sleeping beast
"Okay. Kalau cerita kau tak tarik langsung minat aku, then I guess I have to kill you, human."
"Then if my story entertains you, Your Highness, kau kena lepaskan aku."
"You really think that you can escape yourself from me huh?"
"I don't care even if it costs life."
Lelaki itu menarik senyum terhibur.
"This is getting more fun."
"Aurora!"
Aurora berpusing tatkala namanya dipanggil. Senyuman ceria terbit di wajahnya tatkala melihat gerangan yang mengejarnya ketika itu. Tahun ini, umurnya sudah menjejak 18 tahun, seiring dengan kecantikan rupanya yang menarik perhatian ramai jejaka.
Namun, hanya satu jejaka sahaja yang berjaya memikat hatinya, Philip. Rambutnya berwarna brunette, beralun lembut di bawah cahaya matahari apabila lelaki itu berlari mendekatinya. Di tangan lelaki itu terdapat sejambak bunga khas untuk kekasih hati.
"Awh, terima kasih!" Ceria wajah Aurora menerima kuntuman itu daripada sang jejaka yang diminatinya.
Philip tersenyum riang apabila bunga pemberiannya itu dikucup oleh gadis cantik di hadapannya itu.
She is indeed, an angel.
Aurora, seorang puteri malang yang terkenal dengan sumpahan yang dikenakan kepadanya oleh seorang pari-pari jahat. Ya, semua mesti pernah dengar kisahnya.
Aurora yang naif, Aurora yang lemah.
Aurora yang hanya mengharapkan sang putera merawat sumpahannya dengan sebuah ciuman true love.
Ya, Aurora yang itu yang menjadi kisah jajaan cerita orang.
"Let's meet again, Aurora!" Philip melambainya dari jauh sebelum melangkah pergi, meninggalkan Aurora bersendirian di malam hari itu. Aurora yang tersenyum tiba-tiba berubah wajah.
Namun, mereka tidak tahu, seusai tibanya malam, wajah naif itu seakan hilang. Senyuman semanis madu itu seakan pudar di wajahnya.
Mata biru lautnya pula kosong, seakan tiada sinar.
Mereka tidak tahu, Aurora versi yang ini. Semanis-manis cerita, sudah tentu ada pahitnya.
Not all stories are perfect.
Bunga pemberian Philip yang diterimanya tadi dicampak ke tanah kemudian dipijaknya dan dia melangkah masuk ke dalam hutan itu, bertemu dengan seseorang.
Maleficent. Pari-pari yang menyumpahnya supaya tidur selama 100 hari. Mereka ingat dia tidak tahu bahawa dia telah disumpah? Bodoh.
Keluarga diraja mereka tersangatlah bodoh apabila terang-terangan mereka menunjukkan kasih sayang yang berlebihan kepadanya untuk menutup takdir bahawa dia akan mati tidak lama lagi.
Tersenyum sinis Aurora apabila melihat cahaya hijau menari-nari di sekeliling pokok yang merimbun di dalam hutan itu.
Dia sering sahaja cemburu dengan kelebihan Maleficent, mempunyai kuasa yang tidak terjangkau dek akalnya.
Sedangkan dia di sini, dilahirkan sebagai manusia yang lemah dan hanya mengharap seorang putera raja yang kacak untuk menyelamatkannya. Tch, bullshit.
Aurora memutarkan bola matanya apabila berfikir tentang sumpahan bodoh itu.
Sikap Aurora yang periang dan ceria sewaktu siang, namun tidak malam. Kini seperti dia menjadi seorang psychopath yang sentiasa mengintip musuhnya dari jauh.
Tidak, dia tidak perlukan cinta sejati untuk menyelamatkannya.
Figura Maleficent dia lihat dari jauh. Senyuman sinis diukir tajam.
Aurora mencapai ranting di sebelah kakinya dan dengan sengaja dia mematahkannya, ingin menarik perhatian wanita itu.
"Who's there?"
Gotcha!
Dengan lagak takut-takut, Aurora keluar dari tempat persembunyiannya perlahan-lahan.
"I-Im sorry. I didn't m-mean to..." Tergagap-gagap dia menjelaskan kepada wanita bergaun hitam itu– Maleficent.
Maleficent menjongket kening apabila matanya disapa dengan wajah gadis cantik itu. Senyuman penuh makna ditarik.
"Kau intip aku?"
"T-Tak." Aurora mengundur ke belakang apabila wanita itu mendekat.
"I'm sorry! Please don't kill me." rayunya sambil memejam mata. Disebalik perlakuannya itu terselit senyuman sinis.
Dia hanya perlu berlakon sebagai watak naif yang lemah ketika berhadapan dengan musuhnya. Barulah musuhnya akan beranggapan bahawa mereka sudah satu langkah le hadapan.
"Oh dear, I won't kill you. But you invaded my privacy."
"Saya... saya tak tahu! Saya tak nampak apa-apa. Tolong jangan apa-apakan saya." Dengan penuh terketar-ketar Aurora berkata.
Wanita itu tergelak terhibur mendengar suara ketakutan gadis itu. Dia rasa seronok.
