i don't know
Tangan itu masih kejap memegang leherku membuatkan bekalan oksigenku tiba-tiba terputus. Oh no! Aku tak nak mati terbunuh!
"Macam mana kau boleh masuk sini?" Suara itu tajam seakan pisau yang bila-bila masa sahaja boleh membelah tubuh aku. Riak wajahnya masih kekal serius, aku pula sedang berusaha untuk hidup sekarang ini.
Aku menepuk-nepuk tangannya, menyuruh dia supaya melepaskan genggamannya pada leherku namun sejengkalpun dia tidak berganjak.
Aku menepuk lagi tangannya, lebih kuat dari tadi, memberi makna bahawa 'macam mana aku nak cakap kalau kau tak bagi aku bernafas'. Mengharap bahawa dia melepaskan aku, tetapi pegangannya yang dirasakan semakin ketat itu membuatkan aku memejamkan mata.
"Oh tak boleh bernafas?" Lelaki itu tertawa kecil, sedikitpun tidak terkesan dengan kepayahan aku untuk mencari nafas.
Tak guna punya syaitan!
Aku tahu dia seronok melihat aku begini, seronok melihat kepayahan orang lain mencari hidup di kala saat-saat genting begini. Dan aku takkan biarkan dia seronok macam tu je. Kalau dia suka macam ni, then let's play psychology game, bitches.
Aku membalas pandangannya tajam dan kemudian kedua-dua tanganku dilurut ke bawah. Tidak lagi meronta seperti tadi, aku hanya membiarkan dia menjerut leherku menggunakan jari-jemarinya itu. Aku memejamkan mata, lagakku ini seolah-olah sudah penat berusaha untuk hidup dan berharap bahawa angel of death segera mencabut nyawaku saat ini juga.
Dan sejurus itu, dia melepaskan aku. Berjaya! Oksigen berpusu-pusu masuk ke dalam rongga pernafasanku setelah itu. Disebabkan badanku yang terasa lemah, aku jatuh tersungkur di lantai, masih menghadap si dia di hadapanku ini.Terbatuk-batuk aku dibuatnya sebelum aku menarik senyuman kecil. Dia psycho aku, aku psycho dia balik!
Mustahillah dia nak bunuh aku selagi dia masih belum dapat jawapan dari aku. Sebab itulah aku sengaja berserah, sengaja mengalah dan berpura-pura menunggu ajal aku. Masalahnya lah kan, kenapa dia perlukan jawapan dari aku sedangkan aku memang tidak tahu apa-apa!
"Bring her in. And the rest..." Aku mendongak memandang lelaki bongkak itu. Kali ini, dia memandang semua penduduk kampung di situ. Dapat kulihat warna matanya itu semakin gelap menghantar goosebumps dalam setiap urat sarafku.
"The Dungeon." Selepas dia berkata sedemikian, langkahnya yang penuh kuasa diatur menuju pintu istana diiringi dua orang guard yang sentiasa di sisinya dari tadi, meninggalkan aku dan penduduk kampung yang mulai bising apabila mendengar arahannya itu.
Ivy pantas berlari ke arahku namun dihalang oleh mereka yang berpakaian seragam maroon itu. Tubuhku dipaksa untuk bangun oleh seorang lelaki daripada mereka, dan apabila aku mendongak wajah, mataku menyapa wajah lelaki yang membantuku daripada diserang oleh pak cik guard semasa di kenderaan tadi.
Kali ini, aku dapat lihat jelas wajah lelaki itu yang tersenyum, membawa maksud tersirat di sebalik senyuman itu.
"Let's go in, future Empress." ujarnya seraya memimpin aku masuk. Aku pula mendengar sayup-sayup apa yang dikatakannya sebentar tadi. Future Empress? Apa benda tu?
Disebabkan kepala aku yang tiba-tiba sakit membuatkan aku jadi penat untuk berfikir akan panggilan itu dan membiarkan sahaja dia memanggilku begitu. Harapnya panggilan itu bukan panggilan yang teruk-teruk. Ya lah kan, aku dah terkurang ajar dengan Emperor mereka, mesti mereka sekarang ini sudah tentu marah denganku.
"You okay?" soalnya kepadaku hairan apabila tiba-tiba sahaja aku menyandarkan kepalaku di bahunya. Sakit di kepalaku kini semakin mencucuk-cucuk menyebabkan satu badan aku tiba-tiba lemah tiada kudrat. Sekarang ini aku bergantung sepenuhnya pada lelaki di sebelahku ini. Hairan juga aku sebenarnya.
