" DOWN DAN BANGKIT II "
Kini kita kembali dengan sesi luahan dan motivasi yang tak membantu pada hari ini. Harap-harap kau orang akan ambil inspirasi daripada kisah ini sebab aku tak.
Okey, gurau-gurau.
Namun, kau orang mesti ingat kan yang bab ini fasal aku keluar daripada overthinking-down aku yang tak berpenghujung itu. Ketahuilah... aku pun harap macam itu. ( Kali ini tak gurau )
Selepas aku cerita itu, aku masih lagi down, rasa murung dan jadi tak ada sebab nak hidup. Bila teringatkan tugas-tugas aku, kerja projek... buat aku rasa sebak teramat dan rasa terbeban... buatkan aku makin takut sehingga lupa mahu menangis.
Macam mana kalau apa-apa akan jadi esok?
Macam mana kalau usaha aku tak ada nilai untuk esok?
Entah mengapa aku rasa ketika itu, badan aku menggigil ibarat berada di hadapan aku yang versi kanak-kanak, merayu meminta maaf kerana tiada semangat untuk teruskan lagi. Rasa penat untuk teruskan panjat tembok itu lagi
Dan rasa bersalah kerana kecewakan orang sekeliling aku dan juga diri sendiri.
Tapi percayalah, mesti diri aku waktu kecil itu akan bersuara.
"Akak ini siapa? Akak berlakon dalam drama en?"
Kemudian aku pun hempuk dia.
𒊹︎︎︎------------------𒊹︎︎︎
Entah bagaimana aku terniat untuk tadabbur buku self-help aku, cari pelbagai tips di internet - macam Youtube dan Instagram... tamsilnya.
Yang ketahuinya, aku pasti masa ini aku dah penat untuk lalui hidup aku dengan penuh overthinking... dan tiada semangat nak hidup.
Aku pun nak rasa seronok dalam hidup juga. Nak 'live in the moment' dan bukanlah terlampau risau kepada hal yang menakutkan aku semata-mata.
Ada pelbagai cara aku buat dalam proses tarik aku keluar dari lautan gelap tanpa cahaya itu. Pergh, ayat...
.
Bagi bab pelajaran tu, bak kata cikgu aku. Macam situasi kereta tengah pandu. Kau tak akan nak pandang belakang je sokmo (selalu).
Kau mesti akan terus pandang ke hadapan masa memandu, tetapi ada sekali toleh kebelakang... risau je kena kejar dengan mak pegang selipar ke.
Apa yang cikgu aku maksudkan... bab bab lepas macam tingkatan 4, tingkatan 3... lepaskan sahajalah dan fokus pada tingkatan 5.
Tapi tak bermaksud kau kena lupakan. Ada masa senggang, cuba kau ulangkaji sebanyak mana kau mampu.
Jangan risau, ada je cikgu akan buat sesi ulangkaji nanti. Kalau cikgu tu marah-marah kau sebab tak faham, itu masalah otak cikgu tulah, bukan masalah kau.
Nanti lepas sekolah kau akan lupa cikgu tu juga. Erm... tapi rasanya dah berkuranglah cikgu macam tu. Kalau ada pun boleh dikira jari kaki dan tangan je.
.
Satu lagi cerita, memandangkan aku agak 'perfectionist', aku jenis marah dekat diri sendiri kalau semua perkara tak berjalan dengan lancar. Jadi aku takut nak mencuba sebab aku takut gagal.
Dan sebab sifat inilah semua kena on-time. Kalau terlambat sikit, aku akan rasa macam... ah, dah tak ada dah harapan.
Dan bila ayat ini keluar...
"Berikan kau masa untuk berehat."
Ianya kena tepat batang hidung aku.
Bukan setakat berehat duduk scroll tik tok, instagram... bahkan benarkan diri kau untuk jadi manusia.
Berikanlah kebebasan untuk diri kau tidur, jangan ulangkaji sampai tak tidur langsung. Ada masa makan dia. Minum dia.