"I won't kill you anyway, because it's you." Dia mengusap-usap tongkat kesayangannya itu. Aurora mengangkat wajah mendengarkan kata-kata itu.
Sudah tentulah perempuan sihir ni nak tunggu hari 'kejadian' itu bukan?
Bunyi bell berkumandang dari istana menarik perhatian mereka berdua.
Wanita itu memusingkan tubuhnya menghadap Aurora. Kini, Aurora dapat lihat dengan jelas riak wajah itu. Bukan seperti witch jahat dan buruk seperti nenek, tetapi wajah itu tampak muda dan anggun. Tch, witch kan boleh berubah rupa.
Kenapa dia perlu percaya?
"Kita akan berjumpa lagi tak lama lagi. On that day. Good bye, Aurora." Kabus hijau mengelilingi tubuh wanita itu sebelum hilang di kegelapan malam, meninggalkan Aurora keseorangan.
Aurora menggenggam tangan kuat sambil nafas dilepas kasar. Dia takkan biarkan lawannya menang begitu saja.
"Aurora! Kenapa lambat sangat balik?" Stefan menegur anaknya, Aurora yang terlihat baru sahaja masuk ke dalam istana.
"Sesat tadi ayah. Dah, Aurora ngantuk. Nak tidur." Aurora berpura-pura menguap sebelum menuju ke west wing di mana terletaknya kamar beradunya. Stefan mengeluh melihat anaknya itu yang seakan mahu tidak mahu bercakap dengannya.
Setelah Leah, isterinya meninggalkan dunia dua tahun lepas, perangai Aurora semakin berubah. Hubungan mereka sebagai anak dan ayah semakin tidak rapat. Risau dia semakin menjadi-jadi apabila hari itu semakin mendekat. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada anaknya disebabkan perlakuan lampaunya kepada Maleficent.
Hari demi hari berlalu, sehinggalah pada hari yang ditunggu oleh Aurora, hari di mana genap umurnya 18 tahun. Hari di mana sumpahan Maleficent itu akan berlaku dan Aurora yakin Maleficent pasti mahu melihat keajaiban sumpahannya sendiri.
Tiba-tiba Aurora rasakan sesuatu yang pelik pada dirinya. Cahaya hijau yang menari-nari di sekeliling biliknya dipandang. Maleficent. Sumpahan itu masih ada. Ya, masih terlekat dan tertakdir pada dirinya. Jadi bagaimana dia mahu mengubahnya?
Aurora dapat rasakan hujung jari telunjuknya pedih. Seolah dicucuk sesuatu tetapi dia sendiri tidak tahu apa. Dalam fikirannya hanya ada satu benda sahaja ketika ini.
Spinning wheel.
Aurora jatuh tersungkur dan memegang kepalanya, cuba mengusir imaginasinya itu namun tidak berjaya. Cahaya hijau semakin memenuhi ruang biliknya. Sumpahan Maleficent sedang menguasainya ketika ini. Jari telunjuknya pijar, seolah-olah rasa dicucuk berkali-kali. Aurora mengangkat wajah. Dia perlu cepat bertindak.
Langkah terhuyung-hayang diatur menuju ke pintu biliknya dan dibuka.
"Aurora.."
"Aurora..."
Bisikan itu tidak pernah berhenti bermain di dalam kepalanya. Makin lama semakin dekat, sehinggalah dia kini berada di hadapan sebuah pintu usang. Seolah dikawal oleh sesuatu, tangannya memulas tombol pintu itu dan matanya menyapa pemandangan beribu-ribu spinning wheel yang sudah dibakar.
Banyak cahaya hijau menari-nari di segenap ruang yang dipenuhi spinning wheel rosak itu dan bisikan yang Aurora dengar sedari tadi semakin lama semakin kuat.
Sehinggalah mata Aurora terlihat jarum spinning wheel yang terpacak di hadapannya. Langkah demi langkah diatur mendekati objek itu tanpa dia sedar.
Bagaikan dirasuk, jari telunjuknya semakin lama semakin dekat dengan jarum itu sehinggalah...
Tubuh Aurora jatuh menyembah lantai tidak sedarkan diri. Cahaya hijau yang memenuhi ruang itu tadi serta-merta hilang.
Tidak lama selepas itu, pintu itu dibuka ganas oleh Stefan, ayah si gadis Aurora dan alangkah terkejutnya dia tatkala melihat sekujur tubuh anaknya yang terlantar tidak sedarkan diri di atas lantai.
"No! Aurora!" Menangis bersungguh-sungguh lelaki itu tatkala satu-satunya anak perempuannya itu terbaring dan tidak dapat lari daripada sumpahan malang yang menimpanya itu.
Tubuh kaku Aurora diangkat dan dibawa ke kamarnya dengan perasaan sayu. Orang-orang istana semuanya menjadi dukacita apabila melihat tubuh puteri periang yang langsung tidak bergerak itu.
