"BOSANLAH PKP!"

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Hey, lama kita tak jumpa dalam buku ini. Maklumlah. Sebelum ini lepas solat Isyak, aku banyak letak kepala terus atas katil. Bangun-bangun dah azan Subuh, tak sempat tulis sepatah haram pun dalam buku ini.

Macam mana dengan PKP sekarang ini? Seronok ke duduk rumah? Aku pasrah sahajalah wey. Sampai malas nak tengok statistik kes Covid-19 Malaysia dari hari ke hari.

Ada yang SPM. Berhempas-pulas belajar sampai naik ke katil, belajar lagi.

Ada yang macam aku. Muka pasrah minta kaki. Terserah sahaja mereput atas katil.

Tapi cuti PKP ini janganlah buang masa. Asyik tengok telefon. Ha, sebelum tidur pun tengok telefon. Cubalah...

Dark Nooroo: *angkat kerusi* Kau tak payah sembang sangat boleh tak...

AKU NAK BACA BUKU! TAK ADA ORANG BELI BUKU UNTUK AKU. AKU BACALAH KAT WATTPAD. KAU BELI KE BUKU KAT AKU? KAU BELI KE?

Tuuut...

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Jadi, malam ini aku akan senaraikan aktiviti menarik yang kau orang patut cuba masa PKP ini. Kalau PKP tamat, bolehlah cerita ke anak cucu aktiviti kau orang.

Tak adalah cucu cicit kau ternganga bila tahu kau duduk atas katil sahaja masa negara tengah darurat.

...

- Salah satunya...

Ha...

Ah, sudah. Lupa aku apa benda.

Tuuut...

...

*Pasang soundtrack Detective Conan* Baiklah! Mari kita senaraikan!

- Buat pertandingan memasak antara adik beradik. Contoh pilih satu hidangan yang dua adik beradik kau pandai masak. Jangan sampai kau orang buang tabiat jerang air sudahlah.

- Buat pentas lakonan dengan adik beradik ke. Kalau kau syok sendiri macam aku, aku suka berlakon depan kamera. Tapi dengan syarat, jangan ada orang tengok.

- Kemas satu rumah esok paginya. Cek-ceklah mana tahu ada semut buat parti bawah katil, bolehlah join sekali parti itu. Eh, jangan join. Marah. Buat parti tanpa SOP dalam rumah orang.

- Peringatan besar. Jangan kemas dapur tanpa keizinan menteri besar. Aku pernah kemas dapur (rajin sangat), hampir lima minit aku kena hadap ceramah mak aku.

-  Trauma siot. Aku tak pernah ubah kedudukan dapur rumah aku lepas itu.

- Buat senaman robik dalam rumah. Pernah buat dengan ahli keluarga. Buka Youtube dan menari tarian ayam yang teneteneteneneeet. Hush, best gila! 🤣

- Masa ini jugalah kau orang boleh dera adik beradik kau, kau suruh dia cuci tandas. Masakkan makanan. Mop lantai bilik kau dan sua... eh, apa benda skrip aku tulis ini? Senarai Kerja Rumah Hilter?

Tuuut...

...

- Boleh cuba idea 30 Days kalau dah memang bosan sangat! Ada banyak cabaran kau boleh buat dalam tempoh sebulan berPKP... uhuk! Dua minggu.

- Kot...

...

- Tak ada idea untuk menulis atau bahasa ringkasnya diganggu encik writerblock? Ha, boleh baca buku melalui yang aku dah promosi di Nooroo's Promote! Memang banyak cerita-cerita menarik untuk kau orang.

Dark Nooroo: Sempat lagi kau promote.

- Hehehe...

- Rancangan berfaedah menarik untuk ditengok yang aku cadangkan ialah...
- Saluran Youtube AJAR
- Saluran Youtube ML Studios

- Memandangkan aku suka sains dan fakta, memang aku selalu singgah sanalah. Dan paling best, memang menariklah dan tak merepeklah idea yang dikongsikan!

- Bagi pelajar, kau buka buku dan tidur sahajalah. Rehat sekejap. Mesti kau penat, kan?

...

- Aku ada satu permainan menarik untuk kau orang cuba masa PKP. Baiklah, sediakan dua keping kertas A4 sekarang juga. Kalau tak ada, esok pun tak apa.

- Permainannya dipanggil 'Kapal dan Serang'.

- Dua keping kertas itu lipat kepada dua bahagian dan buka balik dua lipatan itu.

- Pada setiap bahagian (bahagian kiri dan kanan), buat sebanyak 25 kotak pada bahagian kiri dan kanan dua helaian kertas itu.

- Bahagian kiri tu tulis panel startegi dan bahagian kanan itu tulis panel serangan.

- Aku sediakan gambar takut-takut tak faham.

(Betul-betul duduk atas katil ni)

- Satu lagi kertas dah siap kau campak dekat mana-mana orang, paksa dia orang main. Kalau dia orang tak nak. Kau cipta mesin masuk dunia Avatar dan bawa tangan Aang, keluarkan kuasa api dan bakar dia orang.

- Ceh, gurau gurau. Seriau Armin Arlet (Attack On Titan) baca ini.

- Satu kertas yang dah siap itu kau letak bot kau secara rawak di panel startegi kau sebanyak 7 buah bot.

- Kau pun buat serangan pertama dekat panel serangan. Tanda je X dekat mana-mana. Pastu kawan kau akan tunjuk x (tempat dia serang kau) dan kau tanda pada panel startegi kau.

- Permainan itu pun berterusan sampai permainan ketujuh

- Harap fahamlah.

(Eh, nampak tangan pula!)

- Selamat bermain!

(Pesan ringkas: Sama juga dengan Bingo. Boleh buat dua puluh lima kotak dekat atas helaian kertas dan siapa boleh jawab teka teki, dapat lorekkan nombor dekat kertasnya.)

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Itu sahaja yang aku dapat kongsikan untuk kau orang. Yalah, tak adalah duduk atas katil sahaja sepanjang PKP ini.

Ha, jangan lupa tolong orang rumah. Masak makan malam ke. Goreng maggi dan basuh pinggan pun kira okeylah.

Ada idea lain untuk dibuat masa PKP? Kongsikan cadangan anda di sini!

Ada persoalan ingin ditanyakan kepada Nooroo? Nooroo akan jawab di malam yang akan datang.

Akhir bicara... selamat malam dan mimpi indah-indah!

(Jangan kau mimpi basah, sudahlah. Aku tak ajar, en...)










.
.
.
.
.
NOOROO: LATE NIGHT TALKS
____________________________
"Day is over, night is come. Today is gone. What's done is done. Embrace your dreams, through the night. Tomorrow comes with a whole new lights!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top