"DRAMA"

Seekor kucing sedang membawa kamera kecil di mulutnya. Dengan perlahan, kamera itu diletakkan di celah atap yang terbuka. Kucing itu berpaling ke arah skrin.

Kucing: Meow meow meooww! Meow meow meow meow meow meow! Meow meow meow, meow meow meooow meow meow.

Kamera ditunjukkan ke arah empat orang manusia sedang berkumpul dalam satu bulatan.

Kucing: Meow meow meow, meow meow meoww! Meooww!

...

Kain terbentang menunjukkan dakwat pen yang dibentuk menjadi perkataan iaitu 'KELUHAN DARI EMPAT BAKAT'. Seorang ketua dengan sebatang pensel memulakan ucapan.

Penulisan: Hari ini kita akan mulakan luahan kita tentang bakat yang dimiliki kita. Ada sesiapa nak luahkan sebelum saya?

Tangan seseorang menampakkan diri.

Penulisan: Ya, Evi (Edited Video). Boleh luahkan yang terbuku dalam hati anda?

Evi: Aku bukan nak gapolah. Tapi...

Graphic Designer (Gic): Ha, ayat basic dah ini.

Evi: Eh, diamlah mu.

Evi: Begini... nok diceritokan. Ada sore pok cik ini dia mari kat aku. Dia pun tanyalah, kat aku. "Adik, adik pandai buat edit video, dok?"

Evi: Pah tu aku oyaklah yo. Tapi kena bayar ngan pitislah. Nok tahu dio kata gapo kat aku?

Gic: Apa? Apa?

Evi: Dio pun kecek kat aku. "Tok pakai duit tak apo kah? Setakat buat video edit gitu, arwah nenek dio pun boleh buat. Acu tunjuk tutoriallah.'

Evi: Aku pun mace... DAH TU, BAKPO MU DOK SURUH NENEK MU JAH EDIT VIDEO! HA, PALA OTOKLOH.

Gic: HA, BETUL ITU!

Evi: TULAH. DIA INGAT EDIT VIDEO SENANG KE. WALAU 3 EMPAT MINIT, EDITNYA SAMPAI SEJAM.

Gic: Samalah dengan aku! Aku buat cover. Senang-senang dia orang kata... 'eh, tak nak guna, boleh tak?' atau 'eh, saya tak jadilah tiba-tiba'.

Evi: Pah tu?

Gic: Lepas tu aku balas dengan tenang. Aku mintalah dia orang guna walaupun satu jam. Lepas tu ada segelintir itu kata... hek ek leh. Aku boleh edit dalam lima minit sahajalah.

Gic: Aku pun macam... AH, HABIS TU KALAU TAK NAK AKU EDIT COVER KE LOGO KE TAK PAYAHLAH MINTA KAT AKU. BUAT SENDIRI.

   Gic mencampakkan meja kerana terlalu geram. Bukan itu sahaja, Evi turut melambung kerusi ke belakang.

Penulisan: Ah, sudah. Sudah. Kalau kau orang main campak barang sana, campak barang sini. Baik kau orang main bola keranjang.

Penulisan: Ha, lukisan. Ada sesuatu yang kamu hendak cakap?

Lukisan: En fait, je suis sur le point d’exprimer mon...

Gic: Boleh cakap Melayu tak?

Lukisan: Melayu.

   Evi mengacah ingin menghempap kerusi yang sudah patah ke arah Lukisan sambil berteriak. "Mu ini kan!"

Lukisan: Eh, sabar! Saya sahaja cuba bahasa Perancis saya. Tapi itulah. Bila ingatkan yang ramai request saya lukis tapi nak free buatkan saya... hiks...

Lukisan: Dahlah... hiks... nak percuma. Bila saya... hiks... minta bayaran, hiks... dia orang hina kata lukisan saya tak profesional. Penat saya lukis. Sampai hati dia orang. Uhuhuhu...

   Gic mengusap belakang Lukisan.

Gic: Sabar, wey. Life is not Daijoubu. (Hidup ini bukan selalunya okey.)