Tubuhnya bagaikan mayat hidup yang menunggu sahaja masa untuk ditanam. Namun begitu, Stefan masih lagi tidak berputus asa. Dia masih lagi berharap bahawa anaknya hidup semula. Dia tidak boleh dan sanggup lagi kehilangan orang yang dia sayang.
Tubuh Aurora yang sedang tenang berbaring di atas katil itu dia pandang sebelum dia keluar.
Sejurus selepas itu, putera yang ditunggu-tunggu akhirnya berkunjung tiba. Philip melihat tubuh kekasih hatinya yang terlantar di atas katil itu dengan perasaan sebak. Perlahan-lahan langkah diatur menghampiri gadis berwajah pucat itu.
"I'm sorry I wasn't there for you, my princess." Lelaki itu mengusap lembut rambut gadis cantik itu sambil menatap setiap lekok dan kesempurnaan kekasih hatinya itu. Aurora sungguh cantik, dia berasa sangat bangga apabila berdiri di sebelah gadis itu dan dicemburui oleh ramai jejaka yang pastinya tidak dapat memiliki Aurora.
"Kau tahu tak, aku rasa, without your beautiful face, you're hopeless. Kau hanya berguna kepada aku hanya sebab kau cantik je Aurora." Philip ketawa kecil lalu jari telunjuknya dimain-mainkan di wajah putih pucat itu.
"Tapi rasanya selepas kau mati ni, kuasa kau boleh jatuh ke tangan aku, bukan?" Philip ketawa lagi. Disebabkan janji manis Aurora kepadanya bahawa mereka akan berkahwin tak lama lagi meyakinkan dia bahawa Stefan pasti akan tunduk kepadanya kerana dia salah satunya jejaka buah hati anaknya.
Mungkin dia bakal menjadi putera angkat kepada Stefan.
"Kesian kau, Aurora. Mati jelah kau, lagi bagus." Philip mencium dahi Aurora sebelum dia juga turut keluar dari bilik itu, meninggalkan puteri malang itu keseorang. Malang? Ya. Sangat malang kerana langsung tidak disangka bahawa orang yang rapat dengannya rupanya rapat bersebab.
Fake. Oh tidak, tiada siapa yang sayangkan Aurora. Hatta lelaki yang diminatinya juga. Aurora mungkin tiada peluang untuk hidup lagi jika tiada true love kiss daripada cinta sejatinya.
Malam akhirnya tiba dan tubuh Aurora itu semakin lama semakin pucat. Cahaya hijau tiba-tiba muncul di segenap ruang kamar itu dan pintu itu terbuka sendiri, memaparkan susuk tubuh seorang wanita bergaun hitam dan bertongkat masuk ke dalamnya.
Maleficent.
"My, my, beautiful Aurora." Suaranya bagaikan racun, magis. Senyuman sinisnya langsung terlakar pada wajah itu. Punggung dilabuhkan di sisi gadis malang itu dan dia mengalihkan rambut Aurora yang berselerak di dahi ke belakang telinga.
"Such a pity. Tiada siapa sayangkan kau, Aurora." ujarnya lagi dengan nada mengejek. Dia menyentuh pula pipi gadis itu yang pucat menggunakan kuku panjangnya.
"Kalau aku jadi kau, dah lama aku bunuh diri." Wanita itu menggelengkan kepalanya perlahan, berpura-pura sedih akan kematian gadis ini yang bakal tiba tidak lama lagi. Dia bangun dari dudukannya dan membuat keputusan untuk berlalu pergi. Orang istana mungkin akan menguruskan mayat gadis ini tidak lama lagi.
"Don't be sad, my Aurora. Soon you'll never see the world anymore."
Baru sahaja dia mahu pergi, tiba-tiba dia terdengar satu gelakan halus. Keningnya terjongket, berpaling memandang punca suara itu yang seakan mengejeknya. Dan matanya membulat bagai mahu terkeluar daripada soket apabila melihat tubuh gadis malang yang kaku berbaring di atas katil itu tiba-tiba tiada.
"I guess, it's you that will never see the world anymore." Wajah Aurora yang tersenyum psycho itu tiba-tiba muncul di sebelahnya dan kemudian dia terasa pedih di bahagian jantungnya.
Aurora telah menikamnya dengan jarum panjang spinning wheel tepat di jantungnya.
"H-how?" Dia rebah ke lantai, darah gelapnya tidak putus-putus keluar dari badannya.
"Oh easy. Aku pura-pura mati je selama ni." Aurora tersenyum sinis dan mengambil tongkat yang terlepas dari tangan Maleficent. Tongkat itu dibelek-beleknya penuh minat dan kemudian hujungnya dihalakan di puncak kepala Maleficent.
Mata Aurora bersinar jahat. Senyuman gilanya semakin melebar.
"Die." Cahaya hijau mengerumuni tubuh Maleficent dan kemudian tubuhnya bertukar menjadi abu, hilang di kegelapan malam.
Meninggalkan Aurora yang tersenyum kemenangan itu sendirian. Tongkat Maleficent dipandangnya penuh teruja.
Akhirnya!
Kini, sudah tiba masanya dia pergi ke sasaran seterusnya.
Philip.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top