Tengok cerita ke... main dengan kawan atau adik beradik. Membaca ke... kalau rasa terbeban sikit nak menulis. Rehat sekejap dalam dua minggu dan sambung pula semula.
Aduh... kantoilah aku berjaga sampai tersengguk-sengguk dalam kelas. Uh, kena ubah ni TvT.
.
Ada banyak yang aku belajar sepanjang proses itu.
Macam binakan tabiat untuk tulis 3 benda kau bersyukur setiap hari.
Dengarkanlah... sepanjang malam ku berdoa.
Eh, itu lagu. Dengar Little Nightmares 2 soundtrack / ayat Al-Quran untuk tidur lena. ( memandangkan susah nak tidur )
Tulis to-do-list tetapi dah dikurangkan sebanyak 3 bahagian untuk hilangkan rasa beban
Macam...
- Kemas Rumah
- Buat Kerja Sekolah
- Buat #8 Adada
Dengar lagu sambil buat sesuatu supaya lagi bersemangat.
Akan keretapi, tak bermaksud aku dah sembuh seratus peratus. Masih ada lagi suara-suara yang mengacau kehidupan aku seharian.
Bagaikan luka tangan yang sedang kian menyembuh, begitulah keadaan aku sekarang.
Memang luka di tangan itu masih ada, rasa pedih bila mandi. Tapi ia akan membaik.
Ahhh ayat klise sekejap~
...
Masuk ke bahagian seterusnya.
Dekat PBAKL aku adalah pergi ( ini bukan cerita fasal PBAKL) dan ketahuilah itulah satu-satunya masa dalam enam bulan aku rasa gembira sangat.
Hendak dipendekkan cerita, aku jumpalah buku Surat Cinta Untuk Pendosa memandangkan hampir semua buku ustaz Adnin dah habis stok.
Aku pun baca.
"Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau beristigfar kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli."
(Hadith riwayat Tirmizi)
Apa yang aku rasa selama ini... ketakutan. Takut kalau terlambat, takut tak tercapai dan takut hendak mencuba.
Bila aku baca... dan mendalami buku itu, aku rasa tersentuh. Aduh, pergi autocorrect tersengih tadi.
Kuasa pengampunan Allah luas besarnya. Semua dosa akan diampunkan kecuali dosa syirik! Bahkan ketakutan dan rasa gelisah dalam kubur pun akan jadi asbab untuk kita diampunkan.
Di akhirat pun, orang Islam dapat diampunkan lagi dosanya! Kecuali dosa syirik.
Bahkan sedang aku diuji, semua dosa dosa aku tengah dihapuskan.
Walau kau tak mampu maafkan diri kau, Allah ampunkan kau.
Sepertinya Allah nak beritahu aku dan kau, kita belum terlambat lagi. Kita masih ada harapan lagi.
Kita masih berpeluang untuk memegang nama ahli syurga.
...
Yang membuatkan aku rasa terkedu, tergamam dan semualah. Ialah bila aku teringat yang semua sakit ialah penghapus dosa.
Memanglah kalau kau tanya aku masa demam PDPR itu, sah sah kena penampar. Percayalah... dia akan marah dan mengamuk. "Aku ini banyak dosa ke apa?"
( Yalah, dia itu tengah tak puas hati tu, selalu sakit je... masa PDPR - mengutuk diri sendiri)
Masa itu dia tak tahu... sakit itu bukan penghapus dosa je... ianya juga pemberi pahala.
Hatta kau tercucuk duri pun, kau akan dapat sesuatu daripadanya. Macam mana kalau dengan masalah yang kau hadapi?
Dan kau sabar. Kau tempuh. Berapa banyak pahala yang kau dapat? Kalau sakit luka sebab duri dan kita sabar... menjadi penghapus dosa dan mendapat pahala. Apatah lagi orang macam kau kan?
...
Jadi kalau kau terlambat, kau sebenarnya terlambat untuk satu pilihan, bukan dengan beribu pilihan yang lain.
Ah... macam mana nak jelaskan ya?
Sambung balik dengan situasi tembok aku.
Banyak pilihan daripada kau perlu panjat tembok itu. Gali lubang lepasi tembok itu. Ambil tali gantung itu dan panjat tembok gunakannya.