Berbanding dengan orang Emperor yang lain, lelaki di sebelahku ini tidaklah nampak kejam. Tapi trust issues aku melebihi segalanya. Ya, aku masih tak boleh bergantung dengan dia, mungkin di luaran sahaja dia nampak baik, mungkin dia sebenarnya jahat.
"By the way, awak boleh panggil saya Valerian. Awak?" bisiknya apabila kami berdua hanya diam sahaja sepanjang perjalanan... Aku tak tahulah ke mana aku akan dibawa. Pandangan di hadapanku sekarang ini mulai kabur-kabur.
"Cynth..." Thia.
Pandanganku serta-merta gelap.
"Cyntherellia."
Aku membuka mata. Suara yang sama seperti di sungai dan di rumah Ivy hari itu. Aku bangun dari pembaringan dan pandanganku menyapa susuk tubuh perempuan itu di penjuru bilik. Dia hanya berdiri di situ, merenung aku.
"Apa yang kau nak?" soalku kepadanya apabila kedua-dua antara kami hanya berdiam diri.
"I want to show you something..."
Baru sahaja aku mahu menyoalnya apa yang dia mahu tunjukkan kepada aku, tiba-tiba seakan ada angin kuat meniup tubuhku menyebabkan aku memejamkan mata. Ya, sungguh kuat. Atau mungkin itu semua imaginasi aku. Tetapi yang pasti, saat aku membuka mata, aku bagaikan berada di alam lain.
Atau... di masa lain. Aku memandang susuk tubuhku yang berpakaian dress corset seperti aku sekarang ini berada di abad dahulu. Clueless. Aku sekarang ini berada di mana? Apa semua ni?
Persoalanku terlerai begitu saja apabila aku melihat satu susuk tubuh yang sangat aku kenali menghampiri aku. Cuma bezanya di sini, lelaki itu tersenyum manis kepadaku dengan pandangannya yang sangat lembut sekali.
Emperor. Ya, lelaki itu wajahnya mirip Emperor.
Perwatakannya lain sangat daripada Emperor yang aku kenal. Dia menghulurkan tangannya kepadaku dan entah kenapa aku menyambutnya. Seakan tubuhku dikawal oleh sesuatu. Lelaki itu menarik tubuhku merapatinya dan tangannya erat memeluk pinggangku manakala aku pula memeluk lehernya erat.
"You look beautiful as always, my lady." bisiknya kepadaku dan dia memandangku lembut. Entah kenapa, tetapi tatkala aku memandang matanya, ia seakan penuh dengan emosi. Lelaki ini sangat lain. Lelaki yang aku kenal, matanya kosong.
"Oh, cliche sangat ayat awak tu. Tiap-tiap hari saya cantik." Kedengaran aku tertawa kecil dan aku mencuit puncak hidungnya dengan jari telunjukku menyebabkan lelaki itu turut tertawa. Apa semua ni? Di sini, aku sangat lain dengan diri aku yang sebenar. Aku bukanlah orang yang macam ni.
Sumpah, aku... Tak faham.
"You know I love you, sweetheart." balas lelaki itu intens dan wajah kami mendekat. Jantungku tiba-tiba sahaja berdegup kencang sebelum ciuman dilepaskan ke dahiku disertakan dengan tawa kecil olehnya. Syahdu. Hatiku rasa berat. Seolah-olah aku mahu menangis saat ini juga dengan kelakuannya yang romantis itu.
Apa yang terjadi dengan aku ni?
Lelaki itu memegang lenganku dan jari telunjuknya dimain-mainkan di situ. Seketika aku lihat, ada kesan— tidak, ada tulisan bercorak di tanganku.
Astra.
Cantik. Entah kenapa aku tersenyum melihat keindahan tulisan itu di tanganku. Lelaki itu turut tersenyum apabila melihatkan senyuman yang terbit di bibirku.
"You remind me of the stars." bisik lelaki itu, menghantar seribu satu debar dalam diriku. Kami masih lagi menari, berada di dalam dunia kami sendiri dan hati kami menjadi satu.
Tiba-tiba dewan yang penuh dengan orang tadi tiba-tiba kosong. Lelaki itu juga sudah tiada. Pandanganku melilau memandang sekeliling.
