6
6.
"You'll live long and be one of those assholes yang tak reti signal bila masuk simpang."
Aku dengar lelaki dewasa yang sedang merangkul erat tubuh kerdil Nurlina membisik kepadanya.
Kemudian, dia angkat dagu gadis ini dan tenung mata bengkak itu dalam-dalam, lalu mengucup mesra dahinya. Beri petanda bahawa semua akan sempurna, kembali seperti biasa.
Nurlina leraikan pelukan, dan tarik semula kepalanya yang terbenam dari dada lelaki itu. Samar-samar kelihatan wajahnya, membelakangi cahaya fajar yang muncul.
Gelora degupan jantungnya tidak lagi sebuas tadi, semakin lama semakin reda. Batang tubuh mereka perlahan-lahan terpisah hingga tiada lagi titik yang bersentuh. Beri ruang pada angin dingin merayap ke celah.
Pagi itu, alam maujud aku jadi gundah. Bermula dengan keputusan Nurlina mahu tatap matahari subuh kali terakhir. Seterusnya mahu biar nyawanya berkecai dari jasad, membusuk di turapan tar kaki lima, 30 tingkat ke bawah.
"I was happy when I made you, my lovely princess."
Ujar lelaki magis saat gadis ini mengesat air mata yang baru sahaja berhenti mengalir dengan hujung lengan baju tidurnya.
Dia tidak peduli dengan kata-kata itu, namun bibirnya tidak dapat menidakkan perintah terus dari akal. Malu malu sekuntum senyuman mekar di wajah Nurlina, teringat betapa gembiranya akhirnya dia mampu berdiri sedikit lebih dekat dengan langit.
Tanggal satu April tahun itu, di tingkat paling atas sebuah apartmen lama di Tanjung Bunga, satu nyawa ditunda kematiannya - Kematian aku
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top