him
Aku menampar pipiku, cuba menghantar realiti ke diri sendiri. Memang serius aku nampak perempuan tu, tapi diaorang tak nampak?!
Sah! Sah aku dah gila! Takkan itu semua imaginasi aku je kot?!
Perempuan yang tadi melambai kepada aku sudah lesap ke mana tatkala aku menuding jari kepadanya buat kali kedua. Sumpah nyawa aku rasa nak tercabut saat ini juga. Apa semua ni? Kenapa aku? Adakah ini side effectnya bila aku masuk ke dalam dunia ni? Ya lah kan, aku kan manusia, mereka ni bukan.
Oh gosh, apa yang aku patut buat dengan hidup aku ni? Kalaulah macam ni hari-hari, dan aku nampak diri aku menyeramkan macam ni, rasanya aku dah boleh terjun bangunan takpun gantung diri dekat pokok sebab stress sangat.
Aku menutup wajah dengan rambutku yang basah. Kenapa basah? Lepas je aku freaked out pasal perempuan cerminan aku yang menyeramkan tu, aku tanpa ragu-ragu dan tanpa berfikir panjang, terus aku terjun ke dalam sungai dan berharap bahawa aku dapat balik ke dunia asal aku balik sebab aku lagi tak tahan duduk di sini ditemani hantu aku sendiri daripada duduk di dunia dan kena dera dengan mak.
Aku lagi rela kena dera dengan mak daripada kena dera dengan mental aku sendiri.
"Thiaaa... Jangan macam ni. Cakaplah kenapaa." Ivy menggoncang-goncang badanku sambil merengek. Gabriel pula entah hilang ke mana, mungkin dia sambung kerja dia balik daripada layan orang mental macam aku ni.
Aku tergelak sendirian, kelakar pulak aku rasa sebab aku takut dengan bayangan diri aku sendiri. I mean, tu aku kot! Kenapa aku nak takut dengan dia?
Tapi reaction aku yang menggigil dan masuk ke dalam sungai menandakan yang aku ni memang betul-betul takut dengan bayangan aku memakai gaun ungu tadi. Seram!
Ivy dah mula resah bila aku gelak dah macam orang gila.
Pergilah Ivy. Jangan layan aku yang dah gila ni. Mungkin esok lusa kau jumpa aku tengah terbaring dengan pisau dekat dapur kau sebab aku tak yakin aku dapat tenang balik kalau aku nampak bayangan aku tu sekali lagi. Aku ingat dalam mimpi aku je dia keluar, rupanya in real life pun dia keluar depan mata aku.
Persoalannya, apa yang dia nak sebenarnya?
"Find him. Kill him!"
Aku tersedar apabila aku teringat kata-kata yang sama seperti dalam mimpi aku tadi.
Him? Perempuan tu suruh aku cari siapa? Itu ke yang perempuan tu nak? Selagi aku tak jumpa lelaki yang dia suruh aku jumpa, selagi tu dia akan menghantui aku?
Oh, fuck my life.
Tetapi aku kena cari siapa sebenarnya? Macam mana aku nak cari dia kalau aku sendiri tak tahu dia siapa?
"Thiaaa. Sedarkan diri awakk.." Ivy sudah menangis teresak-esak. Dengan laju dia mengelap air mata yang berjurai-jurai jatuh ke pipinya. Dia memegang bahuku kejap kemudian dia memejam mata. Riak wajahnya mula fokus. Aku jadi hairan dengan budak ni. Dia nak buat apa ni?
"Whoever that possessed this body, please get out now! I beg you! Thia is innocent!" Badanku digoncang-goncangkan sehingga pening aku dibuatnya. Eh kejap. Budak ni ingat aku kena rasuk ke apa?
Possessed?
Bruh, kalaulah aku kena possessed, takdelah aku ingat kejadian tepi sungai tadi. Kan lagi bagus.
