"DENDA POPULAR ZAMAN SEKOLAH."

Hai, assamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hehehe, lama tak update buku ni. Hehehe....

Cakap fasal denda, semua orang pernah kena denda. Denda ketuk ketampilah, kena pembaris dekat tanganlah. Tulis nama sebab datang lewat sekolahlah.

Nooroo: *lukis*

Pengawas: Eh, ini dah kali kesepuluh aku nampak kau duduk sini?

Nooroo: Hehehe, janganlah puji. Malul... *dipijak*

Jadi kalau kau orang tak pernah kena denda. Ketahuilah yang diri kau itu bukan manusia. Sebab manusia tidak terlepas dari kesalahan kecuali dia orang itu anak orang kaya. Kesalahan dunia jelah dia orang boleh lari.

Aku ini tak adalah murid nakal. Aku pun bukanlah budak nerd sebab aku boleh dikenali ramai dekat sekolah rendah aku dulu.

Sama ada sebagai budak suka tulis novel atau budak selalu dibuli. *Menangis air mata palsu*

Dan ya. Aku duduk dekat tengah-tengah. Boleh dikatakan, hampir semua denda kat sekolah... aku pernah rasa. Lagi-lagi dulu aku ratu lambat datang sekolah. Pasang alarm pun satu pun tak bangun.

Alarm: TET! TET! TET!

Nooroo: *selamba ubah posisi tidur*

Alarm: BANGUNLAH, HOI! DAH PUKUL TUJUH PAGI DAH NI!

Mak Nooroo: *bawa air* Fine... I'll do it myself.

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Salah satu denda paling popular ialah berdiri atas kerusi kalau tak dapat jawab soalan. Paling ekstrem ialah berdiri atas meja.

Zaman budak-budak dulu, inilah denda yang paling ditakuti orang yang duduk meja bawah kipas. Lagi-lagi kalau budak tinggi. Boleh bayangkan kepala tercabut dari badan.

Setakat aku hidup ini, aku hanya berdiri atas kerusi sahaja. Memandangkan aku jauh dari encik kipas, jadi hal berdiri tak jadi masalah aku. Cuma hal malu itulah tak boleh ketepikan.

.

Seterusnya ialah buat kerja sekolah di luar. Kalau rakan sekelas aku dulu tak sukakan denda ini, nampaknya aku seorang sahajalah yang pelik.

Cikgu Bahasa Inggeris aku akan sebut nama siapa yang tak siap kerja sekolah, suruh sambung kerja dekat luar. Aku dengan gembiranya duduk merempat di luar, menikmati ketenangan.

Maklumlah, aku duduk sebelah pembuli aku. Budak laki. Tak mahu aku. Jadi inilah satu kebebasan bagi aku. Mesti cikgu aku pelik kenapalah asyik kelas dia sahaja aku tak buat kerja sekolah.

Tetapi sebenarnya bestlah juga. Kadang-kadang kita orang ada borak dekat luar sambil buat kerja sekolah. Yang tak bestnya kalau pembuli aku sekali tak siapkan kerja sekolah. Sebab aku sebenarnya nak lari dari dia orang.

Disebabkan pretasi orang bermesyuarat dekat luar kelas meningkat, maka cikgu aku ambil keputusan untuk ambil buku kejahatan. Iaitu buku disiplin.

Aku pun taubat dan siapkan kerja sekolah. Cikgu ini... baru nak skip kelas. Huhuhu, maaf cikgu Bahasa Inggeris darjah 4 kalau baca ini.

.

Yang ketiganya ialah hukuman murid kalau tak bawa buku teks. Kita orang diberikan misi untuk menjadi pengemis meminta buku teks di kelas lain.

Ada yang salah guna misi ini dengan merayau-rayau sekeliling sekolah. Tak, aku bukan salah seorang sebab aku jenis malas nak jalan.

Macam mana nak jalankan misi ni? Senang sahaja! Kau pergi ke kelas sama dengan darjah kau. Jangan tak bawa buku teks darjah 6, kau pergi minta dekat darjah 4 pula.

