"HA, MESIN MASA?"

AMARAN: Sel-sel otak anda mungkin akan termuntah.

Nooroo: *buka pintu* Assamualaikum semua... eh! Kenapa sudah berjanggut panjang kau? Kenapa tak shave?

Pengacara: Macam mana aku nak shave? Aku tunggu dalam bilik temubual ini dari bulan Jun lagi! Kau kata nak datang!

Nooroo: Me... memang pun.

Pengacara: Sampai kan girlfriend aku tinggalkan aku sebab ingatkan aku main kayu tiga. Masalahnya aku bukan main kayu tiga, tapi aku tunggu kau ber...

Nooroo: Terpaksalah aku guna cara terakhir. *heret mesin masa sebesar katil*

Boom!

Pengacara: *keluar dari portal mesin masa* Eh, kenapa aku dibawa ke sini? Kenapa orang dekat sofa itu hilang?

Nooroo: *tepuk bahu Pengacara dengan batang penyapu* Kita anggap sahaja perkara itu tak berlaku, ya?

Assalamualaikum, *tarik nafas dalam-dalam* saya bersama dengan Batman bin Suparman, menemani anda malam ini!

Batman: Hai semua. Kau gelak dengan nama aku, aku baling dengan santinizer. Pada waktu bulan memunculkan diri jugalah, kita akan membincangkan topik mesin masa.

Kalau kau orang nak tahu, berkaintan masa inilah selalu Nooroo elakkan dari menulis selepas genre Romance.

Nooroo: Memanglah! Romance itu sebab aku single. Hanya orang terpilih sahaja dapat tulis genre ini. Macam mana kau orang boleh tulis scene sweet, ya? AAAAAAAA!

Batman: Wey, wey, dia dah kenapa?

Dark Nooroo: Kau sebut genre Romance depan dia kenapa? Tengok, suis otak dia terputus lagi.

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

"Kenapa Nooroo tidak suka tulis berkaintan dengan masa?" - Batman anak Suparman

Pada pendapat aku, masa ini merupakan sesuatu yang kau memang tidak boleh sentuh. Bahkan kalau ada orang tawarkan aku untuk kembali ke masa lampau atau ke masa depan... aku akan tolak.

Sungguhpun, aku rasa macam. Seronok juga kalau aku boleh balik ke masa lampau. Aku boleh tunjuk percapaian aku dekat diri aku sendiri. Huhuhu, aku nak juga diri aku bangga dengan aku.

Masalahnya, aku risau kalau diri aku tersekat pada masa lalu dan tidak boleh kembali ke masa sekarang.

Ush, tidak boleh bayangkan...

Seboleh-bolehnya aku akan elakkan tulis cerita balik ke masa lepas, ke masa depan sebab aku tak nak ada paradoks dalam cerita aku. Cukuplah Matematik Tambahan sahajalah yang banyak paradoks.

Paradoks salah satu yang aku tidak suka nak fikir ialah grandpa paradoks. Paradoks masa ini cukup terkenal bagi peminat yang suka peningkan kepala mereka.

Paradoksnya ada banyak. Salah satunya berbunyi begini;

Kita cipta sebuah mesin masa, kemudian kita pun balik ke masa lepas. Dan kita bunuh atuk kita. Aku pun tak tahu apa masalah sampai nak bunuh atuk kita.

Saat atuk kita pulang ke Rahmatullah, maknanya ayah kita tak akan wujud. Maksudnya, kita pun tak akan wujud. Kalau kita tak wujud, tak adalah kita bunuh atuk kita.

Dan atuk kita masih HIDUP!

.

Yang kedua pula ialah Bootstrap Paradoks.

Kita susah-susah belajar Matematik Tambahan, Fizik apa semua demi mencipta mesin masa. Kali ini kita bukan untuk bunuh atuk kita, kita nak jumpa Albert Eistein.