"Ivy, Ivy! Stop! Aku okay! Aku okay!" Aku cuba menepis tangan Ivy yang memegang erat bahuku bagaikan tidak mahu lepas. Merepek betul budak ni sampai fikir aku kena rasuk.
"Betul ni awak okay? Awak tak kena possessed dengan mana-mana kan?" Ivy melihat dengan teliti riak wajahku. Meneliti perubahan aku yang mungkin dapat menambah klu kepada dia bahawa aku benar-benar kerasukan.
"Ye, aku tak kena possessed pun. Walaupun aku mengharap sangat tadi." Aku meyakinkan Ivy bahawa aku benar-benar okay. Huh, pening kepala aku asyik kena goncang je dari tepi sungai tadi sampailah kat dalam rumah. Budak ni betul-betul nak aku mati kepeningan agaknya.
Ivy menghembus nafas lega. Dia bangun dan kemudian bercekak pinggang memandangku. Terkelip-kelip mata aku melihat perlakuannya yang berubah sekelip mata sahaja. Kepada pelik menjadi lebih pelik.
"Lepas ni saya tak benarkan awak keluar rumah dah! No more! Awak kena sihat sepenuhnya dulu, okay?" kata Ivy dengan tegas. Aku sudah terkedu dengan kata-katanya itu.
"What?"
"Saya tak nak benda yang sama berulang lagi. Awak dilarang pergi ke sungai tu, awak faham?"
"Tapi takkanlah tak boleh keluar lang-"
"Tak!" Pantas Ivy memotong kata-kataku. Riak wajahnya segera digarangkan, seolah-olah mahu aku takut padanya. Muka mak aku lagi menakutkan walaupun dia tak buat muka garang sekalipun.
Aku mengeluh perlahan. Dalam diam, aku setuju jugak sebenarnya dengan idea Ivy tu. Aku pun tak nak dah nampak bayangan tu lagi.
"Okay bagus kalau awak faham." Ivy membaca riak wajahku yang seakan pasrah mendengar larangannya itu. Kedua-dua tangan aku letakkan di belakang kepala dan aku mula termenung.
Aku tak sedar langsung yang aku dah tidur sampailah malam berkunjung tiba.
"Cyntherellia."
"Aku tahu kau boleh dengar aku."
"Kill him before he kills you, Cyntherellia."
Aku membuka mata. Mustahillah aku tak dengar. Suara itu berbisik seakan dekat benar dengan telingaku. Seolah-olah orang yang berbisik itu berbaring di sebelahku. Atau mungkin dia memang berbaring di sebelahku.
Oh shut it you stupid mind.
"He will kill you to break the curse, Cyntherellia."
"Stop him."
Aku akan dibunuh jika aku tak membunuh. Entah kenapa, tapi aku mula percaya akan suara itu. Curse? Curse apa pulak ni? Dan kenapa aku terlibat sekali? Aku hanya manusia biasa. Bukannya siapa-siapa.
Oh jadi nyawa aku ni dikira sacrifice lah? Untuk musnahkan sumpahan itu, ia perlukan nyawa manusia, atau mungkin nyawa innocence?
Nenek pernah cerita tentang ini. Tentang gumiho dan imoogi. Jadi untuk break the curse, dia perlu membunuh? Tapi dia bukan siapa-siapa. Nyawanya langsung tak bermakna di dunia ini. Jadi apa fungsi kalau dia dapat bunuh lelaki itu? Dia tidak dapat apa-apa.
Mungkin dia akan dipenjarakan. Oh tidak. Cukuplah dia dipenjarakan di neraka mak. Dunia ni indeed lebih teruk daripada kematian baginya.
"Apa jadi kalau dia bunuh aku?" bisikku perlahan. Membalas suara itu.
"Jangan bagi dia menang. You must kill him!" Suara itu seakan marah. Seakan memaksa aku untuk berbuat sedemikian.
