BAB 1

            'Seratus persen cintaku...'

Adra Najwa atau lebih dikenali sebagai Adra Gelek Gerudi sedang menyanyi sambil menggoyang pinggulnya di atas pentas. Lelaki-lelaki tua yang gatal, bersiul nakal tatkala menonton gelek Adra. Ramai-ramai mereka menyanyi dan menari lagu dangdut yang dipopularkan oleh Mas Idayu itu. Adra menamatkan persembahannya.

"Abang-abang nak tengok Adra gelek gerudi lagi."

"Nak!!!" Ramai-ramai mereka menjawab.

Adra bersedia di atas pentas. Sebaik sahaja muzik mula dimainkan dia menari mengikut rentak. "Seminggu sekali kau datang...."

Dari jauh kelihatan tiga orang manusia yang agak canggung. Kelihatannya mereka berdua bukan datang ke Kelab Dangdut Matahari ini untuk berhibur.

"Nur pasti dia orangnya." Hadif mahukan kepastian.

"Muka dia sama macam dalam gambar ni. Memang pasti dia. Penyiasat yang mama upah pun dah bagitau yang dia memang kerja kat sini." Nur melihat gambar dan diselang seli melihat gadis yang sedang menari itu. Semacam tidak percaya kalau gadis seksi itu anak mamanya.

Make-up tebal entah berapa kilo bedak. Memakai t-shirt ketat dengan dress pendek separas peha. Sedang menayang badan untuk santapan mata lelaki-lelaki tua yang gatal. Tetapi apa yang meyakinkannya, rupa paras gadis itu agak mirip dengan mamanya.

"Dia kerja tempat macam ni. Boleh ke kita harapkan hati dia sihat." Hadif ragu-ragu. Melihat tempat kerja itu sahaja dia tahu yang gadis itu bukan baik-baik. Bagaimana gadis itu menjadi anak Datin Ainun, emak kepada tunangnya.

"Dia kakak kita ke?" Firdaus kecilkan mata melihat gadis itu. Kalau bukan awal-awal lagi gadis itu disebut sebagai kakaknya pasti dia juga akan menyertai lelaki-lelaki nakal di lantai dansa sana. Tubuh kakaknya sungguh seksi dan menggiurkan naluri lelakinya.

"Kau ingat kau sorang tak percaya. Ini saja jalan yang ada untuk kita selamatkan Kak Long." Nurain juga tidak menyangka yang dia akan menemui 'kakaknya' dalam situasi begini. Malu dia melihat penampilan gadis itu.

"Hadif... Daus... dia dah habis nyanyi tu. Jom kita jumpa dia." Nurain menarik tangan adiknya. Niatnya hendak datang berdua sahaja dengan Firdaus, tetapi Hadif mendesak mahu ikut sekali.

"Adra. Ada orang nak jumpa." Pintu diketuk dari luar.

Adra mengeluh. Dia baru sahaja hendak berehat. Sudah ada yang menganggu. Pasti salah seorang lelaki hidung belang yang suka mengganggunya selama ini. Berat hatinya untuk melayan tetapi demi duit dia akan buat apa sahaja.

"Suruh diaorang masuk." Adra duduk di sofa dengan kaki disilangkan. Aset yang dia ada harus digunakan sebaiknya.

Berkerut sedikit dahi Adra tatkala pintu terbuka. Wajah-wajah yang memang mustahil dia jumpa di tempat begini. Dua orang lelaki yang agak kacak dan juga seorang wanita bertudung.

"Jemput duduk. Ni anak Datuk mana ni?" Tanya Adra. Biasanya kalau orang baik-baik begini muncul pasti ada kaitan dengan lelaki hidung belang yang dia layan.

"Kami berdua anak Datuk Herizal. Yang ini anak Tan Sri Hamdan. Saya Nurnain binti Datuk Herizal. Ini adik saya Firdaus." Nurain memperkenalkan dirinya dan Firdaus.

"Dia." Mata Adra tertarik melihat lelaki yang berdiri bersandar di dinding. Mempunyai wajah yang kacak. Matanya turun naik melihat penampilan lelaki itu. Dari pakaian sahaja dia dapat rumuskan yang lelaki itu bukan biasa-biasa. Nama pun anak Tan Sri.

"Saya Ilman Hadif bin Tan Sri Hamdan. Bakal abang ipar diaorang berdua." Hadif memperkenalkan dirinya. Dia cuba alihkan matanya dari terus melekat melihat tubuh Adra yang banyak terdedah. Setiap kali dia cuba alihkan, setiap kali itu juga matanya akan kembali singgah melihat.