"Oh, you're already here." Aku menoleh mendengar suara itu. Lelaki berwajah mirip Emperor itu berdiri tidak jauh dariku dan dapat aku kesan nada jengkel di situ. Jengkel? Bukan ke baru tadi dia cakap dia cintakan perempuan ni? Kenapa tiba-tiba jadi lain?
"Kenapa awak nak jumpa saya? Anything to tell me?"
Lelaki itu mengeluarkan pedangnya dan menghalakan mata pedang itu ke arah aku. Mata aku serta-merta membulat. Lelaki ini lain. Lain daripada yang aku lihat tadi. Matanya lebih gelap, lebih kosong. Baru aku perasan, hanya matanya sahaja yang lain daripada mata Emperor sebenar.
Matanya hanya berwarna hijau. Tidak seperti Emperor yang mismatched. Senyuman yang terbit dari bibir lelaki itu membuatkan aku rasa goosebumps. Bulu roma di lenganku mulai meremang.
"Apa... Apa yang awak buat ni?
"You know what, I'm sick of everything about you. Kau rampas semuanya dari aku!" Suara itu lain. Kosong, tiada emosi seperti tadi. Seolah-olah lelaki di hadapanku ini ialah lelaki yang lain. Entah kenapa apabila aku melihat versi dia yang ini, automatik ingatanku berbalik semula kepada Emperor yang aku kenal.
Ya, tingkah lakunya saat ini saling tidak tumpah seperti dia.
"Apa yang awak cakapkan ni? Saya rampas apa daripada awak?!" Aku jatuh terduduk apabila lelaki itu mula mendekat. Langkah demi langkah dia atur mendekati aku, sehingga mata pedang itu terletak betul-betul di pusat nadi leherku.
"I don't need you anymore, so die." Pedang itu diangkat tinggi dan...
"Hoi!"
Pang!!
Aku tersentak. Nafas diatur dengan pantas, seolah aku sedang berlari marathon, atau mungkin lari daripada dikejar. Mata meliar memandang sekeliling. Gelap. Kawasan kosong ini sangat familiar pada pandanganku, sepertinya aku pernah datang ke tempat ini.
"Hey, hey, hey." Wajahku dipegang oleh seseorang dan serentak itu mataku menyapa mismatched green-silver eyes di hadapanku. Emperor.
"Kau buat apa kat sini?" soalnya kepadaku namun aku tak mampu untuk menjawab apa-apa. Nafasku masih lagi laju. Peluh membasahi badan.
"Aku tanya ni, kau buat apa kat sini? Macam mana boleh masuk?" soalnya lagi kepadaku, masih menunggu jawapan yang aku sendiri mungkin tak tahu.
Aku... tak ingat...
"Ah fuck it." Dia melepaskan wajahku dan serentak itu aku terduduk jatuh ke lantai. Sakit, tapi kepala aku lagi sakit sekarang ini. Berdenyut-denyut seakan tidak mahu berhenti. Aku memegang kepalaku dan memejamkan mata, berharap bahawa kesakitan itu hilang.
Kenapa aku boleh sampai sini? Aku yakin sangat ada something yang berlaku tetapi aku tak boleh ingat. Aku tak ingat langsung.
"The story will repeat itself."
Aku mengangkat wajah. Suara itu seakan angin, aku yakin ada kena mengena dengan kenapa aku boleh berada di sini.
Tubuh Emperor di hadapanku aku pandang. Dia masih lagi memandangku dengan pandangan tajamnya itu.
"Now tell me, macam mana kau boleh masuk sini?" soalnya lagi. Dia melipatkan tangannya ke dada, menunggu jawapanku.
"Aku tak tahu. Aku tak ingat." Mendengarkan jawapan aku, lelaki itu terus tertawa seakan apa yang aku cakap sebentar tadi merupakan bahan jenaka baginya.
"Okay, okay. Kau tak ingat kan? It's okay." Lelaki itu mengangkat tangan lagak surrender dengan tawanya yang masih bersisa sebelum dia melutut menyamai paras kami. Jarak kami sekarang ini terlalu dekat dan entah kenapa situasi itu membuatkan jantungku berdegup hebat.
Aku memejamkan mata kuat tatkala dia menarik rambutku mendekatinya. Wajahnya tadi yang tersenyum terhibur tiba-tiba menjadi serius. Sakit, tapi entah kenapa aku tidak menghalang.
