"EX-CRUSHKU!"

Soalan:
"Berapa banyak Nooroo ada crush? Boleh tolong senaraikan?"
- Secara rawak

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Assalamualaikum, semua! Macam mana kelas online semalam?

Crush? Fuuh... berlambak! Kalau campur jari tangan dengan jari kaki, memang lebih daripada itu. Namun, crush dan idola utama aku mestilah Nabi Muhammad S.A.W.

Macam aku kata, aku memang banyaaak crush. Mula-mula aku crush dekat Aang. Yugi Amane (Hanako-Kun), Eren Yaegar, Amane, Keita Amano, Sinichi Kudo...

... Adrien Agreste... banyak lagilah. Tetapi itulah. Dia orang semua suka dekat orang lain! 😭

Lagi satu, teman lelaki aku, Afiq Nazreen Bin Raiz dari Anxiety Love pun kena rampas dengan Natasha Julia. AAAA, sedihlah! Sampai nak baca buku itu balik pun aku tak sanggup. 😢

Sampai hati... Rasa terguris hati melihat kesweetan ex aku. Aaaah. 😭

Dark Nooroo: *tepuk belakang Nooroo dengan penyapu* Sabar, sabar.

*Lap air mata* Tetapi itu bukan yang aku nak cerita malam ini. Semua crush itu, aku dah move onlah! Ini kan Nooroo. Mesti bersemangat punya!

Walaupun, aku masih tak boleh lupakan Afiq. Huhuhu...

Pada langit yang bertemankan bintang ini, aku akan ceritakan tentang 'ex-crush' aku zaman sekolah rendah pada kau orang semua. Sebab, 'ex-crush' ini antara  merupakan 'crush'-'crush'yang aku memang tidak boleh lupakan.

...

Baiklah, sebelum kita mulakan cerita, sandar dulu dekat dinding. Kalau yang tengah baring atas katil itu, teruskan baring.

Tetapi kalau orang rumah panggil minta tolong, pergilah tolong.

Cerita ini bermula apabila saya masuk darjah empat. Aku bertemu dengan ex-crush... ya Allah, macam dalam drama pula.

Ehem! Aku bertemu dengan ex-crush aku. Duduk pun sebelah-sebelah. Jangan risau, mejanya kedudukan meja abad ke-21, meja yang ada enam meja semuanya.

Dahulu, aku ini jenis ceria gila dalam kelas. Semua orang kalau boleh semua saya nak berkawan. Kalau dinding boleh bercakap, dah lama aku ajak berborak.

Nooroo: Dinding, nak tahu tak? Macam ini...

Dinding: Budak ini... bilalah mahu habis bercakap. Lenguh aku pandang dia ini.

Aku suka dengan ex-crush saya... okey, kita panggil dia 'Nemo'. Aku suka dengan ex-crush aku sebab dia baik, ha, baiklah...

Layan aku elok-elok. Macam lelaki budimanlah orang katakan. Perempuan lagi-lagi budak sepuluh tahun macam aku ini, mestilah suka dengan lelaki macam itu, kan?

Macam dalam sinetron pukul tujuh, aku pun suka dekat si Nemo itu.

Aku punya teruja macam dapat sejuta ringgit. Yalah, pertama kali suka dekat orang. Aku pun bagitahu dua kawan aku iaitu Melur dan Jelita (bukan nama sebenar) yang aku suka dekat Nemo.

Keesokan harinya, semua dalam kelas itu pandang aku dengan jijik. Aku pun kerut dahi dan garu kepalalah. Kalau kata aku tak mandi, rasanya siap ada air termasuk dalam telinga pagi tadi.

Tidak semena-mena, si Nemo itu pergi tengking dan maki aku. Mulalah dia membebel macam-macam kata aku tidak layak suka dialah. Apalah... tak ingat dia.

Aku peliklah. Macam mana dia tahu? Tidak mungkinlah dia jadi ejen risikan yang lalu kebetulan masa aku beritahu Melur dan Jelita.

Ada orang terangkan, yang Jelita beritahu Nemo yang aku suka dia. Siap putar-belit cerita lagi. Aku pun terbungkam. Bayangkan, orang yang kau percaya, khianat diri kau.

Jadi mulalah episod sinetron aku dibuli dengan geng Nemo dan Nemo sendiri. Dia orang maki aku, Nemo baling sampah dekat aku.

Malah layan aku macam aku pernah bergayut dekat pentas perhimpunan. Bukan seorang yang buli aku, bahkan Nemo ajak sebahagian budak laki dalam kelas buli dan ejek aku.

Paling aku sakit hati, kalau orang yang kawan dengan aku, dia orang pun ejek kawan aku sekali. Kurang ajar betul.

Malangnya, aku duduk kelas sama dengan Nemo dari darjah empat sampai darjah enam. Aku kalau boleh nak memberontak dekat cikgu...

"CIKGU. KENAPA CIKGU MASUKKAN SAYA DENGAN NEMO ITU. KENAPAAAAA. SAYA TAK NAAAAAK."

Tetapi itulah. Aku jadi penakut sebab asyik dibuli sahaja.

Darjah empat dengan lima okey lagi. Darjah enam paling teruk sebab satu kelas pulaukan aku. Huhuhu, apalah salah aku? Aku cuma suka dekat orang sahaja.

Aku punya teruk dibuli, sampai lepas ambil ujian UPSR, aku terus tidak datang sekolah. Sampai ambil keputusan dan ambil graduasi baru aku jejak kaki ke sekolah.

Masa hari graduasi itu, aku adalah perasan si Nemo itu pandang aku macam rasa bersalah. Yalah, aku tak datang sebulan kot ke sekolah. Namun aku buat tidak pedulilah. Malas aku.

Walaupun sering dibuli, aku jenis bersemangat! Aku terus belajar, tak pedulikan Nemo dan geng dia. Dan... tada! Aku dapat 2A 1B 3C dalam UPSR.

Kira baguslah itu.

Sejak sebulan aku tak datang sekolah, tak pernah aku tegur si Nemo itu. Aku pun dah lupa bagaimana rupa dia. Tetapi tidak mengapalah. Aku dah maafkan dia dah pun. Tak elok berdendam ini.

Kalau dia dah insaf dan aku masih lagi membenci dan memaki, buat tambah dosa sahaja. Lagipun, kalau asyik membenci, tidak silap, hati akan mati.

Sekarang, aku hanyalah seorang Nooroo yang sering diserang writerblock. Huhuhu...

...

Jadi, pada sesiapa tengah crush kat orang, janganlah beritahu sesiapa. Pendam sahaja. Tak pun, kau luah sahaja pada Tuhan. Dia paling memahami.

Dan pada sesiapa yang kena buli, janganlah jadi macam aku, wey. Jangan duduk diam sahaja. Bak kata pepatah, 'jangan tunjukkan diri lemah. Pembuli lagi suka. Mereka akan terus membuli.'

Sekian sahaja untuk malam ini. Kau orang ada crush macam mana? Mari kongsikan bersama Nooroo!

Ada soalan yang ingin ditanya kan? Nooroo akan jawab di malam seterusnya.

Selamat malam! Tidur awal, ya? Kalau tidak, nanti panggil Eren Yaegar datang ketuk pintu.





.
.
.
.
.
NOOROO: LATE NIGHT TALKS
————————————————
"Selamat malam dan mimpikan saya tau!"
- Jodoh anda di masa hadapan

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top