"OMG, OPPA!"
Soalan:
-----------
Layan K-Drama, tak? Saja tanya.
Reccomend: Flower Of Evil
- Iszanirah
Nota Tambahan:
Umobile ni cari fasallah. Dia punya loading nak tag itu, kura-kura boleh siap lari dengan The Flash lagi.
𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎
Jangan ingat aku nak cakap fasal bias. Aku dah bagi amaran awal-awal. Aku tak minat artis K-POP. (Tak ada niat ingin menghina di sini)
Aku ini tidak suka sangat duduk tengok cerita drama ini berjam-jam depan televisyen. Drama Melayu, drama Cina ke atau jenis drama pun aku memang angkat kaki untuk tengok.
Tetapi... Tanah Kubur tu aku tengoklah. Bukan Tanah Kubur yang sinetron itu.
Pak Imam: Astagfirullahalazim!
Jenazah: *Bergerak ke kiri dan ke kanan macam ikan.*
Orang Kampung: *Pakat-pakat urut dada.*
Ahli keluarga arwah: Arwah dulu... selalu main Tik Tok. Sebab itulah jadi macam ini. Astaghfirullah...
Erm, memang tidaklah.
...
Hendak dijadikan cerita, dua sepupu aku bosan dekat kampung, rumah Mak Lang aku. Dia orang pun ajaklah aku tengok drama Korea.
Aku punyalah menolak. Sebab drama Korea ini satu episod sudah satu jam, kot! Lenguh leher aku duduk tengok skrin televisyen. Nanti tidak fasal-fasal ingat aku Mak Limah Patah Tengkuk pula.
Namun, apa boleh buat. Aku pun... pasrah sahajalah. Kalau aku tak nak, lagilah dia orang paksa. Duduk sahaja depan televisyen dengan muka orang dewasa tidak dapat duit raya.
Jadi, cerita Korea pertama aku tengok ialah Bring It On, Ghost. Nama tajuk dalam bahasa Korea, aku tak ingat sangat.
Cerita dia memang terbaik. Sebab banyak hantu dan banyak aksi (Jenis suka tengok filem aksi). Hantu-hantu dia pun amat menyentuh hati. Huhuhu...
Ada satu bahagian di mana Bong Pal rindu emak dia itu, aku punya menangis teruk sampai bergelen-gelen air mata keluar. Kalau tadah ini, boleh sedekah dekat rakyat Selangor yang tak ada air dulu.
Apabila aku nangis macam itu, memang kena bahanlah. Sekali dengan Mak Lang aku pergi naik sekaki perli aku. Jadi, selama dua hari berturut-turut aku kena perli. Kurang ajar betul.
...
Yang kedua ini pun sebab sepupu aku paksa lagi. Haih... memang minatlah dia orang dengan drama Korea. Aku sebagai sepupu paling tua, reda sahajalah teman dia orang tengok k-Drama.
Cerita yang fasal... wanita yang ada kuasa kuat. Do Bong Soon. Yakah? Tidak ingatlah.
Kalau yang tidak tengok lagi cerita ini. Tajuk dia tidak silap aku, Strong Woman Do Bong Soon. Macam aku kata tadi, kalau belum tengok lagi, aku memang galakkan kau orang untuk tengok.
Dia punya lawak dia, sampai gelak tak kering gusi! Aksi dia. Fuuuh...
...
Kemudian, yang ini aku kena paksa pula dengan kawan aku. Inilah rupanya kehidupan dikelilingi peminat drama Korea. Selalu kena paksa... huhuhu TvT
200 Pound Beauty pula aku tengok. Kisah dia menceritakan fasal seorang wanita gemuk yang kerja sebagai lipsing orang. Ada seorang lelaki minat dia tidak silap masa dia gemuk.
Kemudian, dia rasa sedihlah. Yalah, kena body-shaming setiap hari. Siapa tidak sedih. Dia pun buat pembedahan plastik sampai jadi kurus.
Jadi kurus, apa lagi? Terus nyanyi keliling dunia. Ha, setakat itu sahajalah. Yang lain, kau orang kena tengok sendiri.
...
Yang ini pula merupakan K-Drama yang paling best, paling gempak aku pernah tonton. K-Drama dia ialah 'While Were You Sleeping.'
Kenapa aku kata paling hebat? Sebab dia punya jalan cerita, penyampaian watak... fuh, memang syok tengok! Lebih-lebih lagi k-drama ini aku tengok dengan kerelaan hati.
Dipendekkan cerita, aku bosan cuti sekolah masa tingkatan satu. Aku pun belek-belek dengan Iflix, apa yang boleh tengok. Jumpa satu drama yang menarik, terus baca sinopsis.
Baca punya baca... heroin dia ini boleh mimpi, bila dia mimpi, jadi benar. Aku pun macam, eh, ni macam heroin dalam cerita aku yang keberapa belas ini. Aku pun tekan butang untuk muat turun cerita itu.
Kalau aku boleh mimpi jadi benar, setiap hari aku nak mimpi dapat hadiah satu juta. Best siot.
Cerita ini lebih kepada peguamanlah. Waktu inilah bermula cita-cita aku nak jadi peguam tapi diberhentikan sebab aku malas nak berdebat dengan orang. Baik bagi oc aku sahaja berdebat dengan yang lain.
...
Kepada Izy, maaflah. Tidak dapat mahu tengok drama itu. Encik Umobile tidak membenarkan saya bersuka-ria dengan internet yang banyak. Dasar Umobile.
Hambar, kan? Sebab aku tengah mengantuk sambil menaip. 🤣 Itu fasal macam kurang bertenaga menaip. Rasa macam seratus kilogram beras duduk dekat mata walaupun aku tengah pasang lagu 'Sasageyo' di telefon.
Maklumlah, aku ini tidak layan K-drama sangat. Tetapi aku layan kalau ada banyak aksi. Bukan aksi lucah tetapi aksi menembak, macam aksilah. Aksi...
Kau orang pun ada tengok K-Drama ke? Boleh kongsikan di sini!
Ada soalan yang ingin ditanyakan Nooroo? Aku akan jawab di lain malam!
Huargh... apa buatkan aku tak ngantuk, ya? Geramnya. Mengantuk tetapi semangat nak melukis itu berkobar-kobar.
Dark Nooroo: *Tunjuk audio bertajuk 'Gelakkan Dato' Seri Vida'*
Woi, woi! Bahaya! Bahasa! Eh silap, bahasa pula. Itu nama ayah cikgu aku. Bahaya! Jangan pasang! Tidak tidur aku malam ini!
Akhir kata, selamat malam dan assalamualaikum serta selamat sejahtera buat yang bukan Muslim.
.
.
.
.
NOOROO: LATE NIGHT TALKS
--------------------------------------
"It all comes to the last person you think of the night. That's where your heart is."
Iklan:
Nooroo: Aku fikir fasal melukis masa ini. Ada orang nama encik/cik Melukis ke dekat sini?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top