"Ooh... bakal suami orang rupanya. Bakal aje kan. Awak ni kacaklah. Cerah mata saya tengok awak. Hilang bosan asyik tengok lelaki rambut putih kat luar sana." Adra senyum dan kenyitkan matanya ke arah Hadif. Dia tertawa tatkala terlihat wajah kurang selesa Hadif.

"Ehemm." Nurain berdeham. Dia cubit lengan Firdaus yang sejak tadi leka memerhatikan paha putih gebu Adra.

"Saya tak ada kenalan nama Datuk Herizal dan Tan Sri Hamdan. So kalau niat korang bertiga nak serang saya tolong batalkan. Dan tolong keluar dari sini saya nak rehat." Adra betulkan kedudukannya. Kalau tadi dia letakkan kaki kiri atas kaki kanan sekarang dia tukar pula. Kaki kanan menindih kaki kiri. Sengaja dia berbuat begitu untuk melihat reaksi lelaki-lelaki di hadapannya itu.

"Tolong keluar." Ucap Adra lagi setelah tiada reaksi dari tetamunya itu. "Saya nak rehat." Adra tersenyum sambil tangan menunjukkan pintu.

"Kami anak Datin Ainun... Ainun Mardhiah binti Bakhtiar."

Berubah riak Adra tatkala mendengar nama itu. Sudah berpuluh tahun nama itu tidak muncul dalam kamus hidupnya. Dia perhatikan Firdaus dan Nuraina. Adra yakin yang mereka berdua tidak berbohong. Dadanya jadi sesak tiba-tiba.

"Saya tak kenal siapa Ainul Mardhiah. Tolong keluar sekarang." Nada suara Adra agak serius. Riak mukanya juga kelihatan agak tegang.

"Dia mak Cik Adra kan... mak kakak." Nuraina bersuara. Dia keluar dari rumah dengan tekad tidak akan pulang dengan tangan kosong.

"Apa korang nak tiba-tiba muncul kat sini guna nama dia. Korang ni buat hari aku jadi sial." Adra tidak lagi berpura-pura baik. Sebaris nama itu membuat hari dia yang tenang bertukar warna.

"Kami perlukan bantuan akak untuk tolong Kak Long. Kak long kami sakit. Dia perlukan pemindahan hati. Kami semua dah buat pemeriksaan tapi tak sesuai. Cik Adra harapan terakhir kami." Nurain terus menerangkan tujuan kedatangan mereka.

"Jadi korang bertiga datang nak mintak hati aku. Macam tu..."

Nurain dan Firdaus mengangguk serentak.

"Korang ingat hati aku ni hati ayam ke apa boleh mintak macam tu aje. Tolong keluar sekarang sebelum aku panggil bouncer!" Sakit hati Adra apabila mengetahui tujuan sebenar kemunculan 'adik-adiknya'.

Kenapa ibunya tidak datang sendiri menemui dia. Kenapa mesti menghantar orang lain untuk memujuknya.

"Tolong kami Cik Adra. Kami tak nak kehilangan kakak kami. Lagipun lagi 4 bulan dia nak kahwin." Firdaus yang sejak tadi diam bersuara.

"Aku peduli apa dengan kakak korang. Keluar sekarang!"

"Cik Adra tolong kami..." Nurain bangun dan terus melutut di kaki Adra.

"Kau buat apa ni?" Adra menolak tubuh Nurain dan terus bangun. Kalau mereka bertiga berdegil. Lebih baik dia yang keluar. Terus dia ayun langkah menuju ke pintu.

"Cik Adra. Saya sanggup bayar berapa saja harga yang Cik Adra sebutkan."

Langkah Adra terhenti. Dia menjeling Hadif. Saat mata mereka berlaga dia tahu lelaki itu serius dengan kata-katanya. Nampaknya lelaki itu betul-betul cintakan Jannah. Adra tarik nafas dalam-dalam.

"Belum tentu lagi hati aku sesuai untuk dia kan." Adra bersuara perlahan.

"Cik Adra buat pemeriksaan dulu. Kalau sesuai kita bincangkan harga. Atau saya bayar Cik Adra untuk buat pemeriksaan. Jadi masa cik tak terbuang begitu sahaja." Hadif mengemukakan tawarannya. Melihat penampilan dan pekerjaan Adra dia tahu gadis itu hanya pentingkan wang. Pastinya tawaran dia tidak akan ditolak.

"Kau sayang sangat dengan tunang kau ya. Sampai sanggup korbankan duit." Adra senyum sinis.

