"DOWN DAN BANGKIT"

Ha, dah dapat tangkap dah! Yang tengah baca ini tengah down ataupun nak tahu kisah aku down sekarang ni?

Atau kau orang sekadar baca untuk hilangkan bosan... (Tak sangka cerita aku menghiburkan juga - terharu tiba-tiba)

Apa-apa pun kau orang dah terperangkap sebaik sahaja tekan cerita ni dan kena baca sampai habis. Kalau kau orang keluar juga, jangan tanya kenapa ada aku pegang cangkul depan rumah sekarang ini.

Tak adalah, saja je. Janganlah pergi report benda ini dekat polis pula tau.

Mula-mula sekali, hendaklah kau orang mengetahui bab ini berulang kali diedit, dibaca dan disemak dan seangkatan dengannya. Al-maklumlah, tak naklah kau orang sekali down dan termenung  sama-sama sekali dengan aku. Dan elakkan aku termuntah baca balik benda ini.

Sejak kebelakangan ini, aku ada perasan yang ramai sekeliling aku macam hilang semangat nak hidup... termasuk diri aku sendiri.

Sampai bukan setakat sekolah sahaja tak nak pergi, bahkan nak cek telefon rasa tak bermaya. Maka sebab itulah aku jarang buka Wattpad sekarang (Maaf TvT) Last last sekali hanya tatap siling yang tak nak pun perasan kita sebenarnya.

Dark Nooroo : Apa benda kau merapu ni.

Tanpa membuang masa dan tenaga air liur membaca, mari kita lanjutkan ke cerita aku yang tengah down sebelum ni.

TW : OVERTHINKING, SELF-BLAMING

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Kau orang mesti terdengar berita fasal PDPR sebelum awal persekolahan tu kan. Masa itulah aku tak kemurungan ( tapi adalah sikit ), dan waktu tu aku demam. Sepanjang PDPR tulah, sepanjang tulah aku demam.

Ah, tapi jangan risau, aku negatif Covid dan positif pasrah. Bayangkan, satu kelas sahaja aku masuk sepanjang PDPR berlangsung. Masuk-masuk sekolah sahaja dah blur memanjang. Tingkatan 4 dan Tingkatan 3 pun dah terlepas banyak. Sampai aku rasa... haih... aku dah tak ada harapan dah ini.

Kemudian dengan tak semena-mena aku dilantik jadi calon SPM, tambah pula dengan tanggungjawab aku sebagai anak sulung. Macam mana nak ajar adik aku sedangkan aku sendiri pun tunggang terbalik. 

Nanti bukan jadi cikgu dah, jadi macam kem tentera pula!

Dengan masalah tidur aku yang tak menentu. Orang lain mungkin pandang aku sebagai pemalas dan selayaknya. Tak naklah sebut, kan aku terasa pula. Tetapi bagi aku, tidur itu merupakan salah satu cara untuk aku keluar dari dunia overthinking aku.

Aku punya overthinking tu, sampai perkataan mati pun aku rasa dah jadi bahan lawak dalam kehidupan seharian. Kata-kata mengatakan yang aku gagal, dah terlambat, tak berguna, layak mati buatkan aku rasa... aku terperangkap dalam tubuh mayat hidup.

"Itu semua mindset je. Tak payahlah overthinking sangat. Kau tu muda lagi."

Overthinking ini ibarat satu kaset rosak bermain dalam kepala kau. Macam lagu opening anime tetiba bermain masa tengah solat.

Bagi aku, bila aku terlalu memikir + anxiety, seperti diejek dan dihina hadapan diri sendiri setiap hari. Apa gunanya kalau orang lain kisah fasal aku sedangkan aku sendiri tak kisahkan diri aku?

Masa itu, sijil semua gagal dah bermain-main dalam minda. Sebab itu aku pelik, apa fasal orang lain duduk tayang keputusan gagal dia bila aku risau macam nak mati. Okey, sambung balik.

 Cita-cita pula aku rasa macam jauh nak tercapai. Nak pergi meninggal, takut sakit pula.

Situasi aku masa itu ibarat berada di hadapan tembok. Di belakang kau ada tali gantung. Dengan tangan bercalar-balar, buat kau berputus asa untuk panjat tembok tu lagi.

Kau dah cuba benda lain dah! Kau tendang tembok tu, tapi kaki kau pula patah. Kau hancurkan dengan kerusi, sebaliknya lengan kau berdarah terkena serpihan kerusi itu.

Dalam situasi itu, fikiran keresahan aku pula mula menerawang. Amyglada mula mencucuk peluang mengawal aku.

Kenapa aku bersungguh-sungguh sangat? Orang lain boleh buat lebih baik dari aku. Kalau aku tak jadi apa yang aku nak pun, orang lain boleh jadikan.

Namun, kalau aku mati, aku masuk api neraka. Ah hahaha mati ke tak mati ke... sama sahaja, aku tetap ahli neraka. Selalu sangat murung, macam orang tak ada hala tuju hidup.

Tengok betapa teruknya negatif aku waktu itu.

Tak hairanlah sampai media sosial aku langsung tak sentuh. Kalau what's app pun aku tak buka, apatah lagi Telegram. Jadi sebenarnya aku dah potong hubungan aku dengan dunia luar. Rasa macam... tak bersemangat nak jumpa orang.

Sebab dah hilang sebab untuk aku sambung panjat tembok itu.

Rasa macam... dah terlambat dah.

Kalau aku cuba pun, akan gagal juga!

Tak ada guna dah.

Kalau orang lain tahu pun, kalau cikgu, kawan atau ahli keluarga tahu pun... bukan dia orang akan bersungguh nak tolong mental aku yang lemah ni... melainkan kalau aku sakit fizikal.

Buat apa bersungguh-sungguh kalau dah terlambat?

Aku tak pernah pun tolong sesiapa!

Rasa overwhelmed ( sebak serta panik) mula menyerang. Banyak benda masuk dalam kepala kau, sampai kau tak dapat proses dan positifkan semuanya.

Buatkan kau rasa panik, tubuh kau rasa tak selamat dan otak kau hanya fikir untuk 'shut down' untuk melindungi diri. Sehingga terlintas pada hati kau...

"Baik aku mati sahaja!"

Dalam ayat yang sama maksud...

Semuanya tak akan jadi okey! Semuanya dah terlambat! Semuanya... tak ada harapan lagi.

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (53) وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ
يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ (54)

Maksud : "Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah...

... Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...

...  Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)."

(QS. Az Zumar {39} : 53-54).

.
.


.
.
.

NOOROO : LATE NIGHT TALKS
____________________________

bersambung di hari rabu nanti...
( ha, esoklah )

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top