Bayangkan kau ada kuasa One Punch Man dan tumbuk sahaja tembok itu. Terbang melepasi tembok itu. Yalah kemampuan orang berbeza kan.
" Orang lain boleh buatkan untuk aku... "
Erm... hahaha.
Tetapi dekat depan sana, ada benda baik yang kau tak tahu, bukan?
Cuba kau kira, apa yang kau syukurkan sekarang. Mesti tak terhinggakan?
Kalau nikmat sekarang pun dah tak terhingga, apatah lagi nikmat akan datang, bukan?
Mungkin kau tak tahu cita-cita kau sekarang ini, mungkin kau tak tahu apa motivasikan kau hari ini. Atau kau tak tahu... siapa diri kau sebenarnya.
Dalam dunia ini, kau bukan disuruh untuk cari diri kau...
Tetapi untuk cipta diri kau.
Macam dalam novel atau komik kau baca, ada character development. Cuba kalau tiba-tiba watak utama tu bunuh diri, mesti terus berhenti setakat itu sahaja cerita.
Pasti watak utama itu tak jumpa kawan-kawan dan belajar sesuatu.
Jadi bayangkan kalau aku berhenti sekarang, bayangkan kalau kau berhenti sekarang.
Mungkin kau tak dapat baca benda ini. Dan mustahil aku nak tulis buku ini.
Kita tak akan bertemu, balas komen. Aku tak akan jumpa orang ataupun tolong orang lain. Rasa kenikmatan itu, mungkin aku tak dapat rasai lagi.
Secara ringkasnya, mungkin kita tak akan jumpa orang yang bertuah untuk kita jumpa.
( Huhuhu... kalau pergi mati dulu, mesti tak gelak gelak tengok video Pok Ro sekarang - tiber)
𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎
أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ
"Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya?"
(QS. At-Taubah {9} : 104).
وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا
"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS. An-Nisa' {4} : 110).
𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎
LAGU AKU DENGAR MASA DOWN BUAT AKU BOLEH RELATE DAN BEST
HA NI VIDEO BANTU AKU
𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎
( Perkembangan hidup aku : Maka aku sekarang tengah cuba tak buat apa-apa. Ha, gurau lagi. Asyik asyik gurau Nooroo ni, eh tiba.
Sekarang aku tengah cuba kembalikan hidup produktif aku dulu. Dan tulis 3 benda yang aku bersyukur setiap hari. Doa dan harapkan aku buat secara berterusan TvT )
Jadi macam itulah kem motivasi yang aku sampaikan. Aku pun tak tahulah apa benda aku merepek kat atas itu.
Sekurangnya kem motivasi aku lagi elok dari KEM MOTIVASI tu.
Abang 'kau tipu' : TAPI KAU DAPAT 6A KAN!
Nooroo : *lempar kerusi* DIAMLAH!
Kita tak berseorangan. Aku harap kita kuat untuk lepasi dan nikmati hidup kita selepas ini. Semuanya akan jadi okey.
Kita boleh bangkit!
Kalau ada cerita yang serupa dengan nasib seketul Nooroo, bolehlah cerita kalau tak keberatan. Mari kita mengsedih bersama-sama... TvT
Ada nasihat yang hendak diberikan pada mereka yang masih berjuang? Boleh tulis di sini!
Itu sahaja bebelan pengetua tengah malam ini. Harap jumpa di borak sembang sampai encik poc pun terbang di lain hari!
Bye! Assamualaikum!
( Ah, sebut fasal encik Poc, teringat pula cover-cover aku. *berpeluh*)
.
.
.
.
NOOROO : LATE NIGHT TALKS
----------------------------------------
" Kalau kamu rasa kamu bodoh, maka ingatlah... kamu ternyata benar. "
- Nooroo, 2021
Eh silap pula.
.
.
.
.
.
NOOROO : LATE NIGHT TALKS
————————————————
" Don't feel sorry for yourself if
you have chosen the wrong road.
Turn around. "
- Edgar Cayce
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top