"Saya cintakan tunang saya sepenuh hati. Impian saya untuk menjadikan dia yang halal untuk saya. Impian saya hanya akan tinggal impian kalau dia gagal diselamatkan. Duit bukan masalah bagi saya. Berapa pun yang Cik Adra nak saya akan bayar." Hadif yakin umpannya akan mengena. Perempuan seperti Adra hidupnya hanya bertunjangkan duit.

"Terharu betul aku dengar kisah cinta kau dengan dia. Oleh sebab percintaan kau sangat ikhlas, aku terima tawaran kau. Aku akan buat pemeriksaan kat hospital dengan bayaran sikit aje. Sepuluh ribu." Adra menyatakan harganya.

"Huh." Hadif menjeling Adra dari atas ke bawah dengan pandangan meluat. Sudah dia duga gadis itu memang mahukan bayaran. Berbeza sungguh perangai Adra dengan adik-beradiknya yang lain.

"Dah orang nak beli. Kita juallah... nak masuk tandas pun kena bayar. Apalagi hendak beli hati manusia." Adra membalas senyuman Hadif. Dia tahu lelaki itu memandangnya hina. Sengaja dia mendekat dan menempelkan dadanya di lengan Hadif. "Apalah sangat duit berbanding nyawa yang tercinta kan."

Hadif segera menjauh.

Adra ketawa. "Stok lelaki beriman. Well... aku suka. Susah nak jumpa ni." Adra bergerak ke meja solek untuk mengambil pen dan kertas dari laci. Dia menulis sesuatu di atas kertas itu. Selesai menulis dia lekapkan kertas itu di bibirnya meninggalkan kesan lipstik yang dia pakai.

"Besok hantar orang jemput aku kat alamat ni." Adra tarik tangan Hadif dan letakkan kertas tadi di atas tapak tangan lelaki itu. Sempat lagi dia mengelus kekura tangan lelaki itu.

"Sekarang tolong berambus." Adra membuka pintu.

"Teruknya perempuan tu. Kalau bukan sebab kak long, Daus tak ingin kenal dia." Firdaus bersuara memecah kebuntuan. Dia menjeling Hadif yang tekun memandu. Nurain di belakang juga membisu sebaik mereka masuk ke dalam kereta.

"Kenapa selama ni kita tak tau yang kita ada kakak. Kalau kak long tak sakit agaknya kita tak tau dia ni wujud."

Hadif menjeling Nurain melalui cermin pandang belakang. Dia turut terkejut bila mengetahui kewujudan bakal kakak iparnya. Lebih mengejutkan bakal kakak iparnya bekerja sebagai penyanyi di kelab dangdut.

"Kakak macam dia tu... tak ada kakak lagi baik. Sebut fasal duit terus aje setuju. Dia tak fikir ke nak tolong adik-beradik sendiri. Boleh tak kalau kita cari orang lain buat donor. Tak naklah hati perempuan kotor macam tu dalam badan kak long." Firdaus mendesak secara tiba-tiba. "Abang long tak boleh ke usahakan orang lain jadi penderma."

"Kalau boleh memang nak cari orang lain. Tapi masa dah suntuk. Kak long tak mampu nak bertahan lagi." Hadif bersuara. Kusut fikirannya saat ini. Kalau boleh dia memang tidak mahu berhubungan dengan Adra. Gadis itu bagaikan sengaja menguji keimanannya tadi. Hampir sahaja dia tewas dengan godaan syaitan.

"Daus dengar cakap abang long. Kita boleh cari orang lain. Tapi Kak long sempat ke? Lagipun doktor cakap kebarangkalian lebih tinggi kalau cari saudara." Tambah Hadif.

Firdus terdiam. Memang itu yang dia dengar dari doktor. Kakak sulung mereka sedang menghitung masa untuk berdepan maut akibat kerosakan hati. Jalan yang ada untuk memulihkan kakak sulungnya adalah dengan pemindahan organ. Dia dengan Nurain bersedia menjadi donor tetapi tidak sesuai.

"Kak Ngah diam aje kenapa?" Firdaus perasan yang Nurain senyap sahaja sejak keluar dari kelab dangdut tadi.

"Kenapa mama tak bagitau kita fasal Kak Adra. Selama ni Kak Adra duduk dengan siapa?" Soalan itu bermain-main di kepala Nurain sejak tadi.

"Perempuan macam tu... mana-mana mak pun tak nak mengaku anak." Firdaus mencemik.

"Apa pun dia... tetap anak mama. Kakak kita!" Nurain bersuara keras. Nuraina menyampuk. Dia tahu adiknya terkejut melihat penampilan kakak mereka. Dia sendiri turut terkejut. Sejak dari kecil dia diajar untuk menjaga aurat.

Firdaus tidak berani menjawab.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top