daripada,
Seorang lelaki yang mencintaimu.
P/s: Saya gay tau.

HAHAHA, aku mahu sahaja pukul aku masa lalu itu. Ya Allah, nakalnya! HAHAHA, aku kalau dapat surat macam itu auto terkejut sampai demam.

Aku ini jenis tak serik, aku kenakan seorang lagi namanya Lobak. Lelaki juga. Aku dengan kawan aku (Kubis) ini berkomplot untuk kenakan.

Rancangan aku ialah aku nak basahkan kerusi dia. Jadi, aku ambillah air dalam bekas kecil, aku letak segala jenis habuk dan kacau-kacau sampai air jadi hitam.

Keesokan harinya, Kubis iaitu kawan sekelas Lobak pun ambillah air tu dan tuang pada kerusi Lobak masa dia tak ada dalam kelas.

Jangan risau. Aku baik lagi masa itu. Aku tak basahkan buku sekolah dia. Aku suruh Kubis basahkan kerusi dia sahaja.

Selepas itu, memang menjeritlah si Lobak. Macam... "WOI, SIAPA BASAHKAN KERUSI AKU? HABIS BASAH PUNGGUNG AKU!"

Bukan aku kesian, aku pergi bantai gelak. Tetapi itulah, waktu aku kecil dahulu. Aku tidak tahu, kurma itu wujud.

Gelakan ala penjahat Melayu Terakhir itu terhenti tatkala kawan aku lagi seorang (Timun) pun bagitahu orang lain tentang kegiatan aku. Orang lain pun bagitahu si Lobak yang aku basahkan kerusi dia.

Aku macam... eh?

Dan aku ingat lagi, aku pernah hantar surat minta maaf dekat Bayam yang aku kenakan melalui kawan aku iaitu Kubis.

Kau nak tahu tak apa reaksi Bayam?

Lepas dia baca itu, dia campak surat aku lepas itu dia gelak sambil tutup muka (Cerita dari Kubis). Nasib aku tak sekelas dengan dia, kalau tak memang masa itu aku lari juga.

   Siap kawan sekelas Bayam yang perempuan, syak aku suka Bayam. Aku punya takut sampai aku demam lima hari. Eh, kalau aku boleh nasihat diri sendiri, memang aku dah tegur dah.

Balik semula pada Lobak.

Lobak ini kira gentleman. Dia kata... ish, kalau aku lelaki, dah lama dia pukul aku. Tapi sebab aku perempuan dia maafkan sahajalah.

Aku pun... menarik nafas lega. Alhamdulillah. Aku selamat. TvT.

Satu hari itu, paling kelakar. Aku keluar daripada tandas perempuan. Dalam masa yang sama, Lobak dan Bayam pun turun dari tangga.

Paling dramatik, aku, Lobak dan Bayam pandang sesama sendiri. Siap terhenti lagi pergerakan Lobak dan Bayam tengok aku. Aku macam... habislah.

Lama kita orang bertatapan macam drama filem. Cepat-cepat aku jalan macam biasa pergi kantin sementara Lobak dan Bayam belakang aku. HAHAHAHA janggal, wey!

Akhir kata untuk malam ini, aku nak pesanlah. Janganlah kau orang mengenakan orang lain. Atau tak... jadi macam aku. Rasa macam nak teranjang diri masa lalu aku. Huhuhu.

Aku pun dah tak nak kenakan orang lain lagi dah. Lagipun tak baik kenakan orang ini...

Dark Nooroo: Sembang.

(Bunyi latar belakang suara mengimbas kembali.)

Adik aku: *tengah tonton siaran televisyen*

Aku: Adik, nah. Air Milo. *bagi air Milo.*

Adik aku: *Tayang muka pelik.* Kenapa akak bagi air Milo ini?

Aku: Bukan akak bagi, ummi buat.

Adik aku: Oh, okey. *Terus minum air milo itu.*

Aku: *Perhatikan adik aku minum air yang penuh kicap dengan satu senyuman.*

Adik aku: UHUK! UHUK!

(Tuuut...)

Macam aku pesan tadi, kita janganlah kenakan orang yang kita tak kenal. Jangan sampai aksi itu memakan diri sendiri.

Kalau kita asyik kenakan orang lain, kita mungkin tidak akan dipercayai sesiapa pada satu hari nanti. Menyesal tiada guna dah.

Janganlah ikut perangai aku waktu kecil dahulu, huhuhu. Kalau kau ikut, mesti kau rasa bersalah sampai mahu hempuk diri kau masa lalu.

...

Itu sahaja bual-bual malam kita hari ini! @Iszanirah, nanti aku marathon drama yang kau cadangkan itu, en? (Kalau Internet kuatlah.)

Ada pengalaman pernah dikenakan? Sila kongsi di sini!

Ada soalan hendak ditanyakan aku? Tanyalah! Aku akan jawab di malam yang lain.

Hujung ayat, aku ingin ucapkan selamat malam dan Assalamualaikum!

.
.
.
.
NOOROO: LATE NIGHT TALKS
----------------------------------------
"Good night. Let the stars light the way to where your dreams can be found awaiting your arrival."
- Anthony T. Hincks -

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top