Kita pun ajarlah Albert segala ilmu yang kita ada pada waktu dia 10 tahun lagi. Lalu, wujudlah sebuah pertanyaan.

- Kita ke yang temui dulu ilmu Matematik itu? Sedangkan kita belajar dari ilmu yang Albert Eistein katakan.

- Kalau Eistein pula penemunya, tidak masuk akal pula. Sebab kita yang bagi ilmu dekat dia.

.

Terakhir pula ialah Butterfly Effect.

Ianya bermakna peristiwa yang kecil membawa sebuah perubahan yang besar.

Peristiwa dia seperti yang berlaku pada aku. Waktu tingkatan satu dahulu, aku pernah dalam proses padam semua app aku. Sebab telefon aku ah buat masalah.

Dan aku terpadam Instagram aku. Dahlah ada lukisan aku apa semua. Aku pun murung sekejap. Ketahuilah itu bermakna Nooroo terlupa password lagi.

Aku teringat yang kawan aku cadangkan aku dowload Wattpad sebab aku suka menulis. Jadi wujudlah akaun Nooroo_Edayu ini.

Eh, terberitahu pula sejarah penubuhan akaun ini.

Maka, kalau aku tak terdelete Instagram aku, mungkin nama Nooroo tidak wujud dalam fikiran kau orang . Mungkin sekarang aku tengah menangis tengok anime sedih...

DAN, kalau aku balik ke masa lepas dan aku kata, 'woi, jangan delete Instagramlah menate'.

Selepas itu diri aku masa lepas tak delete Instagram. Jadi, macam mana dengan ingatan kau orang dengan akaun Wattpad aku? Macam mana dengan akaun lukisan aku kalau aku tak terdelete?

Itu namanya Paradoks!

AAAAAAAAA!

Paradoks masa ini sangat membuat sel otak aku menggaru kepala sampailah aku berjumpa dengan movie Meet The Robinson

(Poster dia)

Oh, kalau kau orang tidak tahu lagi cerita ini, cerita dia berkisarkan tentang Lewis yang kembali ke masa depan dipungut oleh anak sendiri. Waktu itu Lewis dia putus asa dengan ciptaan dia.

Boleh cuba tulis kat Google, Meet The Robinson google drive. Pandai-pandailah kau orang cari dan dowload movie itu.

Masa aku tengok movie itu, aku dapat satu pengajaran. Pertama, pengajaran yang sangat emosional.

Kedua, kita lupakan apa sahaja apa yang kita buat dengan masa itu. Lantaklah semua paradoks itu, janji kita dah betulkan apa yang kita buat pada masa depan itu.

Kiranya macam kita dah cipta dimensi baharu. Aku tidak mahu terang panjang, nanti kau orang pula pening.

Namun, dalam cerita berkenaan masa, aku memang tabik spring kepada pencipta anime Doraemon. Sebenarnya aku pun terkejut juga. Tidak sangka pula Doraemon itu anime.

Segala skrip movie dan jalan cerita memang masuk akal. Jadi, kalau aku tengok cerita Doraemon macam Stand By Me dan Standy By Me 2, aku tak akan ternganga.

Aku kalau tengok penjelasan paradoks dalam movie, mesti mulut aku tidak reti duduk diam. Mesti macam... "OWHHH GITUW!"

Apa ya nama pencipta Doraemon? Aku puji dia, tapi tak ingat nama dia. Maklumlah, otak aku jadi bingung sekejap. Rasanya nama dia terkenal.

"Fujiko F. Fujio" - Suparman punya anak

Ha, yang itu! Yang itu!

Dark Nooroo: *tengok telefon Batman* Kau tengok Google, kan?

Sekarang pun aku tertunggu ending Doraemon. Walaupun Fujiko-san dah meninggal dunia, aku harap ada orang sambung ending dia.

'Doraemon Stand By Me 2 exist'

Kita cakap fasal itu nanti.