Penulisan: Aku pula. Aku okey sahaja. Bila orang tuduh aku copy idea dia orang, aku okey. Dia orang hina jalan cerita aku tanpa bagitahu mana salah, aku okey.

Penulisan: Dia orang copy cerita aku, aku okey. Semuanya okeylah. Rasa macam okeylah.

   Evi, Gic dan Lukisan saling berpandangan sebelum sama-sama mereka bertiga menoleh ke arah Penulisan semula.

Gic: Wey, kau okey tak ini?

Penulisan: Entahlah. Aku pun tak tahu.

Nooroo: ASSALAMUALAIKUM, BRADER!

Evi: Opocot, burung puyuh aku terbang!

Lukisan: Hiks... burung puyuh boleh terbang ke?

Nooroo: Boleh rasanya tapi terbang dalam mimpi sahajalah.

Penulisan: Siapa kau ini? Masuk rumah orang tak bagi salam.

Nooroo: Eh, aku dah bagi salamlah tadi. Kau tak dengar ke?

   Nooroo mengeluarkan telefonnya dan memainkan sebuah rakaman.

Nooroo: ASSALAMUALAIKUM, BRADER!

Evi: Opocot, burung puyuh aku terbang!

   Keempat-empat ahli itu mengangguk, malu sendiri dan cepat-cepat menjawab salam. Mungkin sebab gadis umpama artis itu terlalu cantik.

   Dengan keyakinan yang penuh, Nooroo duduk di antara Lukisan dan Penulisan.

Nooroo: Baiklah, abang-abang semua.

Evi: Aku tinolah.

Nooroo:

Nooroo: Baiklah abang-abang dan kakak semua.

Gic: Aku 12 tahun.

Nooroo: Ah, diamlah mu!

Nooroo: Kau orang dekat depan aku ini memang luar biasa orangnya. Jarang ada orang yang ada bakat yang dikurniakan Tuhan kepada kau orang semua. Jadi, kau orang memang bertuahlah.

   Evi berbisik kepada Lukisan secara senyap-senyap.

Evi: Dah kenapa aura dia macam penceramah kem motivasi ini?

Nooroo: Jadi, tak kiralah. Kau orang ada hater ke. Ada peminat ke. Teruskan minat kau orang. Jangan stress-stress. Kalau stress, berehat sekejap dan sambung semula.

Nooroo: Kalau kau orang duduk sedih, meratap di sini. Kau orang tak pergi mana-mana. Jadi bangun dan buktikan yang mereka salah. Bantu diri kau kerana tiada seorang manusia dapat tolong kau melainkan seorang manusia. Iaitu kau.

Nooroo: Rasa sakit itu... pasti Tuhan akan balas dengan kegembiraan yang tidak disangka nanti. Cuma kita kena berusaha kuat dan cuba lagi kalau gagal.

   Lukisan yang mengangkat tangan ingin menanyakan soalan namun dipintas Nooroo.

Nooroo: Itu sahaja ceramah saya.

Nooroo: Byeee!

   Nooroo mengangkat kaki dan menyambung lariannya entah ke mana. Membuatkan keempat ahli-ahli itu terpinga-pinga, mengapa Nooroo seperti cemas sahaja?

  Selang beberapa saat, seekor anjing berwarna hitam memasuki kawasan itu dan keempat ahli luahan itu menyertai sesi balapan Nooroo.

...

Kucing: Meow meow meow meow meow meooww!

   Kucing itu kemudian makan roti yang dibeli dari kedai Seven Eleven. Dasar tak baca basmallah.

Kucing: Ada luahan yang hendak diluahkan? Sila luah di sini!

Ada soalan hendak ditanyakan? Nooroo akan jawab di lain malam!

Tamat sudah drama pertama malam ini! Selamat malam. Assalamualaikum and goodbye!


















.
.
.
.
.
NOOROO: LATE NIGHT TALKS
---------------------------------------
Believe in yourself and anything is possible.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top