"Apa yang aku dapat?" Sengaja aku menyoal soalan itu kepadanya. Well, semua benda di dunia ini bukan free, kan? This is about give and take.
"Eternal life. Happiness. And the curse will be broken." bisik suara itu lagi, lebih dekat dari yang tadi sehingga aku dapat rasa angin berhembus walaupun aku tahu tiada sesiapa pun di sebelahku ketika ini.
Aku menarik nafas, cuba menenangkan jantungku yang berdegup sangat kencang ketika ini.
"Kalau aku tak nak?"
Diam.
Jeda.
Tiada balasan selepas itu.
Aku menghela nafas panjang. Mata dipejamkan, cuba menenangkan diri. Entah kenapa tetapi setiap kali aku dengar suara tu, aku seakan terikat untuk mendengar dan melakukan apa yang dia kata. Perempuan itu bukan aku. Walaupun kami serupa, tetapi dia bukan aku. Aku bukan orang yang dia nak untuk bunuh lelaki yang aku sendiri tak kenal.
Aku bukan pembunuh. Aku masih lagi waras walaupun sekarang ni aku tak kedengaran waras.
Kedengaran bunyi pintu dibuka dan aku mendengar nafas termengah-mengah. Aku bangun dari pembaringan dan mataku menyapa Ivy yang terbatuk-batuk cuba mencari nafas.
"Kenapa ni?" soalku kepadanya. Ivy mengangkat tangannya menyuruh aku menunggunya mengambil nafas terlebih dahulu sebelum menerangkan apa yang terjadi. Entah kenapa aku tersenyum, tetapi kelakuan Ivy sekarang ini sebiji seperti diriku.
"Huh, huh.. Kita kena keluar sekarang!" Dengan cemas Ivy berkata. Tiba-tiba aku terbau sesuatu yang pelik. Sesuatu seperti... hangit. Bau terbakar. Mataku membulat.
"Apa yang jadi ni?" Aku turun dari katil dan menuju ke tingkap. Rupa-rupanya di belakang rumah Ivy ini terdapat banyak lagi rumah. Jadi ini kampung? Jantung bagai mahu melompat keluar dari badan tatkala aku melihat api merah marak menyala di satu persatu rumah itu.
Aku juga dapat lihat banyak kumpulan lelaki memakai seragam berwarna maroon di sekeliling rumah-rumah yang terbakar itu.
"Ivy! Kenapa ni?!"
Membulat mata aku memandang Ivy.
"Ada salah seorang orang kampung curi barang Emperor. Emperor arahkan musnahkan kampung ni." Ivy berkata sambil matanya berair. Suaranya sayu sahaja. Aku pula terkedu di situ. Setakat curi barang je kot! Asal nak koyak sangat sampai nak musnahkan semuanya?
"Gila ke apa diorang ni?!" Ha tengok, aku pulak yang emo.
Boleh je kan hukum je pencuri tu, asal nak kena libatkan sampai satu kampung sekali?! Sumpah kejam gila diorang ni.
"Thia. Kita kena keluar sekarang. Nanti diorang nak bakar rumah ni pula." Semakin lama semakin kendur suara Ivy. Aku melihat wajahnya yang basah dengan air mata. Serta-merta aku jadi sayu.
Aku harap sangat golongan royal ni dapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka yang kejam ni. Aku rasa macam nak bunuh seekor-seekor tapi apalah aku ni. Dahlah manusia yang masuk macam tu je dalam dunia mereka.
Ivy menarik aku keluar dari rumah. Asap hitam merebak menyelubungi kampung ini. Aku meliarkan pandangan ke sekeliling. Wajah-wajah penduduk kampung sudah kotor dengan debu asap hitam membuatkan aku sayu. Kesiannya mereka. Aku rasa macam nak peluk seorang-seorang.