Adalah satu babak dalam episod Doraemon yang aku tertarik. Nobita tanyalah cicit dia, sebab Sewashi ini pun cicit adik Giant. Kalau dia kahwin dengan Shizuka, tak wujudlah Sewashi ini.

Sewashi pun jawab.

"Untuk sampai ke Tokyo, ada banyak kenderaan yang boleh dipilih dan dinaiki, bukan?"

"Masa untuk kenderaan tiba di Tokyo akan mengambil masa yang berbeza bagi jenis kenderaannya. Bas, kereta api, berjalan dan naik motor. Namun, mereka tetap sampai juga pada destinasi."

"Sama juga dengan kewujudan saya."

Dan lepas aku menonton episod itu, aku pun termenung sambil minum air. Jadi mungkin ada logiknya juga.

Fasal paradoks atuk kita itu.

Mungkin kita terbunuh atuk kita waktu nenek kita mengandungkan ayah kita. Ataupun gen atuk kita berkahwin dengan gen nenek kita yang menghasilkan ayah kita.

Meskipun begitu, kita akan terlahir lambatlah maksudnya.

Paradoks Butterfly Effect pula, mungkin aku akan terjerit sebab nampak orang tiba-tiba masuk dalam bilik aku. Dan terdelete app Instagram aku.

"Yang paradoks kedua itu?" - Batman

Kau terangkan dekat budak 10 tahun, siapa sahaja faham?

Pada masa itulah, aku teringin hendak buat cerita berkaintan masa. Akan tetapi, aku tak naklah paradoksnya memeningkan aku juga pembaca.

Semasa berkomunikasi bersama makhluk-makhluk di dalam tandas. Tidaklah cakap sangat sebab aku termenung sementara banyak air jatuh atas kepala aku.

Aku dapat idea. Selalunya drama Melayu kahwin paksa ini membosankan dan asyik perkara sama sahaja. Jadi, apa kata kita buat anak-anak dia balik ke masa lampau?

Dan tadaaa!

Kepada 15 Tahun Yang Lalu karya aku dan i_am_kacang terpapar di skrin kau orang setiap kali tengok akaun aku!

"Ha, baca tau! Cerita ini sumpah tidak klise!" - Batman

Dark Nooroo: Kau peningkan kepala dia orang semata-mata nak promosi novel ini?

...

Walaupun mesin masa mungkin tidak akan pernah betul-betul berada di hadapan mata, tidak boleh kembali ke masa lampau.

Tidak boleh betulkan kesilapan kita.

Tidak boleh ubah masa sekarang.

Biarpun mustahil untuk kita ubah perkara itu, walau rasa menyesal macam mana pun... kita masih berkebolehan untuk ubah masa hadapan. Ha, macam sekarang.

Walaupun kadang-kadang kita tersalah pilih, masih ada pilihan lain dan beribu percubaan untuk kita cuba. Bak kata pepatah dalam Pinterest, selagi nafas masih ada... maksudnya harapan masih menyala.

Batman: *lap air mata* Hiks. Sungguh bermakna kata-kata itu.

Nooroo: Dah, dah. Meh aku nak hantar kau balik ke masa lepas. Nanti girlfriend kau syak kau makan tiga kayu manis pula.

Batman: Ha?

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Baiklah, itu sahaja perbincangan kita pada malam ini! Harap-harap tidak termimpi balik ke masa lalu sudahlah.

Janganlah ada yang curi-curi masuk dapur malam-malam terjumpa diri masa depan.

Bagaimana pula dengan kau orang? Ada teringin hendak mengembara masa? Sila kongsi di sini!

Ada soalan ingin ditanyakan Nooroo? Nooroo akan jawab di lain malam!

Assalamualaikum, bye dan sayonara!













.
.
.
.
.
NOOROO: LATE NIGHT TALKS
----------------------------------------
"You just focused on the bad stuff
when all you had to do is let go of the
past and keep moving forward."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top