"Perhaps a little torture will helps you remember, yes?" bisiknya dengan suara keras. Lelaki itu bangun dan serentak itu aku digari dan dipegang kuat oleh dua orang suruhannya. Aku tak mampu meronta, aku terlalu lemah.
Tatkala mereka membawa aku ke mana pun aku tidak tahu, aku hanya membiarkan. Tubuh maskulin Emperor yang berjalan di hadapanku aku pandang lama. Kenapa aku rasa macam... dejavu?
Kedengaran bunyi pintu dibuka dan aku dibawa ke ruangan besar berwarna emas putih. Lantai karpetnya berwarna maroon dan setiap penjuru dinding dihiasi dengan potret emas lukisan berskala besar yang cantik. Aku dipaksa untuk melutut di hadapan lelaki itu yang sedang duduk di atas thronenya.
Selepas itu, guard itu pun melangkah pergi, meninggalkan aku berdua sahaja dengan dia di ruang ini.
"So, human." Dia menyilangkan kaki dan menongkat dagunya memandangku dengan riak wajah bosan.
"Aku malas nak cakap panjang. Jawab soalan aku kalau kau tak nak sakit. Simple." ujar suara sombong itu. Cocky. Aku membalas pandangan helangnya itu tanpa gentar. Senyuman sinis kuukir kepadanya ikhlas.
"Macam mana aku nak jawab soalan kau kalau aku sendiri tak tahu." balasku perlahan.
"Wrong." Dia memetik jarinya dan setelah itu aku dapat rasakan kesakitan di sepanjang urat sarafku. Macam direnjat elektrik. Aku memandang tubuh badanku, tiada kesan luka fizikal, namun sakit yang dirasakan itu seakan belati.
Oh lupa, sekarang ni aku berada di dunia Disneyland. Tiada apa yang mustahil di sini. Patutlah semua orang takut untuk ingkar akan arahannya. Dia mempunyai kuasa untuk mengawal kesakitan orang.
Aku termengah-mengah sejurus selepas kesakitan itu pudar sedikit demi sedikit.
"Tell me something I don't know." Sekali lagi suara maskulin itu menyoal. Aku memejamkan mata sebelum menjawab.
"I don't know!"
Badanku tersentak apabila kesakitan itu menyambar lagi. Kali ini lebih sakit daripada yang tadi sehingga membuatkan aku mengerang. Aku memandang wajah adonis yang bongkak itu. Riak wajahnya semakin dingin dan serius.
"You know what, this is hopeless. Bring her in!" arahnya kepada guard yang menjaga pintu dan serentak itu aku mendengar suara seseorang. Lantas aku menoleh dan jantungku berdetak hebat tatkala mataku menyapa riak wajah seseorang yang sangat aku kenal.
Ivy.
Oh tidak.
"Dia tak tahu apa-apa. Lepaskan dia!" marahku kepadanya. Ini dah melampau. Nampaknya dia guna cara ugutan untuk mendengar jawapan aku. Masalahnya memang aku tidak tahu apa-apa!
"No-uh, darling. She's useful for me, you know." Lelaki itu tersenyum penuh suka kepadaku, seakan mengejek kudratku yang lemah ketika ini.
"So tell me, kalau kau tak nak dia mati depan mata kau." ugutnya lalu tersenyum manis kepada Ivy yang kini berada di sisiku. Aku menoleh memandang Ivy yang sedang menunduk wajahnya memandang lantai.
"Tell you what?"
"Everything."
Aku menolak lidah ke lelangit, berfikir sesuatu.
"Aku ada bed time story yang nak diceritakan dekat kau." putusku setelah beberapa saat aku berfikir. Senyuman sinis aku tayang kepadanya.
"Aku tak nak dengar cerita merepek kau. Aku hanya nak tahu, how do you get in here?" Lelaki itu bangun dari kerusi thronenya dan turun mendekati aku. Mendengarkan ayat itu, kepalaku digelengkan perlahan. Masih cuba untuk tidak bertoleransi dengannya.
"You expect me to tell you something for free? Such a fool." Aku gelak kecil, sengaja memprovoknya. Riak wajah adonis itu berubah.
"You hear my story, I'll tell you the answer. Sounds like a deal?"
Let's play a game, babe.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top