Aku pandang Ivy yang cuba untuk menguatkan dirinya. Bahu Ivy aku peluk erat dan aku mengusap-usap belakang tubuhnya. Memberi kekuatan walaupun aku tahu tidak cukup. Keluhan kulepaskan perlahan.
Aku memandang berang kumpulan seragam uniform maroon yang melepasi kami. Oh god, I wish I could rip their heads off.
"Ampunkan patik Tuanku. Patik dah tiada tempat lagi untuk tinggal. Tolong jangan bakar rumah kami. Tolong, kami merayu Tuanku." Mataku tertarik memandang seorang pak cik sedang sujud di hadapan seorang lelaki tinggi berpakaian kot maroon yang mencecah sehingga ke tanah.
"Tolong Tuanku. Kami sanggup lakukan apa sahaja untuk Tuanku." Pak cik tua itu merayu lagi, meminta belas kasihan daripada lelaki durjana itu.
Jadi lelaki berkot maroon tu Emperor? Wah, untungnya kampung ni sampaikan Emperor turun datang ke sini. Note the sarcasm, please.
Aku jadi marah apabila lelaki itu hanya membiarkan sahaja pak cik tua itu merayu tanpa sedikitpun berniat untuk membantunya bangun. Pemimpin apa macam ni?! Raja apa yang sanggup melihat rakyatnya menderita sampai macam ni?!
Tanpa berfikir, aku menghampiri mereka.
"Thia! Awak nak pergi mana?!" Aku tidak mengendahkan panggilan Ivy. Sekarang ni aku tengah marah.
Dia ni memang tak layak langsung untuk jadi Emperor! Untuk jadi pemimpin negara! Langsung tak layak!
Aku menunduk di hadapan pak cik tua yang menyedihkan itu, membantunya bangun dari sujudnya tetapi pak cik itu tetap berkeras untuk merayu walaupun mustahil. Mustahil untuk melembutkan hati yang dah memang lama keras macam lelaki syaitan di depan aku ni!
"Pak cik. Mustahil pak cik. Apa yang dia nak hanyalah kepuasan." kataku dengan perasaan geram yang membara di hati.
"Excuse me, who are you?" Suara itu kedengaran sungguh bongkak, berlagak, sombong, seakan dunia ini semua dia yang punya. Aku bangun berdiri dan menghadap lelaki sombong di hadapanku ini.
Lelaki ini sangat tinggi, memaksa aku untuk mendongak. Kalaulah dia tidak bersifat begini, mungkin aku sudah jatuh cinta pandang pertama dengannya. Tapi sekarang ini aku lebih kepada menyampah. Perfect chiselled jawline, lelaki yang berada di hadapan aku ini seakan fallen angel yang memakai devil's suit. Dan matanya. Matanya. Mismatched.
Heterochromia. Cantik. Gabungan green emerald dan silver.
Tapi tak secantik sifatnya yang kejam. Rasa kepuasan dengan penderitaan orang lain. Aku semakin bertambah benci melihat muka sombong itu. Disebakan dia, Ivy kehilangan rumahnya. Penduduk lain kehilangan keluarganya.
Ini baru satu, belum tengok lagi perkara jahat lain yang dia buat.
"Ni ke Emperor yang dikatakan hebat tu?" Aku tergelak sendiri dengan kata-kata aku. Nenek selalu cerita tentang kehebatan raja-raja dan putera dalam ceritanya sehingga membuatkan aku jatuh cinta dengan mereka. Tetapi apakah ini? Adakah nenek selama ini menipu aku?
"Kau berani." kata lelaki itu dan matanya menelitiku atas bawah. Seakan sedang membelek barang yang rosak. Entah kenapa aku sekarang ni rasa macam nak cungkil mata cantik dia tu biar dia tidak dapat melihat lagi penderitaan orang lain yang dia buat.
Biar dia sendiri yang rasa derita.
Sumpah aku rasa puas kalau benda tu terjadi.