Kemudian pemilik buku itu memberi buku itu dengan penuh ehsan (kalau masa itu bukan subjek yang kita nak belajar). Dan kita selamba badak meminjamnya.

Tak apa, lepas kelas pulanglah balik.

Yang terbaiknya fasal denda ni, kita orang sebenarnya dah cop orang dalam kelas lain untuk bagi buku kalau tak bawa. Jadi kalau tak bawa, tak payah minta dekat lain. Dekat dia je.

.

Denda ini boleh dikatakan popular dekat sekolah aku bagi kalangan budak lelaki. Denda ini dinamakan... 'baca yasin dekat perhimpunan waktu hari Jumaat'.

Makhluk bernama lelaki ini akan duduk depan sekali dan baca yasin. Muka setiap seorang memang boleh nampaklah. Sebab itulah kita orang tak nak nama kita orang duduk dalam buku disiplin.

Macam inilah jadinya.

.

A : Okey, dia dah datang dah. Denda paling mengerikan.

B : Kenapa denda ini diwujudkan? Dia tahu ke boleh meresahkan satu kelas!

A : Ya, kita pun masih tak tahu dari mana dia datang. Tapi yang pastinya nama denda itu ialah...

Rehat lambat dan Balik Lambat.

Inilah denda yang kalau disebut, kecut perut semua orang dekat kelas. Kalau waktu rehat, orang itu biasa puasa sunat selang sehari tak apalah.

Yang lagi menyeramkan bagi denda balik lambat ini kalau kau orang sekolah sesi petang atau naik van. Nampak orang balik dulu pun cukup buatkan bulu roma meremang. Waktu tu rasa nak nangis sahaja. 🤣

Denda ni biasanya terjadi kalau kelas bising, tak jawab soalan atau kalau siapa siapkan kerja dulu, baru boleh keluar.

Waktu tu aku berterima kasih pada kemahiran menulis aku yang cepat. Ah lantaklah kalau salah ke apa ke, janji dapat keluar awal.

Cikgu: Apa kamu buat dengan jalan kira ini?

Nooroo: Eh, betullah kan jawapan dia. Saya kira beratus kali dah tu.

Cikgu: Masalahnya ni kerja sekolah karangan!

...

Ada banyak lagi sebenarnya denda lain. Tak boleh rehat... denda panggil ke cikgu disiplin, okey tu denda yang seram juga. Denda rotan, denda bersihkan kelas dan macam-macam denda lagi.

Sekarang ini kelas online, rindu pula kena denda secara bersemuka.

Denda tahun 2021 ini setakat telefon ibu bapa atau kena marah melalui mesej sahaja. Itu pun pelajar boleh block atau abaikan sahaja mesej yang dihantar.

Namun, denda ini kalau teringat balik. Aku pun tergelak sebenarnya. Rasa nak cuba lagi pun ada. Apa yang penting, denda inilah yang memberikan kita pengajaran untuk tak buat lagi benda tu, dan beri memori terindah masa zaman sekolah.

Dark Nooroo: Tetapi setiap hari kau masa tu tak siap kerja sekolah.

Nooroo: Shh, itu cerita lama.

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Nampaknya begitulah denda yang aku alami masa zaman sekolah. Bagi aku, denda paling best mestilah duduk sebab datang datang lambat.

Sebab ramai kawan aku yang sebenarnya pengawas. Aku siap tulis novel lagi dua puluh minit sebelum masuk barisan.

Ada denda yang kau orang nak kongsikan zaman sekolah? Boleh tanya dekat sini?

Ada soalan yang mahu ditanyakan Nooroo? Boleh tanya di sini!

Okeylah, kalau rasa mengantuk, bolehlah baca doa dan tarik selimut. Harap-harap tak adalah orang mimpi kena denda. Tetapi kalau kena denda makan mekdi jangan lupa ajak aku tau.

Selamat malam dan semoga tidur nyenyak!
















.
.
.
.
.
NOOROO: LATE NIGHT TALKS
-----------------------------------------
The kid asked innocent to the teacher if he would punish him for something that he did not do. The teacher said no and then the kid told him that he did not do his homework.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top