"KEM MOTIVASI"
Assalamualaikum, selamat malam dan hai semua yang masih bernafas! Ke... ada orang yang tak bernafas itu?
Pocong baca sambil meniarap: Ya.
Tuuut...
Macam tajuk yang tentera pada atas itu. Mesti bila baca, teringat zaman duduk ramai-ramai dalam dewan dulu. Lagu sendu wajib ada bergema dekat... corong radio?
Entahlah. Aku tak ingat dah.
...
Kali terakhir aku masuk kem motivasi dulu masa kem wajib sebelum aku pergi bawa pensel masuk dewan UPSR.
Hendak dijadikan cerita, aku bersama kawan-kawan aku yang darjah 5 dipanggil masuk ke dalam dewan. Kita orang pun tak tahulah. Katanya ada kem motivasi.
Di sinilah bermula banjir di sekolah aku. Pak cik itu pun pasanglah lagu yang menyedihkan dan memulakan kata-kata asas sebagai kem motivasi.
"Adik-adik... bayangkan fasal ibu bapa adik-adik."
Aku waktu itu macam peliklah. Kenapa abang ini main nama mak dengan ayah aku pula. Lepas itu dengan bersungguh-sungguh abang fasilitator itu ceritakan kematian mak dengan ayah aku.
Abang itu pun suruh kita orang tutup mata. Kemudian dia pun bagi ucapan penuh bersemangat.
"Bayangkan. Depan rumah adik-adik. Banyak selipar yang tersusun di hadapan rumah adik-adik. Masuk dalam, kelihatan jenazah mak ayah adik-adik terbaring, tak bangun dah."
Masa itu ada orang dah kesat hingus sebab dapat bayangkan dengan penuh khusyuk.
"Apa adik-adik dah buat untuk mak ayah adik-adik? Kalau lepas balik ini, situasi itu jadi? Apa adik-adik akan buat?"
Kita orang punya menangis macam sekejap lagi betul-betul berlaku. Tetapi... erm.
EEEERM.
Lepas keluar dewan sekolah, tanduk yang tadi kita orang campak kat luar dah pasang balik kat kepala. Macam... wey, budak 11 tahun kot. Algebra pun aku tak kenal waktu itu.
Ada satu peristiwa yang buatkan aku benci dengan abang kem motivasi sejak daripada itu.
Waktu aku darjah enam. Macam biasa, lagu sendu wajib ada. Suara kuat mengalahkan tarzan menjerit dekat hutan pun wajib ada. Orang tutup mata sambil nangis memang dah tertulis dalam acara kem motivasi.
Aku rasa semua abang motivator satu Malaysia kongsi satu skrip yang samam sahaja. Mungkin ada agenda aluminium di sebalik semua ini.
Ceh wah.
Berbalik kepada cerita... abang itu katalah dekat semua pelajar suci yang belum belajar Sains Tingkatan Satu, bab 4 lagi.
"Sekarang, bayangkan awak ambil keputusan UPSR. Dan apa yang awak dapat... 1A PUN TAK DAPAT! GAGAL! "
Macam... memandai sahaja abang ini tahu aku gagal dalam keputusan ujian UPSR. Tidak mungkin abang ini pengembara masa kot. Itu aku boleh percaya juga.
Namun, segala bicara itu buatkan pembuli serta budak lelaki sekolah aku menangis. Masa kem motivasi inilah aku nampak budak lelaki sarung songkok. Selalunya nampak ekor dengan tanduk sahaja.
Abang fasilitator itu pun basuh minda kita orang. Kata kita orang akan gagal kalau tak belajar elok-elok sampai ada yang meraung menangis.
Waktu itu aku fikir. Ini bukan kem motivasi ini. Ini kem penyeksaan mental ini.
Kemudian, abang itu pun tanya, bagi cabaran kat kita orang yang tengah menangis ini. "SIAPA YANG BERANI DATANG KE DEPAN, BAGITAHU MAK AYAH MEREKA AKAN SENYUM MELIHAT KEPUTUSAN UJIAN MEREKA?"
Waktu itu, memang tak ada seorang pun berani nak keluar. Semua masih lap hingus dan air mata yang meleleh keluar. Ketika inilah, seorang Nooroo berjuang.
Aku dengan beraninya pergi naik ke atas pentas dewan. Semua orang berbisik nama aku dengan nada terkejut. Aku mengelap bekas air mata dan mencapai mikrofon dari abang itu.
Muka abang itu... macam tergamam juga. Dalam hati dia, mesti dia hendak kata.
"Berani-berani kamu keluar daripada barisan itu, anak tak guna."
"Betul kamu yakin mak ayah kamu gembira dan tersenyum dengan keputusan kamu?" Abang itu menyoal aku.
Aku dengan penuh keyakinan menjawab. "Ya, saya yakin."
Abang itu seperti tak puas hati dengan aku tau. Macam aku pernah bawa lari telefon 'aiyai aiyai pak pandir makan petai' dia. Dia ulang balik pertanyaan dia itu.
Aku dah kerut dahi. Abang ini tak dengar ke apa aku kata? Aku pakai mikrofon kot. Rasanya satu dewan dengar apa aku kata. Aku pun katalah balik... ya.
"TIPU!" Suara abang itu bergema dalam dewan itu.
Aku waktu itu, kalau ada kerusi sebelah aku... dah lama aku lempang abang ini. Lepas itu senang-senang dia suruh aku masuk barisan balik.
Aku tenung muka abang itu tidak puas hati. Masa kawan aku puji aku sanggup datang ke depan, aku duduk menyumpah seranah abang itu dalam hati.
Aku masuk barisan lain, keluarlah seorang pengawas perempuan datang. Mahu menangis dia atas pentas dewan sebab takut mak ayah dia tak tersenyum.
Suka hati abang itu sahaja kata aku tipu. Mana dia tahu? Mak aku waktu ambil keputusan UPSR aku, mak aku senyum tau.
Aku kalau boleh nak ambil gambar mak aku senyum lalu pergi rumah abang itu. Lepas tunjuk gambar itu, aku nak berubah jadi Founding Titan dan rumbling rumah abang itu.
Haih... tidak puas hati aku.
(Tetapi kena maafkanlah. Abang itu ikut skrip sahaja. Mungkin dalam skrip dia tak ada dialog untuk balas apa aku kata. Bersangka baik...)
Macam biasa, lepas keluar dari kem itu. Tanduk dia orang tumbuh balik. Semua keluar dari dewan itu dengan penuh gembira, aku keluar dengan penuh kegeraman. Jahanam betul.
Dan itu sahaja pengalaman aku dikem motivasikan. Entah kenapa tingkatan satu sampai tingkatan tiga ini dah tak ada kem motivasi. Mungkin cikgu dah tahu reaksi kami.
Ada pun ceramah keagamaan macam Israk-Mikraj, Ramadhan... ceramah kaunseling begitu...
...
Begitu sahaja cerita aku pada malam ini. Terima kasih kerana kongsikan masa untuk membaca luahan aku.
Dark Nooroo: Eh, asal kau baik sangat malam ini?
Eh? Kesan kem motivasi kot.
Ada pengalaman berada di kem motivasi? Mari sama-sama kongsikan memori di sini!
Ada soalan hendak ditanyakan? Nooroo akan jawab di lain malam!
Selamat malam, assalamualaikum dan goodbye!
.
.
.
.
NOOROO: LATE NIGHT TALKS
------------------------------------
Live everyday as if were going to be your last; for one day you're sure to be right
- Harry Morant
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top