"Selama ni tak pernah seorang pun yang berani melihat mata aku." katanya lagi sambil melangkah ke hadapan, mendekati aku. Aku melihat Ivy dari jauh yang membuntang matanya melihat aku.
Aku tersenyum sinis. Mata cantik dia aku renung sekali lagi. Kosong. Walaupun cantik, tetapi kosong tiada emosi.
"Glad to be the first."
Lelaki itu tersenyum tajam. Sebelum senyumannya hilang dan wajahnya kembali serius. Tanpa mengalihkan renungannya pada aku, dia berbisik kepada orang suruhannya di belakang.
"Kill them."
Mata aku terus membulat.
"What? No!" Tanpa berfikir, aku terus berdiri di hadapan keluarga itu. Keluarga yang bakal menjadi mangsa kepuasannya.
Lelaki itu tergelak melihat wajahku yang cemas sedikit apabila arahan itu dikeluarkan. Seolah-olah ini merupakan hiburannya.
Aku ditolak kuat ke tepi, dan kedua-dua tanganku digenggam kemas oleh lelaki suruhannya berpakaian seragam maroon juga.
"Kill them one by one. In front of her." Mata lelaki itu mengerling sekilas pada aku, penuh sinis. Senyuman itu langsung tidak lekang dari bibirnya. Seakan mengejekku yang tak mampu melindungi keluarga itu.
Tak, tak mungkin. Jangan. Aku memejamkan mata, tidak sanggup melihat.
"Open your eyes! Tengok apa yang kau dah buat." Lelaki itu menghabiskan ayatnya dengan ketawa seronok.
Seronok melihat betapa lemahnya aku.
Semua ni salah aku. Kalau aku tak menyibuk tadi, semua ini takkan terjadi. Semua ini salah aku.
Bodoh, Thia, bodoh! Kau ni memang mengecewakan! Kau memang tak guna.
Aku menahan diri daripada menangis apabila aku mendengar jeritan mereka meminta pertolongan. Semua ni salah aku. Aku dapat rasa ada bahang haba di belakangku.
"Open your eyes, darling. Kalau tak aku bunuh semua orang dekat sini." bisik suara itu di telingaku. Hangat nafasnya berhembus di telingaku. Aku rasa jijik walaupun disentuh dengan nafasnya.
Pantas aku membuka mata apabila mendengarkan amarannya itu. Dan aku menangis. Aku menangis bersungguh-sungguh.
Satu-persatu mereka bunuh tanpa belas. Di hadapan aku. Betul-betul di hadapan aku, aku melihat tubuh itu jatuh menyembah tanah. Mata mereka memaparkan segala emosi kepadaku.
"Maafkan aku, maafkan aku, maafkan aku!" Bersungguh-sungguh aku meminta maaf kepada mereka sambil mataku tidak henti-henti mengalirkan air mata.
"Don't try to mess with me. Ever." Lelaki itu berbisik lagi sambil tangannya menarik rambutku ke belakang. Sakit.
Aku masih teresak-esak.
"Pak cik bangga dengan kamu, nak." ujar pak cik tua itu buat kali terakhir sebelum kepalanya dipancung. Tak dapat tahan, aku memejamkan mata seeraat-eratnya.
Tubuhku dilepaskan oleh mereka apabila seisi keluarga itu sudah dibunuh. Disebabkan aku. Aku.
Aku melihat monster itu tersenyum manis kepadaku, kemudian dia menyeka air mataku di pipi. Psycho. Lelaki ini psycho!
"You're a monster." gumamku perlahan.
Lelaki itu tergelak kecil mendengar kata-kata aku.
"Oh trust me dear. I know it too well." balasnya sebelum pergi meninggalkan aku.
"Bring the remaining to the castle. Especially her." katanya lalu melambai tangannya kepadaku.
Aku melutut jatuh ke tanah.
I wish I was dead.
emotional sia chap ni T~T
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top