"PLOT MENARIK?"

Soalan:
"Tips untuk cerita lebih menarik? Tips untuk jalan cerita tak bosan. Ahak hai!"
- hollla07

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Assalamualaikum dan selamat malam semua! Harap semua tidur awallah malam ini. Kalau yang Isomnia itu, bersenam robiklah sebelah katil sampailah rasa mengantuk.

(Jangan sampai langgar katil sudahlah.)

Sebut fasal jalan cerita, mesti ada asasnya. Macam permulaan, konflik dan penyelesaian masalah. Jangan risau, dalam dunia penulisan tiada suruh cari 'x' macam matematik.

Harap-haraplah...

...

Untuk menghasilkan jalan cerita yang menarik, pertama sekali kita kena berfikir luar dari readers.

Eh, macam berbelit sahaja ayat ini. Contohnya, mula-mula fikir macam pembaca, apa tanggapan dia orang apabila baca tajuk dan sinopsis cerita ini.

"Pencuri Hati Si Puteri"

Tanggapan readers:
- Seorang rakyat biasa yang diambil sebagai pengawal peribadi puteri.
- Seorang rakyat biasa kata ada salur diraja diambil ke istana.
- Kalau orang itu psycho, dia akan fikir orang betul-betul bawa lari hati puteri.
- Puteri akan luah cinta dahulu
- Rakyat biasa akan luah cinta dahulu

Tanggapan luar readers:
- Seorang duda anak satu merupakan anak tukang masak istana (terpisah sejak lahir) dibawa ke istana dan tinggal di sana.
- Anak si hero yang beritahu si hero suka heroin dekat orang ramai. Dasar anak derhaka.
- Duda jadi pembantu tukang masak.

Kalau tangan taip lain, lari dari plot. Tak apa! Teruskan sahaja. Hahaha, sebab kadang-kadang tangan saya taip lain, saya biarkan sahaja. Boleh tukar jalan cerita sedikit.

.

Macam penulis novel Romance, asyik-asyik kahwin paksa. Asyik-asyik orang ketiga. Aku tanya mak aku, betul ke selama perkahwinan dia orang ada orang ketiga.

Lepas tu mak aku kerut dahi. Mesti mak aku ingat ini hasil aku tengok sinetron Indonesia waktu enam tahun. Mak aku pun jawab. Tak ada.

Ha, tak ada! Tipu sahaja ada orang ketiga. Ayah dengan mak aku elok sahaja kahwin. Dapat tiga orang anak pula itu. Cuma anak sulung dia sahaja yang cantik.

Namun ada juga orang ketiga dalam perkahwinan cuma sangat jarang!

Idea ini Tuhan bagi memang bagi banyak sahaja. Cuma kita sahaja malas hendak berfikir. Tengok aku, setiap kali masuk tandas sahaja ada idea.

Pelik juga aku. Apa syaitan baik sangat ke pergi bisik idea dalam telinga aku. Sudahlah waktu aku angkat takbir pun dia kacau. Kurang ajar.

Gabung-gabunglah genre sedikit. Macam fantasi gabung dengan romance. Teenfiction dengan romance. Banyak lagilah. Panaromal dengan Romance ke. (Bunian cinta manusia ke. Seram pula terfikir.)

Janganlah asyik orang kaya sahaja. Sekolah sahaja Tengku. Sekolah sahaja anak Dato. Dewasa sahaja CEO. Tengok hero dari Anxiety Love (buku aku), dia ada anxiety. Bapa pun kerja dekat pasar malam.

Tetapi ramai pembaca aku menggila dengan dia. Termasuk aku sekali. Sedihlah cakap fasal Afiq. Sudahlah, tak nak cakap lagi.

(Huhuhu, sampai hati Afiq tinggalkan aku. Kurang ajar perempuan yang dekat dengan dia walaupun aku juga yang tulis.)

Kembangkan idea. Hasilkan watak yang lain dari yang lain. Jangan asyik orang kaya sahaja. Memang muak orang hendak baca. Sebab itulah aku tak tengok drama Melayu.

Buatlah jadi abang Grabfood ke. Abang Nelayan ke. Heroin kerja kedai mamak ke. Heroin animator ke. Hero tukang masak... lapar pula.

Be creative. Sentiasa fikir lain daripada lain.

.

Semasa jalan cerita ditulis, selitkan pengajaran dan nilai murni. Janganlah buat pembaca rasa macam... eh, apa aku baca ini. Yang Fujoshi itu, nak tulis tu... diam-diam sahajalah. Jangan sampai orang lain terpengaruh nak tulis.

Tambahlah nasihat dari mana-mana kau dengar. Selain kau tulis cerita, kau dapat pahala.

Macam cerita autisme. Aku punyalah teruja nak baca cerita melibatkan itu sebab adik aku pun autisme. Akhir sekali, dia tiba-tiba sembuh macam magik.

Aku pun tolehlah dekat adik aku yang tengah makan. Aku macam... apakah. Ke mana logiknya.

Masa tulis itu, janganlah serius sangat. Takut pembaca nak baca. Nak bagi dia orang tak bosan, tambahlah lawak bodoh dekat situ.

Kalau dia orang tak gelak, gerak encik pocong dekat pondok kubur itu pergi rumah orang yang tak gelak itu. Lepas tu paksa dia orang gelak.

Masa scene sedih, emosional. Jangan tambah lawak. Nanti tak jadi sedih. Tidak fasal fasal gila pembaca sekejap gelak sekejap menangis

.

Elakkan untuk baca cerita lain yang genre sama dengan kau. Kalau kau tulis cerita Romance, baca selain Romance. Kalau aku, aku akan baca CreepyPasta. Oh my god, aku bacalah nanti lepas tulis. Best pula teringat. 🤣

Jadi aku sarankan baca banyak-banyak dahulu buku sebelum tulis. Kalau ada writerblock, kau dengar lagu ataupun baca buku lain.

Ha, satu lagi tips sebelum aku hendak tengok Detektif Conan, kalau nak bagi otak lancar... kebanyakan orang akan dengar lagu. Kenal pasti lagu yang sesuai dengan jalan cerita.

Macam aku, aku kalau hendak tulis AliYa, aku kena dengar lagu sedih. Aku pun ikutkan sahajalah. Aku pasang lagu rancak, auto aksi aku tulis jadi kaku. Pasang lagu sedih, rancak pula aksi.

.

Harap ini menjawab soalan adalah. Jangan garu kepala sudahlah. Konfius kutu nanti. Dia belum datang hinggap kepala kau, kau dah tergaru-garu kepala.

Ada beberapa tips lain? Kongsikan di sini!

Ada soalan hendak ditanyakan Nooroo? Nooroo akan jawab di lain malam!

Selamat malam semua! Oyasumi, assalamualaikum dan goodbye!












.
.
.
.
.
NOOROO: LATE NIGHT TALKS
-----------------------------------------
"TATAKAE!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top